CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: capiloton

relevan lagi ker bisnes Cybercafe?

[Copy link]
Post time 2-1-2011 09:35 PM | Show all posts
lesen cyber bukan dibekukan tapi dihadkan. tak semua kawasan boleh buka cyber. kalau kawasan itu takde cyber dan jauh dari kawasan sekolah boleh dipertimbangkan.sebelum bagi lesen pihak majlis akan datang check dulu kedai.kalau menepati syarat mungkin tak jadi masalah.sebab itu banyak cyber kawasan bandar bukak secara grand.  ada pihak majlis yg kenakan bayaran tahunan lesen yg agak tinggi utk pusat cyber.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2011 11:30 PM | Show all posts
Bebudak nak enjoy pun biarlah dengan kawalan keluarga, main game online dari rumah dengan time limit. Online game nih ibarat dadah, terlalu leka bermain pelajaran pun lingkup....aku pun main game

- World of Warcraft Frozen Throne level 80 Tauren
- PS3 GT5 Online
- Black Ops

Kalau nak target game, bukan yg spm ke bawah, target premium segment, yakni orang-orang yg bekerja dan jadikan game sebagai leisure.

Aku pernah jumpa cina menyesal main ragnarok sampai kena buang kolej..tapi dia skrg sudah kaya...jadi tokey supply cable network pulak
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 08:43 AM | Show all posts
untung memang untung bisnes cc ni.. tapi tak tahu la keberkatan rezki dari berniaga cyber cafe ni ada ke tidak.. no offense to cc owner but things that i do like to cc owner to improve such as :-

1) parenting control search: kita sedia maklum budak2 banyak google bende2 mengarut dan download
2) monitoring downloading dan uploading : penting untuk tahu apa yang didownload oleh user2 pc..kalau bleh buat net send..bagi peringatan kepada user2 yang tengah download bende2 ngarut..biar depa segan sket.. yang penting..anda dah jalankan tanggungjawab anda sebagai cc owner..
3) cc as source of dakwah and flow information.. jarang aku tgk cc ada bagi info2 untuk menambahkan pengetahuan pengguna.. balik2 poster game yg rajin nak bertukar ada la.. yang lain kekal sama.. even wall paper pc pun x bertukar2 bertahun2 lamanya

4) buat sudut pengasingan.. untuk gamers dan internet user.. umum kita tau kalau orang yg gamers duduk sebelah orang yang surfing.. senario akan menjadi lain..sensitiviti kene jaga weh.. customer confirm xkan buat aduan pasal mende ni.. tgk cc owner alert ke tidak.

5) Adakan pelbagai contest.. bukan sekadar game contest.. tapi banyak lagi jenis pertandingan yang boleh memberi percambahan minda kepada semua peringkat golongan

6) Biasanya CC akan pasang music.. such as music untuk bagi pendengar2 rileks time surfing or main game.. tapi aku berani cakap la.. xde cc yang akan pasang azan time masuk waktu..(just for reminder bagi mereka yang suka menangguh2kan waktu sembahyang ni) sebab takut customer lari...tapi anda juga dapat saham sebab x memberi peringatan kepada mereka.. fikir-fikirkan lah wahai owner cc..

aku xde halangan kepada owner2 cc.. malah berbangga ada anak melayu yg berkecimpung dalam bisnes ni.. moga moga owner2 cc ada kesedaran nak upgrade taraf cc anda.. bukan sekadar upgrade pc performance dan update game.. tapi juga update dengan senario akhir zaman ini..

ada banyak lagi improvisation yg rasa-rasanya korang leh pk sendiri sejak dah lama berkecimpung dalam bisnes cyber cafe ni..so korang sepatutnya lebih arif mengenai hal ini..fikir fikirkan la..

semoga perniagaan anda maju dan berjaya memajukan orang2 di sekeliling anda bersama..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 11:06 PM | Show all posts
bagus idea hardey tu tapi adakah pengusaha cyber bumiputra mampu atau nak buat semua tu?
keberkatan dalam perniagaan zaman sekarang susah nak dikategorikan. sebagai peniaga memang seboleh2nya mereka nak berniaga dgn penuh keberkat tapi agak sukar nak dipraktikan.
bagi saya pengusaha cyber hanya memberikan perkhidmatan yg memudahkan pengguna mencari maklumat dgn segera,printing dan bermain permainan online games dgn rakan2.
rasanya takan ada pengusaha melayu yg nak customer bukak wesite lucah.
website lucah memang boleh disekat tapi bukan 100%.

pengusaha cyber takde hak utk ambil tahu apa yg didownload/upload oleh customer .
cuma kalau customer tengok gambar/video lucah baru lah pengusaha berhak tegur.

walaupun saya bukan pengusaha cyber tapi apa yg saya tengok customer zaman sekarang tidak tengok tempat. lebih ramai pergi ke pusat cyber kaum lain yg tak kisah dia nak bukak apa,tengok apa,main apa pada waktu sembahyang jumaat,magrib dan sebagainya.jadi itu kita nak salahkan siapa? pemikiran siapa yg sepatutnya kita ubah?

just my opinion...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2013 03:43 PM | Show all posts
Salam buat semua usahawan...

Saya dalam proses nak mulakan bisnes cybercafe + photography + alat tulis + photostat + binding/laminate...

Persoalannya : Apa pendapat korang berkenaan ini?

Case study :
1) Kawasan yang aku nak buat ni kawasan kampung, yang cybercafe terdekat dalam 5-6 kilometer daripada kampung.

2) Demografi penduduk muda (sekolah, remaja, awal muda) adalah ramai... Di sekitar kampung aku tu ada 3-4 kampung lagi yang mmg takde kemudahan internet.

3) Skrg ni, daripada pengalaman aku mengusahakan kedai gambar di kampung aku sebelum ini (kecil-kecilan je, cuma buka selepas waktu kerja) ramai budak2 sekolah buat kerja di ebook/netbook yang kerajaan bagi satu sorang, tapi bermasalah  bila nak cetak hasil kerja mereka, jadi aku nampak peluang untuk sediakan job printing yang lebih tersusun dan mudah bagi mereka.

4) Servis binding, laminating dan photostat mmg susah nak buat kat area kampung kalau takda org nak buat servis tu. Kalau tak kena ke pekan terdekat di Batu Enam, Kuala Terengganu yang jarak dia lebih kurang 6 kilometer.

Kesimpulan saya : Mungkin ramai yang akan cakap bisnes cybercafe skrg dah tak relevan, tapi daripada pemerhatian aku, kat kawasan kampung aku tu macam terlambat 3-4 tahun dalam perkembangan internet dan kemudahan komputer berbanding tempat2 lain di bandar Kuala Terengganu nie. Dan oleh itu aku rasakan bisnes ini SEOLAHNYA sesuai untuk aku usahakan di kampung aku ni...

Pendapat korang plak macamana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.051924 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list