|
[Tempatan]
Orang gila saja Tak Faham Kebaikan Ringgit Jatuh - Menteri Pelancongan
[Copy link]
|
|
Caitttt : |
|
|
|
|
|
|
|
apsal semua lumba2 kluar stetmen macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Apalah sangat pelancongan jika dibanding dengan kepentingan ekonomi negara secara keseluruhan
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stania83 at 12-8-2015 05:31 PM
apa yg dia cakap betul kalau ikut buku teks ekonomi. |
|
|
|
|
|
|
|
tang mana meningkatnya???
|
|
|
|
|
|
|
|
ingat kt malaysia ni cume ade industri pelancongan saje gamaknye....
|
|
|
|
|
|
|
|
'“Hanya orang gila yang tidak memahami bahawa penurunan mata wang Ringgit membawa kepada kebaikan kepada pelancongan.” Eh, dangkal nyer pikiran dia!! Betul ke dia ni menteri? Betul ke dia kata begini? Eh dia kurang paham international trades kot; maybe dia kurang paham international finances.
Eh agak agak sape yang 'orang giler' ek? Allah, ini ke menteri menteri you all ni? Tolong la. Tolong la. Kena makan dekat PRC and local non-Malays la you all if you all dangkal sebegini. Tolong lah. Baca la sikit sebanyak pasal International Economics and Trades.. hai maluuuu kita baca news ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ingat duit hanya semata untuk pergi berjimba sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
apabila negara mempunyai hutang luar beratus bilion. kau akan terkesan melalui sekatan subsidi ubat, hospital, pendidikan. negara memerlukan lebih byk usd utk urusan dgn negara luar. jadi kau sajalah yg gila sorang nazri |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat Malaysia ni terlalu baik sampai boleh dipijak kepala sesuka hati. Kalau kat Indon, Thailand, USA .. agak2 apa nasib dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia takpe ar, nanti2 kalau tak tahan rm tak cukup, ada kenaikan elaun dan gaji, siap boleh topup buat kenaikan gaji dari beberapa tahun ke belakang sesuka hati je. |
|
|
|
|
|
|
|
itule tahap pemikiran dia. memalukan negara jer. apersal pemimpin malaysia zaman najib majoriti otak camnih? |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah...ank die si nedim tu sibok kehulu kehilir dgn nora je... |
|
|
|
|
|
|
|
Org gila je jadik menteri!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Suh anak die dok malaysia diam2..
Jgn nk gatal telo pg melancong kat obersea tu..
Sndri pun x leh wat nk kuar statement taraf bdk darjah 3 kt amarika tu |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh punya Nazri. Dia tengok sektor pelancongan je, patut kena tengok impak keseluruhan kepada negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Pemimpin China pun bodoh jugak agaknya, nilai matawang Yuan diturunkannya...
Apa komen bijak pandai kat sini....
Yuan alami kejatuhan terbesar dalam dua dekad
12 Ogos 2015 1:13 AM
Yuan jatuh sekitar dua peratus kepada 6.3360, paras paling rendah dicatatkan sejak September 2012 dan penurunan terbesar sejak mata wang berkenaan dinilai semula pada 1994.
LONDON 11 Ogos – Yuan mengalami kejatuhan terbesar dalam tempoh lebih dua dekad, selepas Bank Pusat China menurunkan nilainya sebanyak dua peratus, tindakan yang disifatkan oleh kebanyakan penganalisis membawa kepada perang mata wang.
Bank pusat tersebut menyifatkan tindakan itu sebagai ‘sekali susut nilai’ dan menjadikannya pembaharuan pasaran bebas, namun pakar ekonomi menganggap langkah tersebut untuk mengukuhkan kembali daya saing China, ekonomi kedua terbesar dunia, yang mengalami kemerosotan aktiviti eksport lebih lapan peratus bulan lalu.
Langkah Bank Pusat China itu turut menjejaskan mata wang wang-mata wang negara yang ber dagang dengan China seperti dolar Australia dan New Zealand masing-masing susut tiga peratus dan satu peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Manakala yen Jepun turut terjejas apabila berada pada paras terendah dalam tempoh dua bulan.
Ketua Penyelidik Mata Wang BNY Mellon, Simon Derrick berkata, penurunan tersebut dilihat usaha China untuk mendapatkan kembali kelebihan daya saing dalam pasaran antarabangsa.
“Sekiranya kita mempunyai mata wang yang bergerak secara lebih bebas tidak mengapa, tetapi bagaimana jika ia memberikan tindak balas yang negatif, ia akan mencetuskan perang mata wang,” katanya.
Nilai ‘pertengahan’ yuan berbanding dolar AS telah ditetapkan pada paras 6.2298, berbanding 6.1162 semalam.
Yuan jatuh sekitar dua peratus kepada 6.3360, paras paling rendah dicatatkan sejak September 2012 dan penurunan terbesar sejak mata wang berkenaan dinilai semula pada 1994. Yuan telah ‘dikunci’ bagi sesi dagang sejak Mac lalu, menyebabkannya berubah hanya sekitar 0.3 peratus.
Sementara itu, Pakar Strategi Kanan Monex, Masafumi Yamamoto berkata, bimbang dengan kelembapan ekonomi, penilaian semula yuan merupakan tindakan yang belum pernah diambil oleh China selepas melaksanakan dasar kewangan, fiskal dan ekuiti.
“Penurunan nilai yuan mungkin tidak berakhir di sini. Mata wang seperti dolar Singapura, Won Korea dan dolar Taiwan yang bersaing dengan China, turut jatuh dan langkah hari ini mungkin menandakan bermulanya perang penurunan mata wang,” katanya. – Reuters
|
|
|
|
|
|
|
| |
|