CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rurouni_khairul

Sejarah kelahiran Mu'awiyah.

[Copy link]
Post time 5-3-2007 01:08 PM | Show all posts
....Rasul sendiri jauh-jauh hari - berkat kabar dari Jibril- telah mengetahui tentang peristiwa yang bakal menimpa cucunya di Karbala. Belum lagi yang berkaitan dengan mimpi ummul mukminin Ummu Salamah ra. Juga mimpi sahabat besar Rasul, Ibnu Abbas ra. Jadi, kezaliman Yazid sampai akhir hayatnya sudah "diprediksikan" oleh Allah, sebagaimana prilaku Abu Lahab yang disitir oleh Allah dalam Surat al-Lahab yang ditujukan kepadanya. Padahal, bukankah sewaktu surat tersebut diturunkan, Abu Lahab masih hidup dan masih bisa berbuat taubat? Kalaupun Abu Lahab bertaubat, maka taubatnya tidak akan diterima sebagaimana ungkapan Fir抋un sewaktu akan tenggelam "Amantu bi rabbi Musa wa Harun" (aku beriman kepada Tuhannya Musa dan Harun). Hal itu lebih dikarenakan, sebegitu besar kezaliman yang telah ia lakukan sehingga seakan pintu taubat telah ditutup bagi Allah. Begitu pula dengan Yazid, sebegitu dahsyat kezaliman yang telah ia lakukan maka pintu taubat telah ditutup oleh Allah, dan Allah menjatuhi vonis hatm (kepastian hukuman) atasnya, sebagaimana Abu Lahab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2007 01:10 PM | Show all posts
Rasul pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Abi Darda
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 01:15 PM | Show all posts
Oleh karenanya, Rasulullah saw jauh-jauh hari telah mengetahui -melalui wahyu Allah- akan hal tersebut, dan dalam banyak hadis disebutkan beliau sangat membenci Bani Umayyah sampai akhir hayatnya. Sebagai contoh, hadis yang diriwayatkan Imran bin Hashin "Rasulullah saww meninggal dalam keadaan membenci tiga kabilah; Bani Hanifah, Bani Makhzum dan Bani Umayyah". Sebagaimana disebutkan dalam hadis-hadis lain yang juga memasukkan Bani Umayyah disana
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 01:41 PM | Show all posts
rurouni_khairul verses Lloni....2 pandangan yang berbeza tentang Bani Umaiyah atau  secara khususnya Muawiyah dan zuriatnya.

Masing2 mengemukakan  hujah2 ulama2 tersohor...jadi mana satu yang benar ??? Tentu ada satu yang salah dan satu yang benar...Jadi apakah kesimpulannya tentang Muawiyah dan zuriatnya ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2007 01:46 PM | Show all posts
Originally posted by Lloni at 5-3-2007 12:59 PM
paste lah article tu....nak baca juga!


Ini link kepada artikel tersebut. Agak panjang jugak artikel die Lloni. Jenuh gak la.

http://www.darulkautsar.com/pemurniansejarah/teks/husain.htm

Nanti bagi la pendapat awak jugak..saya memang tengah mengkaji tentang sejarah Islam start dari penghujung Zaman Khulafa Ar-Rasyidin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2007 01:51 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 5-3-2007 01:41 PM
rurouni_khairul verses Lloni....2 pandangan yang berbeza tentang Bani Umaiyah atau  secara khususnya Muawiyah dan zuriatnya.

Masing2 mengemukakan  hujah2 ulama2 tersohor...jadi mana satu yang  ...


Hehehe..kat sini takde isu sape lawan sape atau sape menang sape kalah. Kita di sini nak tentukan adakah sejarah Islam yang kita ketahui selama 1,400 tahun ini accurate atau telah dimanipulasikan untuk kepentingan sesetengah pihak yang memusuhi Islam.

Arakian seperti yang kita semua ketahui, sebelum ketibaan Islam, Rom dan Parsi menguasai sekitar semenanjung Arab. Setelah Nur Islam terpancar mereka hilang pengaruh. Tetapi mereka tak pernah mengalah dan cuba memerangi Islam secara subversif pula. Tapi saya takde la menafikan keislaman orang Parsi atau Eropah malah ade sahabat Nabi SAW yang mulia di kalangan bangsa-bangsa ini seperti contoh Salman Al-Farisi r.a. seorang Parsi dan Suheil r.a. seorang Romawi yang duduk di Mekah.

Ape-ape pun semua pengetahuan adalah dari Allah. Die lebih mengetahui dan sebaik-baik hakim.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2007 09:28 AM | Show all posts
Originally posted by <i>rurouni_khairul</i> at 5-3-2007 01:51 PM<br />

<br />

<br />
Hehehe..kat sini takde isu sape lawan sape atau sape menang sape kalah. Kita di sini nak tentukan adakah sejarah Islam yang kita ketahui selama 1,400 tahun ini accurate atau telah dimanipulas ...
<br />

Bukan maksud saya nak awak berdua bergaduh...Tapi nak tau pandangan yang mana yang benar...bagusla kamu berdua menyumbangkan idea...tapi kita mesti ada satu rumusan akhirnya...iaitu "sape yang telah memanipulasikan fakta sebenar" tentang sejarah Muawiyah dan zuriatnya sehingga sekarang (Kerajaan Bani Saud @ Raja Arab Saudi sekarang dikatakan adalah dari keturunan Abu Jahal dan Hendon iaitu sama dengan keturunan Muawiyah sekarang...jika benar kenyataan ini, ia amat penting untuk  mengetahui tentang kebenaran fakta yang telah dibincangkan   di atas...jika Saidina Ali dan Hussien r.a. berada di pihak yang benar bermakna legasi dan manipulasi fakta sebenar akan diteruskan oleh Kerajaan Bani Saud...sehinggalah datang pembawa panji-panji HITAM dari TIMUR yang akan mengembalikan HAK kepada yang BENAR. Pernahkan kita terfikir bahawa dalam urusan penjagaan 2 Tanah Suci ini sejak dari zaman Jahiliah diuruskan oleh Bani Umaiyah...kemudian Bani Hasyim...dan selepas itu diurus semula oleh Kerajaan Umayyah...kemudiaan Abbasiah dari keturunan Bani Hashim....sehinggalah pada zaman Khalifah Othmaniah, dimana Tanah Suci Makkah telah diserahkan kepada Sharif Makkah dari keturunan Bani Hashim iaitu keturunan Raja Jordan sekarang...kemudian datang British, lalu sharif Makkah tadi diusir dan dinaikkan semula keturunan Umaiyah iaitu Bani Saud sehingga sekarang memerintah Arab Saudi...lihat, sebab itulah kita lihat Arab Saudi tidak lebih kepada BONEKA Barat sahaja...dan pada akhir zaman nanti ALLAH akan mengembalikan semula dua tanah suci ini kepada zuriat dari keturunan Bani Hasyim khususnya dari zuriat junjungan yang Mulia Rasulullah S.A.W...insyaALLAH )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2007 11:35 AM | Show all posts

Reply #67 tongkatali's post

Yup, tak dinafikan Dinasti Ahlul Bait yang ada di muka bumi skrg nie ialah di Jordan..itupun kerana Bani Hasyim yang telah diusir dijemput oleh rakyat Jordan (pada masa tuh dikenali sebagai Trans-Jordanian) untuk meminpin mereka.

Di sini niat kita bukanlah hendak memburuk-burukan sahabat-sahabat Rasullulah SAW yang mulia...jika tak keberatan saya nak memetik satu hadis nie:

揓anganlah kamu menghina sahabat-sahabatku kerana jika engkau membelanjakan emas sebesar bukit Uhud di jalan Allh ianya tidak akan sama dengan secupak atau setengah cupak yang dibelanjakan oleh salah seorang dari mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2007 02:37 PM | Show all posts
Originally posted by <i>rurouni_khairul</i> at 6-3-2007 11:35 AM<br />
Yup, tak dinafikan Dinasti Ahlul Bait yang ada di muka bumi skrg nie ialah di Jordan..itupun kerana Bani Hasyim yang telah diusir dijemput oleh rakyat Jordan (pada masa tuh dikenali sebagai Trans ...
<br

Sebenarnya Kerajaan yang diperintah atau dikuasai oleh Keturunan Ahlul Bait bukan sahaja di Jordan, ianya bertaburan di seluruh dunia antaranya Morocco, Brunei...bahkan keseluruhan raja-raja Melayu adalah dari keturunan yang mulia ini. Lebih menarik lagi kesemua Perdana Menteri Malaysia juga adalah dari zuriat yang mulia ini.

Kenapa hal ini berlaku...panjang ceritanya...dan semua ini telah diramalkan berlaku oleh Rasulullah S.A.W sendiri seperti apa yang dicatat dalam hadis dibawah...

Daripada Abdullah Ibn Mas'ud katanya: "Ketika kami berada di samping Rasulullah SAW tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda dari kalangan Bani Hashim. Apabila terpandang akan mereka,maka kedua mata Rasulullah SAW berlinangan air mata dan wajah baginda berubah. Akupun bertanya: "Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?" Maka Rasulullah SAW menjawab, "Kami adalah ahli keluarga (ahlul bait) yang telah Allah SWT pilih untuk kami akhirat melebihi dunia. Kaum kerabatku nanti akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak

Ulasan: Hadis ini membuktikan bahawa apa yang telah diberitahu oleh baginda Rasulullah SAW tentang penyingkiran kaum keluarga (ahlul bait) telah benar-benar berlaku. Selepas penyingkiran itu berlaku, bertebaranlah ahlul bait ini diserata dunia dan menggunakan berbagai gelaran. Di negara kita dikenali sebagai syed/syarifah, di Indonesia Habib, di Somalia sebagai Aidid. Penyingkiran itu dilakukan oleh golongan Arab Badwi yang menguasai Makkah dan Madinah sehingga sekarang, sehinggalah datang SATU KAUM DARI SEBELAH TIMUR  dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam.

Keturunan Ahlul Bait ini kemudiannya berkelana keseluruh dunia termasuklah ke Alam Melayu...semua ini bukan kebetulan tetapi suatu perancangan yang telah ditetapkan oleh ALLAH s.w.t.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 09:08 AM | Show all posts
...suatu sisipan selingan dari syed husein al attas agak menarik...walau ada bau politik baik utk kita renungi..



HIZBULLAH, WAHABI, SAUDI, YAHUDI


PAGI 31 Ogos 2006, seperti biasa sesudah subuh saya akan turun dari rumah untuk bersiar-siar di dalam Taman Hana yang saya usahakan dengan titik peluh saya sendiri. Pada tarikh yang sama 49 tahun lalu, negara kita telah mencapai kemerdekaannya. Bangsa yang tidak lagi dijajah adalah bangsa yang bermaruah. Kita sudah merdeka dan hidup dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Kebetulan pada hari ini juga puteri saya, Sharifah Fatimah Az-Zaharah akan melangsungkan pertunangannya dengan Syed Haris Al-Jamalullail. Anak dara tak boleh simpan lama di dalam rumah, sama juga seperti mayat. Sudah ada jodoh, tunang dan nikahkan. Ikutlah sunnah Rasulullah S.A.W. Saya mengundang kira-kira 300 orang tetamu dari kalangan keluarga dan sahabat terdekat namun seperti biasa orang yang datang ke majlis ini menjadi empat kali ganda. Ini termasuklah seorang penulis, Dr. Daud Abdullah dari London yang juga telah menghadiahkan anak saya, Syed Muhamad Muhiddin sebuah buku yang bertajuk A History of Palestinian Resistance. Selain Dr. Daud, aktivis Dr. Azam Tamimi yang berketurunan Bani Tamim juga pernah datang ke mari. Majlis pertunangan dimulakan dengan bacaan maulud bagi memperingati junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.. Sambil berselawat ke atas baginda, kami juga melafazkan nasyid yang memuji kebesaran Ilahi dan kemuliaan Muhammad S.A.W. selaku kekasih dan Nabi Allah. Majlis diketuai oleh Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid dan beberapa orang Habib dari Indonesia, Singapura, Hadramaut Timur Tengah yang tiba-tiba muncul pada pagi itu tanpa diundang untuk menyerikan lagi majlis. Kehadiran mereka menjadikan majlis pada pagi itu begitu syahdu. Begitulah, sekiranya pertolongan itu datangnya dari Allah. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang mengkehendakinya, Dan siapa yang diberikan hikmah telah diberikan kebaikan yang berlimpah. 269: al-Baqarah Sambil bersiar-siar saya terfikirkan bahawa kemenangan Hizbullah di Lebanon dalam mematahkan pencabulan zionis adalah sebenarnya kemenangan Islam. Kita perlu memikirkan apa rahsianya bila yang sikit boleh mengalahkan yang ramai. Selaku umat Islam saya bangga kerana Malaysia dan Indonesia mahu menyertai misi pengaman di Selatan Lebanon biarpun kedua-dua negara ini bukan negara Arabtapi sanggup melakukan jihad fisabilillah untuk membantu mereka yang dikeroyok oleh zionis dan sekutunya. Tindakan pemimpin Arab yang bersikap berdiam diri tak banyak bezanya dengan bersubahat. Saya fikir antara sebab Hizbullah boleh mengalahkan zionis dan sekutunya kerana Hizbullah ada networking, ada pertolongan dari Iran kerana Iran akan sentiasa menyokong mana-mana negara yang tertindas dan dizalimi (kaum mustad抋feen)) Hizbullah mempunyai semangat jihad fisabilillah. Hizbullah yakin dengan kekuasaan yang ada pada Allah. Kemenangan Hizbullah ini patut menjadi contoh dan tauladan kepada umat Islam yang lain Jika mahukan kemenangan tak perlu ada perasaan takut mati. Kenapa mesti takut pada manusia yang tidak takut pada Allah? Orang yang angkuh, kejam dan zalim pasti akan menerima pembalasan Tuhan. Kalau Afrika Selatan boleh bebas dari Apartheid, tak mustahil Lebanon dan Palestin bersama bantuan dari negara luar dan bantuan media massa boleh menghapuskan perlakuan ganas zionis di bumi mereka. 揘egara-negara bukan Islam pun bersama para pejuang yang ditindas di atas dasar kemanusiaan.擺/i] George Galloway (British MP) Fox News Orang masih percaya dengan tok-tok Arab di Mekah walaupun mereka menipu kerana mereka pandai baca al-Quran dan berpakaian kononnya ikut sunnah Nabi. Akibat bukan jauhari maka ramai yang tak dapat membezakan antara Arab kafir dan Arab Islam, Arab Mekah dan Arab Madinah, antara Arab keturunan ahlul bait atau antara keturunan bani Hasyim dengan Arab biasa. Orang yang kenal beza dan kaca, akar dan rotan saja yang kenal antara syaitan dan malaikat. Kita tengok di TV misalnya, penyanyi wanita Arab Kafir yang mendedahkan tubuh itu sebenarnya adalah Kristian tapi kerana mereka Arab kita kata mereka Islam. Begitu juga dengan Arab-Arab yang pergi berpoya-poya ke Indonesia, Thailand, Filipina, minum arak, cari betina dan berjudi. Bila rakyat tempatan tengok Arab boleh buat, mereka nak buat sama. Mereka terlupa yang Arab dan Islam itu dua benda yang berbeza. Islam itu ialah cara hidup yang paling sempurna. Arab hanyalah satu bangsa yang tak banyak beza dengan Yahudi dan berasal dari satu keturunan.Sama seperti Melayu dan Islam. Bila Melayu perangainya bertentangan dengan ajaran Islam , orang kata Islam yang buruk. Begitulah juga dengan Taliban dan Osama ben Laden. Sebablah itu ramai yang tertipu akibat tiada iman. Maka kita kena belajar sejarah Islam. Kita kena kenal Nabi kita dari puak yang mana. Samakah perangai bani Hashim dengan bani Umaiyah atau bani Abbasiah? Apa Arab-Arab Islam yang menjadi jiran Iraq buat ketika Iraq dan Lebanon diserang oleh pengganas Amerika? Sama juga seperti kes Arab di Kuufah yang hanya melihat Saidina Hussain dan kaum keluarganya disembelih dengan kejam oleh Yazid. Siapapun tak menolong. Mereka ini adalah dari keturunan yang sama. Kita tak perlu beritahu Yahudi dan Kristian bahawa Islam itu agama kedamaian. Ramai Yahudi boleh baca dan memahami isi kandungan al-Quran. Ramai Yahudi yang baik, yang jadi pemusnah dan pengganas itu adalah zionis dan tentera Israel. Macam mana tentera Israel boleh berani mengambil Palestin kalau bukan kerana sikap orang Arab yang tidak memperdulikan apa yang berlaku terhadap masjid Al-Aqsa dan Imam Khomeini di Iran yang memulakan semangat juang al-Quds. Mereka menganggap Islam yang bermazhab Syiah itu kafir. Dan apakah bila memusuhi zionis dan Amerika itu kafir tapi bila bersubahat dengan zionis itu Islam? Inilah akibat menghalalkan orang Islam diperangi oleh Amerika, zionis dan Nasrani seperti fatwa yang dikeluarkan oleh ulama Arab Saudi. `Israel bukan saja bernasib baik kerana ia melancarkan ke atas Lebanon bukan saja dilihat berdasarkan persetujuan beberapa negara Arab yang tidak bersetuju dengan Hizbullah, tetapi ia juga seolah-olah melakukan perkara dengan mendapat sokongan daripada fatwa ulama Wahabi Arab Saudi, Syeikh Abdullah bin Jabreen. Dalam fatwa yang disiarkan oleh beberapa akhbar Arab dan turut disiarkan akhbar-akhbar antarabangsa, Abdullah bin Jabreen berkata, `Tidak boleh kita menyokong Hizbullah kerana mereka merupakan Rawafid yang dihukum kafir oleh Ahlul Sunnah Wal Jamaah kerana mempertikaikan al-Quran.抂/i] Al-Islam Kenapa ikut fatwa ulama Wahabi? Sedangkan mengikut mazhab Syiah sudah diiktiraf oleh Sheikh Azhar sama seperti mazhab Maliki, Hambali, Hanafi dan Shafie. Kalau kafir macam mana orang Iran boleh bertanding tilawah al-Quran hingga qari-nya boleh menjadi johan? Kalau kafir kenapa mereka boleh mengerjakan haji di Mekah bersama-sama umat Islam yang lain dan menghadap kiblat yang sama? Mengapa mereka boleh duduk di dalam OIC jika mereka bukan Islam ? Pelik, seluruh dunia Islam bangkit marah bila Pope Benedict melabel Islam sebagai agama keganasan tapi bila ulama Wahabi keluarkan fatwa Syiah sebagai kafir, kita diam seribu bahasa. Sendiri punya diri, sendiri mau ingatlah! Allah beri akal untuk berfikir. Kita adalah makhluk yang diberikan al-Quran, Rasulullah S.A.W. dan akal fikiran. Ingatlah bahawa hanya dengan tiga kombinasi ini saja manusia boleh menjadi rasional tanpa prejudis. Pope Benedict telah memberitahu dunia tentang rasa kesalnya di atas kata-kata yang dianggap menghina Islam hingga mencetuskan kemarahan masyarakat Muslim di seluruh dunia serta menekankan petikannya ke atas satu teks lama mengenai perang tidak mencerminkan pendiriannya. Ada pemimpin Muslim menerima dan ada yang tidak. Pemimpin Ikhwanul Muslim di Mesir, melembutkan pendirian dengan berkata, hubungan mereka dengan penduduk Kristian kekal 慴aik, bertamadun dan bekerjasama.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 11:57 AM | Show all posts
Adakah apa2 bukti hadis tentang Muawiyah...misalnya tentang jaminan syurga ???...adakah benar beliau juga perawi hadis...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2007 05:07 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 7-3-2007 11:57 AM
Adakah apa2 bukti hadis tentang Muawiyah...misalnya tentang jaminan syurga ???...adakah benar beliau juga perawi hadis...?


Seingat saya, Mu'awiyah r.a. adalah salah seorang jurutulis wahyu dan ditugaskan oleh Rasullulah SAW untuk menulis ayat-ayat Quran bagi tujuan pembukuan.

Saya rasa ade muslihat terselindung di sebalik cerita-cerita jahat Mu'awiyah r.a. dan keturunannya oleh pihak-pihak yang memusuhi Islam secara subversif. Bayangkan ape akan jadi bila seorang jurutulis Quran memiliki sifat-sifat keji yang lazimnya tiada pada seorang Muslim biase tapi terdapat pada seorang sahabat baginda SAW? Sudah tentulah kesucian Quran akan terjejas kerana salah seorang penulisnya ialah Mu'awiyah r.a. yang kononnya seorang yang zalim, pembelit dan penindas.

Sejarah perlu dikaji semula.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 06:14 PM | Show all posts
sepintas lalu corak politik di asia barat...


Makna bersejarah perjanjian Iraq
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 06:30 PM | Show all posts
Impian golongan Syiah di IraqOleh: ZIN MAHMUD
KHAMIS lalu, golongan Syiah di Iraq menyambut Hari Asyura, iaitu pada 10 Muharam dengan melakukan upacara menyeksa diri sebagai memperingati bagaimana cucu Rasulullah s.a.w., Sayidina Hussain yang terkorban dalam pertempuran dahsyat di Karbala apabila tentera pimpinan Yazid, anak kepada Khalifah Muawiyah membunuh mereka.
Perdebatan antara Sunah waljamaah dan Syiah berlarutan dari zaman ke zaman. Ia berkembang dengan penuh sensitiviti dan emosional hingga ke hari ini. Perdebatan dan persaingan antara golongan Syiah dan Sunah tidak berkesudahan, hingga ke hari ini politik di Iraq turut mencerminkan perbalahan antara mazhab ini.
Perbicaraan Saddam Hussein turut mencerminkan perbalahan ini. Beliau dituduh melakukan pembunuhan keji ke atas golongan Syiah dan Kurdis.

Sememangnya dalam tradisi, mereka menyifatkan diri mereka sebagai umat Islam sebenar tetapi ditindas dan dipinggirkan oleh golongan Sunah melalui institusi khalifah. Baik khalifah Umaiyah, Abasiah mahupun Uthmaniah.
Mereka menolak institusi khalifah, sebaliknya mengambil konsep imamah. Mereka menolak kepimpinan khalifah yang dianggap telah diseleweng, bermula daripada Sayidina Abu Bakar tetapi berjaya dikembalikan kepada haknya semasa Sayidina Ali menjadi khalifah. Tetapi kemudian kekuasaan ini dirampas semula melalui pemerintahan Khalifah Muawiyah di Damsyek.
Golongan Syiah tidak mengiktiraf Muawiyah. Baginya kepimpinan wajar bermula daripada Sayidina Ali dan baginda merupakan imam pertama diikuti dengan Sayidina Hussain sebagai imam kedua.
Mereka mengiktiraf 12 imam sebagai ketua umat Islam dengan imam terakhir ghaib dan mereka menunggu Imam Mahdi.
Tetapi dalam sejarahnya, Syiah pernah mewujudkan kerajaan-kerajaan besar, umpamanya Fatimiah yang berpusat di Kaherah dan kerajaan Qajar dan Safawiyah di Iran.
Apabila penjajah British yang bersaing dengan Perancis, Jerman dan Rusia masuk ke Asia Barat, Syiah sudah kehilangan kuasa. Di Iran sendiri, AS masuk ke negara itu untuk menggantikan penjajah British dan meletakkan Reza Pahlawi sebagai Syah Iran yang merupakan kerajaan baru pro-Barat di atas runtuhan kekuasaan Syiah.
Ketika mana nasionalis dari kalangan Sunah dapat menguasai banyak negara bekas wilayah Khalifah Uthmaniah, umat Syiah kehilangan kuasa walaupun mereka adalah majoriti di Iran dan Iraq.

Sifat Syiah yang mempunyai tradisi gigih menentang penindasan bersesuaian benar dengan jati diri bangsa Parsi. Jauh sebelum Islam, bangsa Parsi tidak pernah tunduk kepada kuasa-kuasa lain yang ingin menjajahnya.
Mereka sentiasa berperang menentang penguasaan Yunani, Rom dan Arab. Mereka pernah kalah di tangan Iskandar Agung dari Macedonia yang berperang bagi pihak Yunani. Walaupun kerajaan mereka musnah, di bawah Panglima Iskandar, bangsa Parsi bangkit semula untuk berdepan dengan Rom dan Bizantium.
Walaupun bangsa Parsi kalah di tangan Arab dan Islam diterima sebagai agama, tetapi mereka bangkit semula dan memilih Syiah. Mereka bersama dengan Bani Abasiah yang merupakan golongan Sunah menentang Khalifah Umaiyah.
Kejayaan menjatuhkan Umaiyah membawa kepada penubuhan Khalifah Abasiah yang berpusat di Baghdad. Hakikatnya tamadun kegemilangan Islam di Baghdad adalah hasil kerjasama budaya Parsi dan Arab. Ada masanya Muktazilah merupakan mazhab rasmi Abasiah dan Syiah mewarisi falsafah pemikirannya.

Maka Baghdad dan Iraq di mana terletaknya Najaf dan Karbala adalah wilayah penting Syiah hingga ke hari ini.
Setelah kejatuhan Abasiah di tangan Mongol, Iran juga dimusnahkan sama. Tetapi kemudiannya ia bangkit semula dan kerajaan Qajar dan Safawiyah menjadi penyimpan warisan pemikiran Islam yang hilang selepas kejatuhan Baghdad.
Maka tidak hairanlah, golongan Syiah akan terus memperjuangkan hak kemerdekaan mereka bukan saja di Iran tetapi juga di Iraq dan Lebanon. Ayatullah Khomeini telah menunjuk jalan dan berusaha membebaskan Iraq daripada Saddam tetapi gagal.
Apa yang termampu adalah penubuhan kerajaan buangan Majlis Tertinggi Revolusi Islam Iraq (SAIRI) yang kini menjadi komponen penting dalam perikatan parti-parti Syiah yang memenangi pilihan raya Iraq seperti yang selesai dikira Jumaat lalu.
Di Lebanon, Hizbullah yang mewakili Syiah di negara itu berjaya memperoleh hak berpolitik mereka apabila mereka menang pilihan raya bagi kawasan Syiah. Suara Hizbullah adalah penting bukan saja di Lebanon tetapi juga dalam perjuangan pembebasan Palestin.
Sifat Syiah dan Iran tidak akan menyerah kalah pada penjajah, apatah lagi AS. Presiden Mahmoud Ahmedinejad, bekas aktivis pelajar yang setia pada Khomeini tidak akan tunduk pada tekanan Washington. Senjata nuklear, apatah lagi hak untuk memiliki tenaga nuklear semata-mata tidak akan dilepaskan dengan begitu saja kepada AS.
Yunani, Rom, Arab, Turki dan Mongol pernah dihadapi oleh bangsa Parsi. Maka mereka tidak akan tunduk kepada AS, yang gemar menggambarkan diri mereka sebagai pewaris Yunani dan Rom.
Maka walaupun mereka bekerjasama dengan penakluk AS di Iraq tetapi umat Syiah tidak akan tunduk kepada mereka. Ada kalangan di pihak AS yang berasa bertanggungjawab untuk memastikan Iraq bebas daripada pengaruh Iran melalui Syiah. Tetapi siapakah AS untuk campur tangan di Iraq? Kepentingan mereka hanya terletak pada Israel dan minyak.
Tetapi Iran dan Syiah adalah sebahagian daripada Baghdad dan Iraq dari zaman silam lagi. Iran lebih berhak campur tangan dalam hal-ehwal Iraq daripada AS.

Kemenangan perikatan parti-parti Syiah di Baghdad hanya satu langkah kemajuan bagi mazhab itu. Mereka bekerjasama dengan golongan Sunah, sama ada Arab atau Kurds. Kerjasama tidak menjadi masalah. Golongan Syiah di Lebanon bekerjasama dengan Sunah dan Kristian Maronit. Begitu juga dengan Syria. Apa yang umat Syiah tentang adalah peminggiran dan penindasan.
Tetapi kehadiran AS di Iraq dan Asia Barat adalah penjajahan dan hegemoni. Mereka memperjuangkan demokrasi bagi Asia Barat tetapi apabila rakyat Palestin memilih Hamas, Washington tidak dapat menerimanya. Begitu juga di Iran dan Iraq. Rakyat telah jelas memilih Mahmoud dan parti-parti Syiah yang menerima ajaran Khomeini.
Apakah impian Syiah di Iraq? Mereka mahukan kuasa politik setimpal dengan kedudukan mereka di negara itu. Jika AS menghalang, maka pertembungan akan berlaku.
Bayangkanlah apabila parti-parti Syiah merupakan kuasa dominan di Iraq dan AS tidak menyukainya, maka sokongannya beralih pula kepada gerila militan Sunah.

Malah ada laporan bahawa rundingan diadakan antara tentera AS dengan gerila Sunah Iraq yang tidak ada hubungan dengan Al-Qaeda untuk menghentikan pertempuran.
Mungkinkah dalam senario berbeza, AS akan bersama Al-Qaeda bagi menentang Syiah, baik di Iraq, mahupun di Iran?
Impian AS terhadap Asia Barat ialah kemunculan satu rantau yang dapat mengiktiraf dan menerima kehadiran Israel. Negara-negara Asia Barat diimpikan bukan saja pro-Barat tetapi juga mengamalkan sistem demokrasi dengan ekonomi berkembang, seperti apa yang berlaku di Asia Timur dan Eropah.
Tetapi Asia Timur dan Eropah tidak menghadapi masalah seumpama Israel-Palestin.
Apabila sebuah negara diwujudkan secara palsu di sebuah wilayah yang sudah mempunyai penduduk dan hak milik, maka sudah tentu berlaku pemberontakan, lebih-lebih lagi jika penduduknya tidak dapat menerimanya.
Buat masa ini hanya Iran melalui presidennya mempunyai kelantangan untuk menyuarakan bahawa Israel tidak wajar diwujudkan di tempat yang ada itu. Bagi Presiden Iran, Israel patut ditubuhkan di Eropah atau Amerika Utara bukannya di Asia Barat.

Hamas yang memenangi pilihan raya Palestin juga menolak kesahihan Israel.
Maka selagi masalah ini tidak selesai, Asia Barat tidak akan dapat mengecapi keamanan. Tetapi persoalan juga timbul masa bila Asia Barat pernah mengecapi keamanan?
Walaupun tamadun-tamadun besar muncul di Asia Barat, iaitu di Iraq, Palestin, Mesir, Turki, Iran dan Syria, tetapi peperangan berlaku silih berganti secara berterusan, dari zaman purba hingga ke hari ini.
Dalam sejarah, tamadun dan peperangan seolah-olah berkaitan. Tanpa adanya peperangan, maka tidak muncul tamadun. Malah penindasan dan kongkongannya juga menandai gerakan pembaharuan dan kebangkitan kebaikan.
Dalam sejarah purba, wilayah Iran dan Iraq bertindan. Di bumi Parsi purba, konsep dualisme, kebaikan lawan kejahatan mula digagaskan melalui agama Majusi yang dipelopori Zarathustra.
Kejahatan dan kebaikan sentiasa bertembung. Dalam sejarah nabi-nabi, setiap kejahatan yang datang dalam bentuk raja-raja zalim dikalahkan dengan kemunculan pembaharu.
Pada zaman Rasulullah empayar Rom dan Parsi diperintah oleh maharaja besar yang bersifat zalim dan menindas. Rasulullah s.a.w. membawa risalah kebenaran untuk menegakkan keadilan di muka bumi ini.
Maka Islam mudah tersebar kerana penduduk empayar ini mahu mengecapi kebebasan. Nilai-nilai keadilan ini menjadi tarikan bagi penduduk Asia Barat menerima Islam dan agama ini berjaya menumbangkan empayar Rom dan Parsi.
Maka begitu juga tentang gerakan Syiah pada zaman Khalifah Umaiyah yang mereka sifatkan sebagai menindas dan berbentuk empayar. Kerajaan Islam yang bersifat kerohanian dan membela orang susah tidak wajar berbentuk raja-raja.
Gerakan Bani Abasiah yang mendapat bantuan Syiah mencerminkan perjuangan menentang hegemoni seumpama ini.
Maka sikap Iran menentang AS dan usaha parti-parti Syiah di Iraq untuk menubuhkan kerajaan adalah untuk mencapai impian gerakan mazhab itu, yang memperjuangkan pembebasan daripada hegemoni kuasa besar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2007 06:31 PM | Show all posts

Reply #73 Lloni's post

Hmm..pihak yang Lloni maksudkan tuh macam puak Khawarij ajer?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 06:35 PM | Show all posts
Sistem Mushaf - Bacaan al-Quran lebih mudah``BAWAKAN kepadaku sebuah mushaf, dan satu bekas warna yang berbeza daripada warna tulisan mushaf. Apabila kubuka bibirku, ( fathah ) letakkan titik di atas huruf. Jika aku muncungkan bibirku ( dhammah ), letakkan titik di hadapan huruf itu, dan apabila aku leperkan bibirku ( kasrah ), letakkan tanda di bawahnya,'' ujar Abul Aswad ad-Du-ali kepada seorang lelaki dari Kabilah Abdul Qais. Begitulah bait demi bait al-Quran dibaca dan ditandakan hingga tamat sebuah mushaf.
Mushaf al-Quran mengalami perkembangan dari masa ke masa. Namun perkembangannya hanya menyentuh aspek yang mempermudahkan bacaan al-Quran dan tidak melibatkan perubahan pada kandungannya yang asal. Hanya pada era pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufian, titik dan baris mula diperkenalkan. Sebelum itu ia belum mempunyai titik, baris, tanda-tanda lain dan juga hiasan. Umat Islam ketika itu terkenal dengan kepandaian semula jadi mereka atau saliqah dalam selok belok bahasa Arab. Kemahiran ini membolehkan mereka membaca al-Quran dengan betul secara spontan, walaupun tanpa titik dan baris.
Sesuatu inovasi berkaitan mushaf al-Quran merupakan barometer yang mencerminkan tahap perkembangan Islam dan budaya umatnya di serata dunia. Untuk memelihara kesahihan bacaan al-Quran, maka sistem mengeluarkan bunyi dari mulut melalui bacaan al-Quran pun dipertingkatkan. Perkembangan ini membantu agar al-Quran tidak disalah baca.
Perkembangan ini juga merupakan satu ijtihad ulama dalam membina sistem-sistem yang membantu mempermudah lagi umat Islam membaca al-Quran. Menurut Syeikh Abdul Fattah al-Qadhi, para ulama berpendapat bahawa penambahan seperti ini dibolehkan, asal sahaja ia tidak menjejaskan kandungan asal al-Quran.
Orang pertama bertanggungjawab memulakan inovasi perkembangan mushaf selain daripada Abu Bakar dan Uthman ialah Abul Aswad ad-Du-ali. Beliau telah mencipta sistem titik berwarna di sisi huruf yang dikenali sebagai nuqtah al-I'rab ( titik bacaan ).
Perkembangan ini berlaku semasa pentadbiran gabenor Zaid bin Abihi di Basrah ( Era Khalifah Muawiyah ). Sistem ini menjadi asas perkembangan sistem baris yang digunakan sekarang dan banyak membantu pembacaan al-Quran yang betul, terutamanya di kalangan umat Islam yang bertutur selain daripada rumpun bahasa Arab.
Antara inovasi lain ialah penciptaan titik nuqtah al-I'jam ( titik pada huruf ) yang membezakan antara bunyi satu huruf dengan huruf yang lain. Sistem ini dicipta oleh Yahya bin Ya'mar dan Nasr bin `Asim, dua orang pakar qiraat dan ahli kesusasteraan Arab dengan arahan daripada Hajjaj bin Yusuf, gabenor Iraq. Titik-titik ini ditulis sama dengan warna ayat al-Quran supaya dapat dibezakan daripada titik tumpat merah ciptaan Abul Aswad ad-Du-ali.

Imam an-Nahri Khalil bin Ahmad al-Basri ( Era Abbasiah ) telah memperkembangkan lagi sistem titik bacaan dan menjadikannya baris-baris yang digunakan sekarang. Baris atas ( fathah ) diganti dengan huruf alif kecil yang dibaringkan, baris bawah ( kasrah ) dengan ya kecil di bawah huruf, baris hadapan ( dhammah ) dengan wau kecil di atas huruf dan lain-lain lagi.
Tanda bacaan ini dipertingkatkan lagi supaya seiring dengan sistem tajwid. Malah hari ini terdapat sesetengah mushaf yang mewarnakan ayat mengikut istilah hukum tajwid. Nombor-nombor ayat pada mushaf al-Quran hari ini berasal daripada sistem fasilah atau tanda pemisah ayat. Sistem sudut yang menamatkan sesuatu ayat dengan sempurna di bahagian bawah sebelah kiri setiap satu muka surat, dicipta pada beberapa dekad mutakhir ini bagi memudahkan hafazan, bacaan dan berhenti pada keadaan tertentu.

Sistem pembahagian mushaf mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sistem juz membahagikan al-Quran dalam 30 bahagian. Ia berkembang daripada sabda Rasulullah s.a.w. agar al-Quran itu dibaca dalam jangka masa 30 hari. Antara sistem pembahagian lain yang pernah digunakan dalam mushaf ialah pembahagian tujuh bahagian atau manzil, pembahagian sembilan, pembahagian khamas dan `asyar ( tanda setiap lima dan sepuluh ayat ) dan lain-lain.
Tanda `ain berasal daripada perkataan ruku', dipercayai telah dipelopori oleh Mulla Ali Qari. Ia merujuk kepada topik penceritaan di dalam al-Quran. Ruang baris ayat dalam mushaf pernah disusun mengikut bilangan sembilan, lima belas, dua puluh tiga baris dan sebagainya. Mushaf juga dibahagikan beberapa jilid seperti tiga puluh jilid, lima belas jilid, tiga jilid dan berbagai-bagai lagi bagi memudahkan pembacaan serta hafazan. Sistem yang telah disebutkan ini adalah sebahagian daripada sistem ayat. Sementara sistem iluminasinya pula akan disentuh secara khusus dalam artikel-artikel akan datang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2007 06:38 PM | Show all posts
Benarkah al-Quran yang ada masih asli, tiada tokok tambah?

Menangkis Keraguan
MENGIKUT Dr. Subhi Salih, al-Quran berasal daripada kalimat qaraa yang bermaksud `bacaan'. Ia adalah kalam Allah berbentuk mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan ditulis di atas mushaf melalui riwayat mutawatir dan membacanya merupakan ibadah.
Kesucian al-Quran dipelihara Allah dan jaminan ini disebutkan dalam surah al-Hijr ayat 9: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memeliharanya. Secara dasarnya kesucian al-Quran terpelihara melalui empat cara:

1. Sahabat-sahabat Nabi Muhammad menulis wahyu secara terus menerus seperti yang diturunkan kepada nabi. Penulis wahyu utama pada zaman nabi adalah Zaid bin Thabit, Ubai bin Kaab, Muaz bin Jabal, Muawiyah bin Sufian dan khalifah yang empat. Uthman bin Affan meriwayatkan, apabila suatu ayat diturunkan kepada nabi, baginda terus memanggil sahabat menulis wahyu itu dan mengarahkan sahabat berkenaan memasukkan ayat itu dalam surah-surah tertentu. Ini menunjukkan susunan setiap ayat dalam surah ditentukan oleh nabi sejak dari awal lagi.

2. Ramai dari kalangan sahabat nabi menghafaz al-Quran secara keseluruhannya. Antara mereka yang paling menonjol adalah Abdullah bin Mas'ud, Salim, Muaz dan Ubai bin Kaab. Mengikut riwayat Bukhari, nabi bersabda: Ambillah al-Quran daripada empat orang iaitu, Abdullah bin Masud, Salim, Muaz dan Ubai bin Kaab.

3. Semua sahabat yang bukan hafiz menghafaz sebahagian daripada al-Quran untuk dibaca di dalam sembahyang di samping dijadikan wirid harian. Mereka melaksanakannya akibat dirangsang oleh hadis-hadis yang menggalakkan pembelajaran al-Quran. Contohnya, sabda nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud: Sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya.

4. Sebahagian sahabat nabi mempunyai catatan al-Quran sebagai rujukan peribadi terutamanya pada peringkat wahyu sedang turun. Salah satu contoh menarik adalah semasa Umar belum memeluk Islam. Beliau pernah pergi ke rumah adik perempuannya selepas mendapat tahu adiknya sudah memeluk agama Islam dan di situ beliau memukul adik perempuan serta iparnya. Mengikut riwayat daripada Ibn Hisyam, Umar kemudiannya meminta untuk melihat lembaran al-Quran daripada adiknya. Selepas menyuruh beliau bersuci, ditunjukkan lembaran simpanannya yang mengandungi surah Taha. Insiden ini menjadi titik tolak pengIslaman Umar al-Khattab. Riwayat ini menunjukkan amalan mencatat al-Quran bagi kegunaan peribadi menjadi lumrah di kalangan para sahabat pada zaman nabi.

Pada zaman khalifah Abu Bakar, catatan-catatan al-Quran yang ditulis pada zaman nabi dihimpunkan kemudian ditulis semula pada lembaran khas oleh Zaid bin Thabit sebelum disimpan oleh Khalifah Abu Bakar. Semasa menulisnya, Zaid bin Thabit menggunakan metodologi yang amat teliti. Setiap lembaran yang diterimanya perlu dipersaksikan dan disahkan oleh dua orang yang menghafaz al-Quran. Selepas kematian Khalifah Abu Bakar, Khalifah Umar al-Khattab menyimpan lembaran al-Quran ini dan selepas kematiannya ia disrahkan kepada isteri Rasulullah, Hafsah. Pa-da zaman Uthman bin Affan, atas nasihat sahabat Huzaifah bin Yaman, lembaran yang berada pada tangan Hafsah diambil untuk disalin semula dan dibukukan secara rasmi.
Individu yang terlibat dalam usaha pembukuan al-Quran ini adalah Zaid bin Thabit, Abdullah bin Zubair, Said bin `As dan Abdul Rahman bin Harith. Lima naskhah al-Quran ditulis dan dihantar ke Mekah, Syria, Basrah, Kufah dan senaskhah disimpan di Madinah.

Naskhah yang berada di Madinah kemudiannya dibawa oleh pihak berwajib Turki ke Istanbul sebelum dipindahkan ke Berlin pada Perang Dunia I. Akhirnya ia dikembalikan ke Istanbul melalui Perjanjian Versailles selepas tamat Perang Dunia I dan berada di sana sehingga hari ini. Satu lagi naskhah yang ditulis pada zaman Khalifah Uthman disimpan di Samarkand pada tahun 1485M. Kemudian, pada tahun 1924 M, ia dibawa ke Tashkent, Uzbekistan dan kekal disimpan di sana sehingga hari ini. Perkara ini disebutkan dalam Proof of The Preservation of the Quran oleh Saabeel Ahmad dan Ulum Al-Quran oleh Ahmad Von Denfer. Semua ini membuktikan kesucian al-Quran terpelihara sehingga hari ini.

[ Last edited by  Lloni at 7-3-2007 06:41 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 09:56 AM | Show all posts
Syiah itu maksud lebih kurangnya adalah "kumpulan yang mencintai Ali dan zuriatnya iaitu Ahlul Bait"...betulkan...
Jadi kumpulan syiah ni bermula sejak kekhalifahan Saidina Ali r.a kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2009 05:24 PM | Show all posts

Reply #78 tongkatali's post

Yup, camtuh la lebih kurang...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 03:22 AM | Show all posts
Risalah ini adalah cuplikan (fragmen) dari kitab sejarah dan biografi, ditulis oleh seorang ulama besar, mantan Mufti Kerajaan Johor Baharu Malaysia Allamah Sayid Alwi bin Thahir Al-Haddad. Buku ini membahas tentang sejarah, biografi dan perilaku guru beliau AlHabib Al-Imam Ahmad bin Hasan Al-Athas dengan judul: 揢qud Al- Almas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.515730 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list