|
pics from Ladakh.......
mmg betol nampak macam istana potala (petala) kat Tibet arh bentuk biara atas bukit neh.
|
|
|
|
|
|
|
|
istana potala di tibet. potala? petala? petala wati? ada kaitan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha, mungkin perkataan digunakan tu ada kebetulan kowt.... orang Buddha Tibet pakai ritual basa Senskrit, beza dengan orang Buddha di Thailand n Sri Lanka yg pakai basa Bali.
lama aku x hapdet thrid basa senskrit yg aku bukak aritu... xde masa nak check balik nota2. ปฎล [petala] maksud dia ada banyak. Yang aku ingat, 1. lapisan, 2. bumbong 3. jisim. |
|
|
|
|
|
|
|
lol.... shri devi pon ada berlakon drama komedi hindi dalam TV2 x silap aku... tajuk dia Malini Iyyer. dlm drama tu dia jadik pompuan Brahmin Tamil menikah dengan orang Punjabi. ada la dia highlight perbezaan budaya orang selatan n utara kat India
|
|
|
|
|
|
|
|
Sikandar Pemusnah Vigraha ni mengingatkan aku kat sultan Aurangzeb dr empayar Moghul di Dehli (Delhi).... baginda ni agak tegas n alim jugak...
genot Post at 7-2-2010 00:19
Sultan Mughal yang aku paling respek..... |
|
|
|
|
|
|
|
lawanya kashmir
-aurangzeb tu ganas kan? berbeza dgn akhbar yg menggabungkan semua agama jadi din ilahi
sekngucing Post at 7-2-2010 13:53
Akbar Bikin Ajaran Sesat.... |
|
|
|
|
|
|
|
sebab Kashmir ada brahmin yg merupakan penduduk utama di situ, maka kita cakap sedikit la tentang penduduk ini. Brahmin kat India ada 2 jenis bangsa yang utama......
1- Pancha-gouda (lima yg cerah)
2- Pancha-dravida (lima dari selatan)
mai kita cakap pasal brahmin panchagouda dolu. panchagouda brahmin ni panggilan lain dia adalah brahmin saraswat. saya tidak pasti tuan2 ada berminat tahu tentang bangsa2 Hindu, tapi brahmin merupakan salah satu bangsa dalam badan masyarakat hindu.
brahmin gouda saraswat ni membangsakan diri kepada para brahmin yang tinggal di tebing sungai2 Saraswat di Punjab n tasik saraswati di Kashmir. sekarang sungai n tasik itu sudah pupus lah. mereka dapat nama suku kaum mereka sama ada darpada ketua kerohanian mereka iaitu rishi Saraswat Muni yang tinggal di tebing2 sungai Saraswati.
Brahmin2 ni merupakan antara satu suku kaum dalam puak brahmin panchagouda yg tinggal di utara pergunungan Vindhiya serta tergolong dalam golongan Brahmin yang mengamalkan tradisi Smartha. mereka memuja lima dewa2 iaitu siva, visnu, devi, surya, n viganed (ganesha)
dalam beberapa abad, brahmin2 yang asal dari lembah Saraswat ni hijrah jugak ke pelbagai kawasan n ditemui di banyak lokasi di pantai barat India harini.
lima puak dalam panchagouda ialah, saraswat, kanyakubja, gouda, utkala, n maithila.
asal-usul masyarakat brahmin ni susah nak ditentukan tapi kehadiran dorang ada disebut dalam veda, ramayana, mahabharata, bhagavata, n bhavishottara puranna.
ramainya dorang dudok kat sepanjang tebing sungai saraswati. ada lebih drpd 1200 penempatan nomad2 brahmin ni. dorang mengamalkan kehidupan bertani, n ngembala lembu. dah lama2 dia dok situ, maka dia orang pon dikenali sebagai saraswati atau org2 yg dudok kat kawasan lembah saraswat.
dorang ni menekankan pendidikan n ilmu pengetahuan jadi dorang ajarkan basa senskrit kepada anak2 n mempelajari kitab rigveda. walopon dorang selalu cakap senskrit di khalayak awam, tp dorang ada jugak basa senskrit ringkas sendiri yg dipanggil sebagai brahmani, biasanya dorang guna kat umah.
bahasa brahmani ni skang neh jadi nenek moyang bahasa konkani di India. beberapa tahon, sepanjang sg saraswati, orang2 brahmin saraswar membangunkan konsep2 kuladevata atau dewa penjaga keluarga n mula memuja dewa2 ni.
dorang menerima maharishi saraswat munnih anak kepada rishi dadikshi yang tinggal di tebing sg saraswat sebagai guru dorang. ni lebih kurang macam nabi dorang lar, nak bg mudah paham org2 islam.
ada lebih kurang 60, 000 org brahmin yg jadi pengikut saraswat munnih. bila jadi peristiwa kelaparan yg trok selama 12 tahon di lembah tu n tanaman smua x cukop untuk keperluan penduduk, dorang x dapat tahan. jadi guru dorang tu nasihatkan dorang untuk makan ikan dari sungai saraswat bg meneruskan idop. jadi golongan brahmin saraswat ni jadi satu2nya golongan brahmin yg makan ikan. penempatan dorang ni adalah di antara sg saraswat n drishadvati.
|
|
|
|
|
|
|
|
Citer Sikit Pasal ' Shang Ri La '' |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by genot at 18-2-2010 14:44
Shangrila aku ingat macam mitos saja, bagos gak HgPc sebot pasal ni sb korang leh tgk kepercayaan dalam salah satu aliran pemikiran Buddho gak. Ada gak orang Barat yang katanya pernah dengar berita pasal tempat ni drpd orang2 Tibet.
Ikot rowayat orang Buddha Tibet, aku ingat dema ni aliran Vajirayanna (Aliran Petir) ada satu lagenda nama Shambala. Aliran Theravada pon ada creta pasal raja2 Bodhisatta, tapi aku x penah dengar lak benda ni dalam lagenda2 jataka sebab orang Theravada banyak pakai jataka.
"di Utara bahagian banjaran Himalaya sana, ada sebuah kerajaan yang misteri diperintah oleh raja2 Bodhisatta yang jugak akan melindungi ajaran2 Dharmma bilamana dunia ni dipenuhi oleh ketamakan n perang. Raja Shambala akan muncol menghancorkan semua kejahatan membawa segala manusia masuk dalam era keemasan..."
Shambala ni nama lain bagi Shangrila. Lain2 nama dia ialah Aghartha. Orang2 Buddho tu cakap tempat ni terletak kat lembah yang x boleh dihubungi dengan mudah oleh orang ramai dengan kenderaan atau oleh sebarang sistem komunikasi, sekelilingnya banyak air batu n tempat ni tempat org2 dapat pencerahan (buddho), kebijaksanaan, n keamanan.
Ikot legenda, raja Shangrila ni, mengembara ke India untuk jumpa Buddha Gautama n belajar ajaran Kalajakram. Kemudian, dia bawak balik ajaran tu ke kerajaan dia n kat sana ajaran kalajakram tu dijaga rapi. Kata2 dorang lar, hanya orang yang ikhlas hati ajah leh idop dalam Shangrila. Kat sana, barulah dorang boleh nikmati kesenangan n kegembiraan sempornna selain x tahu dah sengsara, tanha (keinginan nafsu), n ayuh (umor). Cinta n kebijaksanaan sajah yang menguasai, n ketakadilan x ada lagi.
Orang2 dalam tu idop lama, pakai baju lawa, bentuk badan pon chun selain ada kuasa macam dewa-dewi. Ada pengetahuan rohani mendalam, teknologi tinggi, serta orang2 dalam tu belajar ilmu sains teknologi yang meliputi pembangunan kebudayaan dorang melebihi daripada yg dicapai oleh orang len.
Lama2 Tibet banyak yang menghabeskan idop dorang dalam mencapai peningkatan kerohanian sebelom boleh mengembara ke Shangrila n katanya tempat ni terletak kat antara plat Eurasia yg membahagikan dataran Asia dengan Europa. Benda2 ni nampak macam dipercayai oleh orang2 aliran Buddho Kalajakram n mungkin dorg je kowt yg leh paham. Kalajakram ni maksudnya Roda Masa, n ni merupakan alirang yg mendalam dalam aliran pemikiran Buddho Vajirayanna. Kalo benda2 cenggini dalam aliran Buddho Theravada, dorang cakap orang2 tu akan capai Nibbhan sblom Pari-Nibbhan. Nibbhan maksudnya smpai semporna x dak cela, Pari-Nibbhan, pecah tros, masuk dalam alam baru, tp x sebot lak alam tu atas dunia ni atau dalam tempat len.
Ikot stengah2 lama Tibet tu, bila pengembara sampai dekat kerajaan tu, arah dorang akan masuk dalam alam ghaib. Dorang cakap yang kerajaan Shangrila ni dilindungi daripada orang2 gasar yang akan mengambil alih dunia.
Benda ni ada tulis dalam kitab Ramalan Shambala. Katanya, tiap2 raja dalam kerajaan rohani tu akan memerintah selama 100 tahon. Akan ada 32 orang raja smuanya, dalam masa pemerintahan dorang, keadaan di dunia luar ni akan bercelaru. Manusia akan jadi suka gaduh n gila kuasa untuk kepentingan diri. Ideologi kebendaan (komunis? kapitalis?) akan tersebar ke serata dunia. Akan terjadi kehancuran yang berturut2 dalam kehidupan manusia, seperti ideologi kebendaan tersebar dalam dunia.
Bilamana orang2 'gasar' yang ikot ideologi ni bersatu bawah seorang raja yang Jahat, kabus2 yang melitupi kawasan Shangrila atau Shambala akan hilang n tempat tu akan terdedah. Orang2 'gasar' tu akan serang Shangrila dengan tentera n kelengkapan ketenteraan yg besar n dahsyat.
Raja Shangrila yg ke-32 dipanggil Rudra Jakrin akan mengetuai angkatan perang besar mengalahkan penakluk. Dalam perang terakhir itu, raja Jahat tu akan dikalahkan n dimusnahkan.
Stengah2 orang Buddho tu cakap ramalan terjadinya perang tu tahon 2029, tapi banyak ramalan orang Buddho len cakap tahon 2424 bila jadinya perang besar bermula dr India.
Aku ingat benda2 ni smua metafora ajah.... x tentu benar atau x tentu salah.... n merupakan sebahagian drpd kepercayaan dalam salah satu aliran pemikiran Buddho iaitu aliran besar Vajirayanna n kalu korang pahami aliran2 pemikiran Buddho ni, benda Shangrila ni bagi aku lar, cakap mengenai cara2 nak capai Nibbhan (Kesempurnnaan) n kemasukan ke Nutanalokam (Dunia Baru) lepas Pralaya (Kemusnahan Dunia).
Korang mosti ingat orang2 Buddhist percaya kat Sangsara ajah. Sangsara maksodnya karmmika (perbuatan) korang tu mempengaruhi akibat masa ke depan yang menjadikan kehidupan manusia melalui putaran kelahiran yg x henti2 n jadi dewa jap dalam sorga, kendian lahir jd orang Brahmin ato orang kaya atao papa jah yg baik kalo wat bek, kena seksa dalam neraka jadi setan jap kendian lahir jd orang miskin, atau babi kalu wat jahat bergantong kat karmma (perbuatan) n tingkat balasan. tapi kalo korang penah sembang dgn sami2 Buddho, baca kitab Jataka atau dengar ceramah2 agama Buddho, dekat jah, kat Thailand pon cukop.
Dorang cakap putaran2 kelahiran tu akan berenti gak bila smpai masa nanti n dunia kita dok skang neh masih akan hancur musnah sblom masuk dalam dunia baru yg kat sana x ada kata2 buruk, x da pemikiran buruk, x da perbuatan burok.
Banyak lagik boleh ulas n cerita mengenai benda ni, tp cam biasa aku x ska nak wat spekulasi menjadik kepercayaan kat org len2 sb kepercayaan mesti ada dasar atas satu yg pasti, kena ada sumber2 atau asas2 jugak, ya dak?
Nah lagu dari Three Dog Night - Road to Shambala
|
|
|
|
|
|
|
| |
|