wysiwyg This user has been deleted
|
Originally posted by sauber at 21-2-2005 09:29 AM:
Saudara wysiwyg,
Kalau mengikut logik akal pun, sesapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat dan menggunakan akal akan pasti menolak hadis selain yang ada dalam Alquran. Terdapat lebih bera ...
Salaam....Sauber,
Adakah anda masih,menggunakan Alquran zaman Nabi?Atau yg printed zaman kini?
Jawapan anda yg berjela2 itu dgn menggunakan ayat2 alquran tu memang baik...tapi tak satu pun yg terjawab..?
Anda sebenar nya tak faham dgn soalan atau sengaja tak mahu faham.Atau mungkin juga anda tak faham dgn ayat2 yg anda bawa kan sbg dalil.
Apakah fahaman anda tentang mazhab?
Kita bkn nak menafikan alquran.Memang alquran sebaik2 hadith.Ada jawapan anda kpd forumners yg ilmu2 yg di bawa ulama2 dulu itu utk diri mereka saja.
Takkah itu jawapan yg tak menasabah?Adakah anda mahu mengatakan yg ilmu agama itu utk kegunaan rasulullah saja?
Bagaimanakah anda belajar solat?Bacaan alquran?Katanya bacaan alquran perlu tartil,ada hukum2 tajwid?Bagaimana anda belajar?Alquran ada ajr tartil?Tajwid dan sebagainya ke?
Saya puji anda kerana cuba sedaya upaya utk menjawab utk mempetahankan hak anda.Yg sebenar2 FAHAM itu yalah dpt memindahkan faham nya kpd org lain.Utk menjawab soalan harus faham dgn soalan itu sendiri.
Tapi kalau apa yg saya tanya seperti yg di atas tu takda pd anda,buat apa kita berbincang.Saya menghormati anda dgn apa yg ada pd anda.Moga2 anda berjaya.Dlm quran ada menyebut tu "la allakum tuflihuun".Tu saya guna ayat alquran yg samakan?
Ar Raad:11
"Allah tidak mengubah nasib kamu hingga kamu mengubah apa yang ada dalam diri kamu (hati kamu)."
Al Ankabut: 69
"Barang siapa yang bermujahadah kepada jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan Kami itu. Sesungguhnya Allah berserta dengan orang yang berbuat baik."
Salaam.....
Rohimakumullah.... |
|
|
|
|
|
|
izzansdy This user has been deleted
|
Salam sauber......
Bagaimana pula fahaman anda ttg 2 ayat dibawah ini, apabila anda menyatakan ilmu yg ada pd imam2 tadi hanya utk diri mereka sendiri....
at taubah : 122
Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
Al ahqaaf : 29
Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
Disini kaum jin ada tugas utk menampaikan......ni kan lagi ulamak pewaris ilmu nabi....
Nampaknya macam bercanggah fahaman anda ttg ayat al quran ???Bahaya tu !
Salam sejartera....
[ Last edited by izzansdy on 22-2-2005 at 01:14 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis atau Sunnah hakikatnya adalah wahyu juga. Tapi mengikut bahasa Nabi akhir zaman ia merupakan penjelasan bagi Al-Quran atau mentafsirkan Al-Quran. Adalakanya, Al-Quran menceritakan suruhan As-Sunnah mengambarkan perbuatan tidak kurang juga Adakalanya, Al-Quran adalah matan Hadis adalah huraian. Setengah ayat Al-Quran tidak boleh difaham Hadis memahamkan atau As-sunnah mentafsirkan. Ketika Al-Quran menceritakan secara singkat dan ringkas Al-Hadis atau As-Sunnah memperpanjangkan hingga jelas dan terang ceritanya atau hukum-hakamnya. Adakalanya Al-Quran menyebut hukum-hakam As-Sunnah memansuhkan. Al-Quran juga adakalanya memberitahu cerita secara ringkas tidak sebut tempat, tidak sebut nama, As-Sunnah atau Hadis mendetailkan hingga jelas. Al-Quran adalah ilmu bukan perbuatan Nabilah yang berbuat dan melakukan hingga senang menjadi suri tauladan dan ikutan. Kalau hendak ikut Al-Quran sahaja akan tersesat jalan Al-Quran bersifat ilmu bukan perbuatan As-Sunnah mengambarkan perbuatan hingga mudah diamalkan. Tuhan Maha Suci daripada perbuatan-Nya menyamai makhluknya kerana itulah Rasul melakonkan segala perbuatan yang diperintahkan hingga mudah diamalkan, itulah peranan As-Sunnah. Hamba-hamba Allah yang lain ikut sahaja Rasullullah disegi perbuatan. Arahan dari Tuhan sudah ada disebutkan melalui Al-Quran. Tapi ada yang kesamaran, Rasul menjelaskan kalau ada orang mengatakan ikut saja Al-Quran, As-Sunnah diketepikan dia akan tersesat jalan kebenaran. Al-Quran dan As-Sunnah adalah gandingan perlu杕emerlukan, kuat杕enguatkan mana boleh dipisahkan. Yang satu matan yang satu lagi tafsiran, yang satu membuat arahan yang satu lagi mengambarkan arahan. Matan dan tafsiran mana boleh dipisahkan ertinya Al-Quran dan As-Sunnah mana boleh dipisahkan, Al-Quran hanya jadi matan perlukan tafsiran dari Rasul. Apakah hikmahnya? Allah Taala adalah peminpin Dia bukan jenis makhluk, perlu adanya seorang peminpin jenis insan melakonkan Tuhan meminpin hanya memberi ilmu dan arahan Rasullullah peminpin jenis manusia yang melakonkan untuk ikutan sepanjang zaman. Kalau tidak ada peminpin jenis insan melakonkan susahlah Al-Quran untuk diamalkan, Tuhan Maha Suci daripada melakonkan, Tuhan memang boleh perjelaskan seterang-terangnya didalam semua hal didalam Al-Quran tanpa tafsiran tapi Tuhan perjelaskan melalui Rasul-Nya yang dikatakan As-Sunnah tentu ada hikmahnya kerana Tuhan hendak memuliakan Rasul-Nya maka Rasullullah menjelaskan Al-Quran kerana Rasul itu kekasih-Nya. Tuhan mahu disebut namaNya maka disebut juga nama Rasul-Nya kalau Allah disuruh sebut selalu Rasul juga disuruh sebut selalu. Kerana itulah dua kalimah syahadah Tuhan gandingkan Nama-Nya dengan nama Rasul-Nya sebab itulah Tuhan menceritakan didalam Al-Quran hanya matan Rasul pula mentafsirkan dan menghuraikan matan dan tafsiran berhubung rapat tidak boleh dipisahkan. Begitulah peranan As-Sunnah bagi mentafsirkan Al-Quran hakikatnya As-Sunnah Wahyu juga tapi mengikut bahasa Nabi akhir zaman. Kalaulah Tuhan, Allah jadikan segala-galanya telah dijelaskan oleh Al-Quran tanpa perlu As-Sunnah lagi sebagai ikutan. Bahayanya orang hanya ikut Allah Taala sahaja dan meninggalkan RasulNya. Padahal Rasullullah adalah wakil Tuhan membawa risalah kepada umat untuk mengambarkan secara sikap dan perbuatan maka mana boleh Rasul dilupakan tanpa dijadikan ikutan ertinya As-Sunnah sangat diperlukan sekianlah pergertian As-Sunnah mengikut pengajaran islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Abuyazid at 22-2-2005 09:15 AM:
Hadis atau Sunnah hakikatnya adalah wahyu juga. Tapi mengikut bahasa Nabi akhir zaman ia merupakan penjelasan bagi Al-Quran atau mentafsirkan Al-Quran. Adalakanya, ...
Salam abuyazid,
Saya tak jumpa ayat didalam Qur'an yang dinyatakan oleh aisya menyatakan mengisap dari buah dada 5 kali menyebabkan perkahwinan tidak sah. Tak mungkin Imam Muslim tak memeriksa Al-Qur'an sebelum meng"sahih" kan hadis ini kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orang_awam at 22-2-2005 10:16 AM:
hah!! tak buleh hisap?
salam orang awam
Sila rujuk hadith muslim saya post di atas
tQ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by izzansdy at 22-2-2005 12:51 AM:
Salam sauber......
Bagaimana pula fahaman anda ttg 2 ayat dibawah ini, apabila anda menyatakan ilmu yg ada pd imam2 tadi hanya utk diri mereka sendiri....
Salam izzansdy
Saya rasa awak salah faham apa yang dimaksudkan sauber, daripada apa yang saya faham dari post sauber di bawah, ilmu pada imam tersebut akan memberi manafaat(pahala) pada imam itu sendiri sahaja.
Originally posted by sauber at 18-2-2005 11:08 AM:
2. Apa saja amalan dan ilmu yang mereka ajarkan ketika mereka masih hidup adalah untuk diri mereka sendiri. Kiranya mereka berpandukan Alquran sebagai panduan hidup dan berjuang sebagaimana orang-orang mukmin lain, hanya Allah yang akan membalasnya.
"Pada hari itu, manusia keluar secara berasingan untuk melihat amalan-amalan mereka, Dan sesiapa yang membuat kebaikan seberat satu atom, akan melihatnya, Dan sesiapa yang membuat kejahatan seberat satu atom, akan melihatnya." (99:6-8)
dari apa yang saya faham lah, apa kata sauber? |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Salam saudara lolipop9
Itulah yang saya maksudkan. Apabila mereka berusaha mencari dan mengajar ilmu , maka setiap amalan tersebut dalam pencarian dan pengajaran akan dapat pulangan kepada mereka sendiri. Malaikat akan
mencatitkannya. Maafkan saya kiranya saudara izzansdy telah tersalah faham dengan maksud kata-kata tersebut.
Salam saudara izzansdy,Abuyazid,wysiwyg dan sekalian
Semakin lama perbincangan ini sudah lari dari tajuk asal.
Tajuk asal perbincangan ialah bermazhab itu salah.
Bagi saya bermazhab ialah orang bergolongan dalam agama. Antara ciri golongan tersebut yang kita boleh lihat hari ini,
- mempunyai imam atau pengasas
- mempunyai nama berdasarkan nama pengasas mereka
- mempunyai kitab-kitab selain Alquran sebagai pegangan
Implikasi perbincangan amat besar kepada mereka yang mengakuinya dan mereka yang menafikannya kerana ia melibatkan pendirian agama masing-masing. Maka sebarang hujah yang hendak dibawa mestilah benar dan boleh dirujuk kerana bukan mudah kita hendak menerima hujah yang bersandarkan sangkaan semata-mata.
Maka saudara BikerLady telah menasihatkan kita agar kita meninggalkan bermazhab. Hujahnya berdasarkan hujah maknya berdasarkan hujah ustaznya.
Saya juga berpendirian yang sama iaitu bermazhab itu salah dan hujah saya berdasarkan Alquran. Maka saya bawakan dalilnya.
6:159. Orang-orang yang membuat pecahan dalam agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, kamu (Muhammad) bukanlah daripada mereka dalam apa-apa pun. Urusan mereka hanyalah kepada Allah, kemudian Dia akan memberitahu mereka apa yang mereka telah buat.
Maksud ayat-ayat ini adalah jelas. Umat Muhammad akan berpecah-belah. Inilah yang sedang berlaku sekarang. Golongan/mazhab manakah yang mengaku mereka berpecah belah?
3:105. Janganlah menjadi seperti orang-orang yang berpecah belah, dan berselisih setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; mereka itu, bagi mereka, azab yang besar,
Orang-orang beriman dilarang menjadi seperti mereka yang berpecah-belah itu. Seterusnya, Allah menggambarkan keadaan orang-orang tersebut.
23:53. Tetapi mereka berpecah dalam urusan mereka antara mereka kepada golongan-golongan kepercayaan; tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada di sisi mereka.
30:32. "Daripada orang-orang yang memecahkan agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa yang di sisi mereka,"
Namun pihak yang tak bersetuju setakat ini tidak pula memberikan sebarang dalil yang membolehkan kita bermazhab. Yang ada hanyalah sangkaan dan dugaan semata. Kiranya anda ada dalil dari hadith yang dikatakan dari nabi, sila bawakan kitabnya. Atau ada dalil dari sumber lain sila bawakan supaya kita boleh periksa dan rujuk. Dengan ini kita mengetahui dengan jalan apa anda bersetuju dan dengan jalan apa anda tidak bersetuju. Kan mudah dan tak meleret-leret sampai nak tahu macam mana saya bersolat kepada Allah, ulama pewaris nabi dll.
Perbincangan ini nampaknya akan meleret kepada isu antihadith.
Untuk memudahkan anda dalam mencari hujah-hujah, berikut adalah hujah-hujah pihak yang mengatakan orang yang mengikut Alquran sahaja adalah salah
Jakim
http://www.islam.gov.my/lihat.html?jakim=104
artikel pilihan
http://www.geocities.com/Athens/Forum/8108/antihadith1.html
http://www.geocities.com/Athens/Forum/8108/antihadith2.html
http://www.geocities.com/Athens/Forum/8108/antihadith3.html
http://www.geocities.com/Athens/Forum/8108/antihadith4.html
http://www.geocities.com/Athens/Forum/8108/antihadith5.html
http://www.geocities.com/Athens/Forum/8108/ANTIHA.HTM
Artikel yang meragui kesahihan hadith
http://members.aol.com/MAmalek2/qbook10.htm
Mereka telah menyatakan hujah masing-masing, anda sendirilah tentukan pendirian anda. Kalau anda ada hujah antihadith baru, boleh lar buka thread lain.
2:256. Tidak ada paksaan dalam agama. Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa yang tidak percaya kepada Thagut, dan mempercayai Allah, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui.
Salam semua |
|
|
|
|
|
|
inangsari This user has been deleted
|
mm...
apalaa alasan yang sebenarnya sehingga mereka menolak mazhab.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by inangsari at 22-2-2005 02:50 PM:
mm...
apalaa alasan yang sebenarnya sehingga mereka menolak mazhab.
bagi pendapat aku tak de salahnya kalau tak nak ikut mana2 mazhab, tapi dgn syarat boleh mentafsir quran, tahu nahu nya, tahu mana nasikh, mana mansukh, tahu mana hadith sahih / hasan / lemah. atau dgn kata lain org tu mampu berijtihad.
tapi dia pun tak boleh la sama kan tahap kecerdikan dia dgn orang lain. Tahap kecerdikan org tak sama. Macam aku, aku tak pandai pun bahasa arab, tafsir quran. Jadi utk org yg tahap pandai macam aku, cthnya hukum2 fekah kena la rujuk kepada guru yg mana banyak merujuk kpd pendapat2 mazhab. |
|
|
|
|
|
|
|
Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan). Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): Ibu-ibu kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan saudara-saudara bapa kamu dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki dan anak-anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara-saudara susuan kamu dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya) dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah) dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan mas kahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. [4:22-24] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 22-2-2005 03:08 PM:
Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara ...
Salamun Aalaikum Kyas.
Hadith daripada aisya itu merujuk kepada isteri ataupun ibu susuan yang sama tidak boleh berkahwin? Dan mana dalam ayat yang saudara post tu cakap 5
kali mengisap susu haramkan perkahwinan itu. Saya taknampak perkataan LIMA dalam ayat yang saudara berikan. Jelas ada orang yang menipu.
salam |
|
|
|
|
|
|
|
Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): Ibu-ibu kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan saudara-saudara bapa kamu dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki dan anak-anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara-saudara susuan kamu
Jelas saudara yang mempunyai ibu susuan yang sama diharamkan untuk berkahwin, walaupun 1x, 2x , 3x, 4x beri susu pun haram berkahwin. saya tak nampak 5? awak nampak?
salam |
|
|
|
|
|
|
|
saya faham... sbb tulah awak sbyg ikut keikhlasan... cara tak tentu... 3 kali sehari...
saya juga faham... bagi awak ulama2 semuanya bodoh... mereka tak faham quran...
awak je yg faham... |
|
|
|
|
|
|
inangsari This user has been deleted
|
apa kes ni?
cerita mazhab ker ibu susuan...:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 22-2-2005 05:14 PM:
saya faham... sbb tulah awak sbyg ikut keikhlasan... cara tak tentu... 3 kali sehari...
saya juga faham... bagi awak ulama2 semuanya bodoh... mereka tak faham quran...
awak je yg faham...
Salam kyas,
Saya telah berikan bukti yang Imam muslim yang awak puja tu tak merujuk kepada Al-Qur'an sebelum mengesahkan sebuah hadis. Tapi jika awak tak terima terpulanglah kepada anda.
9:129. Maka jika mereka berpaling, katakanlah, "Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku mempercayakan (tawakal). Dia Pemelihara Arasy yang besar."
Salam. |
|
|
|
|
|
|
|
imam muslim dah tak ada. kalau dia ada barulah adil kalau nak cakap pasal dia dan boleh la dia jawab. tak berani saya nak menuduh sembarangan. saya takut di mahkamah paling agung nanti bila dibuka kitab amal kalau tak betul susah pulak nak minta maaf. saya pulak masih jahil tentang agama dan islam apatah lagi isi quran. saya tak menolak semua nya pendapat awak dan saya tak terima semuanya. saya tak kata imam muslim itu sempurna sesempurna nabi. saya takkan salahkan sesiapa. cuma... saya je yg masih perlu byk belajar. dlm belajar ni saya perlu juga sedikit tapisan dan beberapa perkara perlu masuk dlm kotak pending. tak terima tak tolak. saya serah pada tuhan.
"Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku mempercayakan (tawakal). Dia Pemelihara Arasy yang besar."
Salam. |
|
|
|
|
|
|
|
abis tu kesimpulan bab ibu susu ni, berapa kali kenyang baru consider ibu susu? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Kyas..
Thanx for your kind Gesture..Kita sama menimba ilmu..dengan harapan amalan kita diterima Pemelihara seluruh Alam,
3:8. "Wahai Pemelihara kami, janganlah menyimpangkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan berilah kami pengasihan daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.
salam. |
|
|
|
|
|
|
izzansdy This user has been deleted
|
Originally posted by sauber at 2005-2-22 01:05 PM:
Salam saudara lolipop9
Itulah yang saya maksudkan. Apabila mereka berusaha mencari dan mengajar ilmu , maka setiap amalan tersebut dalam pencarian dan pengajaran akan dapat pulangan kepada merek ...
Salam sauber......
Maaf, jika saya tersalah faham hujah2 anda......
1.Tapi anda masih belum menyatakan pendapat anda mengenai soalan saya... " adakah imam2 tadi salah akidahnya atau pengajaran akidahnya "
sekali gus menetapi perbincangan ini bhw bermazhab itu salah / sesat
2. Anda pun belum jua menerangkan bagaimana anda mempelajari aturcara solat....dari segi rukun fi'li.
Oh ia.... agama itu utk org yg berakal.....maaf saya tak selitkan firmannya...
tapi ada carilah...
Berkenaan solat dan ulamak2 pewaris ilmu nabi....hanya satu pendekatan bhw org masa kini bermazhab sebagai menguatkan hujah2 saya..
Maaf sekali lagi dlm menyalah mahami maksud hujah anda yg terdahulu...
Salam sejahtera....kita bertemu lagi di lain masa
[ Last edited by izzansdy on 23-2-2005 at 09:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|