CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Along_XX

KAMI PEMINAT HAFIZ - VILLA 63 - Keep on voting NC @ MM! Request AN @ all radio!

 Close [Copy link]
Post time 18-7-2010 07:06 PM | Show all posts
hai kakleen.......





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2010 07:43 PM | Show all posts
erkkkk......manade kakleen.....kakleen kat twitter je tadik.....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 08:10 PM | Show all posts
erkkkk......manade kakleen.....kakleen kat twitter je tadik.....hehehe
Along_XX Post at 18-7-2010 19:43


hehehe....maner la tau die SR ke?....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 09:17 PM | Show all posts
salam KPH...........
asal web tv3 nih..........
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 09:39 PM | Show all posts
salam n selamat mlm KPH
BSKL bukak ke x ari ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 09:44 PM | Show all posts
salam KPH...........
asal web tv3 nih..........
amalina Post at 18-7-2010 21:17

w'salam ina........
mcm maner exam hari ni?....bole lulus dgn cemerlng ke?....
hehehe....web TV3 dah mogok.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2010 10:29 PM | Show all posts
salam n selamat mlm KPH
BSKL bukak ke x ari ni
ameeza2000 Post at 18-7-2010 21:39


w'salam & selamat malam acik........
BSKL tutup hari ni.....tadak saham yg nak diniaga......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2010 10:29 PM | Show all posts
salam......fuh! lega dapat bertenet dgn aman.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2010 10:31 PM | Show all posts
salam......fuh! lega dapat bertenet dgn aman.....
Along_XX Post at 18-7-2010 22:29

w'salam & selamat malam along......
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 10:51 PM | Show all posts
w'salam & selamat malam acik........
BSKL tutup hari ni.....tadak saham yg nak din ...
delima Post at 18-7-2010 22:29


klu camtu bolehlah acik tido dgn lena
xde nak risau saham turun ke naik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2010 10:57 PM | Show all posts
klu camtu bolehlah acik tido dgn lena
xde nak risau saham turun ke naik
ameeza2000 Post at 18-7-2010 22:51


tdo la dulu acik.....buat masa ni bursa saham tutup lagik....sistem dorg ada migration kot....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 11:57 PM | Show all posts
w'salam ina........
mcm maner exam hari ni?....bole lulus dgn cemerlng ke?....
h ...
delima Post at 18-7-2010 09:44 PM


hai delima.....hehe,hari ni exam senang jerp....
semua ina leh jwab,harap2 betul......
harap2 cemerlang la mcm sem lepas...
doa2kan yerp.......
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 02:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by delima at 19-7-2010 02:17

korang dah tgk tak video Hot FM Mini Jam kat Kuching?...kalo ader sapa2 yg blm tgk lagi bole lah pegi kat link di bawah ni......


http://www.hotfm.com.my/videos/videos.asp?ID=1044
ader tunjuk apiz tgh sign otograf utk peminat dan jgk masa die main game kat booth TM kot....


http://www.hotfm.com.my/videos/videos.asp?ID=1046
bole tgk apiz nyanyi MJ & NC @ minit ke 6 hingga 8.....pendek je....tomok punyer part lebih panjang.....


http://www.hotfm.com.my/videos/videos.asp?ID=1047
ader tunjuk black bukak baju die dan baling kat peminat di bawah stage....ntah sapalah yg dpt baju die tu....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 02:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by delima at 19-7-2010 02:51

artikel ni sekadar utk info je......

----------------------------------------------------------------------------

Keuntungan muzik muat turun



GRUP 2PM berjaya memperkenalkan muzik Korea ke mata dunia.





DAHULU, membaca surat khabar sambil mendengar kaset atau cakera padat (CD) adalah perkara biasa. Namun, situasi itu berubah sedikit demi sedikit malah dikhuatiri tidak akan wujud selepas ini.

Umum kini lebih selesa membaca informasi menerusi Internet sambil bertemankan iPod atau MP3. CD bukan lagi satu koleksi khas di rak sebaliknya digantikan dengan himpunan lagu di dalam folder komputer riba.

Membincangkan topik revolusi muzik digital ini, Naib Presiden (ASEAN), Universal Music Group International, Sandy Monteiro berkata, industri muzik sedang berubah dan Malaysia juga terpaksa melakukan transformasi.

Transformasi

"Melihat kepada jumlah jualan secara konvensional iaitu dalam bentuk CD dan kaset yang merudum, kita perlu mencari alternatif untuk menyelamatkan keadaan ini. Suka atau tidak, kita perlu menjual produk kita secara digital.

LAGU Aizat dikatakan mampu mencapai tahap muat turun yang membanggakan. Format digital turut menambah sumber kewangan artis tempatan.



"Cetak rompak sudah tidak boleh ditangani dan ini penyebab utama kepada kejatuhan angka jualan.

"Untuk kelangsungan industri, kita perlu berubah ke bidang digital khususnya dalam bentuk RBT (ringback tone) di mana hampir semua lagu boleh dimuat turun," ujarnya yang menganggap penjualan secara digital tidak boleh dicuri oleh dalang yang mahu merosakkan industri.

Realitinya, perkataan digital sedang membaluti dunia hiburan masa kini. Rata-rata penjualan produk muzik antarabangsa sedang dijalankan secara digital.

Malah, grup terkenal Radiohead pernah menjual single terbaru mereka melalui Internet dan membiarkan pengguna atau peminat meletakkan sendiri harga terhadap produk terbaru itu.
Lantas, industri muzik konvensional global di selubungi persoalan sama ada ia sedang berada dalam arus kegelapan.

Menjawab soalan tersebut, Sandy selaku orang lama dan penggalas tugas berat dalam industri muzik menyatakan Korea Selatan merupakan contoh terbaik dalam menangani isu itu.

"Di Korea, teknologi digital pernah menghancurkan apa sahaja karya konvensional walaupun ketika itu mereka antara negara yang cukup berkembang hasil seninya.

"Kerajaan Korea melihat itu sebagai masalah dan mereka pantas mengambil tindakan dan hasilnya kini amat menakjubkan.

"Inilah yang perlu kita lakukan bagi memastikan industri kita tak menjadi seperti itu walaupun ramai yang berkata sudah tidak ada cahaya untuk kita," ujar Sandy Monteiro yang turut bangga melihat perkembangan muzik Korea.

Seiring fenomena tersebut, pihak Universal turut bekerjasama dengan label dari Korea untuk membawa produk mereka ke Malaysia.

Sebenarnya, eksport produk muzik dan drama Korea turut membangunkan industri pelancongan negara itu.


WONDER GIRLS kelahiran Korea Selatan telah membikin fenomena dengan kemunculan single Nobody But You.



Dengan perkembangan medium digital yang sedang melanda dunia, pembabitan syarikat telekomunikasi diharap dapat membantu kelangsungan kerjaya anak seni tempatan.

Pada masa yang sama, timbul pula rungutan mengenai pembahagian keuntungan yang tidak adil membabitkan pembikin sebenar muzik berkenaan. Sebaliknya ia didakwa lebih menguntungkan pihak penyedia perkhidmatan.

Itu belum lagi melibatkan desas-desus syarikat telekomunikasi lebih berminat menaja konsert artis luar berbanding anak tempatan sendiri.

"Orang dalam industri telah mengadakan perbincangan demi perbincangan berkaitan pembahagian keuntungan karya digital ini. Ada yang meminta supaya ia dibahagikan sama rata antara syarikat telekomunikasi dan karyawan.

"Sebelum ini, syarikat telekomunikasi mengambil sehingga 90 peratus daripada hasil jualan manakala sisa 10 peratus diberikan kepada karyawan.

Sama rata

"Tetapi kini, wujud satu model baru iaitu hasil jualan dibahagikan sama rata dan ini memberikan harapan baru kepada penggiat seni," ujar Sandy yang menganggap formula menang-menang syarikat telekomunikasi itu menguntungkan semua pihak.

Ini seharusnya dapat mengurangkan kekeliruan dan kebimbangan penggiat seni terutama artis baru untuk menggunakan medium digital sebagai penyebar karya seni mereka.

"Namun, ada masalah lain yang perlu ditangani iaitu berapa ramai penyanyi kita yang dapat mencapai jualan RBT yang hebat?

Pulangan yang lumayan hanya untuk mereka yang benar-benar popular dan mendapat perhatian peminat.


HUJAN antara artis tempatan yang mendapat perhatian ramai termasuk penaja dan organisasi besar.



Perkara ini perlu diambil berat oleh syarikat rakaman mahupun penyanyi itu sendiri.

Peningkatan jualan digital bermakna kerjaya mereka sedang mengalami perubahan yang hebat," sambungnya seraya mengingatkan bahawa penyelesaian isu royalti tanpa diiringi usaha tidak akan memberi impak pada pembangunan industri muzik.

Nama-nama seperti Hujan, Aizat dan Jinbara dikatakan sudah mendapat pulangan yang lumayan lantaran lagu mereka digemari ramai dan banyak dimuat turun.

Malah, Aizat dianggap antara artis yang mampu mencapai muat turun yang menggalakkan.

Fakta tersebut menunjukkan bahawa produk yang baik dengan promosi yang hebat boleh menaikkan kembali nilai dan kreativiti anak seni.

Walau ironi, namun terbukti ada pihak yang mahu menyelamatkan industri muzik khususnya syarikat telekomunikasi daripada ambang kegelapan.

Namun, penglibatan khusus pihak berkuasa dalam membangunkan industri muzik menjadi harapan anak-anak seni agar mereka dapat terus bernafas di bumi sendiri.

Jika transformasi dan revolusi yang perlu ditempuh, maka itulah yang harus dilakukan.

Muzik konvensional atau digital, yang penting ia mesti membantu industri dan menguntungkan semua pihak yang terlibat.


Sumber: kosmo online [18/07/2010]
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 08:15 AM | Show all posts
salam n morning KPH
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 08:26 AM | Show all posts
morning APIZOPHRENIX!!

hari ni another photoshoot for Hafiz ...this time it's Remaja cover..... with Akim.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2010 08:35 AM | Show all posts
morning APIZOPHRENIX!!

hari ni another photoshoot for Hafiz ...this time it's Remaja cover..... w ...
ladydolph Post at 19-7-2010 08:26


morning shy...

x lalek dah...mesti ada kwnnya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 08:39 AM | Show all posts
salam & morning KPH..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 08:40 AM | Show all posts
morning APIZOPHRENIX!!

hari ni another photoshoot for Hafiz ...this time it's Remaja cover..... w ...
ladydolph Post at 19-7-2010 08:26


morning shy...
sharing is caring kekdahnyer...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 08:40 AM | Show all posts
salam & morning KPH..
manggis70 Post at 19-7-2010 08:39


salam manggis....apa khabar?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.283587 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list