|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
wonder..just curious..nape Es suka sangat watak plu?
|
|
|
|
|
|
|
|
First.okay..mungkin awok tak caya. But i love gay anime!
Selain gay anime, ada yg sy suka like digimon ke pe.
aku suka mcm two girls in love then break up. Cinta terlarang. Aku suka sebab cam.sad story gituu. Pelik.N satu lagi, aku suka PSIKOPATH coz unik gituuuuuuuuu..can kill people without feeling guilty.
Aku suka kwn dgn gay people. Byk fb aku ada kwn gay. Blog Plu pun aku baca!lol!
tapi aku tahu semua tu dosa. Hahaha. Jelas?
So klo ada unsur gay dlm cter ,cm seronok gitu baca and taip..
Ni jwpn jujur aku. Hahaha. Matikenabash.Korang2, jgn bash saya naaaaaaaaaaaaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
I love you ipo! muah muah. Yer, sy akan selitkan pengajaran. Thanks.
Jgn risau. Sy masih suka jantan sado. Tadi terserempak kawan lelaki masa gi kedai. Tergoda Iolls..hehe. Badan dah jadi jantan!Haaa..
Tt, sila sambung. Iolss speku Shera dibunuh.hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-2-2015 07:49 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ipo replied at 1-2-2015 06:31 PM
owh al kisahnya...(pinjam ayat Zamzam lagi..)
Nasihat hakak ya dik..
Terkejut aku nyah... haha
Ropenye hang nasihat si cik es |
|
|
|
|
|
|
|
Punyalah aku excited.haishh..bila part shera luah perasaan, aku tak sabar nak tunggu sambungannya.lol .
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 1-2-2015 09:05 PM
"Betul ke kau cintakan aku jugak Jie?" Mata Sheera mula bersinar. Tak sangka Jie juga mencintainya. Namun reaksinya berubah kemudiannya. " Kalau kau sayang aku kenapa kau kahwin dengan lelaki tak guna ni?"Muncung pistol masih ke arah Ku Iz. Hati Sheera hancur luluh bila mendapat jemputan dari Khalid tentang pernikahan Jie.
Ku Iz ingin bertindak namun Jie memberi isyarat mata supaya suaminya membiarkan saja Jie berbicara dengan Sheera. Lagi pula Jie tak mahu sahabat karibnya cedera.
" Sheera.." Jie merenung jauh ke dalam mata sahabat baiknya. " Aku sayangkan kau lebih dari nyawa aku sendiri Sheera ! Kalau aku dan kau boleh berkahwin, memang kaulah yang akan jadi pasangan aku hari ini." Jie mendekati Sheera. Tangan gadis yang memegang pistol disentuh lalu dihala ke kepalanya sendiri. "Aku rela mati dekat tangan kau kawan baik aku sendiri ! Sebab aku tak rela hidup tengok kau merengkok dalam penjara sebagai pembunuh Sheera. Anggaplah ini tanda sayang aku pada kau !" Pandangan mata Jie sayu. Andai kata Sheera nekad menarik picu, Jie pasrah.
"Jie !" Sheera mencampak pistol lalu memeluk Jie. " Aku sayangkan kau ! Aku tahu aku tak sepatutnya ada perasaan macam ini tapi aku tak boleh control Jie. Maafkan aku.." Sheera baru tersedar dari keterlanjuran perbuatannya. Air mata kesalan mula menitis.
Jie membalas pelukan Sheera. " Kau tak salah Sheera ! In fact kau seorang yang kuat sebab diuji dengan naluri yang bertentangan lumrah." Air mata Sheera disapu dengan jari. " Aku janji aku akan bantu kau overcome semua ini. Aku takkan tinggalkan kau lagi ! Kita sahabat selamanya." Pelukan dieratkan. Jie bersyukur Sheera tidak tersasar jauh bertindak. Ku Iz menarik nafas lega
Rayyan dan Zack yang dari tadi hanya menjadi pemerhati turut mengurut dada lega. Mujur keadaan terkawal. Paling penting tiada siapa yang cedera.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yer shera. yer. Shera, kau cari girl len. Satu rule for plu. Jangan jatuh cinta dengan straight girl. Nayaaa...Ko punyalah care psl dia tapi dia tak cara ko. Dia syg ko but as kwn. tak ke geram tu.
baiknya. " Aku sayangkan kau lebih
dari nyawa aku sendiri Sheera ! Kalau aku dan
kau boleh berkahwin, memang kaulah yang
akan jadi pasangan aku hari ini." Jie
mendekati Sheera. Tangan gadis yang
memegang pistol disentuh lalu dihala ke
kepalanya sendiri. "Aku rela mati dekat
tangan kau kawan baik aku sendiri ! Sebab
aku tak rela hidup tengok kau merengkok
dalam penjara sebagai pembunuh Sheera.
Anggaplah ini tanda sayang aku pada kau !"
Pandangan mata Jie sayu. Andai kata Sheera
nekad menarik picu, Jie pasrah. << tacing. Huhu.
Alhamdulilah,Jie kekal straight.Hahaha.
Shera dah muncul.
Aku tunggu twist jer ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-2-2015 09:01 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria replied at 1-2-2015 08:51 PM
Yer shera. yer. Shera, kau cari girl len. Satu rule for plu. Jangan jatuh cinta dengan straight gi ...
Yes.. da nak abis.. say gudby to rayyan hardy |
|
|
|
|
|
|
|
dah nak habis ke?..
speku..Jie tetap ngan Ku Iz
Rayyan bawa diri or kembali pada bekas tunang...or..Rayyan meroyan..
Zack dah lama blah..
Sheera ikut kata Jie ...nak berubah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Karakter yg aku minat ialah Zack,Jie,Shera.
Zack paling aku minat. And aku harap ada laki mcm Zack muncul dlm hidup aku. I like gentleman..cewaaahhhhhh
Shera aku suka.Hot .Seksi. Jie pun sama.
Karakter yang aku menyampah
Semua watak lelaki dan perempuan lain. Aku tak suka ku iz sebab dia playboy.
Vianna jahat.Zeeta jahat. Rayyan macam girl. Badan je sado tapi ikut emosi ughhh..aku gembira Rayyan tak bersama Jie.
Hehe. I love you tt coz writing this story.Tak klise sangat. Konflik cinta yang ada twist.Misteri ada.Sedikit gay ada. Hehe. I love this. Penulisan pun best. Ada tiru sikit ayat ko macam wajah ditenung. Hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 3-2-2015 09:26 PM
Satu bunyi hentakan kuat kedengaran. Jie dan Sheera menoleh serentak. Ku Iz, Rayyan dan Zack dilihat terbaring tidak sedarkan diri . Tiga manusia memakai topeng mengepung Jie dan Sheera. Sheera mula ketakutan. Badan mula menggeletar.Jie segera mencapai pistol yang dicampak Sheera tadi. Pantas diacu ke arah ketiga penyerangnya. Andrenalin naik mendadak. Jie dapat mendengar degupan jantungnya sendiri. Seumur hidup tak pernah Jie dikepung begini.
"Don't move or I will fire !" Jie nekad. Pistol semi automatik itu digenggam. Gaun labuh yang dipakai Jie membuatkan mustahil untuk Jie melawan. Hanya mampu bertahan.
"Game over Jie !" Muncung pistol ditala tepat ke kepala Jie. Sheera ketawa berdekah. " Aku tak gila nak termakan psikologi bodoh kau Jie." Tawa masih bersisa. " Untuk pengetahuan kau , aku dibayar untuk berdampingan dengan kau. Melaporkan semua aktiviti kau hari hari. Mesti kau tak duga , kan?!" Puas hati Sheera dapat mengenakan Jie. Jie sudah lama didendami sejak dari zaman sekolah dulu. Mungkin saja Jie tak ingat tapi Sheera masih ingat !
"Damn you !" Jie terus memulas tangan Sheera. Jie yang lebih tinggi dari Sheera memiliki kelebihan untuk mengalahkan gadis itu.Pantas leher gadis itu dicekak. Pistol diacu ke arah Sheera. "Jangan sesiapa ikut aku ! Kalau tak aku bunuh dia !" Pistol dihentak ke kepala Sheera. Sheera pengsan. Senang untuk Jie menjadikan Sheera tebusan.
"Dia tak berguna untuk aku !" Satu suara menerpa dicuping telinga Jie. Topeng ditanggal. Jie terpaku melihat wajah itu. "Tapi kau banyak kegunaan untuk aku." Lelaki itu tertawa terbahak bahak mendekati Jie.Sudah lama mengidam saat bersemuka dengan Jie. Gadis itu dihampiri.
Serentak itu, satu suntikan pelali diberikan kepada Jie. Jie terus tumbang tidak sedarkan diri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow!! What a plot twist! Good job TT..mula ingt dh nk habis..rupanya there's still a twist towards thw end of the story..
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-2-2015 07:30 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 3-8-2015 12:21 AM
Bau ammonia yang disua ke hidung Jie mengejutkan Jie dari pengsan. Kepala terasa berat. Pening teramat dirasakan. Pelahan lahan mata dibuka. Satu wajah terpacul di depan muka. Mata ternampak suaminya yang dikawal ketat oleh dua lelaki bersenjata api. Disebelah kanan pula kelihatan Rayyan dan Zack. Tangan dan kaki mereka terikat ketat dikerusi. Meja makan terhampar didepan mata. Siap dengan hidangan sekali. Darah disajikan sebagai minuman manakala daging berulat terhidang dalam pinggan. Bau busuk memenuhi segenap ruang. Tekak Jie rasa loya. Geli.
"Zarith Sofea?!" Jie masih mengecam wajah itu.Mereka pernah bertemu sekali direstoran. Tambahan pula , Jie mengkaji tentang gadis itu melalui laporan yang diberi Rayyan.
"Oh my dear ! Kau kenal siapa aku?!" Zarith Sofea AKA Hanim tertawa menghilai. Meremang bulu roma Jie mendengar.
"Apa permusuhan kau dengan aku?!" Jie menyoal balik. Soalan Zarith Sofea dibiarkan tidak berjawab.
"Najiha.. Najiha.." Zarith Sofea senyum sinis. " Kau tanya suami kau, apa yang dia pernah buat dekat aku?" Mata mencerlung ke arah Ku Iz. "Aku nak kau berterus terang dengan isteri kau sekarang Hafiz !! Kalau tak pisau ini akan tembus dekat kerongkong dia !" Zarith Sofea tidak bergurau. Pisau diletak ke leher Jie.
"Sofea please ! Najiha tak ada kena mengena dalam hal ini. Let her go !" Ku Iz resah. Dosa silam mula menghantui fikiran. Dan kini nyawa isterinya menjadi taruhan.
"Kau memang sayangkan perempuan gila ini kan?!" Zarith Sofea ketawa. Seketika kemudian nada suaranya bertukar sedih. "Aku sayangkan kau Hafiz ! Apa yang aku tak bagi dekat kau?! Hati, cinta, even tubuh aku sendiri aku serah dekat kau ! Tapi tergamak kau tinggalkan aku?! Aku mengandungkan anak kau !! Tapi kau dalam diam kau kahwin dengan perempuan bodoh ini !"Zarith Sofea takkan lupa bagaimana Hafiz tega meninggalkannya semata mata mengejar Najiha.
"Aku minta maaf Sofea ! Aku tahu aku berdosa ! Kau boleh hukum aku tapi lepaskan isteri aku !" Ku Iz mula resah. Teringat saat bagaimana dia berjanji untuk bertanggungjawab ke atas Sofea namun akhirnya janji itu dimungkiri setelah berjaya memujuk Jie menjadi isterinya.
" Kau rasa tak sakitnya bila kehilangan orang yang kau sayang ?" Zarith Sofea merenung Ku Iz sinis. "Aku yang langgar isteri kau masa dekat Ohio tapi perempuan bodoh ini tak mampus mampus ! Pelik aku !!" Kepala Jie ditolak. "Apasal nyawa kau liat sangat ha?!" Pisau ditala ke nadi Jie. Bersedia untuk menoreh.
"Sofea.. aku merayu dekat kau... tolong jangan apa apakan Najiha !" Zack menyampuk. Cuak memikirkan jika gadis itu tekad untuk mencederakan Jie.
Zarith Sofea berpaling. " Zack.. kau takkan faham apa aku rasa. Perempuan ini rampas Hafiz dari aku ! Aku cintakan Hafiz !" Zarith Sofea mula emosi. Namun kemudian senyum.
" Kau tak pelik ke Hafiz kenapa lepas kemalangan isteri kau tak ingat pasal kau ? Sebab aku yang buat dia jadi selective amnesia dan buang semua memori pasal kau. Aku nak kau rasa perasaan bila orang yang kau sayang tak kenal kau ! Sakitkan ?! Kau cuma boleh tengok tapi tak boleh sentuh Najiha. Aku nak kau rasa macam mana aku rasa bila tengok kau dengan perempuan lain. Kau sakit hatikan bila tengok Najiha dengan lelaki lain ? Kesian kau !"Zarith Sofea menghampiri Ku Iz pula. "Bijak tak aku?" Tawa meletus lagi. " So aku biarkan Najiha hidup untuk buat kau terseksa !" Spontan rambut Ku Iz dibelai.
Ku Iz bertindak menepis. Tak sangka kemalangan yang menimpa Jie dulu adalah hasil rancangan Sofea !
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmm...ada yg tak expect.hehe.
Ku iz deserve it! Tapi jie tak patut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 9-5-2015 02:34 PM
Cont..
" Kau tolak aku ye Hafiz.." Zarith Sofea bengang. " Sekarang kau pilih, kau nak aku tembak kepala isteri kau atau jantung dia?!" Pisau dicampak. Pistol yang terletak diatas meja dicapai. Segera picu ditarik. Bila bila masa pistol akan memuntahkan peluru dan menembusi tubuh Jie.
"No !!" Ku Iz berteriak. Tak sanggup melihat isterinya mati didepan mata.
" Sofea !! Najiha pun cuma mangsa dekat sini. Dia tak tahu apa yang Hafiz buat pada kau. Pernah ke kau jumpa Najiha bagitau perkara sebenar? Berbaloi ke kau bunuh dia sebab dendam kau pada Hafiz?! Kau cuma akan membazir hidup kau duduk dalam penjara Sofea.. Kau masih muda.. Perjalanan kau masih jauh.." Zack terpaksa berkata begitu untuk meredakan Zarith Sofea. Dilihat gadis itu mula berfikir sejenak.
" Betul Sofea.." Jie pula bersuara. " Kalau kau bagitahu aku awal awal pasal hal ini, aku sumpah aku takkan kahwin dengan Hafiz ! Aku faham perasaan kehilangan orang yang tersayang." Suara Jie mula lirih. "Aku pernah jatuh cinta ! Pertama kali dalam hidup aku.. Tapi aku ditinggalkan tanpa sebab Sofea ! Aku dibuang macam sampah ! Hari hari aku menangis fikir apa salah aku.. Apa dosa aku sampai dilayan macam ini.. Aku benci dia ! Sebab dia aku menentang Mommy yang melahirkan aku ! Sampai satu tahap aku rasa nak bunuh dia ! Tapi bila aku dapat tahu punca dia tinggalkan aku, aku mula belajar terima kenyataan.. Mungkin aku bukan dijadikan dari tulang rusuk dia dan tak layak untuk disayangi dia.." Tak semena air mata Jie tumpah. Kenangan saat ditinggalkan Zack dulu mula menjelma. Walau apa pun alasan Zack , itu tak mengubah kenyataan lelaki itu pernah meninggalkannya. Sakit dikhianati tetap terasa.
Zarith Sofea terpaku. Tak sangka nasib dia dan Jie serupa ! "Tapi dia tak pernah sentuh kau dan buat kau mengandung benih haram." Zarith Sofea sayu. Kebodohannya kerana menyerahkan 'mahkota kegadisan' kepada Hafiz atas dasar cinta yang kononnya ' agung'.
Jie menggeleng. " Memang dia tak sentuh tubuh aku, Sofea, tapi dia sentuh bahagian paling sukar nak disembuh dalam diri aku bila terluka.. Dia tikam hati aku ! Aku masih hidup tapi sebenarnya hati aku dah lama mati !" Jie tunduk. Pedih semalam masih terasa. " Sebab itu aku tak kisah kalau kau nak bunuh aku ! Tak ada bezanya pun sebab aku dah lama mati hanya jasad aku saja yang masih bernyawa Sofea. Cuma aku nak kau lepaskan mereka. Rayyan dan Zack tak ada kena mengena dalan hal ini." Jie berharap sangat Zarith Sofea sudi memenuhi permintaannya.
Zack terpaku mendengar luahan hati Jie. Mengerti bahawa dirinyalah yang diceritakan tadi.
Mata terpandang pisau yang dicampak oleh Zarith Sofea tadi. Isyarat diberi kepada Rayyan. Rayyan angguk faham. Mula merangka strategi.
"Aku takkan bunuh kau sekarang Najiha ! Kau jangan risau ! Kau masih berguna untuk aku."Zarith Sofea senyum. " Masa untuk kau mati akan sampai juga. Kejap saja lagi. No rush Darling !" Wajah Jie diusap lembut.
" Tapi itu terpulang pada suami kau ! Kalau dia engkar, kau jadi galang gantinya !" Zarith Sofea merenung tajam ke arah Ku Iz.
"Apa yang kau nak sebenarnya Sofea?" Jie cuba tawar menawar. Sengaja memancing perhatian Zarith Sofea. Jie perasan Rayyan cuba melakukan sesuatu. "Kalau aku boleh penuhi permintaan kau, aku akan cuba turutkan Sofea !"
Zarith Sofea berpaling semula ke arah Jie. " Kau memang bijak Najiha !" Bibir mengorak senyum. "Bagus ! Aku nak suami kau ! Boleh?!" Wajah Jie ditenung. Ingin tahu reaksi gadis itu.
Jie tersentak dengan permintaan yang tak diduga namun dia senyum kemudiannya untuk meyakinkan Zarith Sofea. " Ok ! So we have a deal ! Aku tak kisah hidup bermadu Sofea. "
" Tapi aku kisah !" Zarith Sofea pantas menyanggah. "Aku nak suami kau ceraikan kau dengan talak tiga sekarang jugak !" Pistol diacu tepat ke kepala.
"Dan kau berdua.. " Zarith Sofea mengarahkan 2 orang suruhannya yang mengawal Ku Iz supaya beralih ke Rayyan dan Zack. Rayyan yang berjaya mencapai pisau terpaksa menyorokkan didalam baju. Muncung pistol dihala ke Zack dan Rayyan oleh kedua dua pengawal.
" Aku nak korang jadi saksi aku." Zarith Sofea tersenyum berhadapan Ku Iz. " Aku nak kau lafazkan cerai dekat isteri kau sekarang atau aku akan tembak mati dia. Kau jangan cuba buat sesuatu atau kau cuma bawak balik mayat isteri kau nanti." Tegas amaran yang diberikan kepada Ku Iz.
Ku Iz terpana. Satu pilihan yang sukar. Menceraikan Jie atau membiarkan Jie mati risikonya tetap sama. Ku Iz akan kehilangan Jie juga. " Aku takkan ceraikan isteri aku !" Ku Iz enggan mengalah. Cuba meronta meleraikan tali yang mengikat kaki dan tangannya namun usahanya gagal.
"Nampaknya kau lebih sanggup tengok isteri kau mati. Baiklah !" Zarith Sofea nekad. Satu tembakan rambang dilepaskan. Nyaris mengenai Jie. Suasana cemas.
"Peluang kedua Hafiz ! Kali ini aku tak jamin tembakan aku akan tersasar atau terkena isteri kau.." Zarith Sofea bersedia untuk menembak kali kedua. Kali ini muncung pistol dihala tepat ke dada Jie. " Aku kira 1,2..."Zarith Sofea menatap mata Ku Iz. Picu pistol ditarik dan....
" Ok.. ok.. Aku akan ikut cakap kau Sofea !" Ku Iz mula mengalah. "Tapi kau janji dengan aku dulu ! Kau akan lepaskan isteri aku !" Ku Iz menagih janji. Tak sanggup mengambil risiko nyawa Jie.
" Terpulang pada bagaimana kau memuaskan hati aku, Hafiz ! Cepat ! Aku nak kau lafazkan cerai sekarang ! Ingat talak tiga ! Bukan satu bukan dua tapi tiga !!" Zarith Sofea mengancam.
Ku Iz menghela nafas berat. Air mata lelakinya mengalir. Terpaksa melepaskan cintanya demi kelangsungan hidup gadis itu. " Abang minta maaf Jiha ! Abang gagal tunaikan janji abang pada Jiha !" Ku Iz tak segan menangis.
"Aku tak nak dengar kau berdrama Hafiz ! Cepat ceraikan perempuan gila ini !" Zarith Sofea semakin ganas. Bila bila masa saja nyawa Jie boleh melayang !
Ku Iz bersuara dalam esak tangis. " Nur Najiha binti Hanafi , abang ceraikan Jiha... " Bicara Ku Iz tersekat. Sebak makin terasa. Dia tunduk, menenangkan diri.
Zarith Sofea makin hilang sabar. " Cepat lafazkan Hafiz atau Najiha mati !!" Kepala Jie dihentak kuat.
Ku Iz tidak berdaya. Tiada pilihan lain. "Nur Najiha binti Hanafi... Abang ceraikan Jiha dengan talak tiga !" Hati serasa mati saat ini. Segala susah payah yang diharungi selama ini untuk hidup bersama gadis impiannya punah dalam sekelip mata. Air mata Ku Iz tak tertahan. Runtuh sudah masjid yang dibina.
Jie sayu. Inai dijari masih merah namun diri sudah dijatuhkan talak oleh suaminya. Air mata mengalir laju. Walau tak cintakan Ku Iz, Jie tak pernah menduga begini pengakhiran rumah tangga mereka.
"Sekarang kau dah dapat apa yang kau nakkan?! Aku nak kau lepaskan Najiha !" Ku Iz ingin Zarith Sofea menunaikan janjinya.
"Tak semudah itu Hafiz !" Zarith Sofea senyum. Puas hati dapat memisahkan Ku Iz dan Jie selama lamanya. |
|
|
|
|
|
|
|
ok aku tarik blik kta2 aku. aku suka zarith sofea.Haha. Ku iz deserve that! |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi... Xtau nk kesian kt sape sebenarnye..
Haha! |
|
|
|
|
|
|
|
cepat....we want more....heheh |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|