CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Mahathir, Ku Li, Muhyiddin tampil bersama isu 1MDB. Update #34 #44 #49 #50

[Copy link]
Post time 12-10-2015 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu kata najib nak kena tangkap Fbi kalau keluar negeri
Pergi PBB di NYC, FBI tak dapat trace ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengarut je overkill
Ipp dah kena telan ok
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
bluehedgehog replied at 12-10-2015 12:44 PM
sendiri yg kata begitu..pastu salahkan media dan cina dap plak?
siapa yg hina Islam sebenarny ...


Ini suratkabar apa francis yeoh? Ke ko reka mcm malaysiakini yg kaki fitnah tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2015 01:04 PM | Show all posts
Ku Li: Undi tak percaya pada k'jaan tak akan berjaya

Zulaikha Zulkifli      Hari ini, 12:49 pm      Hari ini, 12:54 pm



Walaupun ada pihak mengatakan bahawa usul undi tidak percaya perlu dibuat pada sidang Parlimen akan datang, namun Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat tindakan itu tidak akan berjaya.

Katanya, walaupun ahli parlimen boleh membawa usul tersebut terhadap kerajaan yang memerintah, tetapi Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa menolak sebarang usul yang tidak disebut dalam Perintah Tetap Parlimen.

Sehubungan itu, bekas menteri kewangan itu berkata usaha untuk membawa usul undi tidak percaya tidak akan berjaya kerana ia akan ditolak oleh speaker Dewan Rakyat.

"Kita ada hak kita untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap kerajaan yang memerintah.

"Tetapi kita juga diberitahu bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat berhak menolak apa jua usul kerana ia tidak disebut dalam Perintah Tetap yang dipakai dalam Dewan Rakyat.

"Jika awal-awal lagi sebarang usaha untuk kemukakan usul tidak diluluskan speaker jadi... Tetapi ada cara lain yang boleh dibuat," katanya dalam sidang media.

Turut hadir bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Ong Tee Keat di Putrajaya.

Ditanya cara lain yang boleh dibuat untuk menggesa Datuk Seri Najib Abdul Razak meletakkan jawatan, beliau berkata: "Itu kita akan cakap di forum yang lain," katanya tersenyum.

Tengku Razaleigh menjawab soalan pemberita mengenai apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh ahli parlimen mengenai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
jamal sila usul ki li berundur
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 12-10-2015 01:04 PM
Ku Li: Undi tak percaya pada k'jaan tak akan berjaya

Zulaikha Zulkifli      Hari ini, 12: ...

Tak cukup number mula lah menyalahkan speaker
Pergi lah pujuk PAS
U can get the number
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2015 01:09 PM | Show all posts
sejak IPP tak disambung kontrak, Mahathir ni meroyan giler dulu zaman dia ISA, sudah lupakah beliau
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 12-10-2015 11:53 AM
MCA ada wakil....
MIC tak ada pun.....mana Samy Vellu?

driver teksi yang aku naik kat alam damai semalam kata, samy vellu kem najib... so jangan harap la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2015 01:21 PM | Show all posts
Veteran Umno pertikai jatuh PM dianggap jenayah

Zulaikha Zulkifli      Hari ini, 1:11 pm      Hari ini, 1:12 pm
http://www.malaysiakini.com/news/315444



Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid berpendapat, sekiranya cubaan menjatuhkan perdana menteri merupakan tindakan jenayah, pihak bertanggungjawab sepatutnya turut menangkap pembangkang kerana mereka cuba untuk menjatuhkan kerajaan.

"Jika seseorang dikatakan cuba untuk jatuhkan perdana menteri dan itu dikatakan sebagai sabotaj atau pengganas, jadi saya rasa untuk menjatuhkan kerajaan lebih macam pengganas.

“Jadi anda perlu keluar dan tangkap semua pembangkang.

"Nampaknya untuk menjatuhkan kerajaan bukanlah jenayah tetapi nak jatuhkan perdana menteri adalah jenayah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama yang turut dihadiri antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada penahanan peguam Matthias Chang dan bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Khairuddin dan Chang hari ini dituduh di mahkamah atas cubaan mensabotaj perkhidmatan kewangan dan perbankan negara.

Mereka didakwa bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2015 01:22 PM | Show all posts
"Kita Lapor, Kita Yang Kena Tangkap" - Mahathir

http://www.siakapkeli.my/2015/10 ... g-kena-tangkap.html



PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menyifatkan penahanan bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang sebagai satu penyalahgunaan kuasa dan tindakan yang terdesak untuk mendiamkan pengkritik.

Mahathir berkata rakyat Malaysia bernasib malang apabila pihak berkuasa memberi 'mesej' tindakan akan diambil kepada mereka yang melaporkan sesuatu berkenaan kesalahan yang melibatkan pemimpin tertinggi negara.

"Mereka guna perkataan ‘sabotaj’ dari sudut pandangan mereka sendiri. Mereka ketepikan suara dan protes rakyat, kerajaan tidak berfungsi seperti sepatutnya.

"Ini perkara biasa... kita lihat kesalahan kita lapor, tapi sebaliknya pihak berkuasa tangkap kita. Undang-undang untuk kebaikan rakyat bukan untuk untuk kerajaan sahaja…Khairuddin terpaksa buat laporan di luar negara kerana Peguam Negara tak ambil tindakan. Lapor saja, bukan dia pergi pasang bom atau guna senjata,” katanya pada sidang media khas memetik laporan mStar Online.

Sidang media itu mengejutkan ramai apabila turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. -
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 01:41 PM | Show all posts
adan muka ye
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 01:43 PM | Show all posts
wow mereka sudah bersama ya.
Moga bekerjasama dengan pembangkang untuk kemukakan undi tak percaya.
Banyak kali buat undi tak percaya walaupun bakal ditolak. Lepas itu, sensasikan berita. Biar malu dapat kerajaan yang tolak undi tak percaya berulang-ulang kali.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 01:45 PM | Show all posts
Ku Li: Undi tak percaya pada k'jaan tak akan berjaya
70
Zulaikha Zulkifli     Hari ini, 12:49 pm     Hari ini, 12:54 pm


Walaupun ada pihak mengatakan bahawa usul undi tidak percaya perlu dibuat pada sidang Parlimen akan datang, namun Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat tindakan itu tidak akan berjaya.

Katanya, walaupun ahli parlimen boleh membawa usul tersebut terhadap kerajaan yang memerintah, tetapi Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa menolak sebarang usul yang tidak disebut dalam Perintah Tetap Parlimen.

Sehubungan itu, bekas menteri kewangan itu berkata usaha untuk membawa usul undi tidak percaya tidak akan berjaya kerana ia akan ditolak oleh speaker Dewan Rakyat.

"Kita ada hak kita untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap kerajaan yang memerintah.

"Tetapi kita juga diberitahu bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat berhak menolak apa jua usul kerana ia tidak disebut dalam Perintah Tetap yang dipakai dalam Dewan Rakyat.

"Jika awal-awal lagi sebarang usaha untuk kemukakan usul tidak diluluskan speaker jadi... Tetapi ada cara lain yang boleh dibuat," katanya dalam sidang media.

Turut hadir bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Ong Tee Keat di Putrajaya.

Ditanya cara lain yang boleh dibuat untuk menggesa Datuk Seri Najib Abdul Razak meletakkan jawatan, beliau berkata: "Itu kita akan cakap di forum yang lain," katanya tersenyum.

Tengku Razaleigh menjawab soalan pemberita mengenai apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh ahli parlimen mengenai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 12-10-2015 11:53 AM
MCA ada wakil....
MIC tak ada pun.....mana Samy Vellu?

Mic? Tu sana madey ada

Kalau org melayu dudok kerala agak2 dapat tak taraf bumiputra mcm madey dapat di malaysia ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2015 01:49 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 12-10-2015 05:54 AM

Tangkaplah pembangkang, mereka mahu tumbangkan kerajaan, kata Sanusi

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Published: 12 October 2015 1:19 PM
http://www.themalaysianinsider.c ... erajaan-kata-sanusi


Bekas MB Kedah, Tan Sri Sanusi Junid, bercakap kepada wartawan dalam sidang media bersama pemimpin veteran Barisan Nasional lain. Katanya, sekiranya merupakan satu jenayah usaha menumbangkan kerajaan, pemimpin pembangkang yang sepatutnya ditangkap. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 12 Oktober, 2015.

Sekiranya cubaan menjatuhkan kerajaan satu jenayah, Putrajaya seharusnya menahan pemimpin pembangkang seperti mana mereka lakukan kepada peguam Matthias Chang dan bekas ahli Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), kata Tan Sri Sanusi Junid.

Bekas menteri itu, pada sidang media bersama veteran Umno di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini, berkata tindakan Putrajaya itu seolah-olah cubaan menjatuhkan kerajaan bukan satu jenayah, sebaliknya cubaan menjatuhkan perdana menteri dianggap sebagai jenayah.

"Sejak mula saya memerhatikan isu ini. Apabila seseorang cuba menjatuhkan perdana menteri, ia dianggap sebagai sabotaj atau aktiviti keganasan.

"Tetapi jika mereka anggap menjatuhkan perdana menteri lebih teruk berbanding menjatuhkan kerajaan, pembangkang harus ditahan," katanya.

Sidang media itu turut disertai mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal, dan mantan presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat.

Sehubungan itu, Sanusi berkata, tindakan terhadap Khairuddin dan Chang juga tidak masuk akal. Kedua-dua mereka didakwa di mahkamah hari ini atas kesalahan cuba mensabotaj ekonomi negara.

"Pendakwaan terhadap 2 individu ini yang tidak begitu mewah, berhutang, atas kesalahan cuba mensabotaj industri perbankan negara dan dunia tidak masuk akal," katanya.

– 12 Oktober, 2015.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 12-10-2015 01:09 PM
sejak IPP tak disambung kontrak, Mahathir ni meroyan giler  dulu zaman dia ISA, sudah lupakah b ...

Kaka kalau dia tak suka sosma kan bagus atok jib revert ke isa then tahan dia kat kamunting 2 tahun kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 01:53 PM | Show all posts
Ak rasa....selepas Najib step down nanti...kita kena buat sesuatu dengan la dengan struktur pentadbiran sekarang ini...

Dengan kemelut yang skrg ini..baru kita nmpak betapa berkuasanya PM....

AG mempunyai budi bicara mutlak untuk membuka kertas pendakwaan...PDRM mempunyai kuasa untuk menbuat penguatkuasaan...pd masa sama gk...AG dan PDRM diletakkan dibawah PM....haukkkk sesangat la struktur skrg ini..

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 01:56 PM | Show all posts
nak buat parti baru ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 01:56 PM | Show all posts
aku dah kena diabetes type 1 dah ni asek telan pop corn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2015 01:57 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 12-10-2015 05:58 AM

Bendung suara akar umbi, sistem Umno gagal, kata Ku Li

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Published: 12 October 2015 12:40 PM
http://www.themalaysianinsider.c ... no-gagal-kata-ku-li


Tengku Razaleigh Hamzah (tengah) bersama Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) dan Tan Sri Sanusi Junid, di Kuala Lumpur pagi ini. Razaleigh berkata Umno kini membendung suara akar umbi sehingga ia didominasi suara pemimpin sahaja. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 12 Oktober, 2015.

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata sistem parti Melayu itu kini gagal kerana ia hanya didominasi suara pemimpin berbanding suara akar umbi.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, Umno kini menggunakan pendekatan sistem "suara pemimpin dibawa ke bawah" berbanding "suara akar umbi dibawa ke atas".

"Sistem parti Umno kini gagal. Sistem baru patut diadakan yang membolehkan akar umbi mempunyai suara yang lebih baik berbanding suara parti.

"Perkara itu memberikan perbezaan yang besar, dan disebabkan itu, saya berpendapat sistem itu gagal," katanya pada satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya pagi ini.

Turut hadir barisan kepimpinan dan veteran Umno, termasuk mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal, bekas menteri besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

– 12 Oktober, 2015.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.088141 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list