Post Last Edit by ny_herbs at 27-9-2011 17:03
Krisis penyembuhan (Healing Crisis)
Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah kesan yang dapat dirasai oleh mereka yang mengambil makanan tambahan atau supplement. Ini berlaku bila tubuh kita yang yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil daripengambilan pemakanan tersebut.
Pengambilan makanan juga membuatkan nutrien ini bertindakbalas dengan oksigen dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja. Oleh yang demikian,tisu2 dan sel2 mula membuang toksin. Jadi, bagi mereka yang pertama kali mengambil makananan tambahan ini akan mula berasa tak sedap badan, demam, mengantuk, sakit kepala, sakit pinggang dan sebagainya. Mengapa proses pembuangan toksin boleh mendatangkan kesan sedemikian?
Sebenarnya ia bukan kesan sampingan atau side effect, sebaliknya tindakbalas normal, dan sekiranya anda menghadapi krisis penyembuhan ia adalah petanda yang baik. Maknanya sistem badan anda mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh.
Umpama sebuah tangki yang berkarat di bahagian dalamnya. Apabila dibersihkan, maka keluarlah karat2nya, lalu tinggallah tangki yang bersih.Tubuh kita seperti tangki itu yang penuh dengan karat. Oleh itu, seperti karat2yang keluar bila dia dibersihkan, toksin dan benda bahaya akan keluar dari badankita bila mengambil supplement.
Bagaimana cara untuk mengurangkan kesan healing crisis? Seperti tangki di atas, bila nak kurangkan nampak kotor kelodak dan karat yang keluar,kita alirkan air yang banyak agar ia cair. Begitulah juga dengan healing crisis.Perlu tambah kuantiti air yang di ambil. Supaya kesan healing crisis dapat di atasi.
|