|
Post Last Edit by mnm77 at 13-10-2009 11:55
islam pakistan bunuh islam bangladesh (sebelum pakistan terpecah dua) aku sokong pakistan. islam pakistan bunuh islam taliban aku sokong taliban. seronok gak tengok islam berbunuhan sesama islam sejak zaman khawarij, ali, aishah, muawiyah dan seterusnya sampai kiamat.
shahgti Post at 13-10-2009 11:00 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Bila ada perbezaan pendapat, dan ada campur tangan orang-orang Munafiq maka timbullah fitnah. Bukan senang nak letak hukum berdasarkan pemerhatian berdasarkan bacaan semata. Fitnah tu juga ujian.
Dalam Al-Quran pun diceritakan bahawa sihir diturunkan sebagai ujian. Kalau takdak ujian, takdak la Syurga Neraka.
aishah r.a dulu pernah keluar rmh tak?
apa hukumnya wanita keluar bekerja?
shahgti Post at 13-10-2009 11:23 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Ummul Mukminin A isyah RA tidak keluar rumah untuk bekerja. Mereka dapat bahagian dari khumus Ghanimah dan Fai yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Keluar rumah untuk menunaikan Haji atau Umrah, ataupun atas desakan ummah untuk menuntut keadilan tidak boleh dikategorikan sebagai keluar rumah yang dilarang oleh Allah. Namun begitu, Aisyah RA tetap menyesal atas apa yang berlaku kerana pada zamannya beliau menyaksikan fitnah dan secara tidak langsung oleh kerana fitnah dan desakan ummat, beliau terjebak dalam Perang Jamal.
Para sahabiah juga ada yang bekerja. Namun mereka dibenarkan untuk keluar bekerja atas sebab-sebab yang kuat dan juga mereka beradab bila keluar rumah.
Wallahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Pakistan terus bergegar, 11 maut
![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/1017/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_01.1.jpg)
POLIS dan sukarelawan memeriksa mayat-mayat berhampiran kenderaan yang diletupkan pengebom berani mati di Peshawar, semalam. - AFP - AFP
--------------------------------------------------------------------------------
PESHAWAR, Pakistan 16 Okt. - Pakistan hari ini terus menjadi sasaran serangan puak militan, apabila dua lagi serangan bom meletus di bandar Peshawar menyebabkan 11 orang dilaporkan terkorban.
Dalam kejadian itu, tiga penyerang berani mati, termasuk seorang pengebom wanita dilaporkan melakukan dua serangan bom di luar balai polis di bandar ini, dalam gelombang keganasan yang berterusan di negara ini.
Tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab namun ia disyaki dilakukan oleh militan Taliban, yang sebelum ini turut dituduh melakukan beberapa serangan lain selama dua minggu menyebabkan lebih 150 orang terbunuh setakat ini di seluruh negara.
Serangan-serangan tersebut dipercayai bertujuan memaksa tentera kerajaan menghentikan serangan ke atas kubu militan di sepanjang sempadan Afghanistan.
Serangan petang ini mensasarkan balai polis yang dikawal ketat bersebelahan sebuah masjid di tengah bandar ini di daerah sempadan barat laut Pakistan yang dikuasai oleh Taliban.
Menurut ketua polis Peshawar, Liaquat Ali Khan, sebuah kereta dipenuhi bahan letupan dipandu masuk ke pintu pagar utama balai polis tersebut semasa sebuah motosikal yang dinaiki oleh seorang lelaki dan wanita berhenti di belakangnya.
Katanya, wanita tersebut turun dari motosikal dan berlari ke arah kawasan perumahan berdekatan yang didiami pegawai-pegawai tentera, manakala lelaki terbabit melanggar kereta itu dengan motosikal yang dinaiki, menyebabkan berlaku satu letupan besar.
Polis kemudiannya menembak wanita tersebut, yang meletupkan bahan letupan di badannya.
Beliau berkata, kesan letupan itu telah memusnahkan sebahagian balai polis itu termasuk masjid berdekatan.
"Jika wanita yang juga pengebom berani mati itu tidak dibunuh, dia mungkin akan menyebabkan lebih banyak kemusnahan," katanya.
Menurut Khan, serangan itu telah mengorbankan 11 orang termasuk tiga pegawai polis, dua wanita dan dua kanak-kanak manakala 15 orang lagi mengalami kecederaan, termasuk seorang suspek penjenayah yang kini ditahan di dalam balai polis berkenaan semasa serangan berlaku.
Semalam, Pakistan digemparkan dengan tiga serangan berasingan di Lahore di kawasan tengah dan kawasan barat laut, menyebabkan 39 orang terbunuh, dipercayai turut dilakukan oleh militan Taliban. |
|
|
|
|
|
|
| |
|