CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: koboi

Siam bukan berasal dari Thai?

[Copy link]
Post time 20-1-2011 04:06 PM | Show all posts
kahkahkahkah...mai dah puak2 kedah pasai ma negara siam nih.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2011 07:23 PM | Show all posts
Reply 13# ChildrenOfBodom

Mcm mana beza nama nama siam bangkok dgn nama siam kampung?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2011 11:33 PM | Show all posts
Reply  ChildrenOfBodom

Mcm mana beza nama nama siam bangkok dgn nama siam kampung?
jazim Post at 20-1-2011 19:23



    maksud aku kalau siam kt belah2 mesia ni hat dok kat kampung2 nama depa jenis pendek2 jah mcm chun, eop, boon etc etc terutama org2 tua..tp kalau kita tgk pelakon2 siam dr thailand tgk nama depa cmna? panjang2 kan. kt belah mesia ada gak jenis panjang2 cmtu tp mai kt nama pak depa pendek. cm nama budak kelaih haku nama dia panjang mai kt nama pak dia 3 huruf jah.
budak2 muda kot nama panjang tp yg tua tak penah lg haku jumpak nama jenis panjang2 style thailand.  pasaipa nama siam kt thailand dgn siam kt mesia berbeza tu haku tataw la mungkin keturunan ka hapa ka. mungkin genot boleh habaq.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2011 11:35 PM | Show all posts
boon? ada nama kawan aku dulu nama dia mie chean anak perempuan eh boon. wakaka, kampung punya
-tp rupa bleh tahan la seksi
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 12:44 AM | Show all posts
senator keturunan siam kt dewan  negara nama Boon Som Inong
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 01:36 AM | Show all posts
nama pendek2 tu nama Thai Deum (Thai asli). yang panjang2 tu nama bentuk gabungan bali-sanskrit, depa pakai nama2 buddha alah mcm melayu la pakai nama erreb kata la nama itu islamik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2011 01:44 AM | Show all posts
Pasaima basi dah... Penulis blog tu nama dia Mazlan aka Anai-Anai aka Nai Mazlan.

Tai makna dia Orang dalam bahasa Tai-Lao, kapiaq bahasa Siam xdak makna pasai Siam makna dia Itam, Gelap, kulit itam mcm worang asli. Etnik Tai sebenaqnya puak Austronesia jugak, depa di-separuh-Cina-kan tu sebab bahasa depa jadi bunyi mcm separa bahasa Cina. Depa dah ada di Utara Asia Tenggara sejak zaman Sriwijaya lagi. Abad ke-12 M, baru depa memberontak daripada empayar Khmer Klasik (Angkor). Pasai worang Angkor dok curi betina Tai wat concubine. Lepas tu baru wujud Sukhotai. Mazlan tu reti kecek Siam ka Thai ka? Ka Siam n Thai tu lain? Thai tu rebranding balik T'ai. Nama len bagi T'ai dalam bahasa Bali-Sansikit (bahasa Hindu lama) ialah Ihsrah!
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 02:14 AM | Show all posts
Lenkali nak baca kitab sejarah tgk kronologi masa n abad.

Sukhothai abad ke-12 M.
Ayutthaya abad ke-13 M dinasti dia dinasti U-Thong.
Ayutthaya yang jajah Sukhothai.
Sukhothai jadi dinasti Utara dalam Siam pastu masa dah aman.
Pusat dinasti Sukhothai di Phitsanulok.
Tahun 1370 macam tu dinasti SUvarnabhumi jadi dinasti maharaja dalam Sri Ayutthaya.
Suvarnabhumi ni dinasti lama dekat Siam Tengah. Depa ni bangsa Mon campuq dengan T'ai (identikal dengan Melayu n Khmer).
Kemudian dok berganti2 la U-Thong ngan Suvarnabhumi jd maharaja.
Abad ke-15 M, masuk balik dinasti Sukhothai.
Lepas tu abad ke-16 M, dinasti Phasat Thong.
Abad ke-17, kerajaan Tengah Siam Sri Ayutthaya ada bawah dinasti Ban Phlu Luang.

Ni smua dinasti dalam Sri Ayuthaya aka Siam. Aku x larat nak habaq mai dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2011 02:17 AM | Show all posts
Dalam kerajaan Sukhothai abad ke-12 M ada dinasti Selatan. Dinasti Selatan nama dia Nakhorn Sri Thammarat. Nama lama dia Tambralinga. Dia kerajaan orang Melayu. Dia bukan kena jajah dengan SUkhothai, tapi dia masuk perlahan-lahan dalam kerajaan Sukhothai. Orang dia sniri pilih nak cakap T'ai-Lao. Sebab musuh sangat dengan Srivijaya. Srivijaya dulu jajah Segenting Khra. Ni sebelum wujud Sri Ayuttaya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 03:57 PM | Show all posts
Dalam kerajaan Sukhothai abad ke-12 M ada dinasti Selatan. Dinasti Selatan nama dia Nakhorn Sri Tham ...
genot Post at 21-1-2011 02:17



emmm btol tu bro, sy pnah dgr dlu owg siam kedah/kelantan ni asalnyer org melayu yg tak masuk islam lgi.. tu psl ler depa ikut ayuthia ckp  siam padehal dalam darah mmg darah melayu negara sri dharmaraja (tambralingga).. si nai mazlan merong maha merepek tu plak tak silap org gitau yg moyang dia hanya masuk Islam lepas kejatuhan Ayuthia dan depa masuk Islam pun sebab nak dpt asylum dgn negeri kedah.. sbb nak cover cerita nih dan berangan nak tuntut smua Malaysia, tu psller depa and the gang pakat tutup cerita ni pastu wat fabricated stories kononnyer raja narai tu islam lah smua..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 04:49 PM | Show all posts
Masa Patani menganut Islam. Negeri Jaya (Chaiyya) berpecah lah. Depa x mboh dok sama worang Islam. Pasai depa dok memperbina Wat (Biara) dengar ceramah ajaran Buddha. Depa sama bangsa sama worang Melayu belah Patani, Kedah, Kelantan, Pahang, smua.

Ligor depa punya raja sudah mati semasa abad ke-12 M. Raja depa tu nama Sri Dharmaraja Chandrabhanu (Raja Yang Adil Sinaran Bulan). Dia mati semasa bantu saudara dia Raja Manabharana Magha di Sri Langka. Chandrabhanu ni worang Melayu Ligor!

Dia sangat alim lah agama Buddha. Masa dia masuq ke Sri Lanka sana dia perhancur kuil-kuil Hindu tetapi dia tak kacau Wat (Biara). Dia sebaliknya letak semua Wat2 di Sri Lanka bawah selenggaraan dia.

Masa dia mati kena bunuh dengan Raja negara Tamil Pandiyan. Negara dia, Ligor tu dalam huru-hara. Raja negara Sukhothai, Po Khun Ramkhamhaeng sama adik dia Po Khun Inthrathit tengah dok naik bintang di Utara. Depa masuk ke Selatan lepas tu serap Ligor jadi sebahagian negara SUkhothai. Ni abad ke-12 M. Ada dalam rowayat Mahawangsa catitan sami2 Buddha Sri Lanka ngan Melayu belah Siam sana. Mula catitan rowayat raja2 Buddha ni sekitar abad ke-4 M lagi di Siam Selatan oleh Phrak Thera Mahanama. Pi cari baca lah aku x tahu ada terjemahan bahasa Inggeris ka dak. Wallahu'aalam
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 04:20 PM | Show all posts
suka dgn org siam.. kebanyakan nye sopan2 je bila pompuan.. especially yg kg girl.. lagi satu kalo buat deal dgn org siam ni best.. kalo mereka janji, mereka akan tepati... dulu masa buat project perumahan kat perlis, org2 siam ni kalo janji nak bayar 10 percent sekian hari, mmg diorang byr.. but kalo dgn org melayu.. adoi, tepuk dahi ok.. hurmmm.. beza sangat sikap org melayu dan siam...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2011 05:59 PM | Show all posts
saya mmg minat dgn kisah kerajaan melayu lama tp pengetahuan tu kurang sesangat..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 06:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by Tillingtan at 24-1-2011 07:00

Betul ke loghat Siam di Kedah dan Kelantan berbeza?

Berkenaan dengan nama kan orang orang dulu nama mereka banyak yang guna Mek, nie untuk orang perempuan. Yang lelaki pulak bermula dgn Eh tapi kalau mereka dah pernah masuk sami maka mereka menggunakan  Chau.  example bagi nama org perempuan.. Mek Kedam, Mek Pelui , yg org lelaki pula.. Eh Sook , Eh Dam ..
Orang Siam sekarang nie dah kurang guna nama cam orang dulu sebab rasanya influence dari Thailand.   

Saya kurang faham bahasa Thai Bangkok.
Ini saya dapat dari youtube setelah lama mencari pasai orang siam di Kelantan


video nie dalam 3 parts.

Ini pula video berkenaan dengan orang Lao yang tinggal di Burma. Bahasa yg mereka gunakan amat sama dengan bahasa Siam Kelantan.  

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 03:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 02:38 AM | Show all posts
cerita psl kedah pasaima tak betul?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2011 11:14 AM | Show all posts
aku mmg sering keliru siam dng thai moden ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 04:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by Dunhill. at 26-1-2011 16:39

Oleh: TNL Kasim Ibni TNL Ahmad

Kami telah menceritakan bagaimana negeri Siam Lancang dibuka seperti yang tercatat dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Negeri Siam Lancang dibuka oleh Raja Siam Islam bukan oleh Raja Thai. Raja Siam beragama Islam sementara Raja Thai beragama Thevarada Buddha. Bangsa Thai berasal dari Tibet, iaitu bangsa Nyajud yang lari dari zaman Raja Iskandar Zulkarnain dahulu.




Benua Siam Islam Kedah



Sejarah bermula apabila Raja Nyajud Buddha Aluang Phraya dari keturunan Rama Khamheang Burma datang dari Tibet. Mereka telah menubuhkan kerajaan Buddha Lanna Thai Chakri Sokho Thai di Luang Phra Bang, dalam wilayah Benua Islam Siam Kedah. Pada tahun 1736, bermula secara baik, bangsa Thai memasuki Benua Islam Siam Kedah, di zaman dinasti Ayut’ia Cau Pija Si Thammrat, Maha Thammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansur Syah masih lagi memerintah (Undang-Undang Kedah muka surat 16 dan 17) sebagai  Syah Alam Yang Maha Mulia dan bersemayam di Kota Palas, Pulau Langkawi Kedah.

“Meanwhile in the 13th century the most celebrated of early Thai states was the kingdom of Sukhothai. Modern Thais regard Sukhothai as the birthplace of the Thai nation, particularly under Ramkhamhaeng, king c.1279 – 1298, whose rule is celebrated by the Sukhothai stone – an inscribed obelisk reputedly discovered in 1833 by the Thai prince Mongkut, then a monk and scholar and later Thailand’s first modernising monarch. The inscription portrays Sukhothai as an idyllic place, governed by a just, fatherly and devoutly Buddhist monarch. Possibly it is Ramkhamhaeng’s self-justifying counterblast to the arrogance and avariciousness of imperial Angkor. In recent years the stone’s authenticity has been questioned, some sceptics arguing that Mongkut himself devised the inscription to give his people an appealing early history”.History of South Asia, Asean Focus group.

Usaha ke arah mengubah sejarah ini telah dijalankan bukan semenjak zaman Rama I yang terkenal sebagai penulis malah turut disambung di zaman Mongkut. Strategi yang sama turut dilakukan oleh Inggeris dalam usaha memadam tamaddun Islam di nusantara ini.

Pada tahun 1752, bangsa Thai menyerang Raja Siam Toung Oo, Maha Dammaiyaza (Dipati) Syarif Syah yang ketika itu bersemayam di Istana Ayuthia Mandalay. Mereka menukar nama Negeri Siam Toung Oo menjadi negeri Burma. “Burma” dalam bahasa Siam bermaksud “puak pendatang”. Maha Dammaiyaza Syarif Syah berpindah balik ke Ayuthia dari Toung Oo. Baginda adalah anakanda kepada Cau Pija Si Thammrat, Maha Tammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansur Syah.

Pada tahun 1758, berikutan kemangkatan Maha Tammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansur Syah, mereka bertindak mengepung serta mengusir Raja Siam Kamboja, Pho Chan Sultan Mud Zafar Syah III, anakanda kepada Maha Raja Siam Dinasti Ayut’ia, Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia yang ketika itu memerintah di Kemboja di Cempakasari. (Maha Dammaiyaza (bahasa Arab ni) Raja Toung Oo, Boromoraja V Ekataat dan Syarif Yang Di Pertuan adalah orang yang sama!).

Baginda Po Chan menjadi Raja Islam di Kamboja Cempakasari. Dalam peperangan dengan raja penjajah bangsa Thai ini, Aluang Praya dari Burma ini berjaya dibunuh oleh tentera Islam Benua Siam Kedah Kheag Tesh di sebuah tempat yang kemudiannya digelar Taikala. “Taikala (tai-kha-la) adalah bahasa Siam yang bermaksud “mati dibunuh”. Po Chan bersama pengikutnya kembali ke Kedah dan ditabalkan menjadi Raja Kuala Kangsar dan hari ini kita mengenali baginda sebagai Sultan Mudzaffar Syah III, Perak atau Raja Kemboja.

“During the reign of the Vietnamese king, Minh MÕng, the Champs were severly persecuted. As a consequence, the last Champa Muslim king, Pô Chan, decided to gather his people (those on the mainland) and migrated south to Cambodia. Whereas those on the coastline, they migrated to Trengganu (Malaysia). The area where the king and the mainlanders settled is still known to this day as Kompong Cham. They were not concentrated in one area but were scattered along the Mekong river in Vietnam, forming 13 villages along it. Throughout the years, their children were sent to Kelantan (Malaysia) to learn Qur’an and Islamic studies. Once studies were completed, these children then return home to teach others in these 13 villages”.
http://www.angelfire.com/vt/vietnamesemuslims/hstry.html

Pada tahun 1767, tentera Buddha Chakri Sokho Thai menyerang Kota Ayut’ia, tempat bersemayamnya Maharaja Benua Siam Kedah Kheag Tesh, Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia. Baginda kemudiannya berundur ke Ligor dan kembali ke Kedah. Pada tahun 1782, Raja Buddha Aluang Phraya Burma Chakri Sokho Thai melantik anak menterinya, Chula Lok (bermaksud anak-menteri) menjadi Raja Thai Rama I Ayut’ia negeri Siam (Thai menjajah negeri Siam).

“Rama I (reigned 1782–1809) had been born of a Thai father – a relatively minor Ayudhyan official though of aristocratic lineage – and a Chinese mother”. History of South Asia, Asean Focus group.


Wat didirikan di mana-mana saja



Pada tahun "Musuh Bisik" 1821, Kedah pula diserang oleh Rama II Chakri Sokho Thai. Tentera Raja Buddha Bangsa Thai ini telah datang khusus untuk membunuh Maha Raja Benua Siam Kedah Kheag Tesh, Boromoraja V, Ekataat Syarif Yang Di Pertuan yang pada ketika itu bersemayami Istana Ayut’ia Benua Siam Kedah Kota Meang Kuang di mukim Wang Tepus dalam daerah Kubang Pasu Kedah.

Rama IV Chakri Sokho Thai Mongkut menukar nama negeri Siam kepada Thailand bersempena dengan nama bangsa mereka, 'Sukho Thai'. Mereka tidak berpuas hati kerana Po Chan Sultan Mudzaffar Syah III masih hidup dan mempunyai zuriat. Zurat baginda ialah Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang. Seterusnya pada tahun 1876, tentera Raja Buddha Thailand, Rama V Chakri Sokho Thai, Chula Luang Khon telah menyerang Kedah dan membunuh Raja Maha Besar Benua Siam Kedah Kheag Tesh yang terakhir, Sultan Jaafar Mad Azam Syah (Nai @ Syed Long Jaafar) di Gurun Kedah dan menjajah negeri Kedah selama lima tahun.

Mereka bersama dengan penjajah Inggeris berusaha menutup salasilah Long Jaafar di Larut Perak. Semasa penjajahan itulah mereka meroboh Istana Ayut’ia Maha Raja Benua Siam Kedah, berjumlah lebih dari lima belas kesemuanya bagi menghapuskan bukti-bukti sejarah bangsa Siam Islam dan sejarah Islam di Kedah.

Pada tahun 1881, Raja Chakri I Thailand melantik Sultan Abdul Hamid Halim Shah menjadi Sultan Kedah dan dikahwinkan dengan puteri kerabat diraja Thailand (sebagai tanda terima kasih dalam usaha menghapuskan Sultan Jaafar Muadzam Syah, keturunan Maharaja Siam), Mak Inchik Manjalara serta membina sebuah wat Buddha di Kampung Bakar Bata di Alor Setar Kedah dan dinamakan Wat Kanchut. Baginda menceraikan isteri pertama baginda, Sharifah Sofiah (keturunan Maharaja Siam Islam) walaupun mempunyai seorang putera. iaitu Tunku Badlishah, ayahanda kepada Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah pada hari ini.

Pada tahun 1909, Raja Buddha Thailand menyerahkan negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Trengganu kepada pihak Inggeris. Mereka tidak menyerahkan Patani, tetapi telah meletakkan raja-raja yang dilantik dari keturunan mereka di Kelantan dan Kedah. Di Kedah, berikutan campur tangan TNL Mahmud, Tunku Badlishah menaiki takhta kerajaan Kedah sebagai Sultan Kedah. Ini berlaku kerana Sultan Abdul Hamid mangkat di zaman Jepun sewaktu penjajah Inggeris dihalau ketika itu. Jepun dikatakan menyerahkan kembali wilayah Kedah, Perlis, Kelantan dan Trengganu kepada kerajaan Siam Islam Kedah, bukan kepada Thai yang menjajah negeri Siam sekarang.

Oleh yang demikian TNL Mahmud sebagai waris Maharaja Siam telah dibenarkan oleh Jepun untuk menabalkan Sultan Badlishah, menaiki takhta sebagai Sultan Kedah. Inilah sejarah yang cuma digelapkan oleh Inggeris sekembalinya mereka dalam tahun 1945. Maka bermulalah propaganda mereka memperburukkan tentera Jepun. Padahal mereka dan Thai lebih jahat dan kejam berbanding dengan Jepun yang cuma berada di rantau sini selama 3 tahun sahaja.



Penjajah Inggeris dari Fort Cornwallis, Pulau Pinang telah membekalkan serbuk peledak kepada Thai (1876-18810), menggunakan tenaga buruh dari India untuk menghapuskan segala bukti tamadun Islam Benua Siam Kedah Kheag Tesh yang terdapat di negeri Kedah (Lembah Bujang) dan Perak (Kota Beruas). Inggeris membantu tentera Thai merobohkan istana-istana, menukar nama candi bangsa Siam Islam kepada candi beragama Hindu.



Sebaliknya, mereka berusaha menanam patung-patung Hindu yang dijumpai oleh ahli arkeologi mereka di India untuk mengaburkan pengkaji sejarah kita pada hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 06:31 PM | Show all posts
Kami telahmenceritakan bagaimana negeri Siam Lancang dibuka seperti yang tercatat dalamHikayat Merong Mahawangsa. Negeri Siam Lancang dibuka oleh Raja Siam Islambukan oleh Raja Thai. RajaSiam beragama Islam sementara Raja Thai beragama Thevarada Buddha. Bangsa Thaiberasal dari Tibet, iaitu bangsa Nyajud yang lari dari zaman Raja IskandarZulkarnain dahulu.


Hahaha, orang tua nai lot ni pandai gak karang cerita. takot dia ada bela antu raya ja. orang kampong dia kat wang tepuih pon cemuih kat dia. retu cerita umah dia kena masuk penyamun kapla kena hempuk ngan menatang pa tah bedarah2. kesian tapi tu la karmma dok meraban tuduh orang bukan2. hang nak tuntut det kerabat diraja ka nak tuntut tempat dalam istana ka tu masalah hg la watpa dok tuduh bangsa etnik2 len? plek ponya worang tua. worang tua ni momkin keturunan raja ligor (kapiaq bekas indu pemakan babi yg baru2 masuq islem).

Aku rasa hikayat Merong Mahawangsa ada kot terbitan Dewan Bahasa ponya. Kan worang puteh yang compile hikayat ni balik. Hikayat ni ada versi lama dia jugak tapi banyaknya wujud dalam bentuk cerita lisan jah. Yang bertulih punya paling awal jumpa skrip jawi dia pon yg abad ke-18 ponya. Yang sebelum tu x jumpa.

Yang aku dok baca benda yg cognate dengan hikayat Merong Mahawangsa ni ialah hikayat Mahavamsa (sebut Mahawasangsa gak), kitab ni sami2 Buddha selatan Siam (bangsa Mlayu) yang karang. Chapter2 dia lepas tu sami2 Singhala plak karang pasai Sri Lanka (Tamrapanni) ada kaitan la dengan kerajaan2 dan agama Buddha di selatan Siam. Kitab ni pasai raja2 Buddha, dia x kira bangsa pasai kawasan Asia Tenggara ni memang kawasan Buddha dan Brahman (pra-Hindu). Brahman ni mazhab Hindu awal, satu kultus sami2 dari benua Indu.

Lancang aku x tahu la worang tua plek ni nak merujuk menatang apa. Tapi Lancang merujuk kat satu kingdom kat Laos lani. Laos pon penah termasuk dalam empayar Siam, bukan selatan Thailand dan negeri2 Melayu Utara sahaja. Bahasa Laos eja rumi Lancang sebagai Lanxang (Lansang). Kerajaan ni mula berdiri sekitar tahon 1354 M. Dekat2 zaman Ayutthaya. Pemula kerajaan ni nama dia macam nama Cina, Tiao Fa Ngoum. Abad ke-17 Lanchang pecah tiga, jadi Luang Prabang, Champassaq, n Viengchantr (Vientiane). depa smua bayar ufti lah kat Bangkock!  

Orang tua ni x reti bagi time line ka? Abad ke berapa "nyajud" mai turun dari Tibet? Buddha Theravada sapa yg perkenalkan? Orang Tai (pra-Thai) bukan agama Buddha pon. Depa belajaq agama Buddha drpd orang "Melayu" ngan orang "Mamak" (Keling celup Melayu) yg duduk kat kerajaan2 di selatan Siam. Yg dok sebarq mazhab Theravada ni etnik Mon. Puak2 yg pakai tanjak jugak. Kat Burma pon worang Burma (etnik Burma) dapat agama Buddha Theravada drpd Mon. Tulisan smua mai drpd Mon. Orang Khmer pon dapat budaya Indu smua pd Mon. Mon jd transmitter budaya Indu pasai kerajaan Mon pertama ada kat Phongthuk n Nagorn Pathom. Dua2 tempat tu sebenaqnya tapak kat Ayuthhaya.

Orang T'ai/D'ai (pra-Thai/Siam), asal dari kawasan Utara Asia Tenggara n Yunnan. Depa orang Austronesia sama mcm Melayu tapi depa di-Cina-kan sebab lama sangat tempohnya depa kena jajah dengan orang H'an dari Utara, jadi bahasa dia mula dapat pengaruh bahasa Cina pertengahan. Tu mungkin jugak sebabkan ada setengah perkataan asli Thai yg bukan pinjaman bahasa Indu bunyi nak macam perkataan Melayu yg terpotong sekerat contohnya dta (ma-ta), gin/kin (ma-kan), aau (m-au, ambik). Jadi sebab depa dah divert x sama lg ngan ind-ong ngan orang iban smua, makanya depa ponya klasifikasi bahasa pon jd klasifikasi bahasa sundri yakni Tai-Kadai atau Tai-Krakdai. Makna dia T'ai rumah besarq. Kra/Ka bahasa Kantonis kan maksud dia rumah gak. Dai bahasa Cina makna dia besarq. Pasai banyak jenis T'ai dok ada.

Iskandar Zulkarnain tu merujuk sapa dia Alex the Great ka Iskandar yg dalam Quran? Dalam Quran x sebut plak Yajud Majud mai dari Tibet. Tibet (Lhasa) pon la kena jajah ngan Beijing. Raja ngan tuk imam depa Dalai Lama, dok mentadbir dari Arunachal Pradesh kat India sana. Hantu raya orang tua ni terlupa nak habaq benda2 isu semasa kot kat dia
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 07:08 PM | Show all posts
Sejarahbermula apabila Raja Nyajud Buddha Aluang Phraya dari keturunan Rama KhamheangBurma datang dari Tibet. Mereka telah menubuhkan kerajaan Buddha Lanna ThaiChakri Sokho Thai di Luang Phra Bang, dalam wilayah Benua Islam Siam Kedah.Pada tahun 1736, bermula secara baik, bangsa Thai memasuki Benua Islam SiamKedah, di zaman dinasti Ayut’ia Cau Pija Si Thammrat, Maha Thammaraja II(Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansur Syah masih lagi memerintah (Undang-UndangKedah muka surat 16 dan 17) sebagai  Syah Alam Yang Maha Mulia danbersemayam di Kota Palas, Pulau Langkawi Kedah.


Hurmmm, apa la orang tua ni cerita, benda dia cerita tu memang ada smua tokoh2 tu tapi pleknya dia p campuq aduq abeh. Alaung Phaya memang worang Burma. Burma bukan T'ai. Depa etnik Tibeto-Burman (Bamar). Kerajaan depa pon ada lagi lama daripada start Ayutthiya kat Myanmar lani. Pasai depa kuat nama empayar pon amik la nama etnik depa, jadi worang2 Melayu ka worang T'ai-Shan ka worang Mon smua pon kita kat sini panggil la Burma. Bahasa dah tentu la len. Yang aku tau bahasa Burma satu ja depa kata apa habaq, laweh-laweh.

Hahaha, Lanna Thai Chakri Sohkothai di Luang Phrabang. Luang Phrabang negara kota worang T'ai-Lao. Takdak kaitan ngan etnik Melayu pon. Dia kaitan ngan etnik T'ai-Lao dengan Khmer jah pasai kerajaan depa dok dalam kawasan lingkaran Angkor (Khmer klasik), tapi belah atas bukit. Apa niii, Lanna Chakri Sokhothaik habih smua. Lanna kerajaan orang T'ai Yuan, depa ponya kerajaan sendiri. Raja depa mola2 nama raja Mungrai jajah negara orang Mon belah utara sekali. Ni satgi keluarq la nama Chamathevi, Lampang, Lamphun, smua. Musti orang tua tu x kenai kot Chamatevi pasai betina tu tak Islem kekdahnya. Lanna lani ada kat Cheang Mai, makna Cheang Mai aku x tau la bahasa orang tua Nai Lon Kasim ni makna dia apa. Bahasa Siam yg aku tahu, Cheang Mai makna dia Pekan Baru. Cheang - Pekan, Mai - Baru. Perkataan Cheang nak dekat sama ngan bahasa Cina, Cheng maksud dia pon pekan yg ada temboq. Tengok sempadan pon tahu belah utara Thailand dok dekat ngan sapa.   

Kedah takdak kaitan langsong ngan Laos ka, ngan Lanna ka, Luang Phrabang mak nenek bagai. Kedah wujud lagi awal drpd negara2 kota ni smua pasai negara2 kota ni smua wujud selepas abad ke-13 M. Worang belah selatan jaman2 dolu ada kaitan dengan Sriwijaya. Sriwijaya masuq dari Palembang. Palembang lani dok dalam Indone berpusat di Jakarta kat Jowo lepas merdeka daripada Belanda.

Tahun 1736, raja Burma nama dia Hsin Pyuh Hsin. Nama diraja dia Dhiri Dhuriya Thamma Mahathammaraja Rajadhipatti. Smua nama stylish yg worang tua tu bg nama2 diraja Indu-Buddho. Bokan bahasa Erreb yakni bahasa nabi Mohammad (saw). Mana mainya Islem mak nenek bagai? Raja ni yang jajah Siam bawah dinasti Sri Ayutthiya. Siam sebenaqnya penah kena jajah n kena kacau banyak kali dengan Burma. Kalu Burma tak kena jajah British, musti depa pon kacau Siam lagi. Depa pon empayar jugak, empayar Burmo. Hsin Pyuh Hsin anak kepada Alaungbhaya. Alaungbhaya bokan worang T'ai. Dinasti depa dinasti Konbaung, depa pon dok bertahan dengan dinasti Manchu pasai dinasti Manchu dok hantarq askar dari Yunnan kacau depa masa zaman maharaja Qianlong, empat kali depa kena serang.

Dah nampak, worang tuha ni cakap pasai Chao Phraya Sri Thammarat ka? Dia nak merujuk kat Ligorq ka? Nakhorn Sri Thammarath? Ni dinasti Selatan. Dinasti Selatan ni la jugak dolu zaman2 Siam (bawah dinasti Chakri) mula nak masuk. Depa dengki kat Sultan Kedah pasai Maharaja belah Siam sana suka pasai dok ikot arahan baik ponya (diplomasi antara negara kota) sampai nek pangkat jadi Chao Phraya ikot sistem Siam. Ni ingat aku tahun 1821 M. Depa p mengadu kat Bangkok, Bangkok soh Kedah kacau Perak kalu dak kena tuduh buat bek dengan Burmo. Waktu tu pon Siam x abeh2 konflik ngan Burmo. Aku x tau agama depa ni apa waktu tu. Ligor waktu tu kira jadi macam supervisor Siam untuk negeri2 belah Selatan, Kedah, Kelantan, Patani, semua.

Zaman2 Burmo dok kacau abad ke-17 M pon, worang Kedah ada yg menikah dengan gubenor2 (raja kecik, negeri) belah2 Siam sana macam Mek Siah. Tu anak2 Mek Siah, Muk n Chaan dapat pangkat thao thep (datuk dewa) drpd Maharaja. Pangkat ni cuma bg kat jantan ja dolu tp pasai depa ni tulung lindung Siam drpd Burmo (serangan tahun 1785), depa dapat pangkat gak walupon pompuan. Tahun 1785 gak Francis Light masuk Penang. Mek Siah ni kerabat diraja Kedah, maksudnya Chaan n Muuk dua2 orang pon half kerabat kesultanan Kedah jugak.

Sukhothai dah lama hancuq pon. Mana ada Sukhothai lagi dah lani. Lanchang pon hancuq dah. Yang Lanchang ada 3 pecahan kerajaan tu, dolu2 kerabat raja depa balik smula p Esarn (Timor Laut Thailand), pastu sengap tros kemungkinan Siam perhapus buang depa. Benda ni bukan jadi belah selatan sahaja semua tempat dalam Siam pon jadi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.080935 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list