CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sya_sugar_sugar

WANITA2 MISTERI dalam ALAM MELAYU; pilihan anda?

[Copy link]
Post time 20-3-2009 06:56 PM | Show all posts
Vote for cik siti wan kembang...cantik orgnye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2009 11:57 PM | Show all posts
Yang paling cantik jelita, perkasa dengan ilmu perang dan mistik dengan ilmu ghaib ialah Cik Wan Kembang dari Kelantan.

- Menurut Ibnu Batutah yang melawat Kelantan pada masa itu, beliau tertarik dengan kejelitaan Cik Wan Kembang yang kulit putih kekuningan dan disifatkan mukanya seperti Puteri Raja Turki. Cik Wan Kembang sememangnya berdarah Arab kacukan dengan keturunan Champa - Kelantan - Patani.

- Cik Wan Kembang merupakan panglima perang dan memimpin pasukan berkuda yang semuanya wanita.

- Memiliki ilmu ghaib untuk mempertahankan diri.




Ada beberapa fakta yang tidak comply:

1. It is said that, in 1345, the famous Muslim traveller Ibnu Batutah visited Siti Wan Kembang, who was also known as Urduga. Her adopted daughter, Puteri Saadong, the youngest daughter of Sultan Jembal, succeeded her. It was reputed that both women had spiritual, magical powers.

2. Marak Hill is a site associated by many with the legendary Cik Siti Wan Kembang and Puteri Saadong. Cik Siti Wan Kembang was a ruler of the region in the 17th century, and is famed for her legendary beauty and wisdom. According to a historical account, Cik Siti Wan Kembang once lived in Marak Hill when Pengkalan Datu became an important harbour in 1605.

3. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabal menjadi Raja Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah Tenggara Kuala Krai.


Takkan dia hidup 300 tahun?????
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 02:50 AM | Show all posts
Originally posted by Lloni at 5-12-2007 13:18
Puteri2 yg misteri.....bagi pendapat ana....

1. Puteri Selindung Bulan  
2. Cik Siti Wan Kembang
3. Puteri Chendana
4. Puteri Linang Cahaya


Adakah Puteri Selindung Bulan orang yang sam ...


cik siti wan kembang tu puteri ker?
apesal dier kene panggil cik instead of puteri..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 10:25 AM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 20-3-2009 23:57
Yang paling cantik jelita, perkasa dengan ilmu perang dan mistik dengan ilmu ghaib ialah Cik Wan Kembang dari Kelantan.

- Menurut Ibnu Batutah yang melawat Kelantan pada masa itu, beliau terta ...


sebab itu saya kata CSWK ada 2............tapi sebenarnya CTWK hanya gelaran saja....mereka ada nama batang tubuh sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 11:06 AM | Show all posts
Jika saya amati fakta sejarah, gelaran WAN dan NIK tidak wujud lagi pada tahun 1300. Kedua-dua Sir Name itu hanya wujud selepas kedatangan Saiyid Hussien Jamadil Qubra iaitu selepas zaman Wali 7 di Kelantan. Oleh itu siapa Cik Wan Kembang yang Ibnu Batutah jumpa ini?

Wan tidak semestinya keturunan Wan kerana dalam budaya Kelantan, ibu bapa juga kita panggil Wan (Tok Wan).



[quote] Bukti bahawa Kelantan itu berkuasa luas dan menjadi pusat dagangan ialah wan dinar yang terjumpa di kawasan kota Kubang Labu. Pada dinar itu tertera kata-kata dan angka Arab;
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 12:16 PM | Show all posts
Kenapa aku vote for Cik Wan Kembang (versi Ibnu Batuta)

1. Kecantikan yang digambarkan putih melepak dan seperti orang timur tengah.

2. Beauty with brain.

3. Seorang yang International kerana berhubung dengan padagang asing yang datang dari jauh.

4. Wanita yang berkuasa dan memimpin tentera sendiri (tentera wanita berkuda).

5. Menguasai bahasa asing.

6. Seorang yang berilmu tinggi (ilmu ghaib)

7. Wanita yang lasak dan perkasa seperti lelaki.



Ciri-ciri beliau ini sebenarnya agak 'moden' seperti wanita pada masa ini kerana wanita lain pada zaman itu masih lagi menjadi hamba kepada suami, lemah, tiada pendidikan, kerja jaga anak kat rumah sahaja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2009 04:41 PM | Show all posts
SYE VOTE UNTUK  CIK SITI WAN KEMBANG!!!

PreNting!! the LengAdAary Warrior Queen of Kelantan..

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 04:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2009 11:51 AM | Show all posts
vote utk che siti wan kembang dan puteri saadong
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 12:01 PM | Show all posts
bila baca info pasal wajah & fizikal che siti w.kembang ni nampaknya ada 2 versi..
satu versi kata rupa dia ala arab   susuk badan subur   kulit putihmerah   rambut panjang ikal
versi kedua kata rupa cam pompuan patani   badan skit punye langsing   kulit putih merah   n rambut lurus..
kalo ikut pic kt atas tu nampak menyamai versi kedua..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 01:25 PM | Show all posts
any info pasal puteri santubong dan puteri sejinjang from sarawak..??
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 08:37 AM | Show all posts
Puteri Lindungan Kaabah takder ker? Itu pun misteri nusantara jugak.....makan telur dalam jamban.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 05:39 PM | Show all posts
BUKANKAH AKU DAH CAKAP UNDI CIK SITI WAN KEMBANG!!!!!!:@

uNdI cik citi wan kembang!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2009 11:18 PM | Show all posts
hakikat dan makrifat...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 06:23 PM | Show all posts
sokong cik siti......kalau ikut sejarah pun ratu hijau yang memerintah langkasuka pun menjadikan cik siti sebagai contoh dalam mentadbir.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 04:23 PM | Show all posts
Wanita misteri di Malaysia banyak kot dekat lorong2 gelap.. kadang2 suare garau..sebut auw2 lol larik!!!!{:2_74:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2010 04:23 PM | Show all posts
Wanita misteri di Malaysia banyak kot dekat lorong2 gelap.. kadang2 suare garau..sebut auw2 lol larik!!!!{:2_74:}
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 08:05 PM | Show all posts
puteri kelembai = keh aku suke tgk cter siti kelembai
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 03:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 03:26 PM | Show all posts
5. Puteri Walinong Sari

Ceritera ini telah diriwayatkan berlaku di Negeri Inderapura (nama lama Pahang). Ada pun Inderapura pada zaman kemegahan Kerajaan Melayu Melaka telah diperintah oleh seorang Bendahara bernama Bendahara Paduka Raja. Ketika zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah, Melaka muncul sebagai sebuah pusat penyebaran dan pengembangan syiar Islamiah yang terkenal di rantau Nusantara.

Ada pun ugama Islam itu tersebar dari Melaka ke segenap pelusuk dunia Melayu melalui peperangan dan taklukan. Namun tidak kurang juga negeri-negeri itu diIslamkan melalui perkahwinan diraja. Raja Siak misalnya telah berkahwin dengan puteri Sultan Mansor Shah yang bernama Puteri Mahadewi.

Arakiannya, pecah berita bahawa Bendahara Paduka Raja itu menaruh seorang puteri yang cantik jelita. Puteri Wanang Seri namanya. Ada pun ini selain dari mempunyai rupa paras yang terlalu rupawan, Puteri Wanang Seri juga sangat perwira, pandai bersilat gayung dan melambung senjata. Puteri Wanang Seri juga sangat dikasihi oleh Bendahara Paduka Raja sendiri sehingga Bendahara menetapkan barang siapa yang mampu menewaskan Puteri Wanang Seri dalam ilmu persilatan, orang itu akan diangkat oleh Bendahara menjadi menantunya.

Sudah ramai anak-anak muda dari kalangan rakyat jelata mahupun dari keturunan raja yang tewas dalam sayembara persilatan kepada Puteri Wanang Seri. Hingga di satu masa, Bendahara merasa masygul apabila mengenangkan puterinya yang tidak akan dapat berkahwin dengan mana-mana jejaka.

Kemasyhuran Puteri Wanang Seri ini singgah ke pendengaran Raja Melaka. Baginda berhasrat untuk menyunting Puteri Wanang Seri untuk dikahwinkan dengan anak Dato Temenggung. Anak Dato' Temenggung itu bernama Tun Putih Cahaya Pualam. Baginda kemudiannya mengutuskan utusan meminang yang diketuai oleh Hang Ishak ke Inderapura.

Setelah menerima penghadapan dan mendengar akan maksud kedatangan rombongan itu, Bendahara Paduka Raja merasakan bahawa sudah tidak guna lagi baginya beradu sayembara persilatan kerana jika diteruskan, kelak puteri baginda itu akan menjadi dara tua. Tanpa bertanya kepada Puteri Wanang Seri terlebih dahulu, Bendahara menerima maksud kedatangan rombongan itu dan pertunangan serta perkahwinan ditetapkan dalam jangka masa 4 purnama.

Ada pun Puteri Wanang Seri sewaktu menerima perkhabaran itu tiadalah dia bersuara melainkan tunduk berdiam diri sahaja. Bendahara dan sekelian menteri serta hamba rakyat kemudian sibuk mendirikan balai diraja untuk tujuan kenduri perkahwinan itu kelak. Malah rakyat jelata turut bergembira menyambut berita bahawa Puteri Wanang Seri akan berkahwin dengan orang besar dari Melaka.
"Ampun Tuanku, sembah patik pohonkan diampun" sembah Inang Tua pada suatu hari.
"Ada apa Inang? katakanlah.." Titah baginda Bendahara Paduka Raja.
"Ampun Tuanku. Adapun kita ini kekurangan suatu barang buat hantaran ke Melaka nanti. Jika ada keizinan Tuanku, patik ingin ke Pekan untuk mendapatkan barangan itu.."
"Apa gerangan barang itu Inang?" tanya Bendahara.
"Kain Cindai Kulit Manggis. Hendak dibeli 7 bidang.." sembah Inang Tua.
"Pergilah Inang..." Bendahara memberi izin.
"Izinkan anakanda turut serta, ayahanda.." sembah Puteri Wanang Seri kepada Bendahara Paduka Raja.
"Anakanda teringin benar hendak melihat pasar dan juga suasana di Pekan itu. Izinkanlah ayahanda, kerana tidak lama lagi, tidaklah anakanda dapat melihat negeri kita lagi...
"Baiklah. Ayahanda izinkan.."

Maka berangkatlah Puteri Wanang Seri menuju ke Pekan dengan menaiki usungan diiringi oleh juak-juak dan inang pengasuh. Perjalanan menuju ke Pekan itu mengambil masa setengah hari. Apabila matahari naik ke kepala, rombongan itu berhenti di sebuah kolam yang jernih bagi melepaskan penat lelah dan dahaga.
"Inang, bawakan air untuk beta. Beta dahaga, inang" titah Puteri Wanang Seri.
"Baik, Tuanku.."

Inang kemudiannya pergi ke tepian kolam dengan membawa sebiji buyung. Suasana di kolam itu teramat cantik. Ibarat syurga dunia layaknya. Burung-burung bersiul berterbangan. Pokok-pokok merimbun menghiasi tepiannya. Permukaan airnya sangat jernih. Pendeknya terasa segar tubuh badan melihat pemandangan ciptaan tuhan itu. Inang itu tahu bahawa dia tidak harus berlama-lama di situ. Kelak dibimbangi tuan puteri jatuh murka.

Sebaik sahaja sampai di tempat peristerihat tuan puteri, inang itu terus menceritakan hal kolam yang cantik itu. Puteri Wanang Seri terus terpesona ingin melihat pemandangan kolam itu. Terus sahaja baginda berangkat ke tepian kolam itu. Benar kata inang itu. Pemandangan kolam itu sungguh cantik hingga membuatkan hati Puteri Wanang Seri merasa sangat sukacita. Baginda kemudian bersyair dan bermadah menghiburkan hati baginda sambil diselangi dengan tawa inang-inang pengiring.

Di kala itu, seorang putera kayangan yang bernama Raja Mambang Segara sedang berburu di sekitar kolam itu. Adapun Raja Mambang Segara ini adalah anak Raja Kayangan, Raja Laksamana Petir yang berdiam di kemuncak Gunung Tahan. Apakala terpandangkan rombongan itu sedang bersuka-sukaan, dan melihat pula panji kebesaran putera-puteri diraja sedang berkibar ditiup semilir waktu tengahari, tahulah baginda bahawa rombongan itu adalah rombongan Puteri Wanang Seri. Sudah banyak khabar berita yang baginda dengar tentang Puteri Wanang Seri itu. Baginda ingin melihat kecantikan Puteri Wanang Seri selain dari menguji ilmu kepandaian puteri itu.

Raja Mambang Segara kemudian menukarkan dirinya menjadi seekor burung merpati berwarna putih bersih. Lalu burung merpati itu terbang hinggap di atas ranting pokok berhampiran dengan tempat Puteri Wanang Seri sedang beristirehat. Tatkala terpandangkan merpati putih itu, Inang Tua langsung menegur.
"Eh, eh. Cantiknya burung merpati itu tuan puteri. Lihat tu.."

Puteri Wanang Seri sewaktu itu sedang membelakangi burung merpati itu. Sewaktu mendengar suara inang tua itu, hati Puteri Wanang Seri lantas berdebar-debar. Seperti ada lelaki yang sedang memandangnya. Sewaktu menoleh ke arah burung merpati itu, Puteri Wanang Seri segera menarik tudung menutupi wajah baginda.

(Bersambung)
credit to INDERA KENCANA blogspot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.434762 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list