|
Tentera dlm standby utk digerakkan...
Semoga semua pendaki dpt diturunkan dgn selamat...
Semoga Allah permudahkn keje smua malim gunung yg tgh bertungkus lumus membantu..
![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ini la yg dikatakan anak kera di hutan disusukan, anak sendiri dibiarkan lapo..klu bencana kat negara mana2, cpt je gomen anto org2 nk bantu, bila berlaku kat negara sendiri, montori-bimbo bagi mislead information. procrastinate tu dh synonim ngan gomen klu bab2 kebajikan negara sendiri..phuuii!
|
|
|
|
|
|
|
|
kan..
iols gi perkampungan orang asli kat taman negara tuh.. mmg kagum tegok skill dorang..
ada lah rezeki sempat amik gambar ngan tok batin.. agak2 sado jugak..
|
|
|
|
|
|
|
|
SABTU, 6 JUN 2015 @ 2:32 PM
Muhyiddin arah MKN perkenal sistem amaran awal gempa
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) memperkenalkan sistem amaran awal berhubung gempa bumi termasuk untuk makluman sekolah. Arahan itu dikeluarkan beliau susulan gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Ranau semalam yang setakat ini mengorbankan 11 nyawa.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan, dalam kenyataan hari ini, berkata 23 sekolah di enam daerah di Sabah terjejas akibat gempa bumi yang berlaku pada 7.15 pagi itu. Sekolah-sekolah berkenaan terletak di daerah Ranau, Tuaran, Kota Belud, Penampang, Nabawan dan Keningau.
"Saya turut mengarahkan pasukan penyelamat supaya meneruskan tindakan menyelamat semua mangsa termasuk yang terperangkap di Gunung Kinabalu," katanya.
Pasukan mencari dan menyelamat yang beroperasi di Gunung Kinabalu menjumpai sembilan mayat hari ini susulan gempa bumi itu. Dua mayat dibawa turun dari gunung tertinggi di Asia Tengara itu malam tadi. Muhyiddin seterusnya menasihatkan penduduk di kawasan-kawasan yang terjejas supaya tidak panik dan sentiasa mengikut nasihat pihak berkuasa.
Beliau turut mendoakan supaya semua mangsa tabah menghadapi musibah gempa bumi itu dan segala bentuk bantuan dapat disalurkan dengan kadar segera kepada mereka. "Kepada keluarga mangsa yang terkorban, saya mengucapkan takziah dan berdoa agar mereka bersabar dalam menghadapi dugaan ini," katanya. Usaha masih dilakukan untuk mengesan lapan lagi yang masih hilang di kawasan gunung itu. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
hanalisa replied at 6-6-2015 02:35 PM
actually kan SAR ni expert tak part2 daki gunung nih? Entah2 diorang sendiri pun tak berani nak na ...
Bukan seme boleh naik tinggi ni kalo takdak exp...nampaknya kene mskkan kinabalu as one of the challenge la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 6-6-2015 02:46 PM
SABTU, 6 JUN 2015 @ 2:32 PM
Muhyiddin arah MKN perkenal sistem amaran awal gempa
Malaysian style fitu la..dah jd br nak terhegeh2... |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya gambar betul sis...ni lagi satu;
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mmg gambar betul katanya...
just kat paper online, di kaburkan gambar2 muka tuhh
|
|
|
|
|
|
|
|
bimbo kah muhyidin ini?
sejak bila ada teknologi amaran awal gempa?
even kat jepun pun tak ada![](static/image/smiley/default/lol.gif)
ke akak yg bimbo tak tahu udah ada peranti boleh detect bila nak jadi gempa??
|
|
|
|
|
|
|
|
Copy dr CNN news.....
Climbers' ordeal to reach safety after quake hits peak
Malaysian mountain guides are being hailed as heroes for helping to rescue 167 climbers stranded on Mt. Kinabalu, after a powerful earthquake Friday that left at least 11 people dead.
|
|
|
|
|
|
|
|
yg masalah nak turun itu sebab banyak route yg dah rosak/musnah.kalau yg tak pakar dgn route kat sana, the only way nak tolong dgn chopper jah.
itu pun bergantung kepada keadaan cuaca jua, helok ke tak nak naik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 6-6-2015 02:48 PM
nyah,
mak selalu layan gambar2 orang asli, kat rakan se-fb mak...
Motif sangat nama Siti Kassim. lol |
|
|
|
|
|
|
|
nick name laa tuhh kot
mungkin Siti bla bla bla bt bla bla bla Kassim
|
|
|
|
|
|
|
|
Tanpa bantuan mana2 agensi(bomba, polis, tentra, dll) 30 mountain guide,2 porter dan 1org park renger mencari inisiatif utk menyelamatkan 105 org pendaki yg terkandas di km7.5..terpaksa mencari laluan selamat dan memasang tali sebelum memulakan proses penurunan terkawal yg dikendalikan oleh mountain guide dlm kelaparan, kehausan, kepenatan memandangkan bantuan makanan yg dihantar oleh helikopter not accessible iaitu telah jatuh ke dalam gaung dan mustahil utk di ambil.Tahniah kepada semua mountain guide yg terlibat..kitalah hero sebenar..di sini saya ingin menyuarakan kekecewaan terhadap agensi2 penyelamat yg lambat bertindak memandangkan kami menunggu dr jam 7.15am hingga jam 9 mlm (14jam) Sedangkan cuaca adalah baik
https://www.facebook.com/photo.p ... ;type=1&theater |
|
|
|
|
|
|
|
SABTU, 6 JUN 2015 @ 2:46 PM
Keluarga malim gunung pasrah terima ketentuan takdir
![](http://assets.bharian.com.my/images/articles/malim_keluarga.transformed.jpg)
KELUARGA terdekat malim gunung yang masih hilang berkumpul di Taman Kinabalu hari ini, bagi mendapat berita terkini usaha pencarian orang hilang dalam tragedi gempa bumi di Sabah pada Jumaat. - Foto BERNAMA RANAU:
Anggota keluarga kepada dua lelaki malim gunung yang masih hilang di Gunung Kinabalu berikutan kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter semalam, berharap mereka akan segera ditemui.
"Kami berharap kedua-dua mereka dapat ditemui dan dibawa pulang dengan segera. Apa pun keadaan mereka kami akan terima...kami sudah bersedia dengan apa sahaja kemungkinan," kata seorang anggota keluarga, Catrine Ebi. Catrine, 38, yang ditemui hari ini, berkata kedua-dua malim gunung itu ialah Josepeh Salungin yang berusia dalam lingkungan 30-an dan Valerian Joannes, 26, yang berasal dari Kampung Bundu Tuhan di sini.
Kedua-dua mereka mempunyai hubungan kekeluargaan. Catrine berkata, Joseph ialah sepupu ketiga beliau manakala Valerian pula adalah anak saudara beliau dan kedua-dua mereka sangat cergas dan rajin bekerja. Katanya, Josepeh telah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata manakala Valerian pula sudah bertunang.
Seorang rakan mangsa, Pennol Pius, 30, berkata beliau sangat terkejut mendengar berita kehilangan mereka dan berharap mangsa dapat segera ditemui dan dibawa pulang ke kampung halaman. - BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
ada dpt update gmbr pendaki begelimpangan bertindih2 mati agaknya jatuh dari railing/slopes gunung..cemana nk tepek paki phone. |
|
|
|
|
|
|
|
dah ada yang tepek tadi.
mimie sekeping, chazey sekeping
ke ada gambar lain lagi?
sila sila
|
|
|
|
|
|
|
|
[06/06/2015 2:28 PM] ‪+60 19-832 5138‬: Sy salute habis semua tu porter n mount guide..
[06/06/2015 2:38 PM] ‪+60 17-868 0075‬: Kami baru sampai di laban rata bawa 1mayat dari km6.4
[06/06/2015 2:39 PM] ‪+60 10-952 9221‬: Update ah emis
[06/06/2015 2:39 PM] ‪+60 17-868 0075‬: Ok
[06/06/2015 2:40 PM] ‪+60 10-952 9221‬: Tq emis hati2 kamu
[06/06/2015 2:40 PM] ‪+60 17-868 0075‬: 7 mayat berada laban rata tunggu heli
[06/06/2015 2:41 PM] ‪+60 17-868 0075‬: 8 skrang
[06/06/2015 2:42 PM] ‪+60 10-787 7802‬: Idut kita usahakan.
[06/06/2015 2:43 PM] ‪+60 10-952 9221‬: Ada kwn dan kopinaian guide yg blm dijumpai.. Tq sma local gudie..
[06/06/2015 2:44 PM] ‪+60 13-462 2089‬: RIP🙏🙏🙏
[06/06/2015 2:47 PM] ‪+60 10-952 9221‬: Setakat ni sembilan mayat sdh la kn emis.. Hati2 kmu.. Rip
|
|
|
|
|
|
|
| |
|