CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Syd

Derma Organ

[Copy link]
Post time 8-12-2009 07:00 PM | Show all posts
emmp.. selimut der gak la nak derma organ nie but x terdaftar ag la.... masa derma darah dulu ader gak kempen derma organ.. selimut nak bagi hati n buah pinggang  ler....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2009 07:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 10:39 PM | Show all posts
61# selimutpurple
aku derma jantung jeh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2009 09:23 AM | Show all posts
tu hari ada kat utusan..
bahagian2 badan yang boleh diderma..
nanti aku carik balik ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2009 06:11 PM | Show all posts
Dilema derma organ
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
[email protected]

“JURURAWAT memanggilnya anak dialisis. Sepanjang sembilan bulan mengandungkan Aizuddin Hakim Adam, saya perlu menjalani dialisis enam hari seminggu, empat jam setiap sehari. Hanya Allah tahu betapa penat dan jemu berulang alik dari Nilai ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setiap hari tetapi oleh kerana terlalu inginkan anak, saya gagahkan juga.

“Cukuplah seorang. Tidak sanggup saya hendak berumah tangga di hospital lagi. Sudahlah terpaksa menjalani dialisis setiap hari, masuk bulan kelapan, saya mengalami pendarahan pula dan terus ditahan di hospital sehingga bersalin,” kata Haslina Hamid, 34, yang mengandung selepas tiga buah pinggangnya — termasuk satu yang didermakan ibunya — rosak.

Kedua-dua buah pinggang Haslina disahkan rosak ketika dia baru berusia 18 tahun tanpa diketahui puncanya. Selepas setahun menjalani dialisis dengan pesakit buah pinggang yang kebanyakannya seusia dengan ibu dan bapanya, doktor memberitahu dia boleh ‘berpisah’ daripada mesin dialisis jika menerima buah pinggang baru.

Sejak itu Haslina berdoa supaya ada penderma dan doanya dimakbulkan Allah apabila buah pinggang ibunya didapati sesuai untuknya. Namun buah pinggang ibunya hanya mampu bertahan 10 tahun dan setiap tahun, fungsi buah pinggang itu merosot sedikit demi sedikit walaupun Haslina mengambil ubat (bagi membolehkan badan menerima buah pinggang baru) setiap hari.

Pada tahun ketujuh, doktor memberitahu Haslina supaya bersedia kerana kemerosotan buah pinggangnya berlaku dengan cepat.

Genap 10 tahun, gejala dialami ketika buah pinggangnya rosak berulang kembali. Ketika itu dia tahu hidupnya akan berubah sekali lagi — kembali bergantung kepada mesin dialisis.

“Doktor beritahu, badan saya menolak buah pinggang emak. Saya tidak faham bagaimana ia boleh berlaku, sedangkan saya makan ubat setiap hari. Saya tidak boleh terima hakikat itu. Setiap hari saya menangis mengenangkan nasib. Namun ibu dan ayah selalu kata, menangis tidak akan selesaikan masalah,” katanya.

Kesukaran mengambil cuti menyebabkan Haslina kerap ‘ponteng’ dialisis. Walaupun perlu menjalani tiga kali dialisis minggu, ada kalanya dia hanya pergi ke pusat dialisis dua kali dan untuk mengelak masalah, dia mengurangkan makan dan minum sehingga darahnya dicuci. Memang ketika itu dia kerap dimarahi jururawat tetapi dia tidak ambil hati kerana tahu mereka ambil berat terhadapnya.

“Apabila bertemu jodoh dengan Adam Ramsah, 27, pada 2005, saya awal-awal beritahu keadaan saya dan kami mungkin tiada peluang mendapat anak. Kegagalan buah pinggang menyebabkan haid tidak teratur, adakala tidak datang haid beberapa bulan dan tahap kesuburan sangat rendah.

“Setahun selepas itu doktor mengesahkan saya mengandung tiga bulan ketika menjalani pemeriksaan kesihatan. Kami terkejut dan sangat bersyukur walaupun doktor kata risiko keguguran atau bersalin awal tinggi. Saya tidak kisah kerana itu mungkin satu-satunya peluang untuk saya mengandung.

“Namun bagi pesakit buah pinggang seperti saya, mengandung bukan mudah kerana perlu menjalani dialisis enam hari seminggu. Pada awal kehamilan, bentuk kepala bayi nampak tidak normal tetapi berubah apabila kandungan masuk minggu ke-24. Apabila kandungan lapan bulan, saya alami pendarahan kerana uri turun ke bawah.

“Doktor mengarahkan saya tinggal di hospital kerana bimbang risiko bersalin tidak cukup bulan. Saya bersalin secara pembedahan. Dalam pantang pun saya tetap perlu jalani dialisis tiga kali seminggu tetapi apabila ada anak, semangat untuk terus sihat semakin kuat,” katanya.

Justeru, Haslina sangat menjaga pemakanannya. Dia tidak mengamalkan pantang tetapi semua makanan dicatu; cukup hanya untuk rasa. Dia perlu mengekalkan berat badannya antara 45 hingga 46 kilogram untuk terus sihat. Malah air minum juga terhad kepada dua hingga tiga gelas sehari bagi mengelak masalah.

“Memang ada kalanya terasa payah juga apabila melihat makanan enak, tetapi kena kuatkan semangat. Saya mahu terus sihat dan dapat lihat anak membesar. Saya sentiasa berdoa satu hari nanti saya akan mendapat buah pinggang baru,” katanya.

Haslina antara ribuan pesakit dalam senarai menunggu pendermaan organ. Keperluan untuk buah pinggang meningkat setiap tahun dengan peningkatan jumlah pesakit iaitu kira-kira 2,600 pesakit baru setahun. Di seluruh negara dianggarkan hampir 20,000 pesakit menjalani dialisis dan 10,000 daripadanya menunggu buah pinggang baru.

Sehingga kini 1,317 kes pemindahan buah pinggang dijalankan dan 1,026 kes membabitkan pendermaan daripada ahli keluarga yang masih hidup dan hanya 291 kes daripada penderma kadaverik (yang meninggal dunia); 19 kes bagi pemindahan jantung, 90 kes (hati) dan empat kes untuk pemindahan paru-paru.

Transplan kornea dijalankan sejak akhir 1960-an dan kornea pertama datang daripada penderma Sri Lanka. Kini lebih 1,620 kes transplan kornea dicatatkan dan kebanyakannya dijalankan di hospital besar. Sumber kornea adalah daripada penderma tempatan (percuma) atau dibeli dari Amerika Syarikat.

Menurut Ketua Penyelaras Pendermaan Organ, Dr Lela Yasmin Mansor, pemindahan organ adalah kaedah rawatan terbaik untuk pesakit yang mengalami kegagalan akhir organ sama ada jantung, paru-paru, hati atau buah pinggang.

Pendermaan organ atau tisu adalah pemindahan organ dan tisu yang masih berfungsi daripada seseorang penderma (sama ada masih hidup atau meninggal dunia) untuk dipindahkan (transplan) kepada pesakit bagi menggantikan organ rosak untuk menyelamatkan nyawa pesakit.

Organ yang ditransplan adalah benda asing. Tubuh penerima akan menolak organ berkenaan melainkan pemindahan dijalankan di antara adik beradik kembar seiras. Ini sebabnya penerima organ perlu mengambil ubat imunosupresif (ubat yang menindas sistem imun) seperti Cyclosporin untuk mengurangkan kesan penolakan ini.

Menurutnya, selepas pemindahan organ, penerima boleh menjalani hidup normal seperti orang lain tetapi mereka mesti sentiasa berjaga-jaga dan mengamalkan gaya hidup sihat supaya tidak mudah mendapat jangkitan.



Prosedur

Ada dua jenis penderma iaitu penderma hidup (mempunyai talian persaudaraan atau tiada) dan penderma kadaverik (selepas kematian akibat kematian otak atau jantung).

Antara organ yang boleh diderma ketika hidup ialah satu buah pinggang, sebahagian hati dan sumsum tulang. Pendermaan organ daripada penderma hidup membabitkan pembedahan besar dan berisiko, tetapi kebanyakan pembedahan dapat dilakukan dengan selamat.

Bagi penderma kadaverik pula ada dua keadaan; jika mati otak, penderma boleh mendermakan semua organ dan tisu tetapi jika penderma meninggal dunia akibat jantung terhenti, dia hanya boleh mendermakan tisu.

“Mati otak bermakna seluruh otak mati kerana tidak menerima oksigen. Aliran darah ke otak terhenti kerana tekanan dalam kepala terlalu tinggi. Apabila otak mati, jantung juga secara automatik akan berhenti. Bagaimanapun jika pesakit mati otak di hospital, biasanya dia diberi sokongan pernafasan melalui mesin.

“Maka jantungnya masih berfungsi buat sementara waktu (selagi ada sokongan mesin). Oleh kerana otak mati, jantung juga lama kelamaan akan terhenti dan dengan bantuan mesin, jantung boleh bertahan tujuh atau lapan hari. Empat hari selepas otak mati, pesakit masih boleh mendermakan organnya.

“Walaupun penggunaan alat bantuan pernafasan boleh dilanjutkan, kebanyakan kes (90 hingga 95 peratus) jantung pesakit akan terhenti selepas tujuh atau lapan hari. Jika pesakit tua, jantungnya boleh terhenti dalam masa beberapa jam walaupun dengan sokongan alat pernafasan.

“Kematian jenis ini jarang berlaku iaitu kurang daripada satu hingga dua peratus. Antara sebab kematian otak ialah kecederaan kepala yang teruk (berlaku pendarahan atau otak bengkak), strok yang teruk, otak tidak menerima oksigen (selepas jantung berhenti) dan barah otak.

“Pengesahan mati otak akan dilakukan oleh dua doktor pakar yang berpengalaman dan tiada kaitan dengan transplan. Untuk pengesahan ini mereka melakukan dua ujian dalam tempoh enam jam bagi menentukan sama ada otak pesakit masih hidup. Ujian pertama untuk melihat tindak balas batang otak yang mengawal fungsi jantung. Selepas ujian ini, doktor pakar perlu menunggu enam jam bagi ujian pengesahan kedua,” katanya.

Penyelaras pendermaan hanya akan menemui keluarga bakal penderma selepas pesakit tidak menunjukkan tindak balas pada ujian pertama. Seseorang itu disahkan mati otak jika otaknya tidak menunjukkan tindak balas terhadap kedua-dua ujian.

Hanya selepas ini baru sijil kematian disahkan. Alat bantuan pernafasan juga dihentikan sama ada keluarga bersetuju untuk menderma organ atau tidak. Jika semua ahli keluarga bersetuju menderma organ si mati, mereka perlu memberi kebenaran bertulis.

“Keluarga tidak perlu bimbang kerana pembedahan pengambilan organ dilakukan dalam dewan bedah sama seperti pembedahan ke atas pesakit yang masih hidup. Ia dijalankan dengan penuh rasa hormat dan teliti supaya tidak menimbulkan kecacatan dan tidak menjejaskan bentuk rupa si mati.

“Pembedahan biasanya mengambil masa antara tiga hingga enam jam; bergantung kepada berapa organ dan tisu yang diambil dan membabitkan antara 20 hingga 25 doktor pakar. Bagi penderma Muslim, pihak hospital akan menguruskan jenazah sehingga selesai. Bagi penderma bukan Muslim pula, ia akan ‘disiapkan’ sebaik mungkin,” katanya.

Malah keluarga juga akan ditanya apa perlu dilakukan jika ujian mendapati organ atau tisu yang diambil tidak boleh digunakan; sama ada mereka mahu ia diuruskan (ditanam) atau boleh dijadikan bahan kajian pendidikan.

Selepas mendapat persetujuan keluarga, baru pembedahan pengambilan organ dilakukan dan pengambilan ini tertakluk kepada tiga syarat iaitu organ yang dibenarkan keluarga saja, organ masih dalam keadaan baik dan ada penerima.

Organ perlu diambil segera iaitu dalam masa enam jam selepas kematian otak. Manakala tisu boleh diambil kemudian, contohnya mata diambil dalam masa 12 jam selepas kematian dan 24 jam bagi tulang, injap jantung dan kulit. Malah tisu masih boleh didermakan walaupun penderma meninggal di rumah.

Selepas organ diambil, ia disejukkan dan disimpan dalam cecair pengawet dan perlu dipindahkan kepada penerima secepat mungkin. Untuk jantung dan paru-paru pembedahan transplan mesti dijalankan dalam masa empat hingga enam jam, hati (lapan hingga 12 jam) dan buah pinggang (24 jam). Tisu pula boleh disimpan lebih lama (beberapa minggu ke tahun) sebelum ia dipindahkan kepada penderma.

Pengagihan organ tertakluk kepada beberapa faktor iaitu kesesuaian darah, tisu dan saiz; tahap keperluan dan kecemasan penerima; tempoh menunggu (dalam senarai menunggu) dan lokasi.

Malah, negeri penderma juga akan mendapat faedah contohnya bagi buah pinggang, satu buah pinggang akan diberi kepada penerima dari negeri sama dengan penderma dan satu lagi untuk penerima dalam senarai umum.

Walaupun anda berikrar menjadi penderma, tidak semestinya organ anda boleh diambil apabila meninggal dunia kelak kerana doktor akan membuat penilaian terlebih dulu bagi memastikan penderma bebas daripada penyakit berjangkit, organ atau tisu masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan untuk mengelak risiko pada penerima.









Hasrat penderma

Walaupun Islam membenarkan pendermaan organ, masih ramai teragak-agak untuk berikrar menjadi penderma dan apabila tiba waktunya (penderma meninggal dunia), keluarga pula membantah dengan alasan tidak mahu si penderma pulang mengadap Allah dalam keadaan ‘kurang sempurna’.

Namun jika difikirkan, ramai pulang dengan keadaan tidak sempurna, terutama yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya (6,000 hingga 7,000 kematian setahun).

Menurut Dr Lela, jika 10 peratus daripada keluarga mangsa kemalangan membenarkan pendermaan organ dilakukan, pesakit di negara kita tidak perlu menunggu lama untuk mendapat organ baru. Malah, penderma hidup tidak akan berdepan risiko pembedahan semata-mata untuk menyelamatkan orang tersayang.



“Banyak keluarga tidak beri kebenaran kerana mereka tidak tahu apa yang penderma hajatkan. Ini sebabnya setiap orang perlu memberitahu keluarga jika mahu menjadi penderma organ. Mereka ada hak untuk tahu. Individu di bawah 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa terlebih dulu.

“Salam faham mengenai pendermaan organ timbul kerana masyarakat tidak mendapat maklumat jelas. Penderma tidak memberitahu keluarga kerana takut untuk berfikir mengenai kematian. Berikrar menjadi penderma bukan bermakna kita mahu cepat mati kerana ajal maut ditetapkan Allah. Ia hanya persediaan untuk membenarkan organ atau tisu diambil selepas kita meninggal dunia supaya boleh menyelamatkan orang lain.

“Malah, ibu membantah apabila saya memberitahunya saya mahu menjadi penderma. Dia tidak mahu dengar langsung tetapi berulang kali saya beritahu itu adalah hajat saya dan minta ditunaikan apabila saya meninggal dunia kelak. Dia berubah selepas mendengar ceramah agama di masjid mengenai pendermaan organ,” katanya.

Anda tidak diwajibkan mengisi borang untuk menjadi penderma. Akta Tisu Manusia 1974 membenarkan pengambilan bahagian tubuh anggota atau organ jika si mati pernah menyatakan secara lisan atau bertulis mahu menderma organ selepas dia meninggal dunia dengan kebenaran waris.

“Tidak perlu daftar sebagai penderma. Jika keluarga tahu arwah pernah berhasrat mendermakan organnya dan mereka reda untuk menyempurnakan hajat berkenaan, yang perlu dilakukan ialah memberitahu atau menghubungi hospital.

“Kakitangan hospital akan datang ke rumah anda (jika meninggal di rumah) untuk menunaikan hajat terakhir orang yang anda sayangi.

“Dua pinggang yang didermakan boleh menyelamatkan empat pesakit iaitu dua penerima dan dua lagi pesakit untuk jalani rawatan dialisis.

“Derma organ bukan sekadar menyelamatkan nyawa orang lain tetapi ia adalah sedekah yang tidak ternilai dan terus ‘hidup’ walaupun kita sudah tiada,” katanya.

Untuk keterangan lanjut atau mahu berikrar menjadi penderma, anda boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-9080, Pusat Sumber Transplan Negara (03-2694 2704/2705) atau menghantar emel ke [email protected].
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 06:52 PM | Show all posts
61# selimutpurple
aku derma jantung jeh
kekure Post at 8-12-2009 22:39
huu.. kalau jantung tu mang bagus..selimut x dapat bgfg ler... coz kene belah dada..adesh.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2009 01:15 AM | Show all posts
66# selimutpurple
dah niat nak derma organ kene jaga elok2 la
aku sekarang cuba sedaya upaya jaga kesihatan
bukan jeh untuk diri aku tapi untuk bakal penerima Insya Allah
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2009 06:56 PM | Show all posts
66# selimutpurple
dah niat nak derma organ kene jaga elok2 la
aku sekarang cuba sedaya upaya jaga kesihatan
bukan jeh untuk diri aku tapi untuk bakal penerima Insya Allah
kekure Post at 22-12-2009 01:15

alhamdulillah... kene jaga kesihatan yer... jangan isap rokok... kurangkan makan kgula n garam,.,,,, badan sihat otak cergas.. organ2 pown sihat2 hendaknya.... ehhehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2009 07:28 AM | Show all posts
68# selimutpurple
aku alhamdulillah so far menten lagi kesihatan
cuma kene jog lebih lagi kasi mantap lagi penampilan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2010 05:09 PM | Show all posts
Cuti Tanpa Rekod 42 Hari Kepada Penjawat Awam Derma Organ

KUALA LUMPUR: Penjawat awam yang menderma organ kepada mereka yang memerlukan akan diberikan cuti tanpa rekod selama 42 hari, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.

Beliau berkata, menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010, cuti berkenaan diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam yang dilantik secara tetap, sementara, kontrak, sangkut dan guru sandaran.

"Kadar Cuti Tanpa Rekod yang boleh diluluskan adalah mengikut tempoh yang diperakukan oleh pegawai perubatan pakar atau tidak melebihi 42 hari, mengikut mana yang lebih rendah termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am,"

"Cuti ini bermula dari tarikh pegawai dibenarkan pulang ke rumah menjalani proses pemulihan, " kata Ismail dalam pekeliling itu, hari ini.

Ismail berkata, sepanjang tempoh pegawai dimasukkan ke hospital untuk menjalani ujian, pembedahan dan tempoh sebelum discaj dari hospital, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Sakit berdasarkan sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh hospital.

"Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini hanya terpakai untuk pembedahan yang dijalankan di dalam negara sahaja, " katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2010 11:55 AM | Show all posts
Hanya 277 derma organ

2010/02/10

KUALA LUMPUR: Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL) bersama Pusat Sumber Transplan Nasional di bawah Kementerian Kesihatan dan Majlis Pusat Sathya Sai Baba Malaysia melancarkan Kempen Gerakan Kesedaran Menderma Organ.
Pelancaran gerakan kesedaran itu dilakukan dan diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ, Tan Sri Lee Lam Thye di Dewan Pantai, Pantai Hospital di sini, semalam. Antara yang hadir, Pengerusi Pantai Holding Berhad, Tan Sri Mohamed Khatib Abdul Hamid, Ketua Koordinator Transplan Nasional dan Pengurus Perolehan, Pusat Sumber Transplan Nasional, Datin Dr Lela Yasmin Mansor. Mengikut statistik pada penghujung Januari lalu, 138,193 orang mendaftar sebagai penderma organ manakala hanya 277 orang menjadi penderma. Lee berkata, dia akan memanggil ahli jawatankuasanya untuk mesyuarat bagi merangka strategi tahun ini selepas perayaan Tahun baru Cina.


“Kita berharap akan ada lebih banyak pembabitan badan bukan kerajaan (NGO) pada masa depan dan berharap media juga membantu menyebarkan maklumat mengenai kebaikan pendermaan organ kepada orang ramai. “Kerjasama semua pihak amat penting dalam kita cuba mempromosi, mendidik dan memperbetulkan persepsi masyarakat mengenai pendermaan organ.


“Tidak ada satu pun agama menentang terhadap tugas mulia (menderma) seperti ini kerana sudah diketahui perbuatan ini mampu menyelamatkan nyawa orang lain,” katanya pada sidang media. Sementara itu, mengulas statistik kemalangan membabitkan hampir 6,000 nyawa dalam kemalangan setiap tahun, beliau berkata: “Saya harap setiap keluarga yang mempunyai ahli keluarga terbabit kemalangan (maut), tampil memberikan keizinan untuk menderma. “Memang ini berkaitan dengan emosi tetapi jika difikirkan sesuatu seperti ini mampu menyelamatkan nyawa orang lain, sumbangan ini akan dianggap satu anugerah serta peluang kepada mereka yang memerlukan bantuan pemindahan organ,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 03:39 PM | Show all posts
Borang pendermaan organ

Makin mudah nak menderma organ
Jadi takde alasan tak mau menderma

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 01:36 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.047181 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list