CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BarbiePink

Celebrities Wanita Yang Korang Rasa Paling Cantik,Gorgeous,Attractive Yang Perna

[Copy link]
Post time 28-7-2020 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
luvcomot87 replied at 27-7-2020 07:36 PM
Iols paling minat raja teh umi kalsom,kerabat perak jadi pelakon sekejap jer.. muka iras2 zarith sof ...

Iolss suka betul dulu tgk ku Kelly ni berlakon jadi bibik jaga si hero buta tu , lupa dh tajuk cerita...yg iolss ingat ost cita tu lagu Fazley asmara ini , tv3 takde plak nak ulang cita tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2020 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Rafeah buang pun lawa jg kan?
Mak aku kata ramai2 artis zaman dulu rafeah buang yg paling berpakaian sopan, retis lain ramai yg seksi.
Ada sorang retis lama popular tu seksi yg amat dulu dia seorg ustazah,apak aku ckp. Apak aku tau sbb baik dgn pak sedara retis tu ms tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2020 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg klasik muka ku kelly...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MentariSenja at 29-7-2020 12:40 AM
iraizz replied at 28-7-2020 09:51 AM
Pm i gambar autie you tu


Mana boleh u.......arwah syuben dia somebody chuols
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 12:50 AM | Show all posts
Pada aku artis yg cantik:

artist yg pure melayu no kacuk2:
Latifah omar
Erra Fazira
Siti Nurhaliza
nabila huda

artis kacukan:
hajjah Neelofa (biased)
Maya Karin
Juliana Evans
Zahirah Macwilson

n sejujurnya mmg diakui byk artis malaysia yg cantik2. cth fazura, emma maembong mira filzah uqasha nelydiaa cume tak berminat je. tp xnafikan dorg mmg cantik.


Artist korea:
Song hye kyo
Song ji hyo (betul ke eja nama dia) yg running man tu
Pelakon pompuan okay not okay tu ape tah nama dia. pd aku dia cantik

artist jepun:
Ishihara Satomi
Keiko kitagawa
Yuko araki

Artist china/taiwan or seangkatan:
angela baby
yang mi
rainie yang

Artist hindustan:
Madhuri dixit
Kajol
Preity Zinta

Artist omputih:
Natalie portman
Emma watson
Winona Ryder
Britney spears (biased)

n byk lagi yg cantik2 klau omputihh cume tak tertulis je...





Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
MistrezHermanaz replied at 28-7-2020 05:37 PM
kakak yasmin hani, tp xtau pic ni tahun bila, mmg cantik dia ni, lagi cantik dr yasmin hani



fuhh nasib xde sapa tulis nama anak mak retis dlm thread ni ye. sis syukurrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2020 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
yarid replied at 28-7-2020 02:13 PM
Tracie Sinidol (Sumandak Sabah)

mcm mira filzah versi 100% penambahbaikkan. and versi kapiaq too. lawo nyeee comel je muka
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MentariSenja at 29-7-2020 01:34 AM
iraizz replied at 28-7-2020 10:05 AM
But... Perangai tidak semenggah dgn cantik dia tu sehingga ade terbaca kat forum jugak kot ada sor ...


Tulah sayang....ya dia sangat cantik dimata aku. Bukan cina tu je cakap gitu....I heard frm a few people juga bab kekwat tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2020 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada meols yg cantik di Malaysia ni :
1. Aprena Manrose
2. Zahirah Mcwilson
3. Erra Fazira (muda)
4. Normala Samsudin
5. Eja
6. Fazura
7. Scha Alyahya (zaman dewi remaja)

Korean celeb pulak meols suka tengok:
1.  Doyeon (Weki Meki)
2.  Lee sung kyung
3. Suzy
4. Park min young
5. Rose (bp)
6. Nayeon (twice)
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 07:20 AM | Show all posts
Ramai jugak dlm ni yg suka korean artis ye..  
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
jualbukus replied at 28-7-2020 12:36 PM
Ni aku setuju degn ko.
mmg CELAKA BESAR ORANG YG SEBAR FITNAH MIMIE AZIZ DAH MATI. KO JAWB LAH DG ...

Itulah... Berita tu tak sahih kot..  Tak keluar paper, x keluar tv...  Mcm mana la ramai yg boleh percaya dia dah meninggal..   Kesian kat empunya badan,  family dia..  Org tu aman2 masih hidup lagi, boleh ada gosip kata dia dah meninggal..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 08:50 AM | Show all posts
teringin tgk rupa julia rais now tp sejak dia eksiden dulu2 terus menyepi smpai sekarang.gi betul lawa2 berbakat
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 09:58 AM | Show all posts
MentariSenja replied at 25-7-2020 12:19 PM
Permaisuri selangor ialah contoh wanita yg anggun sepanjang zaman and very proper. Sesuai sgt jadi ...

setuju..kita sependapat ttg TPS..penampilan beliau sentiasa kena pada tempatnya, tak berlebih tak juga kurang..just nice
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2020 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by BarbiePink at 29-7-2020 10:34 AM

Rata2 yg disini
Banyak memilih Sarimah Ahmad
Jom baca sedikit mengenai beliau skrg

BERITAmediacorp: Apa khabar agaknya seniwati dan pelakon legenda Jalan Ampas, Sarimah? Beberapa minggu lagi, beliau akan mencecah usia 77 tahun. Lebih tepat lagi pada 28 April 2019 nanti.

Didorong keinginan mengetahui khabar beliaulah, BERITAmediacorp bertemu dengan beliau di Kuala Lumpur baru-baru ini. Kami dapat tahu, Sarimah sebenarnya masih menerima tawaran berlakon pada usia sebegitu. Namun beliau menolaknya.

Dalam temu bual ini, beliau seakan meluahkan isi hati beliau yang mungkin terpendam selama ini. Dengan suara yang sayu, beliau katakan:

“Saya mintak sangat pada mereka. Leave me alone. Biarlah saya dengan dunia saya. Saya tak kejar apa pun. Cuma satu saja saya mintak dengan Allah. Kalau boleh saya nak sangat menetap di Madinah. Bukan nak tinggalkan Malaysia. Saya nak ke Madinah untuk beribadah saja. Dalam setahun, ada dua atau tiga bulan (di Madinah).

“Belum ada rezeki lagi tapi saya percaya Allah akan tolong saya. Saya ingin sangat duduk di sana. Saya sayang sangat anak-anak, cucu cicit semua. Itu sajalah harta yang saya ada dan saya bersyukur pada Allah. Saya tidak ada harta benda lain. Anak cucu cicitlah yang saya harapkan mereka ada belas kasihan untuk mereka berikan Alfatihah untuk saya.”

MASA TERHAD, JANGAN MUFLIS DI AKHIRAT

Sarimah atau nama penuhnya Sarimah Ahmad, menambah bahawa masa beliau terhad sekarang.

“Bila anda sudah sampai ke satu usia, masa you terhad. Yang pentingnya, jalan saya satu iaitu nak kembali kepada Allah. Saya takut kalau di dunia ini saya muflis, tidak apa di dunia. Tapi kalau di akhirat saya muflis, siapa nak tolong saya?”

Itulah perkongsian ikhlas yang dituturkan oleh seniwati filem Melayu tersohor itu. Beliau ditemani oleh anaknya, Yusarima Puteri Yusof serta cucu-cucunya Sharifah Zahrah Syed Mahdi Barakbah dan Syed Umar Barakbah untuk temu bual bersama BERITAMediacorp.



Penulis bersama seniwati Sarimah dengan anak beliau Yusarima (berbaju merah) dan cucu-cucunya.

Penulis sempat bersamanya selama beberapa jam untuk menyelami isi hati pelakon yang dikenali dengan sifat keibuan dan penyayang itu. Sarimah terkenal di zaman gemilangnya kerana filem-filem lakonan beliau terutamanya bersama P.Ramlee.

Tapi itu dulu. Kini beliau banyak menghabiskan masa bersama anak-anak, cucu dan cicit-cicitnya.

TOLAK PELBAGAI UNDANGAN

Lantaran itu jugalah jarang sekali kita melihat kelibat seniwati veteran itu di sebarang acara sejak akhir-akhir ini. Sarimah tidak menafikan, beliau menolak beberapa undangan dari Singapura mahupun Malaysia.

Penolakan tersebut sempat menimbulkan tanda tanya mengenai kesihatan beliau sehingga ada desas-desus yang mengatakan kononnya beliau terlantar sakit sejak beberapa tahun lepas.

“Syukur Alhamdulillah, sebenarnya saya sihat-sihat seadanya. Terlantar sakit itu memang tidaklah. Masa itu (2010) saya kena sakit yang saya tak nak ingat. Waktu itu memang kritikal tapi waktu itu semangat saya kuat, saya survive dan sempat buat umrah. Setelah pulang, saya mula buat perniagaan supplemen,” katanya.

Perniagaan yang dimaksudkan itu adalah penubuhuan syarikat Primadona Worldwide Sdn Bhd.

SARIMAH MERAJUK?

Bercakap tentang dunia artis pula, Sarimah berkongsi bahawa beliau menceburi bidang lakonan lama sangat. Bahkan lebih separuh dari usianya. Persatuan pun pernah dianggotainya di Kuala Lumpur sebelum ini. Terangnya memberi bayangan:

“Adalah benda yang membuatkan hati saya tersentuh, nak kata merajuk tak merajuk. Kalau orang-orang kata saya dilahirkan di Barat sana, mungkin saya tersangat kaya sebab berapa banyak filem saya berlakon masa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.”

Namun, penerima anugerah Tokoh Seniman 2013 itu tidak menjelaskan secara terperinci apakah yang membuatkan hatinya “tersentuh”. Meskipun begitu, Sarimah mengatakan beliau tetap bersyukur kepada Allah SWT dengan apa yang beliau ada kini.



“Apa juga yang saya buat selain daripada bidang filem mendatangkan keberkatan pada hidup saya, ada barakahnya bermakna saya tak susah, adalah makanan,” ujarnya tanpa ragu-ragu.

Beliau menjelaskan panjang lebar bahawa setelah sekian lama mengabdikan diri kepada dunia lakonan, sudah tiba masanya untuk beliau berehat.

DULU BANYAK LALAI TERUTAMA DALAM IBADAH

“Kalau dulu masa saya muda, banyak sangat saya tinggalkan, banyak sangat saya lalai terutama dalam ibadah. Sekarang saya ada masa. Anak-anak dah besar. Saya pernah bercakap pada orang yang rapat dengan saya bahawa saya berlakon filem bukan nak mengejar populariti, bukan glamor, bukan mengejar duit.

“Saya cuma nak membesarkan anak-anak saya. Saya dilahirkan dalam keluarga yang orang tua saya akan tekankan agama. Banyak dugaan dalam filem ini bila you dah terkenal . Nak dikatakan saya baik sangat tidak, tapi saya tahu siapa saya. Saya tahu apa yang ada di dalam dada saya. Alhamdulilah saya lepas dari segala benda-benda yang tak baik dalam hidup,” cerita Sarimah kepada BERITAmediacorp.

Pelakon filem Ali Baba Bujang Lapok itu juga tidak kisah sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan prinsip beliau yang menolak sebarang undangan untuk acara-cara umum.

Katanya perlahan: “Saya rasa saya ini hak Allah, saya kepunyaan Allah. Saya tahu nanti orang akan benci saya, saya tak peduli. Siapa juga nak marah, benci saya, saya tak peduli. Yang penting adalah kasih sayang Allah pada diri saya. Saya mintak dengan Allah supaya diberi ketenangan dalam hidup saya. Saya rasa saya tak menyusahkan orang dan saya tak mintak apa-apa daripada orang.”

SARIMAH TOLAK PEMBERIAN ANUGERAH

Dalam usia 70-an kini, beliau tetap kelihatan anggun dan mempesonakan. Bahkan tidak jemu mata memandang lebih-lebih lagi dari jarak dekat. Apakah seniwati tersebut mengamalkan sebarang petua?

Sambil terdiam seketika, beliau sambung perbualan:

“Yang paling penting adalah hati. Apa saja dalam hati akan terpancar pada wajah. Saya menerima macam-macam fitnah daripada orang. Ada yang kata saya ada ilmu lah, mereka kata saya cucuk botox lah. Sebenarnya saya tidak ada apa. Saya tidak ada duit untuk itu.

“Kalau saya ada duit pun, saya tidak akan gunakan untuk itu. Baik saya bersedekah pada orang-orang susah. Itulah benda-benda yang membuat saya sedih.”

Di kesempatan tersebut, beliau turut berkongsi bahawa masih ada pihak yang ingin memberikan anugerah kepadanya sebagai penghargaan kepada seniwati tersebut. Namun, beliau menolak dengan baik atas alasan ini.



“Pada saya anugerah daripada manusia tidak ada makna bagi saya. Anugerah dari Allah yang saya bersyukur padaNya. Tuhan bagi saya banyak anugerah. Saya ada 6 anak, 35 cucu dan 17 cicit. Ada dua lagi cicit akan datang. Saya cuma nak kasih Allah. Terima kasih banyak pada yang nak bagi anugerah, saya menghargai tapi saya tak nak.”

Sarimah bersama anaknya yg berbaju merah dan cucu-cucu beliau

Bersama cucu-cucunya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 10:21 AM | Show all posts
SR4tahun replied at 29-7-2020 01:02 AM
mcm mira filzah versi 100% penambahbaikkan. and versi kapiaq too. lawo nyeee comel je muka

separuh masa sebagai model dekat sabah.....lawa kan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 10:29 AM | Show all posts
Rose yatimah, Amber Heard, Deepika Padukone

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2020 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
nuerulcayang replied at 29-7-2020 10:29 AM
Rose yatimah, Amber Heard, Deepika Padukone

Chouls kena edit pic tu
Barulh dapat tengok pic ni besar
Kalau tengok dekat PC pic ni memang besar
Tp tulah kalau tengok guna hp kecik je pic tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 10:46 AM | Show all posts
BarbiePink replied at 29-7-2020 10:38 AM
Chouls kena edit pic tu
Barulh dapat tengok pic ni besar
Kalau tengok dekat PC pic ni memang bes ...

ala sory barbie..iolls x reti..tepek gambar ni pn try n error...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 25-7-2020 12:07 PM
Patotnye yang go Hollywood Kak Ogy..  Tapi ye la jaman takde internet dulu susah nak kontek sana ...

Betulah, dia pun cantik tak jemu mata memandang terutama filem azurrraaa.. Tp lah ni.. Hemmmm
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
kukukatablog replied at 25-7-2020 06:07 PM
pada uols Juliana Evans ngn DD mana lagi lawa?

Diana danielle
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.794393 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list