CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: leon_mclaren78

THE TWILIGHT SAGA : BREAKING DAWN PART 1 & 2 [22 NOV 2012]

  [Copy link]
Post time 20-12-2011 03:27 PM | Show all posts
aku cam terbayang bayang jer depan mata babak babak tersebut.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2011 08:31 PM | Show all posts
hehe..ya ampunnn... sabo byk2 ek..

nnt mlm aku sambung lg... tp lewat sket la ye. Biasanya ...
leon_mclaren78 Post at 20-12-2011 12:04



   hehehe..x pe kalu ko post lambat aku baca esok...leon...aku dah masuk buku 2...new moon...dah chapter 15...hehehe....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2011 01:56 PM | Show all posts
sori x dpt update mlm td sbb tido awal... ngantuk gile...

mlm ni aku akan cuba update sambungan ek...
doakan agar aku x ngantuk cpt sgt...hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 03:16 PM | Show all posts
kene update awal tu leon...hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 12:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 22-12-2011 00:35

chapter 13 ni kalo bace yg translate mungkin boring sbb berkisar kat dlm utan jah. Pastu byk scene yg romantik gile...aku tgh dok fikir camne nk translate ni...takut ada plak yg merembes kang! hehe... tp aku cuba gak la...kalo x best, ya hampunnn... sbb aku pun maluw nk translate part2 romantis itteww...

CHAPTER 13 :  Confession

Keadaan Edward di bwh cahaya matahari amat mengejutkan Bella. Bella susah nk percaya walopun dia merenung Edward utk beberapa lama. Warna kulit Edward yg cerah tu kelihatan berkilauan seperti ada ribuan butir berlian halus tertanam di atasnya. Edward berbaring bagaikan patung di atas rumput, bajunya dibiarkan tersingkap hingga ke paras dada..semuanya berkilauan. Bella mengamatinya & kemudian ternampak bibir Edward bergerak2. Bila Bella bertanya, Edward menjelaskan yg dia sedang menyanyi sendiri...terlalu perlahan utk didengari Bella. Bella ingin berbaring sama spr Edward & biarkan cahaya matahari mengenai wajahnya. Tp Bella hanya duduk meletakkan dagunya di atas lutut, rasa spt x dpt mengalihkan pandangan matanya drp Edward. Padang yg Bella rasa cantik sgt memula td tetiba je jd kurang menarik lps melihat keindahan yg ada pd Edward. Spt selalunya Bella berasa takut kehilangan Edward dlm sekelip mata. Semua ni bagaikan dunia khayalan. Bella menyentuh tangan Edward dgn jarinya, dia kagum dgn teksturnya yg sempurna, licin bagaikan satin, dingin spt batu.. Bila Bella memandang wajah Edward, Edward sedang memerhatikan Bella. Hari ini mata Edward berwarna butterscotch cerah, selepas dia berburu mlm td. Edward tersenyum memandang Bella, lantas dia bertanya, "Adakah sy buat awak takut?" Bella menjawab, "x lagi sptmana dulu." Bella duduk dgn lebih rapat lg dgn Edward, dia masih menyentuh lengan Edward dgn jarinya... Lama juga Bella menbelek2 kulit Edward yg berkilau2 tu. Edward berasa lega sgt2 sbb dpt kongsi rahsianya dgn Bella. Dia x nk Bella takut kpdnya. Edward mendekatkan mukanya dkt dgn muka Bella. Bella berasa dia patut menjauhkan mukanya cpt2, tp dia seakan2 tidak mampu bergerak. Mata Edward yg berwarna keemasan bagaikan memukau Bella.

Bella dpt bau nafas sejuk Edward...sungguh enak, sedap... aromanya membuatkan Bella seolah2 terliur. Ia sukar utk digambarkan dgn kata2. Bella hampir x dpt mengawal dirinya, dia mendekati Edward dgn lebih rapat lg sambil menikmati aroma yg begitu mengasyikkan. Dgn tiba2 Edward hilang di dpn mata Bella. Edward kini berada kira2 20 kaki jaraknya dari Bella... dia merenung Bella & ekspresinya amat sukar utk dibaca. Bella berasa agak terkejut dgn reaksi spontan Edward & bersuara separuh berbisik, "Maafkan sy...Edward, " Bella tau Edward dpt mendengar walopun dia berdiri cukup jauh. "Beri sy sedikit masa kejap," ujar Edward. Bella hanya duduk berdiam diri. Selepas kira2 10 saat Edward berjalan, tp kemudian dia berhenti & duduk bersila di atas rumput. Matanya tidak lepas memandang ke arah Bella. Edward menarik nafas dalam2 sebanyak 2 kali sblm tersenyum & bersuara, "Sy minta maaf sgt2. Adakah awak akan faham..maksud sy kalo sy ni manusia biasa je?" Bella hanya mengangguk. "Sy adalah pemangsa yg paling bahaya, kan? Apa saja ttg sy akan menarik awak dgn mudah -- suara sy, wajah sy, bahkan bau sy. Kalo la sy perlukan semua tu!" Kemudian Edward segera bangun & melompat jauh dari satu pokok ke pokok yg lain. (Lps tu semua scene sama mcm kat dlm muvi). Kemudian Edward dtg dkt dgn Bella, "Maafkan sy... sy boleh mengawal diri sy. Sy x dahaga pun hari ni!" Bella ketawa kecil mendengar kata2 Edward.

Edward nk tau apa yg Bella takutkan skrg. Bella menjelaskan, " Ya sy mmg takut... sy takut sy x boleh bersama2 awak. Sy juga takut kalo sy terlalu suka bersama2 awak lebih dari sepatutnya." Bella hanya memandang tgn Edward..sukar baginya membuat pengakuan mcm ni. Edward bersetuju, "Ya... sesungguhnya awak mmg patut rasa takut.. Nk bersama2 sy... mmg perkara yg x patut awak buat. Sy sepatutnya pergi sejak lama dulu lg. Tp sy x tau sy sanggup pergi ke tidak." Bella bersuara, "Sy x nk awak pergi." Edward menjawab, "Itulah sbbnya sy patut pergi. Tp jgn risau, hakikatnya sy mmg makhluk yg mementingkan diri. Sy mmg mahukan awak sgt2 menemani sy." "Sy sgt2 berbesar hati, " ujar Bella. Edward cpt2 menjawab, "Baik jgn!" Edward menarik tgnnya dgn lembut, tp suaranya kedengaran agak tegas dari biasa. Mungkin tegas baginya, tp bg Bella suara Edward sgt2 indah dari mana2 suara manusia. Edward bersuara lg, "Sy bkn saja mahukan awak menemani sy semata2. Jgn lupa sy sgt2 bahaya kpd diri awak berbanding kpd org lain." Bella berfikir sejenak, "Sy x faham apa yg awak maksudkan -- terutamanya ayat terakhir awak tu." Edward memandang Bella & tersenyum, "Mcm mana sy nk terangkan ya.. tanpa takutkan awak lagi.. hmmm.." Edward kemudian memegang tgn Bella. Dia melihat pd tgnnya & juga tgn Bella, "Kehangatan awak begitu menyenangkan." Edward mengeluh. Edward menerangkan kpd Bella kenapa dia dia x boleh nk duduk dkt dgn Bella dulu. Bau darah Bella begitu buat dia separuh gila...kemudian dia cuba mengelak drp Bella... juga dia terpaksa melarikan diri hingga ke Alaska & skip kelas sbb mahu menenangkan diri. Tp kemudian dia ambil keputusan utk pulang semula ke Forks. Edward juga cuba membuat beberapa langkah berjaga2 spt pergi berburu & 'mkn' kenyang2 sblm jumpa Bella lagi. Dgn pengakuan ikhlas Edward, barulah Bella mengerti betapa Edward juga menderita sejak Bella dtg ke Forks. Edward juga mengakui & berterus-terang kini Bella adalah sesuatu yg paling penting dlm hidupnya.

...bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 08:40 AM | Show all posts
Reply  honeybee80


    Yup, twilight 1st tu mmg addict giler tgk...dunno how many time I've wat ...
Keduarc Post at 20-12-2011 00:18



    me too... tak bosan tgk over and over again....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2011 02:19 PM | Show all posts
wahhhh dah berapa hari aku tak jengok cni..... heheh.... seronok la pulak baca....
aku tgh layan obsession baru ni lepas tgk MI:4 .... so bear with me...
but jgn risau, tetap setia ngn Twilight......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2011 01:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 23-12-2011 01:42

sambungan chapter 13...

"Bella... sy x boleh maafkan diri sy kalo sy menyakiti awak. Awak x tahu betapa ianya amat menyeksa diri sy." Edward tunduk, dia kelihatan sedikit malu. Kemudian dia menyambung, "Memikirkan ttg diri awak...utk tidak melihat wajah awak yg kemerah-merahan tu lg, utk tidak melihat cara awak menggunakan gerak hati melalui mata awak... sukar sy utk menahannya." Edward mengalihnya pandangannya ke arah Bella. Dia menyambung lg, "Skrg awak adalah sesuatu yg paling penting dlm hidup sy. Penting utk sy selama2nya." Bella terasa bagai kepalanya berpusing dgn pertukaran topik perbualan mereka secara tiba2..mulai dgn topik yg menceriakan ttg 'kematiannya yg mungkin boleh terjadi pd bebila masa', dan kini secara tetiba juga mereka membuat pengakuan ikhlas ttg perasaan memasing. Edward menanti Bella menjawab.. akhirnya Bella bersuara, "Awak tentu dh sedia tahu bagaimana perasaan sy terhadap diri awak. Sy... lebih rela mati drp terpaksa berjauhan dgn awak." Wajah Bella kelihatan sedikit muram, "Sy mmg bodoh."

"Ya..awak mmg bodoh," ujar Edward bersetuju sambil ketawa. Matanya memandang ke arah Bella, dan Bella juga ikut sama ketawa. Edward bersuara lg, "Jadi... sang singa dh jatuh cinta dgn sang kambing!" Bella menjawab," Betapa bodohnya kambing tu!" Edward menyambung, "Betapa gilanya singa yg suka menyeksa diri tu!" Kemudian Edward mengalihkan pandangannya ke arah hutan utk beberapa ketika, Bella hanya memerhati sambil di dlm hatinya tertanya2 apa yg sedang difikirkan Edward. "Kenapa..?" Bella bersuara. Edward menoleh ke arah Bella & tersenyum, "Ya?" Bella bertanya, "Bgtau sy kenapa awak lari drp sy dulu?" Senyuman Edward mulai pudar, "Awak tahu kenapa." Bella menjelaskan, "Bukan... maksud sy, sebenarnya apa kesalahan yg sy dh lakukan? Awak kena bgtau sy sbb sekurang2nya sy boleh belajar & tahu apa yg sy x sepatutnya lakukan." Edward tersenyum semula & menjawab, "Awak x buat apa2 kesalahan Bella. Sy yg salah." "Tp sy hanya nk menolong meringankan 'beban' awak," ujar Bella. Edward berfikir sejenak, "Ok... ia sbnrnya ttg betapa rapatnya diri awak dgn sy. Selalunya manusia lain akan berasa segan & menghindarkan diri mereka drp kami, mungkin bg mereka kami bagaikan makhluk asing... sy x pernah terlintas langsung di fikiran sy yg awak boleh dtg serapat ini. Aroma tekak awak..." Edward berhenti tiba2 sambil memandang Bella utk memastikan dia x menakutkan Bella. Sebaliknya Bella hanya berkata, "Tak apa... awak cerita la ttg tekak tu!" Edward ketawa mendengar jawapan Bella. Kemudian Edward meletakkan tangannnya dgn lembut di atas leher Bella. Bella diam x bergerak, sentuhan dingin tangan Edward sepatutnya membuatkan Bella berasa gentar (tgn vampire tuu...), tp Bella sedikitpun x ada perasaan takut, sebaliknya dia dpt merasakan satu perasaan yg lain...

"Cuba awak tengok.." Edward bersuara. "X ada apa2 yg berlaku." Bella berasa darahnya mengalir dgn laju... jantungnya berdebar2, dia pasti Edward dpt mendengarnya! Edward menyambung lg dgn nada perlahan, "Warna kemerah-merahan pada pipi awak sungguh cantik." Edward mengangkat sebelah lg tangannya & menyentuh pipi Bella... kemudian dia memegang muka Bella dgn kedua2 tangannya yg bagaikan batu marmar. Edward berbisik, "Jgn bergerak.." Tanpa mengalihkan pandangannya daripada Bella, perlahan2 Edward meletakkan pipinya yg dingin tu di bahagian tekak Bella. Bella x berani utk bergerak langsung. Dia dpt mendengar bunyi nafas Edward sambil memerhati cahaya matahari & angin menerjah ke rambut Edward. Kemudian kedua2 tgn Edward turun ke bahagian leher Bella. Bella mengigil dan dia mendengar Edward menarik nafas, tp tgn Edward tidak berhenti di situ malah turun hingga ke bahu Bella & akhirnya berhenti di situ.

Edward kemudian mendekatkan mukanya sehingga hidungnya menyentuh bahagian tulang selangka Bella. Edward kemudiannya mendekatkan sebelah mukanya & menekan telingan perlahan2 pd bahagian jantung Bella... dia mendengar jantung Bella berdegup & kemudian kedengaran Edward mengeluh. Bella x pasti berapa lama mereka berada dlm posisi sebegitu... mungkin beberapa jam.. Akhirnya degupan jantung Bella menjadi tenang semula, tp Edward tidak bergerak atau berkata apa2, dia masih memegang Bella. Bella sedar dia berada dlm keadaan yg sgt bahaya, nyawanya boleh melayang bila2 masa. Tp Bella x mampu menakutkan dirinya... dia x dpt berfikir apa2 selain sentuhan Edward. Kemudian setelah beberapa lama, akhirnya Edward melepaskan Bella. Mata Edward kelihatan sungguh lega & damai. "Ia x akan sukar lg lepas ni," ujar Edward, dia kelihatan puas. "Apa yg sukar bg awak?" Bella bertanya. "X seteruk spt yg sy sangkakan. Apa pendapat awak?" Edward bertanya Bella kembali. "Tak... ia x seteruk mana pun...bagi sy," ujar Bella. Edward tersenyum & berkata, "Awak faham maksud sy kan." Bella membalas senyuman Edward. "Di sini." Edward mengambil tgn Bella & meletakkannya di atas pipinya. "Awak rasa betapa hangat ia." Bella dpt rasa pipi Edward yg biasanya dingin tu terasa agak hangat. Tp Bella segera teringat yg dia mmg selalu teringin sgt menyentuh muka Edward sejak hari pertama dia melihat Edward dulu. "Jgn bergerak," Bella berbisik. Tiada siapa yg mampu berdiri pegun spt Edward, dia memejamkan matanya & dia kelihatan spt patung batu yg berada di bwh tgn Bella.

Bella mengamati keindahan wajah Edward mulai bahagian pipi, kelopak mata, hidung dan bibir. Bila tgn Bella melalui bibir Edward, Bella dpt merasakan nafas dingin Edward pada jari-jemarinya. Bella ingin sekali menghidu aroma enak tersebut, tp Bella tidak mahu buat Edward rasa kurang selesa. Dia menjatuhkan tgnnya dari wajah Edward. Edward membuka mata & bersuara, "Sy berharap sgt2 awak dpt rasakan apa yg sy rasakan...suatu perasaan yg mengelirukan..yg sy rasa skrg. Harap awak dpt memahaminya." "Beritahu sy.." pinta Bella. "Sy sukar nk menjelaskannya. Sy dh bgtau awak..pd satu sudut sy berasa 'lapar' & 'dahaga' -- perasaan yg sepatutnya ada pd makhluk spt sy terhadap awak. Sy rasa awak faham ttg ni.. Tp dari satu sudut lain, sy berasakan sesuatu yg lain dari 'dahaga'... rasa 'dahaga' yg sy sendiri x dpt fahami, suatu perasaan yg aneh bg sy, " ujar Edward. Bella menjawab, "Rasanya sy mungkin faham apa yg awak rasa." Edward masih kelihatan keliru, "Sy x biasa mempunyai perasaan spt manusia. Biasanya manusia akan berperasaan mcm ni ke?" Bella bertanya kembali, "Bagi sy? Sblm ni sy x pernah juga." Bella memegang tgn Edward, dia berasa tgnnya lemah di dlm pegangan tgn Edward yg seumpama sekukuh besi. "Sy x tau mcm mana nk berada dkt dgn awak...sy x pastikalo sy boleh lakukannya," ujar Edward. Bella dtg rapat kpd Edward, perlahan2 dia meletakkan pipinya pd dada Edward yg seumpama batu. Bella hanya dpt dgr nafas Edward. "Mcm ni pun dh cukup," Bella bersuara sambil memejamkan matanya. Seperti lagak manusia biasa, Edward meletakkan kedua2 lengannya mengelilingi bdn Bella & kemudian menekan mukanya pd rambut Bella. "Awak sebenarnya bagus dlm perkara sebegini drp apa yg awak risaukan," Bella memberi komen. Edward membalas, "Sy masih ada perasaan spt manusia -- mungkin perasaan tu dh lama tertanam, tp ia masih wujud."

Edward & Bella berada dlm keadaan begitu utk beberapa ketika. Tp cahaya matahari semakin pudar, bayang2 pokok2 hutan mula kelihatan. Bella mengeluh. "Awak terpaksa balik kan," Edward bersuara. "Sy ingat awak x dpt baca fikiran sy," ujar Bella. "Lama-kelamaan sy boleh 'membaca' fikiran awak!" Bella dpt mendengar senyuman dlm suara Edward. Edward kemudian memegang bahu Bella. Bella memandang wajah Edward. "Boleh sy tunjukkan sesuatu kpd awak?" Edward bertanya dlm nada yg penuh minat. "Tunjuk sy apa?" tanya Bella. "Sy nk tunjukkan bagaimana sy mengembara di dlm hutan mcm ni. Jgn risau, sy akan pastikan awak selamat & kita akan sampai ke trak awak dgn lebih cpt." Edward tersenyum dgn senyuman yg sgt menawan hingga Bella berasa jantungnya hampir berhenti berdegup! Bella bertanya, "Awak nk bertukar rupa jadi kelawar ke?" Pertanyaan Bella membuatkan Edward ketawa lebih kuat dari biasa, "Mcm sy x pernah dgr pasal tu!" ujar Edward. "Betul, sy tau awak tentu pernah dgr ttgnya," Bella menjawab. "Marilah, awak kena panjat blkg sy," Edward memberi arahan. Mulanya Bella menyangka Edward hanya bergurau & dia hanya menunggu di situ. Edward hanya tersenyum & seakan2 memahami apa yg sedang difikirkan Bella. Dia segera mendapatkan Bella & mengangkat Bella ke blkgnya. Bella menggapit kedua2 kaki & tangannya di sekeliling bdn Edward sekuat yg boleh.. kalo manusia biasa tentu akan tercekik! Bella berasa dia bagaikan berpaut pd batu. "Sy sedikit berat dari beg sandang blkg awak tau, "Bella memberi peringatan kpd Edward. "Hah!" kedengaran Edward mendengus. Bella x pernah melihat keadaan Edward yg begitu bersemangat sblm ni. Edward mencapai tgn Bella & meletakkan tapak tgn Bella pd wajahnya & dia menarik nafas dalam2. "Lebih mudah pd setiap waktu!" ujar Edward & dia mula berlari.

...bersambung...

x larat nk sambung daa... mlm esok plak la ya...ngantuk sudah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2011 09:35 AM | Show all posts
sambungan chapter 13...

"Bella... sy x boleh maafkan diri sy kalo sy menyakiti awak. Awak x tahu  ...
leon_mclaren78 Post at 23-12-2011 01:30



    okehh..okehh g tido nanti sambung lg...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 10:42 AM | Show all posts
sambungan chapter 13...

"Bella... sy x boleh maafkan diri sy kalo sy menyakiti awak. Awak x tahu  ...
leon_mclaren78 Post at 23-12-2011 01:30



time kasih leon..... sbb sgt rajin menaip dgn panjang lebar

membaca nyer seakan terhenti jantung ku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2011 12:40 PM | Show all posts
hehe...aku amik cuti hari ni sbb g intebiu pagi td. so aku akan cuba update lg ptg ni... susah sgt nk abiskan chapter 13 ni sbb ayat munge2.. dh la aku ni bkn penulis bertauliah pun! kalo ada ayat x best, ya ampun ek! Chapter 13 ni aku cuba nk pancung2 scene tertentu... tp x bleh sbb nnt cite mcm tergantung plak... mcm chapter2 sblm ni aku pancung je mana2 scene yg x brape best. Tp chapter yg ni aku x bleh nk pancung & cite ringkas2 sbb nnt lg x best jadinya. Sbb tu aku translate terus je sebijik2 ayat yg ada klat dlm buku tuh. Lgpun semua scene ni x de kat dlm muvi...huhu... mmg tujuan asal aku menulis kat sini sbb nk share scene2 yg x de kat dlm muvi... kat dlm buku byk btul aktiviti yg Bella buat dgn Edward!
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 03:29 PM | Show all posts
yer...yer...yer...  mmg byk btol yg kene edit......
dialog dialog yg menusuk kalbu
saat saat yg romantik


ehh...leon..... yg derang panjat pokok sampai pucuk yg mcm dlm muvi tu ade tak??
pastu derang naik sampai cam puncak bukit..... tgk ade aliran sungai ke hapa tu...ade tak??
pastu lagi..... yg memlm tetibe bella sedar yg edward masuk bilik dia..... pastu tu yg first time edward mintak nak kiss bella..... ade tak??? (part ni yg aku tk sabar nak baca......muahahahah.... gatai tak aku?? )
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 05:43 PM | Show all posts
hehe...aku amik cuti hari ni sbb g intebiu pagi td. so aku akan cuba update lg ptg ni... susah sgt n ...
leon_mclaren78 Post at 23-12-2011 12:40



    betul tu..aku baca buku lebih enjoy dr tgk movie..sbb banyak lg scene diorg sebenarnye...skang aku dah masuk buku epclise...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 11:50 PM | Show all posts
Jadi... sang singa dh jatuh cinta dgn sang kambing!" Bella menjawab," Betapa bodohnya kambing tu!" Edward menyambung, "Betapa gilanya singa yg suka menyeksa diri tu!"
Reply 588# leon_mclaren78


    Thanx 4 da story Leon_mclaren
Really love that line, in English version.... So the lion fell for the lamb....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2011 12:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 24-12-2011 00:49

...sambungan chapter 13 (part III)...

Edward berlari terlalu laju seperti peluru.. Tiada bunyi atau bukti yg menunjukkan kakinya mencecah tanah. Edward masih bernafas seperti biasa, tenaganya langsung tidak terjejas. Tp Bella hampir x dpt melihat pokok2 yg berada di sekelilingnya... semuanya seperti berterbangan sbb Edward bergerak terlalu pantas. Bella takut utk menutup matanya...kemudian dia terasa spt nk pitam & pening. Tp nasib baik semuanya berakhir & mereka kini sudah sampai ke trak. "Seronok, bukan?" Edward bertanya dgn suara yg teruja, dia berdiri tidak bergerak menunggu Bella turun dari blkgnya. Tp Bella seperti x dpt menggerakkan tangan & kakinya, dia masih berasa pening. "Bella?" suara Edward mulai kedengaran bimbang. "Sy rasa sy perlu berbaring," Bella menjawab. "Oh, maafkan sy," Edward masih menunggu Bella bergerak, tp Bella masih x dpt bergerak. "Ok.. Sy perlukan bantuan," Bella bersuara. Edward ketawa kecil & dgn lembut dia melonggarkan pegangan tgn Bella drp lehernya. Kemudian Edward menarik Bella menghadap dirinya & dgn berhati2 dia cuba buat Bella berdiri semula. "Awak rasa ok ke?" Edward bertanya. Bella x pasti & hanya menjawab, "Sy masih pening."   "Cuba awak letakkan kepala antara kedua2 belah kaki awak, " ujar Edward.  Bella menurut cadangan Edward & dia dapati rasa peningnya berkurangan sedikit. Bella terasa Edward duduk di sebelahnya. Kemudian Bella dpt mengangkat kepalanya, tp spt ada bunyi berdesing di dlm telinganya. "Sy rasa ia bkn idea yg bagus," Edward merenung Bella. Bella masih cuba berfikiran positif walopun dia masih kelihatan lemah, "Tak, ia idea yg menarik!"  "Hah! Warna kulit awak pucat betul mcm hantu...eh bukan... awak nampak pucat mcm warna kulit sy!" Bella bersuara lg, "Sy sepatutnya menutup mata sy tadi." "Jgn lupa lain kali awak kena tutup mata," Edward mengingatkan. "Lain kali?" Bella mengeluh. Edward ketawa, moodnya nampak sungguh baik. "Menunjuk-nunjuk!" Bella merungut sendiri.

"Buka mata awak, Bella," Edward bersuara perlahan. Bella membuka mata, muka Edward berada betul2 di dpn mukanya. Keindahan wajah Edward buat Bella rasa bagaikan dipukau. Edward bersuara lg, "Masa sy berlari td, sy fikirkan sesuatu..." Edward terdiam seketika, tp Bella menyambung, "Agar tidak terlanggar pokok, sy harap." Edward ketawa kecil & berkata, "Mengarut, mmg kelebihan sy berlari begitu, sy x perlu berfikir ttg nk terlanggar pokok." Bella merungut lagi, "Menunjuk-nunjuk!" Edward tersenyum. "Bukan... td sy terfikir nk mencuba buat sesuatu." Edward memegang wajah bella dgn kedua2 tangannya. Bella terasa bagai tidak dpt bernafas. Edward kelihatan teragak-agak -- tak seperti manusia biasa. Lelaki biasa tidak akan kelihatan teragak2 sebelum mengucup seorang wanita, bagi mengukur sejauh mana wanita tersebut menerimanya. Edward mungkin teragak2 utk menguji dirinya sendiri sebenarnya, utk memastikan adakah ianya selamat, utk memastikan dia dpt mengawal dirinya sendiri. Kemudian bibir Edward yg dingin spt batu tu dgn lembut menekan bibir Bella.  Bella terasa bagaikan darah menggelegak di bawah kulitnya, kemudian 'membakar' bibirnya. Nafas Bella mula tercungap2, jari-jemarinya berada di dalam rambut Edward menolak lebih rapat lg ke arahnya. Aroma nafas Edward yg enak buat Bella seperti dlm keadaan mabuk!

Suatu ketika Bella berasa Edward tidak memberikan respon, terasa bagaikan ada batu dingin di bawah bibirnya. Tangan Edward menolak wajah Bella dgn lembut. Bella membuka matanya & melihat ekspresi berhati2 pd wajah Edward. "Oops.." ujar Bella. "Itu x benar," Edward bersuara, matanya nampak liar, rahangnya nampak spt terkancing spt menahan sesuatu tp dia masih kelihatan menawan di mata Bella. Edward masih memegang wajah Bella yg x sampai seinci dari wajahnya. Sekali lg Edward buatkan Bella terpesona. "Boleh sy..?" Bella cuba meloloskan dirinya bagi memberi ruang kpd Edward. Tp tgn Edward bagaikan tidak mahu melepaskan Bella. "Tidak, ia masih boleh diterima. Tunggu sekejap ye, " suara Edward kedengaran sungguh sopan, masih cuba mengawal dirinya.  Bella hanya memandang mata Edward yg nampak spt teruja tp kemudiannya semakin berkurangan dan kelembutan jelas kelihatan. Namun kemudiannya Edward tersenyum nakal & nampak sgt2 gembira dgn dirinya sendiri, "Ya.." ujarnya. Bella bertanya, "Boleh diterima?" Edward ketawa dgn agak kuat & berkata, "Rupa2nya sy lebih kuat daripada yg sy sangkakan. Baguslah sy tahu ttg ni." Bella bersuara, "Sy pun nk bgtau awak mcm tu td. Maafkan sy." Edward menjawab, "Apapun awak mmg seorang manusia biasa."

Edward kemudiannya berdiri & menghulurkan tangannya kpd Bella. Bella menyambut tgn dingin Edward, dia masih x dpt berdiri dgn betul. "Awak masih pening lg disbbkan sy berlari td ke? Ataupun ia disbbkan kehebatan kucupan sy?" Edward bertanya Bella sambil ketawa.  Bella terasa Edward yg berada di dpnnya skrg berbeza dgn Edward yg dulu.. Edward kelihatan 'lebih manusia' bila dia ketawa & wajahnya nampak ceria, spt tiada dibebani apa2 masalah. Bella menjawab, "Sy x pasti, sy masih rasa pening... mungkin disbbkan kedua2nya!" Edward menjawab, "Mungkin awak patut benarkan sy memandu trak." Bella memprotes, "Awak dh gila ke?" Edward menjawab sambil mengusik Bella,  "Sy boleh memandu lebih bagus dari awak. Awak memiliki tindakan refleks yg lambat!" "Mungkin apa yg awak ckp betul, tp sy x fikir trak sy mampu ikut cara awak memandu, " Bella masih memprotes. "Berilah sy sedikit kepercayaan, Bella, " ujar Edward. Bella menyeluk sakunya dgn tgnnya yg masih menggenggam erat kunci traknya. Bella menggelengkan kepala, "X boleh!" Edward mengangkat kening spt x percaya betapa degilnya Bella. Bella terus berjalan menuju ke seat pemandu, tp dia berjalan dlm keadaan yg terhuyung-hayang & tgn Edward berada di pinggang Bella. "Bella, sy dh habiskan masa yg panjang hari ni dgn awak & memastikan awak masih hidup sampai skrg. Sy x akan biarkan awak memandu dlm keadaan awak masih x dpt berjalan dgn betul. Lgpun seorang kawan x akan biarkan kawan yg mabuk memandu." Bella membantah, "Mabuk?" Edward menjawab sambul tersenyum, "Awak telah dimabukkan dgn kehadiran sy di dpn mata awak!" Bella mengeluh, "Itu mmg sy x nafikan." Akhirnya Bella mengalah, dia menghulurkan kunci trak kpd Edward sambil berkata lg, " Pandu dgn cermat, trak sy tu dh tua." Edward menjawab, "Sudah tentu!" Bella bertanya Edward, "Dan awak tak rasa ke dimabukkan dgn kehadiran sy?" Ekspresi Edward bertukar lg, dia kelihatan begitu lembut & menyenangkan. Dia x menjawab, tp dia menyuakan wajahnya dkt dgn wajah Bella, lalu bibirnya menyentuh bahagian berhampiran rahang Bella, mulai dari telinga hingga ke dagu beberapa kali.  Bella terasa badannya menggigil.  Edward akhirnya menjawab persoalan Bella td dgn perlahan, "Tak terkira byknya. Tp sy memiliki tindakan refleks yg lebih baik!"

-tamat chapter 13-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2011 12:40 AM | Show all posts
yer...yer...yer...  mmg byk btol yg kene edit......
dialog dialog yg menusuk kalbu
sa ...
seeri_7843 Post at 23-12-2011 15:29


kat dlm buku rasanya x de plak Edward bwk Bella sampai ke pucuk pokok... huhu...
tang first kiss tu ekceli kat dlm buku diaorg kiss kat dlm utan, bkn kat dlm bilik.
byk scene muvi diaorg buat short cut jah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2011 11:21 AM | Show all posts
leon..buku nieee ader braper chapter yerr....???...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2011 02:56 PM | Show all posts
leon..buku nieee ader braper chapter yerr....???...
cikmouse Post at 24-12-2011 11:21


For Twilight ada 24 chapters.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 10:50 AM | Show all posts
...sambungan chapter 13 (part III)...

Edward berlari terlalu laju seperti peluru.. Tiada bunyi at ...
leon_mclaren78 Post at 24-12-2011 00:37



hahaha..... aku pun da ikut mabuk gak....... hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 10:52 AM | Show all posts
betul tu..aku baca buku lebih enjoy dr tgk movie..sbb banyak lg scene diorg sebenarnye...s ...
honeybee80 Post at 23-12-2011 17:43



wahhh.... laju nye ko baca ....   bukak gear 5 terus ......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.114125 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list