CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11875|Reply: 14

[Jenayah] Rasuah lombong pasir, ahli politik terkemuka disiasat SPRM

[Copy link]
Post time 13-10-2024 07:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 13-10-2024 01:35 PM
Menurut sumber, SPRM juga sedang menyiasat sama ada ahli politik terkemuka itu mempunyai sebarang penglibatan dalam dakwaan rasuah itu.

Seorang bekas eksekutif kanan di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) adalah antara dua individu yang ditahan SPRM tiga hari lalu, dalam siasatan skandal rasuah berjuta-juta ringgit yang didakwa berhubung konsesi perlombongan pasir di bawah anak syarikat cabang pelaburan negeri itu.

Suspek kedua merupakan seorang ahli perniagaan.

Kedua-dua suspek didakwa ada kaitan dengan seorang pemimpin pembangkang terkenal yang pernah mempunyai pengaruh politik di Selangor.

“Bekas eksekutif itu disyaki menerima rasuah jutaan ringgit daripada syarikat yang memperoleh konsesi perlombongan pasir beberapa tahun lalu.

“Menurut maklumat yang SPRM kumpul setakat ini, suspek kedua iaitu ahli perniagaan telah (didakwa) bertindak sebagai orang tengah untuk mengutip suapan bagi pihak suspek pertama.

“Ada juga banyak pihak lain yang terlibat yang kita dah panggil semua, namun kedua-dua mereka dianggap sebagai suspek utama kami,” kata sumber.

Malaysiakini dimaklumkan seorang daripada suspek ditahan reman sehingga Selasa ini, manakala seorang lagi dibebaskan atas perintah mahkamah kerana masalah kesihatan.

Menurut sumber yang rapat dengan siasatan, SPRM juga telah menahan dua individu yang dikaitkan dengan syarikat perlombongan pasir, tetapi mereka telah dibebaskan selepas disoal siasat.

Skandal itu didakwa bermula apabila syarikat berkenaan memohon konsesi daripada MBI lebih lima tahun lalu, menurut seorang pegawai SPRM yang tidak mahu namanya disiarkan.

Bagaimanapun, rasuah itu dikatakan berterusan sejak syarikat itu memperoleh konsesi MBI.

Suspek kedua juga didakwa mendapatkan peratusan saham dalam syarikat perlombongan pasir itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM.

Setakat hari ini, SPRM telah membekukan kira-kira 15 akaun bank milik beberapa individu dan syarikat, termasuk yang dipercayai penyiasat digunakan untuk menyalurkan rasuah.

Menurut sumber, SPRM juga sedang menyiasat sama ada ahli politik terkemuka itu mempunyai sebarang penglibatan dalam dakwaan rasuah itu.

"Kita akan lihat jika ada keperluan untuk merekodkan kenyataannya. Setakat ini siasatan masih diteruskan," kata sumber itu ketika ditanya sama ada SPRM bercadang untuk memanggil ahli politik berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“Saya sahkan ada dua orang ditangkap yang (didakwa) terlibat dalam perbuatan rasuah berhubung mendapat konsesi pasir daripada MBI,” katanya, namun enggan mengulas lanjut.

Malaysiakini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2024 09:29 AM | Show all posts
Edited by maklukpenggoda at 13-10-2024 02:04 PM


Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Terkemuka tak mengapa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak mengapa
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu masa kita kawan xde pulak nk siasat2...mohtip???
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti bukan geng payung kuning
Kalau payung kuning, dapat green lane
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Pak jemin ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2024 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Sukati hangpa laa
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 10:46 AM | Show all posts
Semalam Indonesia kata Malaysia menciri pasir mereka!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2024 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 13-10-2024 10:20 AM
Pak jemin ke

Klau psl  pasir jemin laa.chegu bard yg skrg barua geng dia ..penah buat report masa dia jadi mb dulo2
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul orang yg di speku tu, heolss baru je dapat cucu baru
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 13-10-2024 09:57 AM
Ni mesti bukan geng payung kuning
Kalau payung kuning, dapat green lane

Negara jamaica gelak² manjahh
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Beberapa tahun yang lalu...? Lama dah ye but kerja² salah ni.

Kalau tertuduh tu melayu, benda² haram ni terpecah kepada dua.
Pertama, mee kari babi dan anjing. Ini kompem tak boleh sebab haram dan jijik.

Yang kedua, haram tapi boleh digunakan utk kesenangan diri atau keluarga.
Beli barang² seperti kereta ka, rumah ka, iphone 16 pro ka, melancong ka... mesti selain dari makanan la senang citer.

Kalau yg tertuduh tu melayu la. Kalau bukan, abaikan aje apa yg aku tulis ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Hebat kan ong melayu. Dalam haram pun ada pecahan²nya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Cabut jap nak kentut
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 13-10-2024 10:46 AM
Klau psl  pasir jemin laa.chegu bard yg skrg barua geng dia ..penah buat report masa dia jadi mb d ...

Che gu bard tu lalang.ke..
Mende lah dia ni
Teringay dedolu dia jadi blogger.
Selalu artikel sampah dia masuk dalam ci
Hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.595529 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list