di awal page, TT menyatakan antara syarat SEBELUM DIPILIH untuk menyertai Brigade Al Qassam
SYARAT UTAMA KEANGGOTAAN SEBELUM DIPILIH
[1] Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
[2] Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
[3] Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
[4] Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
[5] Berdisiplin dan mentaati amir.
[6] Mencintai dan bersedia untuk syahid.
tambahan untuk syarat di atas:
Al-Qassam adalah sayap ketenteraan Hamas terdiri daripada pejuang berhati waja. Mereka sentiasa bersedia menghadapi Zionis pada bila-bila masa. Bagi menyertai kumpulan ini, seseorang haruslah mempunyai ciri-ciri seperti;
ciri-ciri seperti;
1 - Mendapat izin dari ibu bapa untuk syahid.
2 - Mendapat izin dari ketua masjid di tempat tinggalnya dengan pengesahan individu itu tidak meninggalkan solat subuh berjemaah selama tiga bulan.
3 - Tidak melakukan maksiat atau menghisap rokok.
4 - Wajib mempelajari tafsir al-Quran.
5 - Wajib membaca al-Quran satu juzuk sehari.
6 - Wajib menghafaz 40 hadis Arba’in (Imam Nawawi).
7 - Puasa sunat dan bertahajud.
8 - Tahap kecerdasan tinggi.
9 - Kerap hadir di majlis pengajian ilmu.
10 - Mengamalkan zikir harian.
Post time 15-7-2014 08:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
reddots posted on 13-7-2014 05:40 PM
x paham dengan ni.. kenapa lak kelahiran baby meningkat sebab bunyi siren....
Baby lg aktif nak keluar bersalin semasa bunyi siren. Sebab tu ambulans bunyi siren masa bawa ibu bersalin ke hospital. Kaka bersalin dgr bunyi siren automatik baby dgr ckp
KUALA LUMPUR: Video klip kumpulan nasyid popular Hijjaz berjudul ‘Al-Qassam’ kian mendapat perhatian, khususnya di kaca televisyen Gaza.
Video klip baharu itu dilancarkan ketika Gaza kini berhadapan dengan serangan udara Israel, di mana angka kematian telah mencecah 186.
Lagu asal adalah lagu tema Briged al-Qassam yang menjadi nadi utama pertahanan di Gaza. Lagu berkenaan diterjemah oleh kumpulan Hijjaz sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia untuk Gaza.
Video klip yang berdurasi 5 minit 34 saat menampilkan aksi-aksi kumpulan Al-Qassam dan perjuangan mereka untuk mempertahankan Palestin.
"Ia menceritakan tentang tentera Al-Qassam dan bagaimana mereka mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan juga Baitul Maqdis. Al-Quran menjadi perlembagaan mereka dan sebagai pahlawan Al-Qassam mereka harus menghafal Al-Quran. Secara amnya, ia tentang kekuatan tentera Al-Qassam," kata seorang anggota Hijjaz Ariffin Rahim kepada Astro AWANI.
Lagu berkenaan dimuatkan dalam album ‘Keranamu Baitul Maqdis’ di mana hasil jualan disalurkan kepada Tabung Gaza Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
"Kita lancarkan album ini tahun lepas di mana kita berjaya membeli dua atau tiga van ambulans di Syria. Dan apabila kita lihat situasi di Gaza ketika ini, kita melancarkan klip video terbaru ini untuk menggalakkan orang ramai untuk membeli album ini dan semua kutipan akan disalurkan kepada Gaza.
"Kami pernah pergi ke Gaza bersama MAPIM. Kami sudah lihat situasi di sana dan kami ingin tahu apa yang boleh kami sumbangkan. Jadi kami menerbitkan album ini di mana orang ramai boleh mendapatkan album dan turut menyumbang kepada mereka di Gaza," katanya.
Ditanya jika klip video berkenaan untuk menggalakkan umat Islam di Malaysia untuk menjadi pejuang Al-Qassam, Ariffin berkata ia lebih kepada menggalakkan orang ramai untuk berjuang dengan apa yang mereka mampu.
"Kami mahu pendengar atau yang menonton video klip untuk mengambil roh (Al-Qassam) untuk berjuang. Sebagai umat Islam, kita semua bertanggungjawab untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan Baitul Maqdis.
"Mungkin kita boleh membantu dengan mengorbankan harta benda kita dengan sedekah. Kedua, kita boleh korbankan diri kita dan masa kita dengan menjadi sukarelawan di sana. Soal kemenangan, kita serahkan kepada Allah tetapi apa yang penting adalah usaha kita dan kita membantu dengan ikhlas," akhiri Ariffin.
Sementara itu, menurut Facebook Page rasmi kumpulan Hijjaz, lagu berkenaan mendapat reaksi positif di Gaza.
“Alhamdulillah mendapat reaksi luar biasa dari media Arab serta Gaza apabila video klip terbaru Hijjaz dimuat turun serta ditayangkan berulang kali dikaca TV Gaza.
“Kenalan Hijjaz di Gaza khususnya terkedu apabila mendengar lagu Al-Qassam ini dinyanyikan dalam bahasa Melayu. Solidariti rakyat Malaysia untuk Gaza,” tulis Hijjaz di Facebook.
اوتاد الارض الابية .. طلاب الياسين
Pemasak ibu pertiwi
Anak didik Yassin (Syeikh Ahmad Yassin)
بالقرآن و بندقية .. لبو صرخة عز الدين
Dengan al-Quran sebagai senjata
Segera menyahut teriakan Briged Izzudin!
يا جيش القسام تقدم .. خلف محمد ضيف
Wahai tentera al-Qassam majulah!
(Bergerak) Di belakang Muhammad al-Dheif (komandan)
علم كل جيوش العالم .. درب العزة كيف
Terkenal dikalangan sekalian tentera di dunia
Bagaimana membentuk jalan ‘izzah (kebanggaan)
علمهم كيف المقاوم .. يستشهد ما يقبل حيف
Dia mengajar tentera bagaimana berjuang
Rela syahid daripada menerima penindasan
اعلنها نموت و ما نساوم .. لا ما نخون السيف
Dia mengisytiharkan syahid dan tiada kompromi
Dan tidak sekali-kali mengkhianati pertarungan ini!
عبوة عياش الشهادة .. وعشاق الزناد
Mereka mengisi semula kehidupan pahlawan syahid
Mereka pencinta perjuangan!
قتل المحتلين عبادة .. شرعها رب العباد
Menentang penjajah adalah ibadah
Syariat yang ditetapkan oleh Tuahn sekalian hamba
قوموا يا رجال الارادة .. لون الدم يصون بلاد
Bangunlah wahai pemuda yang mengharapkannya
Warna darah sahaja yang dapat melindungi Negara ini!
يا ملثم يا ابو الكوفية .. يا رعب اليهود
Wahai yang berselubung dan yang bertutup muka (Abu Ubaidah)
Wahai yang telah menggerunkan Yahudi
يا ابو عبيدة الهمة قوية .. تصريحك بارود
Wahai Abu Ubaidah yang cekal kuat
Kenyataanmu memberi letupan yang kuat!
بالعز تزف العملية .. يا نصر بلادي الموعود
Dengan ‘izzah bersatu bersama amalan
Kemenangan Negaraku ini telah dijanjikan
نادي بوجه الصهيونية .. جيش محمد بدأ يعود
Teriakan yang kedengaran di hadapan Yahudi ialah
“Tentera Muhammad sudah datang!”
Ya Allah Ya Tuhanku...
Allah Yang Maha Agung Maha Besar Maha Berkuasa,
aku hambaMu yang hina ini memohon belas ikhsanMu,
tiupkanlah semangat juang tanpa gentar ke dalam hati dan jiwa semua umat Islam yang berada di atas muka bumi ini supaya kami semua dapat bersatu untuk menentang yahudi Laknatullah....
supaya hati dan jiwa umat Islam di seluruh dunia menjadi waja seperti pejuang al-Qassam ini Ya Allah..
- Kami berjaya membunuh 23 tentera Israel dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain
- Kami berjaya menjalankan operasi penyelinapan di belakang barisan tentera musuh.
- Kami berjaya menghancurkan 8 Mesin Pengangkutan dan meletupkan beberapa bangunan yang dihuni oleh askar musuh.
Adakah anda tahu ?
Ketepatan Hamas dalam perjanjian mahupun dalam berita yang melibatkan fakta.
Ini diakui oleh media Israel, Hamas diakui sentiasa menjaga prestasi media dan ketepatan maklumat yang mereka berikan, kerana mereka dikenali oleh bangsa mereka dengan orang yang tidak suka memungkiri janji, maka bagi penjajah bila mereka(Hamas) menyebut untuk menyerang mereka akan menyerang.
Begitu juga dengan fakta-fakta penting dalam laporan rasmi pertempuran, bahkan akan disertakan dengan bukti video mahupun gambar, dan yang terbaru mereka menyebut bahawa mereka berjaya menawan seorang tentera sebelum akhirnya Israel terpaksa mengakui bahawa seorang tenteranya telah hilang.
Itulah Hamas yang menghantui penjajah Israel. Walaupun perang psikologi itu penting penting, tetapi ketepatan maklumat Hamas itu lebih menakutkan.
Penembak tepat Briged Izzuddin Al-Qassam berjaya menembak tepat seorang komander tentera penceroboh di dalam kereta kebal, tembakan itu seakan memotong tangannya ketika dia sedang menembak rumah-rumah di Utara Gaza, Beit Hanoun.
Dia merupakan "Komander Darat Kor Armor" Israel dan dilaporkan mati sejurus selepas terkena tembakan.