|
TQ Shaikh
agak hairan juga satu konsep je, MAKSUM, yg telah diindoktrin sejak sekian lama
mungkin sampai sekarang juga kpd kanak2 yg belajar di sekolah agama
tidak dpt dijelaskan secara ilmiah, bersumber kpd penjelasan dalil naqli yg tidak tertolak |
|
|
|
|
|
|
|
sbb mungkin ramai tidak bersetuju utk menyandarkan ayat 33:33, sebagai dalil yg menunjukkan penyucian dlm erti kata penyucian yg sebenar
sedang indah/cantik nya manusia pilihan Tuhan, adalah kerana keterjagaan mereka dari melakukan perkara yg menyimpang, disamping sanggup menggalas beban yg tak tersanggup manusia umum menanggung dan menyempurnakannya |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Apa yg dapat I fikirkan....
Maksum bermaksud terpelihara atau bebas drp dosa.
Ia bermula drp Rukun Iman yg ke 4.... Beriman kpd rasul-rasul
Firman Allah swt
Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
(An Nisa': 136)
Kita beriman bhw rasul adalah manusia biasa yg dicipta Allah swt, mereka tidak memiliki apa2 yg merupakan hak2 khas bg Allah swt
Firman Allah swt
Dan aku tidak pernah berkata kepada kamu: Di sisiku ada perbendaharaan Allah, dan tidaklah aku mendakwa mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan aku tidak mengatakan bahawa aku ini malaikat dan aku juga tidak berkata terhadap orang-orang yang beriman yang kamu pandang hina itu, bahawa Allah tidak akan memberi kebaikan kepada mereka. Allah lebih mengetahui akan apa yang ada di dalam hati mereka. Sesungguhnya aku jika bertindak demikian, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang zalim.
(Hud: 31)
Kita beriman bhw para rasul adalah hamba2 Allah, dimuliakan Allah, diutuskan sbg rasul dan disifatkan Allah swt sbg hamba yg paling tinggi kedudukannya. Utk membimbing manusia ke dlm ajaran yg benar, Allah swt menetapkan manusia2 pilihan iaitu nabi dan rasul sbg utusan-Nya.
Firman Allah swt
Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).
(Saba': 28)
Dan itulah hujah (bukti) Kami, yang Kami berikan kepada Nabi Ibrahim untuk mengalahkan kaumnya. Kami tinggikan pangkat-pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Ibrahim: (Anaknya) Ishak (dari isterinya Sarah) dan (cucunya) Yaakub. Tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami telah berikan petunjuk dan Nabi Nuh juga Kami telah berikan petunjuk dahulu sebelum itu dan dari keturunan Nabi Ibrahim itu (ialah Nabi-nabi): Daud dan Sulaiman dan Ayub dan Yusuf dan Musa dan Harun dan demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amal perbuatannya.
Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Zakaria dan Yahya dan Isa dan Ilyas; semuanya dari orang-orang yang soleh.
Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Ismail, Ilyasak, Yunus, Lut dan mereka itu semuanya, Kami lebihkan darjat mereka atas umat-umat (yang ada pada zamannya).
(Al An'am: 83-86)
Beriman bhw para nabi dan rasul memiliki 4 sifat wajib & 4 sifat mustahil serta 1 sifat jaiz.
Firman Allah swt
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(Ahzab: 21)
wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Selawat keatas nabi Muhammad dan ahlulbaitnya...
Sebenarnya, di dalam sesetengah hal yang memerlukan logika akal bagi menjawab sesuatu...kerana akal itu memahami hukum kejadian sesuatu....
Jadi kita tidak boleh menolak akal selagi ia tidak bertentangan dengan al-quran dan hadis (sahih).....
akal juga boleh dijadikan hujjah
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Akal fikiran diletakkan selepas syara'. Oleh itu pandangan akal mestilah berada di bawah hidayah Allah swt dan letaknya selepas dalil naqli.
Dgn akal fikiran manusia mampu memikirkan pengajaran yg terdpt dlm ilmu Allah swt. Ia dpt memikirkan ttg rahsia2 yg terdpt di sebalik ilmu tersebut.
wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
Betul dan sebab itu dengan kiasan kalam allah dan sokongan akal logik.....akan mendapati bahawa perlunya NABI DAN RASUL ITU MAKSUM....
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah
48:1 Lo! We have given thee (O Muhammad) a signal victory,
48:2 That Allah may forgive thee of thy sin that which is past and that which is to come, and may perfect His favor unto thee, and may guide thee on a right path,
48:3 And that Allah may help thee with strong help--
tiada keraguan dengan MAKSUMnya Nabi |
|
|
|
|
|
|
|
soalnya, adakah MAKSUM mutlak pada Nabi dan Rasul?
dlm claim syiah, mereka juga percaya ada individu2 terpilih yg diberi privillage berada dalam kesucian mutlak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sakinahmawaddah at 10-8-2006 08:54 AM
soalnya, adakah MAKSUM mutlak pada Nabi dan Rasul?
dlm claim syiah, mereka juga percaya ada individu2 terpilih yg diberi privillage berada dalam kesucian mutlak
Mengikut ASWJ, maksum mutlak untuk nabi dan rasul itu pegangan kami.
Selain itu, tahap MAHFUZ.
-------------------------------------------
Syiah : MAKSUM ada pada Nabi, Rasul dan Ahlulbait
Wahabi : MAKSUM Nabi dan Rasul atas WAHYU sahajakah?...minta pencerahan??
[ Last edited by serihartatie at 10-8-2006 09:46 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
Sebelum kita berbincang mengenai subjek kemaksuman Ahlulbait...perlu kita yakini sifat maksum itu adalah benar....SAYA INGIN BERTANYA ADAKAH ANDA PERCAYA BAHAWA MAKSUM ITU BENAR DAN TERDAPAT PADA PARA NABI DAN RASUL???? jika masih ragu ana rasa baik kita bahaskannya dulu barulah boleh membincangkan mengenai AHlulbait...
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
SALAM
Saya cuba merujuk kepada ayat-ayat dibawah, kemudian kita pakat-pakat bincang.....ok?
Surah 'Abasa
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
[1] Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,
[2] karena telah datang seorang buta kepadanya.
[3] Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa).
[4] atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?
[5] Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup,
[6] maka kamu melayaninya.
[7] Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman).
[8] Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran),
[9] sedang ia takut kepada (Allah),
[10] maka kamu mengabaikannya.
[11] Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan,
[12] maka barang siapa yang menghendaki, tentulah ia memperhatikannya.................
dan
Surah Al- Tahriim
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
[1] Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagimu; kamu mencari kesenangan hati istri-istrimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Dan
Surah Al-Kahfi
[110] Katakanlah: "Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa". Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya"
Ayat-ayat diatas menunjukkan Nabi juga ada berbuat salah. Namun berdosa atau tidak itu hanya Allah yang berhak secara mutlak menentukannya. Namun secara peribadi saya yakin, amat yakin Allah sentiasa memelihara maruah setiap nabi-nabiNya yang beliau lantik untuk menjadi pemimpin dan pembimbing kepada umat mereka. Dan setiap kejadian yang berkaitan dengan tingkahlaku mereka sebaagi manusia termasuk Baginda Nabi Muhammad SAW adalah sengaja Allah pertontonkan adalah sebagai contoh bahawa kejadian mereka dan kejadian kita adalah sama dari segi zat manusiawi namun yang membezakan hanyalah disebabkan mereka dilantik sebagai Nabi Allah. Dan Ganjaran dari tugas sebagai Nabi sudah ditentukan oleh Allah, iaitu Syurga Allah.
Jadi, kalau Maksum yang dimaksudkan ialah Nabi tidak pernah berbuat silap atau berbuat salah atas sifatnya sebagai manusia, nah ayat-ayat diatas itu bagaimana?
Dan spt yg telah di sunting oleh Puan Sakinah, dari Surah Al-Fath, ayat 2
[2] supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus
Tetapi kalau maksum itu dimaksudkan ialah Allah sentiasa memberi keAmpunanNya bila setiap kali Nabi ada melakukan kesilapan atau kesalahan, yang ini saya boleh terima kalau dikaitkan dengan ayat-ayat Allah diatas. Wallahu'alam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 10-8-2006 09:18 PM
Saya cuba merujuk kepada ayat-ayat dibawah, kemudian kita pakat-pakat bincang.....ok?
Surah 'Abasa
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dia (Muhammad) bermuka ...
first, sy tidak menyunting translation yg diambil dr IslamCity (x silap dr Piktail/Yusuf Ali), moga tidak ada yg tersalah faham
masalah kita sekarang bahasa, kita sukar utk mendapat translation yg tepat, jika tepat sekalipun adakah orang sepakat, jika org sepakat mengenainya pun, adakah pemahaman dan penerimaannya sama |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 10-8-2006 09:18 PM
[2] supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus
dari segi bahasa, dengan ayat diatas, x dapatkah kita simpulkan bahawa Nabi bersifat maksum
pd pendapat sy, adalah mudah utk menerima cadangan ayyohpeen, bahawa Nabi bersih dari segala dosa
biarpun dgn ayat yg didatangkan oleh ayyohpeen, ada org berkesimpulan Nabi pernah berbuat salah dengan itu baginda ditegur
tapi jika memaksudkan bahawa maksum suci dari dosa, kerana telah diampunkan dosa yg lalu dan akan datang, tidaklah menyalahi dari segi bahasa dan pemahamannya
yg penting keyword utk Nabi, jaminan pembersihan itu telah ada dalam Quran dan sebagai muslim wajib menyakini apa2 yg terkandung dlm Quran |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan ahlulbaitnya...
Wahai saudaraku sekalian janganlah saudara mentafsir ayat itu dengan hati saudara dan saudari sesungguhnya amat berat azab mereka yang membuat demikian tanpa kajian dan tanpa ilmu......
Wahai saudara ayoohpeen janganlah saudara bersikap seperti ayoohpeen itu sendiri....menafsir ayat dan membuat kesimpulan sendiri...
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
[1] Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagimu; kamu mencari kesenangan hati istri-istrimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Adakah saudara tahu akan asbanuzul ayat ini...adakah saudara sudah mengkaji ayat ini....adakah saudara sudah melihat tafsir ayat ini...????
Asbanuzulnya ayat ini adalah pada suatu hari Rasulallah S.A.W.W pergi kerumahnya isteri beliau yang bernama Zainab binti Jahish...lalu apabila sampai dirumanya Zainab, maka Rasulallah telah dihidangkan beliau dengan semangkuk madu...maka Rasuallah pun meminum madu itu...dan selepas itu Rasuallah telah pergi pula kerumah Aisyah....tiba sahaja di rumah Aisyah...Aisyah menyapanya dan mengatakan dengan nada sindiri..."Sungguh busuk bau mu...seperti bau getah..." maka Rasulallah telah berkecil hati dan lantas mengatakan "Aku haramkan untuk aku bersama dengan isteri-isteriku", adapun sebahagian riwayat mengatakan "Aku haramkan untuk aku meminum madu lagi" dan lantas allah pun menurunkan ayat ini.......
Dsinilah wahai saudara cuba perhatikan...apa yang rasullah haramkan itu bukanlah suatu dosa ia kita boleh umpamakan seperti kambing....kambing itu halal tetapi bagi mereka yang ada darah tinggi akan tidak memakannya dan mengatakan haram untuk aku memakannya...apakah itu satu dosa???? adakah itu dosa???? atau untuk lebih jelas durian...adakah ketika kita mengatakan haram durian dibawa masuk ke rumah ku kerana baunya busuk...sedangkan durian itu halal...adakah itu dosa????
Wahai saudara saya harap agar tidak lagi saudara mengulangi hal ini...kerana ini sangat besar dosanya...lantas yang saudara kaitkan itu adalah dengan sifat maksumnya nabi....jika saudara ada pertanyaan insyallah akan saya jawab sekadar mampu..tetapi jangan sekali-kali buat kesimpulan sendiri...
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
Wahai saudari sakinah...saya telah menjumpai satu ayat al-quran yang dengan jelas menyatakan kemaksuman para nabi, dan rasul....saya harap ini dapat memberikan penjelasan dan jawapan bagi saudari yang sedang mencari jalan penyelesaian....
"mereka (malaikat, rasul-rasul) tidak mendahuluinya (allah) dengan perkataan dan mereka pula mengerjakan apa yang diperintahkannya" (al-Anbiyaa' ayat 27)
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Salam selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
Ni ada serangkai ayat al-quran lagi....
"dan ia (muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama islam) menurut kemahuan dan perndapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-quran dan hidith) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahtukan kepadanya" (surah an-najm ayat 3-4)
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
Tadarus This user has been deleted
|
Beginilah keadaan umat akhir zaman. Kerana terlalu mudah melupakan jasa ulama' salafussoleh dgn ingin menunjuk pandai kononnya diri sendiri boleh merujuk al-Quran dan Hadis secara direct. Nah! kelam-kabut semuanya utk menjawab soalan ttg maksum.
(Note : Kalau bab membidaahkan amaln org lain bukan main bijak lagi).
Tuan-puan yg dirahmati Allah,
Para ulama' telah menjelaskan 4 sifat yg wajib, 4 sifat yg mustahil dan 1 sifat yg harus bagi nabi dan rasul. (Ini dlm bab tauhid melalui kaedah aqoidul iman atau dipanggil juga sbgi sifat 20). Ambil dan percayalah. Itu jalan selamat. Kalau nak mendalaminya maka kenalah belajar. Tapi jika sekadar utk mengargue pendapat dan tafsiran ulama' silam, maka baik hentikanlah niat tu. Bukan kebaikan yg akan diperolehi, tetapi kesesatan.
Adapun sifat yg wajib bagi nabi dan rasul itu ialah siddiq, amanah, tabligh dan fatonah. Maka sifat maksum iaitu yang bermaksud terpelihara daripada dosa termasuk dlm sifat amanah yang bermaksud dipercayai.
Spt mukjizat hanya utk nabi dan rasul, maka begitu juga dgn sifat maksum juga hanya utk nabi dan rasul. Jika wali dan para solihin dikurniakan dgn karomah sbgi ganti mukjizat, maka dlm maksum ini mereka hanya dikurniakan mahfuz spt yg diterangkan oleh Tatie. Begitu juga wahyu hanya utk nabi dan rasul, sedangkan para wali dan solihin hanya dikurniakan ilham/minda.
Cukup! Tak payahlah soal balik betul ker maksum itu mutlak utk nabi dan rasul shj atau soalan yg seumpamanya. Buang masa. Benda dah ijma'. Kalau nak lari drp yg telah ijma', maka jadilah spt khawarij dan juga wahabi.
Kalau nak dalil jom sama-sama belajar. Ayat yg tuan-tuan nyatakan itu memang menjadi dalilnya. Tetapi pengapplikasian dan tafsirannya maka ikutlah pendapat ulama' salafussoleh. Walaupun mereka tidak maksum, tetapi mereka telah dikurniakan karomah, ilham dan mahfuz oleh Allah swt.
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
relaks tadarus, open eyes
ulama2 pun ramai
tak semua pakat guna hujah ijma' dr ulama yg sama |
|
|
|
|
|
|
|
dn kalau dlm dalil Quran sendiri, menunjuk kpd penganugerahan kesucian pd individu lain selain Nabi, macamana pulak tu tadarus? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Selawat keatas nabi muhammad dan ahlulbaitnya...
sakinah bagaimana adakah sudah jelas atau masih membuntukan penjelasan lagi...
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
| |
|