|
Originally posted by kecubung at 18-12-2007 10:35 AM
maaf.. melayu Brunei yg ada di Sabah dan Sarawak bukan nya mereka yg BERHIJRAH. tp mengikut sejarah, sebahagian Sabah dan Sarawak adalah dibawah pemerintah Kerjaan Brunei dizman dulu.. dan keturunan mereka yg ada hingga kini masih mengaku diri mereka Melayu Brunei. (korang jgn konpius lak, mereka hanya mengaku diri mereka berbangsa Puak Melayu Brunei, tp tetap berbangga sebagai rakyat Malaysia)..
Ijad faham apa yang Cub cuba nak sampaikan. Tapi Cub, orang Melayu Brunei di Sabah dan Sarawak hanyalah golongan minoriti tetapi di Brunei sendiri mereka adalah majoriti.
Asal-usul nama 'Brunei' berasal dari nama suku Brunei - salah satu suku pribumi yang terdapat di negara Brunei. Setelah suku Brunei memeluk agama Islam, mereka memanggil diri sendiri sebagai orang Melayu Brunei. Sebenarnya, sejarah suku Brunei / orang Melayu Brunei itu sendiri bermula di Brunei, bukan di Sabah atau Sarawak.
Tambahan pula, pusat pemerintahan Kesultanan Brunei sejak zaman dahulu lagi berpusat di Brunei hinggalah sekarang. Oleh itu, lebih tepat sekiranya kita katakan bahawa orang Melayu Brunei di Sabah dan Sarawak adalah berasal dari Brunei.
Walau bagaimanapun, situasi tersebut tidak menjadikan orang Melayu Brunei di kedua-dua negeri tersebut sebagai golongan pendatang kerana seperti kata Cub, negeri Sabah dan Sarawak dahulunya adalah sebahagian dari Kesultanan Brunei. Malah mereka tetap diiktiraf sebagai sebahagian dari masyarakat Melayu-Malaysia dan Bumiputra.
[ Last edited by ijad_adiputera at 29-12-2007 05:42 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by my_3A at 18-12-2007 12:24 PM
ijad_adiputera,
dari mana kau dapat maklumat ni?
Maklumat tu aku dapat dari "Buku Panduan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam, Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2007/2008", oleh Bahagian Kemasukan Pelajar dibawah Bahagian Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menurut buku tersebut, pentakrifan Bumiputra adalah seperti berikut:-
1. Semenanjung Malaysia
- "Jika salah seorang dari ibu atau bapa adalah Melayu Islam atau Orang Asli seperti yang termaktub di dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia; maka anak tersebut dianggap sebagai Bumiputra"
2. Sabah
- "Jika si bapa adalah Melayu Islam atau penduduk pribumi Sabah seperti yang termaktub di dalam Perkara 160A (6)(a) Perlembagaan Malaysia; maka anaknya dianggap sebagai Bumiputra".
3. Sarawak
- Jika kedua ibubapa adalah penduduk pribumi Sarawak seperti yang termaktub di dalam Perkara 160A (6)(b) Perlembagaan Malaysia; maka anak mereka dianggap sebagai Bumiputra"
Originally posted by my_3A at 18-12-2007 12:24 PM
Menurut peraturan dan ketetapan di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN), kalau Ayah = Bukan-Bumiputra walaupun ibunya Bumiputra, maka anak = Bukan Bumiputra.
Contohnya:
Bapa Cina + Mak Kadazan = Anak Cina.
Tetapi, ada yang ibunya mahu anaknya diiktiraf Bumiputra, jadi ibunya memohon di JPN.
Maka dapatlah taraf Sino-Native(Cina Bumiputra). Tapi tak dapat taraf Bumiputra penuh.
Ikutkan tak boleh buat macam tu, kerana peraturan di JPN =Keturunan/Kaum ditentukan melalui kaum bapa, walaupun ibunya =Bumiputra.
Mengikut buku tersebut, peraturan yg kau ckp tu hanya melibatkan negeri Sabah saja. Semenanjung Malaysia dan Sarawak tak terlibat...
Originally posted by my_3A at 18-12-2007 12:24 PM
Ada satu perkara yang berlaku di Semenanjung,ramai India Muslim mahu taraf Bumiputra, pasal nak dpt keistimewaanBumiputra(Melayu).
Jadi pernah dituntut oleh mereka(dr sebuah persatuan India Muslim) untuk jadi Melayu.
Aku pernah baca kt surat khabar. Mereka minta kerajaan mengiktiraf mereka sebagai orang Melayu dan Bumiputra atas alasan 30% daripada kaum India Muslim di Malaysia sudah berbahasa Melayu dan mengamalkan kebudayaan Melayu di rumah.
Walau bagaimanapun, permintaan mereka tidak ditunaikan oleh kerajaan kerana syarat untuk diiktiraf sebagai orang Melayu dan mendapat taraf Bumiputra ialah salah seorang dari ibu atau bapa mestilah orang Melayu. Sila rujuk nombor 1 (Semenanjung Malaysia).
Originally posted by my_3A at 18-12-2007 12:24 PM
Dalam UMNO pula, dah wujud segelintir golongan Bukan Rumpun Melayu yang mengaku Melayu.
Padahal ketara betul yang diri mereka Bukan Melayu sebaliknya ialah India Muslim.
Sila rujuk nombor 1 (Semenanjung Malaysia). Kau akan faham kenapa golongan di dalam UMNO ini sudah menjadi Melayu...
[ Last edited by ijad_adiputera at 29-12-2007 07:56 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
hubby (iban + sino kadazan) & saya (sungai + rumanau) = anak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #66 anr2206's post
hubby (iban + sino kadazan) & saya (sungai + rumanau) = anak?
anak = truly malaysian aka bangsa Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anr2206 at 1-3-2008 08:14 PM
hubby (iban + sino kadazan) & saya (sungai + rumanau) = anak?
Awak orang mana? Sabah atau Sarawak?
Kalau Sabah:-
"Jika si bapa ialah orang Melayu-Islam atau pribumi lain, maka anaknya dianggap sebagai Bumiputra". (Ikut ayah)
Kalau Sarawak:-
"Jika kedua ibubapanya adalah pribumi, maka anaknya dianggap sebagai Bumiputra". (biasanya ikut ayah)
Kalau suami awak orang Iban, maka anak awak dianggap Iban (Bumiputra).
Kalau suami awak orang Sino Kadazan, maka anak awak dianggap Sino Kadazan (separuh Bumiputra).
Dengar cerita, JPN dah tak iktiraf kewujudan kaum Sino-Kadazan... Mereka perlu pilih sama ada nak jadi Kadazan atau Cina..
Maka sebaik-baiknya, adalah lebih baik sekiranya anak dianggap sebagai Iban (Bumiputra)..
Senang nak masuk IPTA, mohon MARA dll... |
|
|
|
|
|
|
|
helo. aku half dusun. dusun is the real name of the race, with 40 different ethnicities. mcm mak aku, bapak suku Bundu, mak suku Liwan. so mak aku BunduLiwan. kadazan ni dah kira modernized punya nama. |
|
|
|
|
|
|
|
ni aku nk bgtahu lak suku aku...
huhu...
aku suku kaum cocos..... mostly cocos ni comes from cocos island yang terletak di Perairan Australia.
mak aku kata,...cocos ni sbenornye jawa + belanda. pastu mase perang dulo2..derang lari ke pulau cocos.
kemudian suku ni berkembang di sana. pastu ade perang lagi....then ramai2 la derang naik tongkang berhijrah ke malaysia....ke singapore....ke australia.....
aku ada dengar gak cocos ade di papua new guinea.. ( betul tak ejaan?) tapi beza cocos australia dgn cocos papua is that...cocos australia rambut lurus and putih2...huhu
tapi sebenornya dari bapak aku pun dah ade campur...nenek aku cina...atuk aku cocos. sebelah mak aku lak bapak die cocos....mak die irish....
so lahirla kitorang yg ade mata kaler grey, hazel....huhu...
tapi aku tetap bangsa cocos....aku tak tau lak cocos ni melayu ke tak...
tapi aku Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
kadazandusun adalah penduduk asal d sabah d area pedalamn tengah d beberapa area pantai barat, kalau belah2 selatan pun ada jg.mcm rungus kot.....kalau di semenanjung, penduduk asal mcm negrito atau kaum penan d swk...betul ke?
kalau bugis,melayu,bajau,jawa,brunei,kadayan,bisaya...semua tu berhijrah ke sabah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by LaLing69 at 8-3-2008 10:31 AM
ni aku nk bgtahu lak suku aku...
huhu...
aku suku kaum cocos..... mostly cocos ni comes from cocos island yang terletak di Perairan Australia.
mak aku kata,...cocos ni sbenornye jawa + belanda ...
dekat Pulau Kerismas ker ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #71 LaLing69's post
dari ape yang aku tau, orang2 cocos dipanggil cocos malay. Ade mat saleh mane ntah gi import melayu byk ke pulau tu utk buat ladang kelapa.. |
|
|
|
|
|
|
|
org sabah cantik ow...
yusri191090 Post at 3-6-2008 21:17
betui tu.. aku setuju... |
|
|
|
|
|
|
|
ade yg asal dr johor tu ape aa? bajau ke? |
|
|
|
|
|
|
|
25# ijad_adiputera
Kawan sabah sy cakap xda melayu sabah kat sabah, yg melayu pun mostly dr Brunei n Sulu... |
|
|
|
|
|
|
|
1# ijad_adiputera
Melayu brunei bukan bhijrah dari Sarawak, tapi melayu dari sarawak pindah k brunei...
melayu sarawak asal usul dr sumatera... |
|
|
|
|
|
|
|
17# isegrim_82
Da smua nyer sebangsa, musti la sama... Cuba buat ujian DNA kat Msia, Indonesia, Selatan Thai, Brunei, Philipine, n Kemboja musti sama... |
|
|
|
|
|
|
| |
|