|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V171'
[Copy link]
|
|
Tanah runtuh: Wanita hamil antara yang cedera
Oleh NURHIDAYAH HAIROM16 Disember 2022 11:53am
![](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/12/16/2023867.jpg)
Mangsa tanah runtuh yang berjaya diselamatkan berada di Balai Polis Hulu Yam Bharu dan diberi rawatan oleh pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dibawa keluar daripada lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands pada Jumaat. - Foto Bernama
SELAYANG - Seorang wanita hamil merupakan antara mangsa cedera dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali awal pagi Jumaat.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, mangsa merupakan salah seorang daripada tujuh mangsa yang sedang dirawat di tiga hospital di Lembah Klang setakat ini.
"Kita bimbang kalau ada apa-apa dengan kandungan dia tapi setakat ini alhamdulilah mangsa dalam keadaan stabil dan boleh berkomunikasi dengan kita cuma dia hanya mengalami pening dan sedang menerima rawatan.
"Tiga mangsa dirawat di Hospital Selayang, tiga di Hospital Kuala Kubu Bharu dan seorang mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) setakat jam 11 pagi," katanya dalam sidang media ketika melakukan lawatan di Hospital Selayang di sini pada Jumaat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tanah runtuh: Orang ramai doakan keselamatan mangsa
Oleh Mahani Ishak - Disember 16, 2022 @ 11:06am [email protected]
Ladang organik Father’s Organic Farm, yang dikelilingi anak sungai menjadi tarikan pengunjung. - Foto FACEBOOK FATHER’S ORGANIC FARM
Berdasarkan maklumat awal Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor, seramai 100 orang berada di kawasan perkhemahan itu, lokasi tanah runtuh berketinggian 30 meter, awal pagi ini.
Ruangan komen Facebook Father's Organic Farm, pagi ini, dipenuhi dengan ucapan doa orang ramai, yang berharap mangsa dapat diselamatkan dan operasi pencarian, dipermudahkan.
Seorang pengguna Facebook, Zamri, mendoakan semoga Allah mempermudahkan urusan pencarian mangsa dan lebih ramai dapat diselamatkan.
"Semoga Allah permudahkan dan selamatkan semua. Anak-anak (mangsa) sebaya anak saya semua," katanya di ruangan komen Facebook Father's Organic Farm, pagi ini.
Facebook berkenaan memaparkan tarikan organik itu sebagai tapak perkhemahan yang dilengkapi kemudahan asas seperti tandas, tempat barbeku, parkir, sungai, bilik mandi dan liputan Internet.
Daripada gambar yang dimuat naik itu pada 10 November lalu, tapak itu menempatkan sembilan khemah bertutup dan sebuah khemah terbuka, Tapak itu dikelilingi anak sungai dan ladang organik.
Difahamkan, bayaran bermalam RM30 dikenakan untuk dewasa, manakala kanak-kanak berusia empat tahun hingga 12 tahun dikenakan bayaran RM15, selain sewa tapak khemah RM20 untuk semalam dan khemah perlu dibawa sendiri.
Bagaimanapun, status dan gambar pada 14 Disember lalu sudah ditutup, namun ruangan komennya dibuka dan ramai menitipkan doa semoga mangsa selamat.
Seorang lagi pelayar Facebook yang menggunakan nama Zul Seri Kembangan, berharap seluruh rakyat negara ini mendoakan keselamatan mangsa.
Marzuin Ramlan pula berkata, beliau sedih apabila melihat gambar kanak-kanak yang menjadi mangsa timbunan tanah runtuh itu.
"Sedihnya Ya Allah... semoga dipermudahkan urusan mereka semua...kesian tengok budak-budak ini," tulisnya di ruang komen.
Sementara itu, setakat jam 10.16 pagi, polis mengesahkan lapan orang daripada 100 mangsa yang dipercayai berada di tapak perkhemahan itu, maut.
Terdahulu, Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis, dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 2.24 pagi.
Beliau berkata, ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar (1.21 hektar).
|
|
|
|
|
|
|
|
kawasan kejadian
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/farm3_1671159967.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Tanah runtuh: Lebih 20 guru SJKC Mun Choong dan keluarga antara mangsa
Oleh Faris Fuad - Disember 16, 2022 @ 12:03pm [email protected]
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/TANAH_RUNTUH_FATHER_ORGANIC_FARM_1671163385.jpg)
Reaksi mangsa yang terselamat di tempatkan di Balai Polis Hulu Yam Bharu susulan kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, pagi ini. - Foto NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
HULU SELANGOR: Lebih 20 guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong dan ahli keluarga mereka, disahkan antara ratusan mangsa tanah runtuh perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father's Organic Farm, di Gohtong Jaya, awal pagi tadi.
Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKC Mun Choong, U Chin Ong, berkata berdasarkan maklumat yang diterimanya setakat ini, beberapa guru yang berjaya diselamatkan pihak berkuasa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.
"Selain HKL, ada guru dipindahkan ke Balai Polis Hulu Yam Bharu untuk menerima rawatan daripada petugas HKL.
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/TANAH_RUNTUH_mangsa_selamat_1671163381.jpg)
Antara mangsa tanah runtuh yang berjaya diselamatkan tiba di Balai Polis Hulu Yam Bharu selepas dibawa keluar daripada lokasi kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, hari ini. - Foto BERNAMA
"Saya bergegas dari Selayang ke balai ini untuk mendapatkan maklumat terbaharu.
"Ada seorang guru wanita bersama bayinya masing-masing menangis ketika dirawat tadi, nasib baik mereka hanya cedera ringan. Saya juga ada bawa susu untuk bayi itu," katanya ketika ditemui di balai terbabit, hari ini.
Chin Ong berkata, guru terbabit bersama keluarga mereka mengambil keputusan untuk bercuti dengan mendirikan khemah di ladang terbabit, selama tiga hari sejak Rabu lalu.
"Mereka berkhemah sempena cuti persekolahan hujung tahun. Mereka patut pulang ke kediaman masing-masing pagi ini.
"Guru terbabit bercuti di ladang itu kerana berasakan kawasan itu selamat dan rata. Ada dua kem di kawasan itu, kejadian tanah runtuh teruk di kem satu," katanya.
Sementara itu, beberapa petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dilihat membawa beberapa keperluan asas seperti makanan, pakaian, lampin dan selipar untuk mangsa di balai polis berkenaan.
Petugas HKL pula sibuk merawat mangsa dengan memeriksa tekanan darah dan membalut luka mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
rombongan sek ke![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
klu rombongan sek tentu ramai budak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Tanah runtuh korban 13 mangsa sehingga ini, sebahagian besar cedera kategori 'zon hijau'
Oleh Zanariah Abd Mutalib - Disember 16, 2022 @ 12:17pm [email protected]
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/leha_1671164258.jpg)
Dr Zaliha meninjau keadaan di Hospital Selayang yang menerima mangsa tanah runtuh di Father Organic Farm, Batang kali - Foto Hazreen Mohamad/ NSTP
KUALA LUMPUR: Seramai 13 mangsa dilaporkan terkorban setakat ini dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan berhampiran Father Organic Farm, Batang Kali, awal pagi tadi.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata mayat mangsa yang terkorban dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan ada yang masih di lokasi kejadian.
"Kita akan berkoordinasi dengan Hospital Kuala Lumpur (HKL) khususnya kerana HKL ada kapasiti yang lebih besar.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat mangsa yang cedera dalam kejadian itu di Hospital Selayang, hari ini.
Dr Zaliha berkata, setakat ini, tujuh mangsa yang cedera sedang dirawat di hospital, termasuk tiga di Hospital Selayang, tiga di Hospital Kuala Kubu Baru dan seorang di HKL.
Beliau berkata, berdasarkan pemantauan pegawai dan pasukan kesihatan Kementerian Kesihatan ke atas mangsa yang cedera di lokasi kejadian, sebahagian besar kes adalah dalam kategori zon hijau, dengan sebahagian kes dalam kategori zon kuning dan merah.
"Bagi mangsa zon merah, kita terus hantar ke Hospital Selayang. Tiga kes di sini memerlukan pemerhatian, termasuk seorang wanita hamil, yang setakat ini dalam keadaan stabil.
"Seorang pesakit mengalami kecederaan di bahagian muka dan seorang lagi, kita bimbang mengalami kecederaan abdomen.
"Selain itu, satu kes dihantar ke HKL kerana disyaki mengalami kecederaan tulang belakang," katanya.
Dr Zaliha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pertama pada jam 2.29 pagi dan terus bertindak pantas dengan menghantar seorang pakar serta dua pegawai perubatan ke lokasi kejadian.
"Kita juga bertindak pantas dengan membuat koordinasi dengan hospital yang lain, khususnya klinik yang berdekatan dengan kejadian iaitu Klinik Kesihatan Kalumpang, Rasa, Serendah dan Ulu Yam, selain Hospital Kuala Kubu Baru," katanya.
Pagi tadi, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata dianggarkan 100 orang dikhuatiri menjadi mangsa dalam kejadian tanah runtuh berkenaan.
Norazam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.24 pagi dan sepasukan 20 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Baru, Rawang dan Genting Highlands dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, maklumat daripada pasukan perubatan mendapati seramai 31 mangsa berjaya ditemukan dan berada dalam keadaan selamat.
|
|
|
|
|
|
|
|
sfhzuraz replied at 14-12-2022 03:01 AM
hmmm arini dah terOT sb lps isyak td dah terlelap.
Biasa la klu dah terlelap lps maghrib atau isya mlm mst mata cerah |
|
|
|
|
|
|
|
Telur import dari India sudah tiba
Irwan Shafrizan Ismail
[email protected]
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm1412tol_1671159658.jpg)
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Putrajaya: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) membenarkan kemasukan telur ayam import dari India pagi ini melalui laluan udara sebagai fasa percubaan.
Kementerian itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia bagi memastikan telur ayam yang diimport menepati segala piawaian ditetapkan.
"MAFS telah membawa masuk telur ayam dari negara luar untuk menampung kekurangan bekalan telur yang sedang dihadapi negara sejak beberapa bulan yang lalu.
"Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah melaksanakan kawalan kemasukan telur ayam import di pintu masuk secara ujian Hold, Test and Release (HTR), yang merangkumi ujian PCR untuk pengesanan bakteria Salmonella, virus Newcastle Disease dan Avian Influenza.
"Pengujian yang dijalankan ini adalah bagi memastikan rakyat menerima telur ayam import yang selamat, bersih, halal dan bebas dari segala penyakit di samping melindungi industri penternakan negara," katanya.
MAFS berkata, segala protokol dan tatacara yang ditetapkan oleh kerajaan juga sudah dipatuhi tanpa kompromi.
"Hasil ujian yang dilaksanakan oleh MAQIS dan DVS mendapati telur ayam yang diimport bebas dari segala penyakit, selamat dan mematuhi segala piawaian yang ditetapkan bagi kegunaan pasaran negara.
"Sehubungan itu, kementerian bersetuju memberikan kebenaran sementara kemasukan telur ayam daripada sumber luar dan kebenaran ini akan dikaji semula apabila bekalan telur dalam negara kembali stabil," katanya.
Menurutnya, inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar bukanlah untuk menekan pengusaha industri telur ayam tempatan.
"Sebaliknya bagi memastikan kecukupan bekalan telur ayam dalam negara dengan harga yang kompetitif selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutamakan kebajikan rakyat," katanya.
Disiarkan pada: Disember 16, 2022 @ 11:01am
|
|
|
|
|
|
|
|
sfhzuraz replied at 14-12-2022 03:18 AM
ya nov. takde lg berita dia masuk mana2 parti politik.
Dah bole bersara kot |
|
|
|
|
|
|
|
sfhzuraz replied at 14-12-2022 03:19 AM
agaknya lah. politik ni kotor.
org akan cuba juga cari salah sampai dpt.
patutnya dia tak perlu m ...
Nov rs skadar isi lapang |
|
|
|
|
|
|
|
sfhzuraz replied at 14-12-2022 03:21 AM
owh lg senang mcm tu.
kiranya kampeni nov berdaftar la dgn red alert ni kan.
Yup br lg dlm 4 thn. Dulu pakai medical chit. Pastu klinik panel 1 je Joe fernandez. Klinik cekik darah |
|
|
|
|
|
|
|
sfhzuraz replied at 14-12-2022 03:23 AM
ya betul. tengok pd org.
klu yg ada iman mgkn boleh bertolak ansur.
klu yg jenis keras, tu yg bini ...
Sian yg dpt laki ego |
|
|
|
|
|
|
|
Lg sian klu stuck smpi akhir hayat |
|
|
|
|
|
|
|
sfhzuraz replied at 14-12-2022 03:26 AM
ingatkan nov suka kopi...kaka boleh minum tp bukan perlu minum setiap hari.
kaka dpt yg 3 in 1 pun ...
Nov jrg minum 3in1 kecuali joss tu la. Consider 3in1 ke x?
Nov kopi klu minum jns campur susu byk mcm latte |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sfhzuraz at 16-12-2022 12:58 PM
'Saya nampak separuh badan wanita tertimbus'
Noor Hidayah Tanzizi[email protected]
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/organis_1671163129.jpg)
ANTARA mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm Jalan Genting, Batang Kali ditempatkan di Balai Polis Ulu Yam Bahru. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Hulu Selangor: "Saya terdengar jeritan meminta tolong sebelum ternampak ada separuh badan yang hanya nampak tangan dan kaki tertimbus dalam runtuhan tanah.
"Saya dan rakan terus menggali tanah itu dengan tangan kami untuk membantu wanita dan anaknya," kata Chong, 28.
Chong adalah mangsa yang terselamat dalam runtuhan tanah di sebuah tapak perkhemahan di Father's Organic Farm di sini, hari ini.
Lelaki dari Melaka itu berkata, runtuhan tanah berlaku di tapak perkhemahan bahagian zon A dengan hampir keseluruhan kawasan itu musnah.
Menurutnya, dia bersama 18 ahli keluarga dan rakan berkhemah di zon B yang tidak terjejas teruk dan semua kumpulannya selamat.
Katanya, sebelum itu mereka terdengar bunyi dentuman kuat sebelum runtuhan tanah merosakkan khemahnya.
"Kami keluar menyelamatkan diri dan tiba-tiba saya terdengar jeritan wanita meminta tolong dan ternampak ada separuh badan wanita tertimbus.
"Tanpa berlengah saya dan seorang lagi rakan lelaki terus menggali tanah dengan tangan selama 10 hingga 15 minit sebelum mangsa dan anak perempuannya diselamatkan," katanya ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Hulu Yam Bharu di sini, hari ini.
Menurutnya, dia tidak mengenali mangsa terbabit, namun bersyukur dua beranak itu dapat diselamatkan.
"Tapak perkhemahan itu memang cantik tetapi runtuhan itu menyebabkan semua kawasan sudah menjadi seperti rata.
"Saya tak pasti berapa ramai mangsa terbabit dalam kejadian itu tetapi percaya masih ada lagi di bawah (tertimbus)," katanya.
Mengimbas detik kejadian itu, Chong berkata, kejadian berlaku pada 2 pagi dan ketika itu mereka sedang tidur di khemah masing-masing.
"Ketika tanah runtuh saya terdengar seperti dentuman kilat dan runtuhan tanah dirasai berada di kepala. Kami kemudiannya terus keluar untuk selamatkan diri. Malam tadi hujan cuma renyai.
"Saya bersyukur kumpulan kami semua selamat cuma khemah saya saja koyak dalam kejadian itu. Kami datang ke tapak perkhemahan itu sejak kelmarin dan sepatutnya pulang hari ini," katanya.
Sementara itu, Teh Lynn Xuan, 22, berkata, ketika kejadian dia hanya tidur-tidur ayam saja dan terdengar bunyi kuat seperti batu berguling serta air menitis di luar khemahnya.
Katanya, dia juga berkhemah di bahagian zon B dan datang ke tapak itu untuk bercuti bersama 20 lagi keluarganya dari Melaka.
"Kejadian itu menyebabkan khemah tertolak hingga kaki kami naik ke atas ketika tidur dan ia berlaku sangat cepat," katanya sambil memberitahu kumpulannya juga semua selamat.
Disiarkan pada: Disember 16, 2022 @ 11:59am
|
|
|
|
|
|
|
|
Last minum ms g dinner dgn team 2 bln lps |
|
|
|
|
|
|
|
Tp teh hari2. X teh o teh tarik |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|