|
Tidak la, tinggal sa n adik lagi di rumah, family pigi Sarawak.
Bah, jangan lupa bagi siaran lansung. Klu boleh, taru gambar.
Sila bersedia dari segi emosi, urang bilang bulih nangis dengar cerita diorang di sana.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Syd at 6-6-2015 04:17 PM
SABTU, 6 JUN 2015 @ 3:51
PM Najib, Rosmah hadiri majlis resepsi anak lelaki Tengku Adnan
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak lelaki Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Ketibaan Najib bersama isteri di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, disambut Tengku Adnan dan isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki. Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada majlis itu, pasangan pengantin Dr Tengku Iqbal Munawwir dan Ayu Linggasari diraikan dalam istiadat perkahwinan berkonsepkan Jawa Keraton Indonesia. Ketibaan kedua-dua mempelai dengan menaiki kenderaan khas yang ditarik empat lelaki turut mencuri tumpuan hadirin. Pasangan pengantin yang diijab kabul 23 Mei lepas di Gedung Balai, Jakarta, Indonesia, turut menyempurnakan acara memotong Nasi Tumpang. - BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Najib gigih poie makan nasik minyak ala jawa
haha |
|
|
|
|
|
|
|
Oh, memori hapa Najib buat di tahun 2013 kembali dalam ingatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
adakah hashtag berkaitan dengan gempa bumi sabah yang memudahkan pencarian maklumat terkini di media sosial? |
|
|
|
|
|
|
|
Team perubatan mula daki Gunung Kinabalu
6 Jun 2015
Team perubatan mula daki Gunung Kinabalu Keadaan cuaca Gunung Kinabalu yang diliputi kabus tebal pagi ini menyukarkan misi helikopter melakukan operasi menyelamat mangsa yang masih berada di atas Gunung Kinabalu berikutan gempa bumi yang melanda Sabah. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Satu pasukan perubatan bersama-sama pasukan bomba dan penyelamat telah mendaki Gunung Kinabalu untuk memberi bantuan rawatan, makanan dan pakaian kepada mangsa yang terperangkap di sana akibat gempa bumi semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pasukan perubatan dan kecemasan EMRT (Emergency Medical Response Team) diketuai seorang pakar perubatan kecemasan.
Dr Noor Hisham berkata, satu lagi pasukan EMRT yang diketuai pakar perubatan kecemasan juga berada di kaki Gunung Kinabalu di Sabah Park untuk merawat mangsa-mangsa yang dibawa turun dari gunung.
Katanya, berikutan kejadian gempa semalam, Kementerian Kesihatan segera mengaktifkan Bilik Gerakan di CPRC (Crisis Preparedness and Response Centre) Kebangsaan dan Bilik Gerakan di CPRC Jabatan Kesihatan Negeri Sabah bagi menyelaras dan memantau aktiviti kesiapsiagaan dan respons kementerian itu.
“Pasukan Perubatan dan Kecemasan Hospital Queen Elizabeth, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Hospital Ranau dan Hospital Tuaran turut diaktifkan dengan serta-merta bagi membantu memberikan rawatan perubatan dan kecemasan yang diperlukan.
"Sehingga 11.30 malam tadi, 21 mangsa dilaporkan menerima rawatan di hospital iaitu enam orang mangsa di Hospital Ranau, seorang mangsa di Hospital Tuaran dan 14 mangsa di Hospital Gleaneagles (hospital swasta). Tiga mangsa dirawat di Hospital Gleaneagles dan yang lain hanya rawatan pesakit luar," katanya.
Dr Noor Hisham berkata, pasukan forensik, pasukan Kesihatan Awam serta Pasukan Kesihatan Mental dan Psikososial Respons (MHPRT) juga diaktifkan dan bersedia berkhidmat pada bila-bila masa diperlukan.
Kementerian itu katanya, akan juga terus bekerjasama dengan semua agensi yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti perubatan dan respons supaya perkhidmatan lebih menyeluruh dan berkesan dapat diberikan.
Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter, yang merupakan kejadian gempa terkuat di Malaysia setakat ini, melanda kawasan Ranau pada 7.15 pagi semalam.
Gempa bumi sederhana itu disusuli gegaran kecil sehingga malam tadi dan ia turut dirasai di empat kawasan lain iaitu Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
chazey replied at 6-6-2015 04:18 PM
Oh, memori hapa Najib buat di tahun 2013 kembali dalam ingatan.
memori apa tu sis. mohon di share. |
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 6-6-2015 04:21 PM
Team perubatan mula daki Gunung Kinabalu
6 Jun 2015
team perubatan baru dihantar hari ni??? lembabbbb!!! lembab macam najib!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah tepek mesej pasal mendiang semalam tapi versi lebih pendek.
RIP Robbi.
Kenalan makcik aku ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
chazey replied at 6-6-2015 04:09 PM
Itulah yang aku sedang cuba lakukan di sini.
ya ... they are all the heroes. aku nk nangis la tgk gambar2 dia urg |
|
|
|
|
|
|
|
sabo sabo..
tersedak najib yang tengah tengok show kenduri kawen jawa tuhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Langkah perlu ketika, selepas gempa
KUALA LUMPUR: Susulan kejadian gempa bumi yang melanda Ranau, Sabah semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan kenyataan mengenai langkah-langkah perlu diambil jika berdepan insiden itu.
Menurut kenyataan dipetik daripada laman Facebook MetMalaysia, sekiranya ketika kejadian berada di dalam bangunan, antara langkah perlu diambil ialah tinggal kekal di dalam bangunan dan mengambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut.
Bergerak ke arah laluan sebelah dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh). Pilih lokasi boleh memberikan udara untuk bernafas dan jauhkan diri daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan lain-lain objek berat. Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api disebabkan ada kemungkinan kebocoran gas.
Sekiranya berada di dalam stor yang sesak, jika perlu meninggalkan bangunan, pilih jalan keluar dengan berhati-hati, bertenang serta jauhkan diri daripada rak-rak peragaan mengandungi objek-objek yang mungkin jatuh.
![](http://assets.bharian.com.my/images/articles/sar606.transformed.jpg)
KOMANDER Pasukan Khas Operasi Taktikal Khas Penyelamat Malaysia (STORM ) Putrajaya Penguasa Kanan Bomba II, Ismail Abdul Ghani (empat dari kiri) memberikan taklimat sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Laban Rata. Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Penyelamat Sabah, Zuraidah Latip (tiga dari kiri). - Foto Mohd Yusni Ariffin
Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni lain, jangan gunakan lif. Jika berada di luar bangunan, pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh daripada talian kuasa, tiang elektrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu, jauhi talian elektrik yang jatuh serta tinggal kekal di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.
Sekiranya berada di laluan pejalan kaki dekat bangunan antara langkah perlu diambil ialah berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri anda daripada batu bata, kaca, kepingan simen dan sampah sarap lain yang jatuh. Jika berada di dalam kereta yang bergerak, berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan sesuai.
Jangan berhenti di bawah jambatan, lintasan atas, rentangan kabel atau berdekatan bangunan yang boleh runtuh. Tinggal di dalam kereta hingga gegaran berhenti kerana kereta adalah penyerap kejutan amat baik dan akan mengayak di atas spring semasa gempa. Antara tindakan selepas gempa bumi pula, kekal bertenang dan nilaikan situasi semasa selain bersedia untuk gegaran gempa bumi susulan.
Periksa kerosakan utiliti dan perkakas, tutup bekalan elektrik, jangan sentuh wayar elektrik yang terendam atau objek-objek yang bersentuhan dengannya. Jangan guna telefon kecuali untuk memanggil bantuan untuk melaporkan kecemasan (perubatan, kebakaran atau jenayah), keluar dari bangunan yang telah rosak teruk kerana gegaran susulan boleh merobohkannya. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://assets.bharian.com.my/images/articles/heli606.transformed.jpg)
SEBUAH helikopter berlegar-legar di kawasan Laban Rata dekat puncak Gunung Kinabalu bagi operasi mencari dan menyelamat pendaki dan malim Gunung Kinabalu yang masih terperangkap ekoran gempa bumi di Sabah. - Foto BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
haritu katanya ribu-ribuan warga Sabah berdiri di belakang PM tanda sokongan.
Sekarang bila berlaku tragedi di Sabah, PM kesayangan ramai itu tak tunjuk muka kah? ![](static/image/smiley/default/3ohmy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Memori Najib berjimba di kolej apa nama entah layan parti anak dia jadi DJ pada hari yang sama Insp. Zulkifli dan Sjn. Sabaruddin dibunuh dalam serangan Tanduo di Lahad Datu.
Heartless sial not even a word of condolence from him went to the family ka, PDRM ka, on that fateful day.
Sama macam sekarang.
|
|
|
|
|
|
|
|
pokjibtuya nih dari kes banjir di kelate lari pegi jauh2.. bile banjir surut baru hegeh gi makan nasik kawah lauk sardin masa banjir.. ni bukan berdosa or raja saudi tu kecik ati pon if dia kenselkan lawatan tu..
come on.. tu org luar yes hubungan diplomatik harus jaga tapi ni rakyat.. yg bg ko mandat..
ape ke bangang memanda penasihat dan bangang jugak yg mengikut nasihat tu..
sepertimana kesah2 lampau dalam cerita2 yg kite tgk di tv, bile maharaja tak berapa nak cerdik duk ikut cakap memanda menteri penasihat maka bergulinglah jatuhnya..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|