CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10109|Reply: 97

[Jenayah] The EDGE telah digantung 3 bulan.

[Copy link]
Post time 24-7-2015 04:38 PM | Show all posts |Read mode
Sebelum ni Sarawak Report, kali ni The Edge telah digantung 3 bulan mulai 27 julai ini.

Tahniah laah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2015 04:40 PM | Show all posts
Takpalah, yang penting Najib dapat diselamatkan...............
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 04:41 PM | Show all posts
Pelik jugak MCMC tak block website malaysian insider

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 04:53 PM | Show all posts
tindakan bodoh.

saman the edge. bukan tarik permit.


as it is after the annoouncmenet RM makin jatuh, malaysian sovereign cds +7% to 136bps.
bagus sgt la tu pangai.


dari smalam lagik masa si ahmad dahlan ke apa nama dok ugut dlm tb aku dok terpikir jaman IT millenia ni masihkah tua kerepot umno berpikiran mcm jaman feudal dlm nak control info flow...


malangnya persoklan aku terjawab. sad day. seriously fucking sad day we are now in the same boat mcm kominis china on the info flow control.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 04:56 PM | Show all posts
dia suspend printed version jek..online masih jalan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 05:00 PM | Show all posts
Menteri: The Edge tak bermaruah

4:37PM - 24 Jul 2015
http://www.malaysiakini.com/news/306071



Menteri Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata The Edge kini tidak boleh mendabik dada sebagai akhbar yang bermaruah kerana terbukti menipu dalam mendapatkan maklumat untuk laporan 1MDB.

Apatah lagi, The Edge menipu sumber mereka untuk mendapatkan maklumat yang dicuri, kata menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu lagi.

“Jangan cuba cari jalan keluar dengan mendakwa (diri mereka) bermaruah. Encik Ho (Kay Tat) dan Encik Tong (Kooi Ong), ingatlah, tiada maruah di kalangan penjahat,” katanya yang menambah, beliau tidak hairan jika The Edge juga akan menipu rakyat Malaysia.

Katanya lagi, The Edge sepatutnya menerbitkan maklumat yang diperolehi itu sejak awal dan mengisytiharkan bagaimana mereka memperolehinya.

“Malangnya, The Edge tidak berbuat demikian. Mereka memperdaya rakyat Malaysia supaya percaya bahawa mereka mendapatkan maklumat itu dengan amanah melalui sumber yang dipercayai.

“Mereka memerah laporan itu selama beberapa bulan untuk kepentingan politik dan berharap tiada siapa tahu siapakah (bekas kakitanan PetroSaudi International, Xavier Andre) Justo.

“Sekarang, dalam keadaan terdesak, mereka berkata penerbitan maklumat yang dicuri dan yang diragui adalah perkara yang bermaruah,” katanya.

Abdul Rahman berkata demikian susulan pengakuan The Edge bahawa akhbar itu memperdaya Justo untuk mendapatkan dokumen berhubung 1MDB.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2015 05:02 PM | Show all posts
Saifuddin kecam gantung The Edge, Financial Daily

4:44PM - 24 Jul 2015
http://www.malaysiakini.com/news/306072



Bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit penerbitan akhbar The Edge Media Group.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menggantung selama tiga bulan The Edge dan Financial Daily," kata Saifuddin melalui status terbaru di Facebook beliau petang ini.



Status tersebut dimuat naik susulan pengumuman The Edge Media Group mengenai tindakan kerajaan hari ini.

Dalam kenyataan kumpulan media itu menyebut, penggantungan berkuat kuasa selama tiga bulan bermula 27 Julai ini.

KDN dilaporkan bertindak demikian berdasarkan laporan media terbabit dalam isu 1MDB yang didakwa “memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan atau mungkin menggemparkan pendapat umum atau mungkin memudaratkan orang awam atau kepentingan awam”.

KDN juga memberi amaran menarik balik permit The Edge Media Group jika syarikat itu terus menerbitkan akhbar berkenaan dalam tempoh penggantungan.

Ketua pegawai eksekutifnya Ho Kay Tat berkata syarikat penerbitan itu akan mendapatkan perintah mahkamah bagi membatalkan penggantungan tersebut.

Katanya, penggantungan itu adalah usaha untuk “menutup (The Edge) bagi menutup mulut” penerbitan berkenaan.

Beliau turut menafikan tuduhan KDN bahawa laporan The Edge berhubung 1MDB boleh memudaratkan keselamatan awam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 05:05 PM | Show all posts
walaupon dah terbukti fitnah, tapi fitnah tetap dipercayai dan diterima sebagai fakta oleh macai selama-lamanya....

serupa fitnah cincin menabung rosmah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2015 05:14 PM | Show all posts
loyer najib taknak antar surat kat the edge gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Helok sgt lah ban lah apa2 yg mengganggu kestabilan politik negara. Selamatkan birkin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2015 05:39 PM | Show all posts
Tahniah kerajaan Malaysia walaupun agak lambat ambil tindakan tegas.

Malayiakini dan Malaysian Insider bila lagi nak digantung?....tu media perosak jugak tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2015 05:51 PM | Show all posts
dcruins replied at 24-7-2015 05:39 PM
kena gantung  3 bulan jerrr?? kenapa tak tutup terus jer macam gomen dinasti Lee temasek buat ke ata ...

Dynasti Lee tutup terus...kata macai....kena ikut undang2...

Malaysia tak boleh tutup...baru gantung 3 bulan...tu menyalahi kebebasan bersuara...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 05:56 PM | Show all posts
kasibiman replied at 24-7-2015 04:53 PM
tindakan bodoh.

saman the edge. bukan tarik permit.

rahman dahlan nama dia sis kabu.....

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 06:06 PM | Show all posts
harkktuih replied at 24-7-2015 05:14 PM
loyer najib taknak antar surat kat the edge gak ke?

"Sila beri penjelasan, adakah benar kamu, The Edge, yg sebar berita ini, walaupun adalah fakta, tetapi menjatuhkan imej pelanggan kami... Betul ker The Edge yg tulis semua ni??"



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2015 06:09 PM | Show all posts
dcruins replied at 24-7-2015 05:58 PM
dinasti Lee memang gila dan paranoid, baru isu import rakyat PRC dan isu2 ijazah meragukan dari ex ...

sebab tu singapore mudah dikawal rakyatnya..zalim macam mana pun undang2 mereka..demi kesejahteraan negaranya mereka lakukan juga.

kan Malaysia tak boleh...kerajaan tegas...macai kata, langgar kebebasan bersuara...bila kerajaan tak tegas, berlaku pergaduhan, berlaku kerosakan dsb...macai yg sama..ni salah kerajaan tak tegas...ada undang2 pun tak tahu guna.

macai is always a macai...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 06:14 PM | Show all posts
silap the edge ialah tanak jadi paper tak bermaruah macam utusan malaysia.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2015 06:14 PM | Show all posts
hahh padan muka! takyah theedge nak paksa2 ktrg jual newspaper dia yg biadap tu. puas hati mak!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2015 06:56 PM | Show all posts
Pemilik The Edge mengaku tawar AS$2 juta kepada Justo
24 Julai 2015 3:38 PM

KUALA LUMPUR 24 Julai - Pemilik kumpulan media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong mengakui menawarkan wang sebanyak AS$2 juta kepada bekas pengarah PetroSaudi International (PetroSaudi), Xavier Andre Justo sebagai helah untuk memperdayakannya.


Justo dalam satu temu bual eksklusif bersama wartawan The Straits Times dari Singapura mendedahkan beliau dijanjikan wang tunai itu sebagai pertukaran kepada maklumat berkaitan urus niaga syarikatnya.

Kooi Ong kemudiannya dalam satu kenyataan akhbar hari ini mengakui individu dimaksudkan Justo adalah dirinya dan menyatakan beliau menjanjikan bayaran itu sebagai helah untuk mendapatkan dokumen berkaitan 1MDB.

“Justo jelas adalah seorang lelaki pemarah, dan difahamkan begitu memandangkan kami tidak membayar kepadanya sebagaimana dikehendaki.

“Benar, kami memperdayakannya tetapi itu adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan bukti bagi mendedahkan bagaimana sekumpulan kecil rakyat Malaysia dan warga asing, menipu rakyat Malaysia sebanyak AS$1.83 bilion.

“Kenyataan beliau mengesahkan apa yang kami katakan sebelum ini iaitu, kami tidak pernah membayar sesiapa,” kata Kooi Ong dalam kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.PmzYfnev.dpuf

P/s;- Dah tipu, tak mahu bayar plak..lepas tu pi buat cerita...dah The EDGE kena gantung...mengelupor plak...ngan macai2 sekali mengelupor...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 07:25 PM | Show all posts
Adakah The The Age digantung 3 bulan kerana menipu Justo.....????
Apakah yang lebih penting dalam penyiasatan ini..............????
* The The Age menipu Justo................????
* Justo nak jual info yang dicurinya daripada PetroSaudi.............?
* INFO yang dicuri oleh Justo daripada PetroSaudi yang dapat mendedahkan
   penipuan PetroSaudi ke atas Najib.............????
* Kemaluan Najib yang amat mudah tertipu oleh PetroSaudi........????
* Konspirasi......................eh KONSPIRASI APA eh...............?????
   Tak faham maksud KONSPIRASI dalam kes ini:
   * Konspirasi nak jatuhkan Najib........????
   * Konspirasi untuk menyelamatkan Najib.............????
   * Konspirasi PetroSaudi menipu Najib.........???
   * Konspirasi The The Age nak dapatkan maklumat daripada Justo.....????
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg kami rakyat Malaysia nak tahu ialah adakah rm26 ribu juta masuk ke akaun peribadi najib....plain and simple jer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.120913 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list