CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V171'

 Close [Copy link]
Post time 16-12-2022 11:33 AM | Show all posts
ada tanah runtuh eh mlm td kt batang kali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2022 11:33 AM | Show all posts
ada kematian baca tajuk berita
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 11:35 AM | Show all posts

waakaikumsalam nov.

pagi ni dah buat semakan utk anak kaka.
dia dpt sek vokay kt slim river.
30hb jan ada test kt sek area pchg utama.
dpt bhgn teknologi elektrik
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 11:37 AM | Show all posts
Covid-19: 1,161 kes baharu, empat kematian

oleh  NUR IFTITAH ROZLAN  16 Disember 2022   08:35am






Gambar hiasan




SHAH ALAM - Malaysia merekodkan sebanyak 1,161 kes baharu Covid-19 pada Khamis dengan tiga daripadanya merupakan kes import.

Angka baharu itu menjadikan keseluruhan kes aktif adalah sebanyak 16,811.

Menurut data di portal KKMNOW, sebanyak 93.7 peratus atau 15,749 individu menjalani kuarantin di rumah dan tiada yang dirawat dalam Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,004 kes Covid-19 menerima rawatan di hospital dan 58 di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, kes sembuh sebanyak 1,562 menjadikan kumulatif berkenaan adalah 4,961,287.

Pada masa sama, negara juga turut mencatatkan empat kematian terbaharu dengan satu daripadanya merupakan kematian luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Jumlah itu sekali gus menjadikan keseluruhan kes kematian adalah sebanyak 36,787.


Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 11:37 AM | Show all posts
arini ada byk nk kena reply.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 11:37 AM | Show all posts
kt sini dan kt PT
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2022 11:38 AM | Show all posts
semoga dpt istiqamah mereply tanpa melencong tengok video kt fb
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 11:38 AM | Show all posts
klu dah start melencong mmg ralit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2022 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 13-12-2022 04:31 PM
tapi sekarang musim hujan
tengahari masih panas lagi?
atau memang hari tu cuaca panas?

Tgh pns sbb hjn mlm atau awal pg
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 11:45 AM | Show all posts


oleh  NOOR AZLIDA ALIMIN  16 Disember 2022   10:30am









SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat membenarkan saman yang difailkan keluarga model Mongolia, Altantuya Shaariibuu berhubung kematian wanita itu pada 2006 lalu, terhadap empat defendan termasuk kerajaan Malaysia.

Hakim, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang kini Hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya memutuskan demikian ketika prosiding dijalankan menerusi aplikasi Zoom.

Ketika membaca keputusan penghakimannya, beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati keluarga model Mongolia selaku plaintif pertama hingga ketiga, berjaya membuktikan kes mereka terhadap defendan kedua dan ketiga.

“Berdasarkan fakta dan undang-undang, kerajaan selaku defendan keempat merupakan majikan kepada defendan pertama dan kedua, bertanggungjawab terhadap tindakan mereka yang mencabuli undang-undang.

“Mereka telah menjalankan tugas sebagai pegawai polis, telah menggunakan sumber yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia dan penghakiman dibuat atas liabiliti terhadap keempat-empat defendan,” katanya.

Menyentuh ganti rugi yang dimohon pihak plaintif sebanyak RM100 juta, beliau berkata, jumlah itu adalah berlebihan dan tidak boleh ditakrifkan berdasarkan prinsip sahaja.

Menurutnya, RM5 juta adalah adil dan memadai untuk diberikan sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan.

Hakim turut memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM25,000 dibayar kepada setiap plaintif.




Bapa mendiang, Dr Shaariibuu Setev; ibunya, Altantsetseg Sanjaa serta dua anak lelaki Altantuya iaitu Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan tuntutan saman pada 4 Jun 2007 yang mendakwa kematian model itu menyebabkan mereka mengalami trauma mental dan psikologi, melayakkan mereka dibayar pampasan serta mendapat ganti rugi teladan dan teruk.

Mereka menamakan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar; penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dan kerajaan masing-masing defendan pertama hingga keempat.

Bagaimanapun nama Altanshagai Munkhtulga kemudian dikeluarkan daripada senarai plaintif apabila dia meninggal dunia pada 2017.

Seramai 26 saksi plaintif termasuk bapa serta anak sulung Altantuya memberi keterangan dalam perbicaraan itu yang bermula pada 2019 manakala defendan iaitu kerajaan mengemukakan tiga saksi dan Abdul Razak memilih untuk tidak memberi keterangan bagi menjawab tuntutan saman itu.


Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 16-12-2022 11:37 AM
arini ada byk nk kena reply.

Kaka ape cer tanah runtuh dkt genting
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 11:53 AM | Show all posts
novelloverzz replied at 16-12-2022 11:45 AM
Kaka ape cer tanah runtuh dkt genting

tengah mlm td ada tengok tajuk.

pastu ni td tengok lg tajuk2 berita.
ada yg mati, yg masih hilang dan ada yg selamat.
ramai yg terlibat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 11:55 AM | Show all posts
Kanak-kanak 5 tahun antara 9 maut, 25 masih hilang

Oleh Safeek Affendi Razali, Muhammad Yusri Muzammir dan Amirul Aiman Hamsuddin - Disember 16, 2022 @ 11:25am  [email protected]






HULU SELANGOR: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun antara sembilan yang disahkan maut sehingga kini dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, awal pagi tadi.

Ketua Polis daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata jumlah kematian terkini itu direkodkan sehingga jam 11 pagi tadi dengan 43 mangsa disahkan selamat.

Sehingga kini, katanya, usaha mengesan baki 25 lagi mangsa yang hilang masih digerakkan.

Berdasarkan maklumat, beliau berkata semua mangsa membabitkan satu kumpulan sama yang menginap di tiga tapak perkhemahan di Father's Organic Farm sejak Rabu lalu, selain petugas di tapak berkenaan.

"Sehingga operasi menyelamat masih digerakkan membabitkan 394 anggota meliputi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasukan SMART.

"Operasi turut dibantu unit anjing pengesan K9 daripada JBPM dan PDRM," katanya.

Suffian berkata, mayat sembilan mangsa akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), manakala yang cedera akan dihantar ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Kubu Baharu.



Anggota bomba dan Pasukan Khas Pertahanan Awam ( PASPA) menjalankan operasi mencari mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm. - Foto Ihsan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri.






Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 11:56 AM | Show all posts
25 org masih hilang satu jumlah yg besar
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 11:56 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 11:58 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2022 12:00 PM | Show all posts
Tanah runtuh: Orang ramai dinasihat guna laluan alternatif

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim - Disember 16, 2022 @ 11:47am  [email protected]




Laluan alternatif itu membabitkan Jalan Batang Kali - Jalan Ulu Yam Batu Caves - Gombak - Lebuh Raya Karak - Genting Highland. - Foto FB Alexander Nanta Linggi




KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) menasihatkan pengguna jalan raya menggunakan laluan alternatif susulan kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, awal pagi tadi.

Laluan alternatif itu membabitkan Jalan Batang Kali - Jalan Ulu Yam Batu Caves - Gombak - Lebuh Raya Karak - Genting Highland.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi kiriman di Facebook.

Peta laluan alternatif itu turut dimuat naik di akaun Facebook rasminya.





Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 12:03 PM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 16-12-2022 12:05 PM

Tanah runtuh: 37 individu diselamatkan

BERNAMA




Kuala Kubu Bharu: Seramai 37 individu berjaya diselamatkan selepas dipercayai terperangkap di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Genting Highland, Pahang, ekoran tanah runtuh awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.24 pagi ini dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 3 pagi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang, BBP Genting Highlands, BBP Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, BBP Kota Anggerik, BBP Kajang, BBP Andalas dikerahkan ke lokasi.

Beliau berkata, tanah runtuh berketinggian 30 meter berhampiran ladang organik itu menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan.

"Maklumat awal pihak polis terdapat 100 orang yang berada di tapak perkhemahan itu yang berkemungkinan menjadi mangsa runtuhan.

"Ketika ini misi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilaksanakan bersama pasukan STORM," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Disiarkan pada: Disember 16, 2022 @ 8:07am



MANGSA kejadian tanah runtuh berkenaan. FOTO Ihsan Bomba






Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 12:05 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 12:06 PM | Show all posts
100 org ada kt tmpt kejadian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.495379 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list