|
TBB V.39 Tema : Tahun Baru... Kisah Baru.... Hidup Baru....
[Copy link]
|
|
43# niy
soalnya mau ka LO kat dino? pahrin yang badan sedap tu pun kena reject, inikan pulak bodi bangla kering. ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
eh lupa lak. salam pagi selasa uols. dah masuk umah baru rupanya.![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
43# niy
Kan...?
Tiada batas usia![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
44# icelemontea
Belum cuba belum tahu....
Sian dino...kita cakap belakang dia ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
yuhuuuuuuuuu
adehhhhhhhhh!
gelak haku baca korang punya post
mana lah dino tak masuk2 lagi ni... |
|
|
|
|
|
|
|
yuhuuuuuuuuu
adehhhhhhhhh!
gelak haku baca korang punya post
mana lah dino tak masuk2 lagi ni...
chekshu Post at 19-1-2010 13:33 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
dino tengah berkubang kat thread roslan shah sambil mengintai peluang. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
54# niy
banyak banana
leh buat banana split
![](http://zetatau.files.wordpress.com/2009/09/banana-split.jpg)
or banana fritter with ice-cream
![](http://franstatic.files.wordpress.com/2008/03/banana-fritter-with-ice-cream-choc.jpg)
sedapppppp
hiks |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by chekshu at 19-1-2010 14:48
tadi terperasan kat kedai magazine
penghias muka depan mag
mawi n mrs...
majalah seri dewi keluarga...
tak de sesapa beli ker???
![](http://www.karangkraf.com.my/E-majalah/Keluarga/imej/2010/Jan/cover.jpg)
![](http://www.karangkraf.com.my/E-majalah/Keluarga/imej/2010/Jan/images/muka-depan-keluarga_03.jpg)
Perjalanan pasangan ini sebelum bergelar suami isteri begitu berliku. Ada sahaja tohmahan yang dilemparkan kepada mereka. Namun cinta mereka tetap teguh setelah keduanya sah bergelar suami isteri penghujung tahun lalu. Majlis perkahwinan penyanyi lelaki paling popular ataupun digelar Raja SMS, Asmawi Ani atau Mawi bersama kekasih hatinya, Ekin diibarat ‘wedding of the year’ apabila menghimpunkan ribuan peminatnya yang turut memeriahkan majlis perkahwinan ini.
Kini sudah setahun pasangan ini melayari kehidupan berumah tangga. Sepanjang tempoh itu, pelbagai dugaan dihadapi tetapi kedua-duanya masih kekal bahagia dan masih menganggap diri mereka seperti dalam berbulan madu. Di mana ada Mawi, di situlah ada Ekin. Walaupun tanpa kehadiran cahaya mata, keduaduanya tetap ceria melalui alam rumah tangga. Seri Dewi & KELUARGA berkesempatan mengatur fotografi bersama Mawi dan Ekin di Palm Spa, Palm Garden Putrajaya untuk mengetahui perkembangan terkini pasangan yang sering jadi buruan media ini. Biarpun Mawi dengan sifat selambanya, tetapi keletah manja dan ramah Ekin menjadikan suasana fotografi petang itu berjalan lancar.
SDK: Sudah setahun Mawi dan Ekin mendirikan rumah tangga, bagaimana kehidupan sekarang?
MAWI: Alhamdulillah, perkahwinan kami sudah memasuki usia setahun dan saya bersyukur kerana ia masih bertahan.
SDK: Sejak berkahwin, nampaknya Mawi agak menyepi sedikit, tidak banyak cerita yang keluar di media berbanding sebelum berkahwin dulu. Kenapa?
MAWI: Bagi saya semua orang rasa begitu apabila sudah berkahwin. Tetapi saya tidak fikir kedudukan saya jatuh atau tidak. Ini kerana rezeki saya di bidang ini masih ada dan masih menerima tawaran menyanyi atau berlakon. Cuma mungkin jarang keluar cerita saya dengan Ekin di media. Rasanya itu lebih baik berbanding dulu selalu keluar cerita mengenai saya. Bagi saya, biar orang cari kita untuk mengetahui cerita terkini. Walau bagaimanapun saya akui aktiviti tidak sesibuk berbanding selepas keluar Akademi Fantasia dulu. Sekarang ini saya lebih banyak masa untuk diri sendiri dan keluarga.
SDK: Adakah Mawi merasakan diri tidak lagi popular disebabkan perkahwinan ini?
MAWI: Saya akui setiap artis akan mula ‘slow’ sedikit apabila dia berkahwin. Tetapi ‘slow’ tidak bermakna kita terus berhenti dari aktiviti seni ini. Oleh kerana ada masa terluang ini jugalah, saya lebih senang balik kampung menjenguk emak. Ada juga saya ajak emak tinggal di sini tetapi dia tidak betah tinggal di kota. Sehari dua mungkin emak tidak kisah.
SDK: Apa perasaan sebenar Mawi setelah melalui alam perkahwinan ini?
MAWI: Tidak dinafikan, pengalamannya cukup berbeza ketika hidup bujang dulu. Saya akui seronok menjalani fasa baru ini dan alhamdulillah, kami sudah setahun berkahwin. Saya rasa diri ini lebih bertanggungjawab dan paling penting segala urusan diri menjadi lebih mudah. Saya tidak perlu fikir nak makan apa, pakai apa dan sebagainya. Segalanya diuruskan oleh isteri tercinta. Seronok apabila ada teman berbual dan boleh kongsi apa sahaja dengannya.
SDK: Apa agaknya petua Mawi dalam melayari kehidupan berumah tangga ini?
MAWI: Paling penting kejujuran untuk kukuhkan hubungan. Selain itu, sebagai pasangan, kita perlu tahu apa yang dibuat olehnya dan jangan cuba belakangkan dia. Apabila kita telus dalam hubungan, kita akan rasa seperti baru bencinta. Perangai Ekin yang saya kenal sebelum dan selepas kahwin tidak berubah.
SDK: Jika tidak ada apa-apa aktiviti, apakah yang Mawi dan Ekin lakukan?
MAWI: Saya sebenarnya seorang yang suka duduk rumah. Jika tidak ada apa-apa aktiviti di luar, saya lebih suka duduk di rumah. Ekin rajin memasak dan ada masa saya membantunya di dapur. Jika tidak pun, sekadar keluar tengok wayang ataupun bermain boling dengan Ekin di luar.
SDK: Sepanjang setahun melayari bahtera perkahwinan, apakah dugaan yang dialami oleh Mawi dan Ekin. Adakah ia mengganggu hubungan sedia ada?
MAWI: Adatlah, jika ada dugaan dalam alam perkahwinan. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Ekin seorang yang manja dan ada kalanya merajuk pada hal yang kecil. Saya akan pujuk dia tetapi melihat pada situasi. Bagi saya kunci dalam kebahagiaan rumah tangga itu adalah dengan membuang rasa ego dan tidak salah untuk meminta maaf pada pasangan. Tidak dinafikan, dulu sebelum kahwin orang akan bertanya bila nak kahwin dan apabila sudah berkahwin, tanya pula bila nak dapat anak. Malah dari dulu hingga kini kami masih lagi menerima surat layang mengandungi maki hamun terutama dilemparkan pada Ekin. Walau bagaimanapun, saya tidak melayan surat layang berkenaan atau memberi Ekin membaca isi kandungannya.
Ikuti selanjutnya di dalam edisi bulan ini.
![](http://www.karangkraf.com.my/E-majalah/Keluarga/imej/2010/Jan/depan2.jpg)
tak perasan le plak
pasal depa jadik cover.... |
|
|
|
|
|
|
|
57# chekshu
banana fritter ke?, ingatkan choc eclair + vanilla souce..yummmy |
|
|
|
|
|
|
| |
|