CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] RM2.6 billion dalam akaun Najib adalah dari penderma, bukan dari 1MDB kata SPRM

[Copy link]
 Author| Post time 3-8-2015 06:13 PM | Show all posts
RM2.6 bilion dalam akaun Najib sumbangan derma, bukan duit 1MDB, kata SPRM

Published: 3 August 2015 5:17 PM
http://www.themalaysianinsider.c ... duit-1mdb-kata-sprm


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengatakan RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan duit 1MDB kerana ia merupakan sumbangan penderma. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Ogos, 2015.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengatakan RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan sumbangan penderma.

Ia bukan dari syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didakwa pihak tertentu, katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

"Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.

"Hasil siasatan mendapati, dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik perdana menteri adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB," kata SPRM.

Ia juga menerangkan, semasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokuskan ke atas isu berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd dan kemasukan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib itu.

Manakala, pihak Polis Diraja Malaysia pula katanya, menjalankan siasatan berkaitan dengan 1MDB, sementara Bank Negara Malaysia menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

Awal bulan lalu The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan kira-kira AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan di antara agensi kerajaan, bank dan entiti yang berkaitan dengan 1MDB dan berakhir di akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan.

Najib menafikan dakwaan itu dan mendakwa ia konspirasi politik pihak lawan termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi WSJ menegaskan siasatan mereka berlandaskan dokumentasi kukuh.

Pasukan petugas khas itu sebelum ini dilapor membekukan 6 akaun bank termasuk milik SRC International, bekas anak syarikat 1MDB yang kini milik Kementerian Kewangan.

Bagaimanapun, SPRM dalam kenyataannya hari ini berkata, siasatan pihaknya berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan.

Laman web Sarawak Report pada awal bulan lalu juga melaporkan RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib dari SRC International yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP. – 3 Ogos, 2015.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah murah sunggoh hati yg menderma RM2.6 billion tuh kan ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 06:16 PM | Show all posts

tahun lepas   ada baca amaran lepas MH370 kat mana tah dah lupa...akan ada banyyyaaakkkk lagi benda pelik2 dan membingungkan yang akan terjadi di Malaysia.

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
dandindon replied at 3-8-2015 06:00 PM
wow..... tengok bijan... nak derma sila masuk akaun dier terus...bukan macam PAS totok...kutip guna  ...

Kalau busuk2 3% interest, dpt 78juta setahun, yakni 6.5juta sebulan. Betul kot kiraan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 06:17 PM | Show all posts



............... TAKKAN lahhhhhhhhhhhh ... bodohnya la hai UMNO / BN  .... cukup cukup lah memperbodohkan Malaysiana .......


ya rabbi ..... tak sangka nya ......

adoiii ...




Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
bluehedgehog replied at 3-8-2015 06:12 PM
bijan ni miskin smpai org derma usd700j

Miskin sangat.. Jam tgn dan handbag akak pink pun beli kat pasar malam jer kan.. Kekekeke
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-8-2015 06:17 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 3-8-2015 10:20 AM
bluehedgehog replied at 3-8-2015 10:12 AM
bijan ni miskin smpai org derma usd700j

Bijan anak yatim la uols....

Ayah dah meninggal dunia okehhhhh...
Sebab tuh ramai kesian dan menderma kat Bijan...

Kak Mah pun bersyukurrrrrr dapat somping gittewww...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 06:18 PM | Show all posts
setan bertopeng manusia...semoga cepat terima balasan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 06:18 PM | Show all posts



sanggup barusabmenteri ... ahli2 politik ... menelan TAHI  ni ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2015 06:20 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 3-8-2015 10:16 AM
tahun lepas   ada baca amaran lepas MH370 kat mana tah dah lupa...akan ada banyyyaaakkkk lagi bend ...

Tapi statement/hasil siasatan dari SPRM nih bukan benda pelik terjadi kat Malaysia uols...

Tapi benda lawak jenaka tahap gaban yang terjadi kat Malaysia uols...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 06:20 PM | Show all posts
awal2 sebab apa tak mengaku jer duit tu drpd derma.... nak berdolak-dalih pula
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2015 06:23 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 3-8-2015 10:29 AM

Setelah Bijan rasa syok cirit kat juboq dijilat2 menteri2 pasola, baru la keluar wayang baru lak....dari penderma plakkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 06:25 PM | Show all posts
luassssskan kuasa muuuu

lepas ini para politician boleh menerima wang dari aktiviti money laundring dan kata ianya dari penderma..

esok2.. tak mustahil para menteri ini yang jadik bapak mafia..

oh.. esok belum jadi mafia..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 06:26 PM | Show all posts

Rafizi Ramli
3 hrs ·





Nantikan dongeng terbaru dari Najib Razak - duit RM2.6b dalam akaun peribadi adalah sumbangan Pak Arab kepada beliau! Kenapalah aku tak pernah jumpa Pak Arab macam ni ha3.
ISU PEMBIAYAAN POLITIK HELAH MENUTUP SKANDAL 1MDB
Sejak beberapa hari yang lepas, ada cubaan yang tersusun oleh pimpinan Umno untuk membawa isu baru iaitu pembiayaan parti-parti politik. Perkara ini mula-mula disebut oleh Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan disambut sendiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Dalam ucapannya di Seremban, Dato’ Seri Najib mengumumkan kesediaan beliau untuk menyatakan punca kewangan Umno dan penyumbang-penyumbang kepada dana Umno lalu mencabar parti-parti pembangkang untuk turut menyatakan punca kewangan kami.
Operasi harian KEADILAN termasuk membayar gaji kakitangan di ibupejabat, sewa pejabat-pejabat KEADILAN negeri dan perbelanjaan ibupejabat ditampung oleh potongan gaji oleh wakil rakyat KEADILAN. KEADILAN mempunyai 29 ahli parlimen dan 40 ADUN di seluruh negara. Ahli Parlimen dan ADUN di Selangor dan Pulau Pinang (negeri yang diperintah pakatan pembangkang) menyumbang 20% dari gaji bulanan kepada KEADILAN. Ahli Parlimen dan ADUN dari negeri lain menyumbang 10% dari gaji bulanan kepada KEADILAN.
Bagi perbelanjaan lain, KEADILAN mengadakan majlis mengutip derma dari semasa ke semasa terutamanya menjelang pilihanraya. Kutipan dana dari majlis mengutip derma ini bergantung kepada kehadiran – ada yang berjaya mengutip dari RM50,000 sehingga RM500,000 bergantung berapa banyak tiket dijual.
Walau bagaimana pun, isu pembiayaan parti-parti politik ini hanyalah helah yang dimainkan oleh Umno dan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Saya berpandangan bahawa isu ini ditimbulkan untuk menutup dua persoalan besar yang tidak boleh dijawab oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak:
1. Ke manakah wang RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB dan benarkah wang itu telah diambil oleh individu-individu yang rapat dengan Perdana Menteri seperti Jho Low?
2. Kenapakah RM2.6 bilion yang sebahagiannya dituduh turut berasal dari dana 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri?
Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Azalina Othman setakat ini memberi gambaran seolah-olah dana RM2.6 bilion itu kononnya adalah sumbangan dermawan antarabangsa kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak dan bukannya dana 1MDB.
Saya tidak terkejut sekiranya Dato’ Seri Najib Tun Razak melalui jurucakapnya seperti Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam masa beberapa minggu ini akan menjual cerita-cerita berikut:
1. Dana RM2.6 bilion itu adalah derma dari orang kaya dari Timur Tengah secara peribadi kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak. Derma itu digunakan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk membiayai kempen pilihanraya Umno dan Barisan Nasional dalam PRU13 yang lalu
2. Ada bukti dalam bentuk dokumen bahawa kononnya dana RM2.6 bilion itu adalah derma kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak
3. Oleh kerana dokumen itu, maka pemindahan RM2.6 bilion itu bukanlah berunsur rasuah dan hanyalah sumbangan politik seperti mana kes RM40 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Dato’ Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah satu ketika dahulu.
4. Berdasarkan perkara ini, siasatan ke atas 1MDB dan dana RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi Perdana Menteri akan menyimpulkan bahawa tidak ada unsur rasuah dan kes ditutup begitu sahaja
Isu-isu yang dibawa kebelakangan ini berkaitan pembiayaan parti-parti politik hanyalah untuk mempersiapkan orang ramai dengan skrip yang telah disediakan iaitu siasatan berkenaan 1MDB dan dana di dalam akaun peribadi 1MDB mendapati tiada unsur rasuah dan kes ditutup begitu sahaja.
Saya yakin rakyat Malaysia yang celik tidak akan termakan dengan putar alam begini. Saya juga berharap pimpinan Umno yang masih ada sedikit maruah seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengkritik Dato’ Seri Najib Tun Razak supaya rakyat tidak diperbodohkan dengan cerita dongeng kononnya dana RM2.6 bilion ini adalah sumbangan derma orang kaya Timur Tengah kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN


Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 06:27 PM | Show all posts
DTECCONAN replied at 3-8-2015 06:20 PM
awal2 sebab apa tak mengaku jer duit tu drpd derma.... nak berdolak-dalih pula

ha! ha! ha!

aku pun tertanya2 soalan yg serupa

sebulan lamanya mencari jawapan...
mencari jawapan yg paling selamat utk career najib & suami...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo rakyat marhaen dpt derma 2.6 billion nie, dah lama bank bekukan akaun...SPRM apa bala dtg turun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 06:27 PM | Show all posts
Erti kata betul lah duit 2.6 billion masuk account najib. Bila duit itu masuk? Ada balance lagi tak duit 2.6 billion tu?

2,600,000,000,000 !
gaji korang 2600. bandingkan.

Whoi banyak tuuuuu.



Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 06:29 PM | Show all posts
MatDeghem replied at 3-8-2015 06:27 PM
Erti kata betul lah duit 2.6 billion masuk account najib. Bila duit itu masuk? Ada balance lagi tak  ...



RM 2,600,000,000,000






(12 kosong)






Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 06:29 PM | Show all posts
Seluruh rakyat yg teranaya...dlm semayang 5 waktu tu tolong la doa bala turun kat pemimpin yg kejam camnih..

Meluat sgt  hari2 tgk sarkis
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 06:30 PM | Show all posts
Sangat murah hati penderma.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.455046 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list