CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zaharul_asriq94

Lagu Negara Israel

 Close [Copy link]
 Author| Post time 17-12-2009 10:52 AM | Show all posts
jwab jgn x jawab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2009 11:29 AM | Show all posts
27# migdal_bavel
bro migdal..boleh tolong ulaskan pembabitan yahudi dalam pentadbiran US

samada itu betul atau tidak
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 02:26 PM | Show all posts
nak tnya apa pndapat ko pasal tanah suci Mekah.
adakah org yahudi dulu2 kena wat haji x kat mekah? apa pndapat ko bkenaan tindakan mnghapus suku2 yahudi yg wujud kat madinah? ikut versi islam diorg d ...
AadiGoth Post at 16-12-2009 21:22
soklan penting ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 03:17 PM | Show all posts
owh, sori aku off topic sket.... soklan xde kaitan dgn konspirasi sapa2.... adat tahnik ada x diamalkan orang Yahudi?

sebab kitorang kat sini ada adat tahnik, sapukan sikit mulot bayi dengan manisan macam kurma, pisang, madu atau cincin..... aku rasa ada stengah orang2 Melayu di kampong2 pon ada amalkan benda ni..... menarik gak kalo leh kompare dgn korang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 08:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by HOTlips at 18-12-2009 08:19

Secara umumnya apa yg akak nampak, kita menjadi marah, hati kita tertutup pd sesuatu apabila kita lebih mengagungkan budaya dr agama. Sesungguhnya Allah hanya melihat pd ketaqwaan iaitu iman dan amal. Amal hendaklah amal yg sohih berdasarkan kehendak Quran dan sunnah bg muslim. Selain dr itu maka jatuhlah kpd budaya aka adat aka "agama nenek moyang"

So, migdal menjawab soalan migdal yg kesekian kalinya... adakah boleh mengamalkan tradisi2 yahudi apabila memeluk agama islam... akak rasa tlh lama dijawab baik akak sendiri atau org lain. Cuma migdal shj yg mungkin kurang faham atau x dpt menerima sebab tlh sebati dgn adat. Sekali lg akak jwb... adat/budaya bukan agama sebaliknya ia adalah amalan tradisi berdasarkan kaum. Kenalah terima hakikat adat dan budaya. Apa shj adat yg bertentangan dgn agama adalah tertolak. Budaya berbaju kurung, bukan sunnah tp x salah sekiranya sempurna menutup aurat. Begitu juga memakai sari atau ceongsam. Contohnya kalau sari tu diubah berlengan panjang dan x mendedahkan aurat maka x salah pun dipakai oleh org2 India yg beragama Islam. Hatta org melayu nak feeling India pun x salah asalkan menutup aurat. Adat menyambut thn baru cina x salah krn tiada kaitan dgn agama tp salah jika muslim menyambut deepavali. Org melayu nak buat persandingan mcm Hindu, naik pelamin berarak2 juga salah dr sudut agama. Ia sekadar adat yg diambil dr budaya Hindu. Bg mereka yg masih mengamalkan maka tergolong lah dlm "agama nenek moyang".   Tp migdal mungkin rasa ia spt diterima sebab rata2 dilakukan kat malaysia ni.

So, mengenai sabbath, dan lain2 tradisi tu hanya migdal yg tahu apa fungsi tradisi itu diraikan. Sekiranya tiada berkaitan dgn ritual, maka x salah diraikan. Jika ia berkaitan tentu shj bertentangan dgn kehendak agama Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 08:28 AM | Show all posts
44# genot
Ada sesetengah tradisi kelihatan ada persamaan antara islam, yahudi dan xtian. Sebabnya ini kehendak Allah. Allah kita sama. Allah yg satu itulah kita sembah. Syariat shj yg berbeza.

Tahnik, khittan adalah tuntutan agama yg kelihatan spt tradisi. Begitu juga minyak zaitun... melumurkan ke kepala, janggut atau badan. Diamalkan oleh muslim, xtian mahu pun yahudi. Ia adalah sunnah Nabi. Semua sunnah nabi tentu shj kehendak Allah swt, bukan tradisi atau budaya. Cuma bezanya dr sudut "priority". Tidaklah sampai ke tahap wajib namun besar ganjaran pahala jika dilaksanakan. Bg yg x tahu mana yg sunnah tentu akan menganggap ia sebagai tradisi.
Kesimpulannya kita kena tahu mana satu budaya mana satu agama. Sebenarnya tidaklah menghairankan kalau terdpt persamaan "tradisi" antara ketiga2 agama ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-12-2009 05:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by zaharul_asriq94 at 18-12-2009 17:29
migdal sbnarnya sejak aku baca Negara Israel (bberapa bulan lepas) minda aku rasa ringan skit sbb tjawab gak la kecetekan ilmu aku psal isu n sjarah Israel/Palestin.
saje2 aku je ikut rentak pnyokong palestin mbabi buta ni (kalu ada) takut2 la  kena cop jadi pnyokong zionis plak


ikut rentak penyokong palestin membabi buta? oh x ikhlas la rupanya...umat Islam saje2 je sokong Palestin...ikut orang lain...

selepas lama saya berdiam diri kat sini..saya pun nak berkata2 lah jugak

saya ni bukannya apa...walaupun bro Goth dh tau sdalam  mana pun sjarah Israel/Palestin...kita jgn lupa apa yg berlaku skrng...yg sjarah tu mmg sjarah...skrng ni tentera Israel ni guna bom fosforus nak bunuh civilian Palestin kat Gaza...tu yg diklaim sbgai jenayah Perang... apa sebab nak bunuh civilian guna cara yg diharamkan? kalau nak serang balas pun guna la cara yg betol....ni la namanya berat sebelah...

bro Goth tengok berita dulu yg orang Palestin dilanggar keta Yahudi tapi askar2 Yahudi tengok je...x kisah pun....apa alasan askar2 tengok selamba dek je orang kene langgar?

kita semua tahu penganiayaan Orang Islam di Palestin..tapi kite pernah dngr betapa peritnya orang Islam dalam Israel? Ya! Mmg ada orang Arab Islam dalam Israel !! Mereka ada di Jerusalem Timur dan Dataran Tinggi Golan...x dapat pendidikan percuma di sekolah..susah dapat kerja..

bro migdal, kita semua tahu betapa specialnya Yahudi nih dulu...bangsa yang paling dimuliakan Allah..nih smua ada termaktub dalam Quran..tapi ini x bermakna Yahudi akan kekal innocent dan x de konspirasi langsung...cuba fikir mcm mana Israel 1948 terbentuk? tanah mana yg diambil? Negara mana yg first skali mengiktiraf kewujudan Israel? kita kene tahu nih...

Holocaust pula mcm mana ? wujudkah? saya rasa ianya wujud tapi skalanya bukanlah tinggi sangt sampai 6 juta..tapi Holocaust mmg ada berlaku dulu...Yahudi dh x derita lagi mcm Nazi dulu tapi kekejaman Yahudi terhadap Palestin sama je mcm Hitler dengan Jews...












saya cuma lebihkan kepada kebenaran..bukannya anti mana2 pihak...

nih apa makna kanak2 Yahudi ni tulis2 kat peluru berpandu yg ditujukan kepada Palestin?



"The dirty tricks of Zionism are not yet finished." - Oleh Ariel Sharon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2009 05:16 PM | Show all posts
nape Hitler ckp mcm ni ek?

"I could have annihilated all the Jews, but I left some of them so the world would know why I killed them"
-Adolf Hitler

ada makna nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2009 05:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2009 05:37 PM | Show all posts




About an estimated 1,300 Gazans were killed, many of them children, and over 5,300 more were seriously injured as a result of the IOFs military siege. During the Q&A period, Mr. Stork was asked about Zionist Israels use of phosphorus bombs in a" very densely" populated Gaza. He charged that it "is not legitimate to use them in an inhabitant area..." and that the use of such a weapon by the IOF "clearly violate one of the other rules of war, which is a warring party has to take all feasible measures to protect civilians from harm and that clearly would be a violation of that--that requirement."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2009 05:40 PM | Show all posts
anyway...negara Israel pun bukan calang2 negara biasa...

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 06:11 PM | Show all posts
bangsa apa pown org tu, kadang2 kita x sedar kita kena hukum atau kena uji dengan Tuhan sb kita slalu terlupa. orang Palestin pon ada yg lupa diri gax sblom Israel bangun di situ.

ingat aku, atuk sedara aku sorang pernah ke Palestin sb ms tu dorang akan masuk ke Mekah, Madinah n naik sampai Urusalem n dia tanya kat Arab dalam kedai muzik, ngapa korang berhibur camni sampai lupa Tuhan? Arab tu bleh tanya plak orang tua tu, Min Ent? (Ko sape, nak tanya2 aku ni?).

hal yg sama gax xdi mana2 pown...... Tuhan balas cash n Dia x rugi papa pown.... x perlu tunggu akhirat, kaum2 lepas termasuklah kaum Israel, adalah sbg teladan buat kita, bukan mencela atau benci mereka. even kaum Arab Purba pown, banyak yg pupus dah misalnya kaum Thamud n 'Aad. mereka bukan suku kaum Israel, tapi suku kaum Arab Purba. Tamadun mereka pown x kurang tingginya.

apa2 pown, kita sewajarnya belajar dr teladan smua. aku x caya konspirasi Yahudi, aku percaya dengan kejahatan nafsu manusia n Thaghut yang meliputi perkara2 yg melupakan kita kepada-Nya. ia boleh menimpa setiap manusia x kira apa anutan dia pown.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2009 12:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by zaharul_asriq94 at 19-12-2009 12:14

btol apa2 yg genot kata tu...semuanya jadi teladan yg penting..

tapi nape x percaya konspirasi Yahudi ? berikan dalil2..nak tau gak

bro tau kan yang Amerika kasi veto bape kali kpd Israel setiap kali hal Israel serang Palestin nak dibawa ke mahkamah dunia? x adil la bagi negara yg membunuh ramai innocent civilian...kalo ini bukan konspirasi Yahudi pun..ia tetap konspirasi US-Israel!

Nabi Muhammad SAW suatu hari bersabda “ musuh Islam AKAN MENGERUMUNI umat Islam pada masa akan datang SEPERTI MEREKA MENDATANGI MAKANAN ketika mereka sangat lapar”.

Para sahabat bertanya “ apakah pada masa itu umat Islam itu sedikit?”

“Tidak, bahkan umat Islam pada masa itu sangat ramai. Tetapi mereka ibarat buih di lautan.”

kita kene faham maksud hadis nih..
pembunuhan di Palestin, penindasan di Iraq, pencerobohan di Afghan, pencabulan di Chechny,penghinaan di Morro dan sebagainya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2009 12:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by zaharul_asriq94 at 19-12-2009 12:22

artikel yg saya wat kat blog saya: http://petikanbuku.blogspot.com/ ... n-sebelum-1948.html

948 merupakan tahun tertubuhnya negara haram Israel di TanahPalestin....sebelum 1948...aman damai..selepas 1948....pahit getirterpaksa dirasa rakyat Palestin!!

Klik untuk besarkan..




[size=180%]Sebelum 1948

  


  

  






















[size=180%]
Selepas 1948








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2009 12:30 PM | Show all posts





tentera Amerika memusnahkan sebuah masjid...bukti betapa bencinya Amerika trhadap Islam..tu yg kamcing dgn Israel tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 02:21 PM | Show all posts
nak tnya apa pndapat ko pasal tanah suci Mekah.
adakah org yahudi dulu2 kena wat haji x kat mekah? apa pndapat kobkenaan tindakan mnghapus suku2 yahudi yg wujud kat madinah? ikut versiislam diorg dhukum sbab jadi tali barut pd org kafir quraisy?
AadiGoth Post at 16-12-2009 21:22


Tak ada dalam Taurat dikisahkan tentang Mekkah maka bagi Yahudi, ia bukan tanah suci. Taurat mengisahkan Ibrahim ada pergi ke kawasan padang pasir yang kering kontang untuk menempatkan Hagar dan anaknya Ishmael.

Dan ketika dewasa, Ishmael mengahwini suku kaum Arab kuno yang berhijrah ke sana. Diyakini tempat itu adalah Hijaz yakni Mekkah kerana dari situlah kaum Arab Ishmaelite muncul.

Tapi sejarah Bani Israel tiada kaitan di situ kerana Bani Israel muncul di Canaan sebelum berhijrah ke Mesir semasa keluarga Ya'akob dijemput oleh Yusuf untuk menetap di sana.

Tidak ada dalam kitab-kitab kami menceritakan ada leluhur kami yang berhaji di Mekkah kerana ia bukanlah tempat suci bagi kami.

Tentang kisah-kisah orang Islam dengan Yahudi Madinah, ak mempelajarinya sewaktu di sekolah rendah lagi dengan ustaz Pendidikan Islam. Bila ak balik rumah, ak bagitahu ibu ak perihal ni. Dia kata Yahudi di Tanah Arab ketika zaman Islam adalah golongan kelas kedua dipanggil Dhimmi. Semasa ak naik sekolah menengah baru ak mengkajinya sendiri dalam Tafsir, kitab Sirah Rasulullah karangan Ibnu Hisham dan Sejarah Bangsa Arab oleh Bernard Lewis.

Pada pembacaan ak, hanya 3 suku besar Yahudi - Bani Nadir, Bani Qainuqa' dan Bani Quraizhah yang diperangi Islam tetapi banyak lagi suku minor Yahudi yang lain masih kekal dalam negara Madinah (di mana akhirnya diorang masuk Islam dan berasimilasi dengan orang Arab Muslim).

Bani  Qainuqa' yang dihalau mula-mula sekali kerana melanggar perjanjian kaum Yahudi-dengan-Islam yang dibuat semasa Piagam Madinah. Bani Nadir pula dihalau atas sebab cubaan menjatuhkan kepimpinan Muhammad (selepas orang Muslim kalah dalam perang Uhud). Kemudiannya diorang membuat kubu di sempadan Madinah bergunung ganang bernama Khaibar (kawasan Yahudi Khaibar) dan berperang kembali dengan umat Islam ketika perang Khaibar.

Manakala Bani Quraizhah (suku Kohanim) lah yang dihapuskan oleh Islam selepas mereka berpakat dengan Musyrikin Quraisy dalam perang Khandak/Ahzab. Berkaitan soal hukuman tu, kononnya seorang sahabat bernama Ibnu Muadz (ketua kaum Aus yang paling rapat dengan Bani Quraizhah) telah menggunakan hukum Taurat untuk menjatuhkan hukuman.

Ak rasa sangsi atas hukum Taurat yang mana perlu menyebabkan seluruh tawanan lelaki Yahudi yang telah baligh dipancung kesemuanya? Pendapat ak, sebenarnya Ibnu Muadz kecil hati dan kecewa atas tentangan Bani Quraizhah yang membuat membelot dan mengkhianatinya secara diam-diam.

yang ni mcm mana plak bro migdal?
satu bukti yg ada orng Yahudi pergi ke Mekkah tunaikan haji!

In the Book of Ezekiel (Ch, 40-47) , He tells us about a journey had been done for him by the Lord (o ...
zaharul_asriq94 Post at 17-12-2009 10:47

jwab jgn x jawab


Ak tak nak jawab persoalan ni sebab memang tak ada dalam agama Yahudi untuk berhaji di Mekkah. Apa yang ko bagi bukanlah bukti tapi ayat-ayat sahaja. Kemudian ko kata ia bukti sedangkan ia hanya tafsir (lebih tepat lagi andaian) ikut versi golongan Muslim side of interfaith debaters terhadap ayat-ayat tu. Diorang tu Talmud pun tak penah sentuh lagi, sebab bagi diorang Talmud kitab Zionis dan Yahudi yang benar hanya beriman kepada Taurat.

Alahai, Mainstream Judaism adalah Rabbinical (Talmudic) Judaism bukannya Karaitic (Non-Talmudic) Judaism. Seolah-olah ak kata Islam yang sebenarnya ialah Islam anti-Hadith, bukannya Islam Ahli Sunnah wal Jamaah.

Kalau ak terang panjang lebar pun, ak rasa ko macam kurang faham sangat sebab pengetahuan ko tentang Judaism agak kabur. Ko faham Kitab Ezekiel tu? Ezekiel tu siapa? Apa intipati yang utama dalam kitab Ezekiel untuk umat Yahudi? Apa ramalan Ezekiel? Ezekiel ni dalam bahagian mana dalam Torah Shebichtav?

Benda-benda asas ni kalau tak mahir lagi jadi buat apa ak nak terang panjang lebar lagi. Tak akan faham dan tak ada gunanya sebab ko hanya tau kemukakan soalan dan kemudian hilang menyusup terhadap jawapan yang ak beri tanpa apa-apa feedback sama ada faham atau tidak. Dan selepas tu kemukakan beberapa soalan lain pula yang bersifat copy and paste.

Dalam al-Qur'an dan as-Sunnah, dikisahkan Yahudi berbuat seperti tu - bertanya yang bukan-bukan bukan untuk mempelajari tetapi untuk mempermainkan orang Islam. Sekarang siapa yang ikut siapa ni?

Sewaktu ak umur macam ko, ak dah khatam persoalan-persoalan religious debate versi mendiang Ahmed Deedat ni sebab kat sekolah dulu ramai pelajar yang minat. Diorang pergi dengar ceramah dan kelas interfaith dan dapatlah persoalan-persoalan macam ni. Mula-mula ak terfikir juga tapi sebenarnya jawapan sudah ada. Bukalah web site answering-Islam dan answering-Christianity maka dapatlah jawapan dan persoalan yang berulang-ulang. Ko hanya pilih hujah yang mana paling rasional.

Tapi kalau dalam fikiran tu sudah tertanam idea konspirasi, maka tak payah khuatirlah kalau ianya lebih cenderung ke arah jawapan-jawapan seperti tu. Percayalah apa yang anda nak percaya, ak tak boleh nak paksa. Ak hanya menjawab sekadar mampu. Tak kenal maka tak cinta. Kenal yang salah menghasilkan cinta yang salah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2009 04:25 PM | Show all posts
pandangan peribadi aku berkenaan "teori konspirasi Yahudi" tu, yang buat dajal tu adalah orang2 yg ikot Thaghut, bukan semestinya menyentuh mana2 pegangan orang tu..... aku pernah baca pasal Rotschild sblom enjin carian google wujud lagik n aku langsung x percaya benda ni menyangkut dengan Yahudi atau apa2, lagipon aku bukannya penduduk Eropah, aku patut dengar jugak pandangan dorang n x leh judge sesuka ati.  

aku percaya kat Allah n nabi2 lebih drpd teori2 tu smua. hahaha, Melayu selalu taqlid kat benda2 yg dorang dengar jah, bila sebut Yahudi jer, woooooooooouuuu, melenting macam dosa makan babi..... aku rasa antara org Krist n Yahudi, org Yahudi lebih baik n akidah dorang mendekati akidah kepercayaan aku, kecuali, dorang x pegang kerasulan nabi Muhammad. bagi aku, tu bukan masalah besar pong, dorang ada pilihan snirik, x yah paksa2 dorang, sama macam dorang xleh paksa kita gax.

yang aku tahu lar melalui pembacaan kitab2 suci n perbandingan kitab rowayat, orang Israel memang dah tersebar ke merata2 sejak zaman lepas kerajaan dorang kena pukul dengan Babilon. masa zaman sebelum pemberontakan kaum Kahuniyyoun (Cohen) pong, ada orang Yahudi di Roma sana.

bani Nadhir n bani Qainuqa' bukan pure keturunan Israel. dorang suku kaum Arab Yathrib yang di-Israel-kan, maksudnya, dorang adalah orang Arab yang menganuti shariat nabi Musa (as). macam biasa, orang Arab x kan sesuka hati menganut agama melainkan jika agama tu adalah agama muncul dalam lingkungan kawasan dorang gax.

yang pure keturunan Israel tu bani Quraizhah, jugak dari suku ni datangnya Safiyyah Binti Huyai, dorang ada kaitan dengan nabi Harun (as)..... ada rowayat tentang ibu bapa orang2 Arab Yathrib sblom menerima kerasulan nabi Muhammad (saw) yang bernazar kat Tuhan, bahawa dorang akan jadikan anak2 laki dorang sebagai orang Yahudi bila anak2 laki dorang besar kalo Tuhan kurniakan anak laki2 kat dorang. jadi bila dikurniakan bayi lelaki, maka dorang mesti tunaikan nazar dorang.

benda ni masih lagik berlaku di Timur Tengah sana, misalnya di Mesir, orang2 yg bernazr jika anak2 sihat, dapat bayi lelaki, maka dorang akan bawak anak2 dorang ke Kanisah (Gereja) untuk baptiskan.

bab Tanah Suci tu, ikut kitab suci Quran, memang Mekah tempat suci yang pertama n dibina rumah-Nya untuk manusia keseluruhannya bersujud di dalamnya, mula dari perletakan tanda bertentangan dengan baitul-Ma3mour (tempat tawaf para malaikat) pada zaman nabi Adam (as) kena buang sampai ler ke zaman nabi Ibrahim, Tuhan perintahkan supaya membangunkan bangunan di situ sebagai tempat sujud

tapi di Urusalem sana pula, Tuhan jadikan Tanah Suci untuk anak2 cucu Israel sb kerajaan orang2 beriman ada di situ. hal ni smua adalah sebagai lambang kemuliaan orang2 beriman n jugak untuk kemudahan orang2 di situ.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 04:38 PM | Show all posts
hahaha, cawan tu kalo penuh dengan air kopi, nanti melimpah ler kalo dituang..... air tu takkan tetap lagik dalam cawan sebab tak kosongkan die.....

nak pengetahuan baru, kosongkan minda anda...... bukan mestinya anda terus bulat2 percaya benda anda dengar. anda kena tengok sendiri, alami sendiri, baru lah x jadi hanya spekulasi
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 09:12 PM | Show all posts
1# zaharul_asriq94


penah dengar..sedap juga..yang paling diorang bangga dalam lyrics tuh "2000 waiting" yelah menunggu 2000tahun untuk pulang ke holy lain yang diclaim mereka..tapi rata2 mereka bukan lagi judah yang asli.mereka ni european yang covert to agama yahudi je..taktau la allahualam
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 09:15 PM | Show all posts
54# zaharul_asriq94

sebelum 1948an tuh..cantik sungguh architecture,landskap dan suasana disana..aku apa penah tengok kat youtube before Israel invention.susana palestine memang indah!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.296106 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list