CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putr@polo

[Tempatan] Konsert FMFA 2014, Bukit Jalil-Polis sahkan 6 mati, 3 kritikal overdose dadah!!

[Copy link]
Post time 17-3-2014 06:17 PM | Show all posts
Sedih...sedih tengok anak bangsa beragama Islam jadi macamni...marah...marah dengan mereka2 yang 'bersubahat' menggalakkan budaya hedonisme ni...lelaki perempuan bercampur bebas, arak dadah...sedihnya...klu takda berlaku kematian, mmg tak tahu pun ada program sebegini rupa utk ank2 muda belia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2014 06:18 PM | Show all posts
-sorry, double post- Last edited by Orked_Vanda on 17-3-2014 06:21 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 06:26 PM | Show all posts
tintabiru73 posted on 17-3-2014 04:12 PM
Tengok la cara pakai budak2 tu tengok konsert.. kenapa Kerajaan letakkan syarat dressing code kepa ...

dressing code yg agama masing2 ajar pun diorg berani langgar.. apa lagi dresing code gomen. hehe

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 06:50 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

Pada 15 Mac 2014, adik saya Sabreena binti Kamarudin telah kembali ke rahmatullah. Saya tidak menafikan apa yang dikatakan oleh media massa tentang apa yang berlaku, di mana adik saya terlibat dengan satu konsert dan telah meninggal dunia.

Arwahyarhamah merupakan seorang yang sangat baik hati, disayangi serta disenangi oleh ahli keluarga dan juga kawan-kawannya. Ramai pihak yang tidak mempercayai apa yang telah berlaku, terutamanya para guru dan sahabat handai kerana perwatakannya yang lemah lembut dan baik budi pekerti sejak dari kecil lagi. Saya sebagai abang turut terkejut dengan berita ini, dan sehingga ke saat ini masih tidak dapat menerima hakikat bahawa adik saya telah kembali kepadaNya dalam keadaan begini.

Saya masih terlibat dalam proses menyiasat dan mencari informasi tentang apa yang telah berlaku, dan saya tidak akan berhenti sehingga nama adik saya bersih seperti sediakala. Saya juga meminta kepada semua pihak agar tidak membuat spekulasi, menambah-nambah cerita, menghina atau mencaci arwahyarhamah atau keluarga. Hormatilah yang telah pergi, dan hormatilah ahli keluarga saya yang masih dalam keadaan trauma. Mereka cuma insan biasa, mereka memerlukan sokongan anda untuk menghadapi ujian dariNya.

Saya ingin meminta pertolongan anda semua agar memadam gambar-gambar arwahyarhamah yang tidak menutup aurat. Selain itu, saya serendah-rendah diri memohon jasa baik sesiapa yang membaca post ini, sama ada anda mengenali arwahyarhamah atau tidak, untuk sama-sama terus mendoakan Sabreena agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan solehah. Sedekahkan Al-Fatihah untuknya agar beliau mendapat ketenangan di sana.

Ingatlah adikku dalam doamu. – Amirul Aftar.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 07:06 PM | Show all posts
TanSriJess posted on 17-3-2014 09:07 AM
aku fikir camni jer

setiap amalan kita seksok...Allah akan hitung

kadang2 org menilai anak2 xjadi mcm orang..jahat..xdengar kata..degil n bla2...

tapi sapa yang mendidik mereka?

kadang2 dosa yang mak ayah buat Allah tak timpakan balasan pada mereka tapi anak yang menanggung akibat perbuatan ibu dan bapa.

Wallahuallam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
putr@polo posted on 17-3-2014 05:10 PM

Sebenarnya org tak tahu org yg diam2 .... baik2 depan kuarga .. dlm diri dia .. dia mmg teringin nak berseronok dan ikut kawan2... aku tak twrpwranjat abag dia tulis macam tu ... sbb aku penah kenal budak2 yg macam ni ...

diorg nak try masa tu jer... lepas tu dia jadi elok balik ... dia cuma nak tau apa tu seronok... manusia kan...?? Muda remaja lak tu .. byk sifat ingin tahu nya ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2014 07:48 PM | Show all posts
kecimpret posted on 17-3-2014 03:14 PM
ko dah sediakan platform..senang2 nak lepas tgn yerrrrr

Biasa lah kat Msia ni uolsss
Ayat cliche "ini bukan masa nak tuding jari & salah menyalah" tu dah jadi ayat lepas diri paling best
Sapa2 yg dok bising2 tu dianggap kaki kepoh & create kekecohan jer
Senang sungguh hidup
Buat salah apa pon x kena tanggungjawab
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 08:04 PM | Show all posts
Siasatan awal polis dapati enam pengunjung konsert kelmarin mati dalam tempoh 10 minit selepas ambil dadah ecstacy jenis baharu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2014 08:14 PM | Show all posts
nak kesian sangat pun aku tak berapa nak kesian la...kalo sebagai manusia tu maybe la depa ni baik belaka budi pekerti, tapi bila mempersendakan agama dengan acara2 macam ni, gaser nk cakap "padan muko!!..amek obat!!" pun ader...kalo mati sesak nafas berkumpul padat dalam majlis ilmu tu seronok jugak dengar sekurang2nya.

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 08:16 PM | Show all posts
sekngucing posted on 17-3-2014 12:07 AM
aku sama la mcm tu
harap pengebom berani mati tu pi bom tempat2 maksiat mcm ni
suicide bomber >> ...

suicide bomber itu lebih suci alright...

kalau sekngucing rasa lebih suci pun xder hal...

but why would you want other people who dont share your conviction, dead?

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 08:19 PM | Show all posts
apsal music stok stok deejay sure nak layan pill.... dgr aje la music tu without losing ur soul!!! lompat lompat memekik terlolong ajeee laaa... ape susah ... enjoy can be obtained without drugs n alcohol gak!!.... haaaisshhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 08:24 PM | Show all posts
idiaz posted on 17-3-2014 08:14 PM
nak kesian sangat pun aku tak berapa nak kesian la...kalo sebagai manusia tu maybe la depa ni baik b ...

kita boleh kata mereka yang melakukan onar atas nama agama sebagai mempersendakan agama.

kalau yang buat maksiat, even jenayah sekali pun ada kah mereka pernah kata demi agama?...

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 08:31 PM | Show all posts
anony-mous posted on 17-3-2014 11:39 AM
hbes?xkn nk puji plak?
skg bkn mcm zmn dlu..
aku rasa yg duk forum ni rmai yg kaya2,,



ok
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 08:33 PM | Show all posts
put3reen posted on 17-3-2014 07:06 PM
kadang2 org menilai anak2 xjadi mcm orang..jahat..xdengar kata..degil n bla2...

tapi sapa yang  ...

tp kesian mak bakap diaorg

sorang2 jelas keluar muka n nama

x brani nk komen lebih2

iols sndiri pun ada 3 org anak pompuan yg nanti akan hadapi cabaran di dunia yg sama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2014 08:35 PM | Show all posts
FMFA: 3 NGO lapor polis

17 Mac 2014



Batal konsert: FMFA akan pulangkan bayaran


KUALA LUMPUR - Tiga badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap penganjur Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 berikutan kematian enam individu semasa konsert itu berlangsung hujung minggu lepas.

Tiga NGO itu adalah Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia(Irimm), Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desmma)dan Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM).

Presiden Irimm, Amir Amsaa Alla Pitchay sebagai jurucakap kumpulan itu, ketika ditemui media selepas membuat laporan, menggesa pihak polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap penganjur konsert itu.

"Penganjur perlu bertanggungjawab dalam kes ini dan mereka sepatutnya mengikut garis panduan undang-undang negara ini.

"Pihak penganjur perlu memberi penekanan dalam hal keselamatan penonton bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya selepas membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini.

Amir Amsaa berkata, konsert itu dilihat memberi kesan buruk kepada golongan remaja di negara ini, dan beliau menyeru Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Belia dan Sukan untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani isu itu.

Dalam kejadian awal pagi Sabtu lepas, enam warga tempatan, termasuk tiga wanita berusia 19 hingga 28 tahun, meninggal dunia akibat pengambilan dadah ketika  konsert FMFA berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Empat belas orang lagi dimasukkan ke hospital.

Konsert tiga hari yang bermula sejak Khamis lepas, bagaimanapun dibatalkan pada Sabtu ekoran kejadian itu. - Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2014 08:36 PM | Show all posts
FMFA: Maut selepas 10 minit ambil dadah

17 Mac 2014



PDRM


KUALA LUMPUR - Siasatan awal polis mendapati enam pengunjung konsert mati dalam tempoh 10 minit selepas mengambil dadah ecstacy jenis baharu.
   
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dadah jenis baharu itu didapati baru berada dalam pasaran negara ini dan kemungkinan sedang diuji sindiket dadah.
   
Katanya siasatan polis juga mendapati mereka berkongsi dadah itu yang dijual kepada pengunjung konsert Festival Future Music Asia 2014 (FMFA) di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini dengan harga tertentu.
   
"Hasil siasatan dan saringan awal daripada ujian hospital, kesemua mereka positif dadah jenis methampetamine dan ampetamine,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
   
Awal pagi Sabtu lepas, enam orang termasuk tiga wanita, meninggal dunia akibat pengambilan dadah selepas mengalami sesak nafas ketika menonton konsert berkenaan manakala 15 individu lagi dirawat di hospital. Ekoran insiden itu, konsert itu yang sepatutnya berlangsung tiga hari dibatalkan pada hari terakhir semalam.  

Mereka dirawat di Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala seorang dibenarkan keluar dari PPUM semalam.
   
Noor Rashid berkata sebelum insiden itu, polis telah menahan 40 orang iaitu sembilan orang, masing-masing memiliki ecstacy dan ganja manakala 22 orang disyaki mengambil dadah yang jenisnya belum dikenal pasti.
   
"Mereka yang ditahan kerana memiliki ecstacy iaitu empat warga asing dan lima warga tempatan, memiliki ganja dua warga asing dan tujuh warga tempatan manakala 22 orang lagi iaitu enam warga tempatan dan 16 warga asing antaranya dari Zimbabwe, Australia, Indonesia dan India," katanya.
   
Beliau berkata berdasarkan kajian oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) mendapati dadah baharu terhasil setiap dua minggu. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2014 08:36 PM | Show all posts
TanSriJess posted on 17-3-2014 08:33 PM
tp kesian mak bakap diaorg

sorang2 jelas keluar muka n nama

laa..dah ada anak..ingat muda belia lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 08:43 PM | Show all posts
put3reen posted on 17-3-2014 08:36 PM
laa..dah ada anak..ingat muda belia lagi

anak 3 pun masih lakuuuuuuu wooooo
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 08:47 PM | Show all posts
TanSriJess posted on 17-3-2014 08:43 PM
anak 3 pun masih lakuuuuuuu wooooo

buktikaaaannnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 08:48 PM | Show all posts
TanSriJess posted on 17-3-2014 08:33 PM
tp kesian mak bakap diaorg

sorang2 jelas keluar muka n nama

tu laa pasal, camner paper bleh publish muka bebudak tu sumer tanpa berselindung???

dgn nama sekali dimention, patutnya pikir laa hal keluarga mangsa......

yg dok sembang kencang nak tempeleng laa nak debik laa nak pelangkung laa kalo adik sendiri wat cenggini aku harap korg berdoa agar zuriat dan keturunan korg x diuji dgn perkara seumpama ini....jgn dek kerana kesombongan korg Allah uji tgk, nnt menangis x berlagu kot....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.086907 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list