CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

SPA QISTINA [April - Astro 952 & 953]

[Copy link]
Post time 30-3-2010 12:15 PM | Show all posts
Astro nih sajer jer tauu.....xtgk ar citer nihh.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2010 01:10 PM | Show all posts
aku pon..x de makne nak langgan pakej tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2010 04:08 PM | Show all posts
x berminat pn nk tgk.. alang kat tv3 pn x tertengok kali ni lagi la ciap ada fasha sandha. langsung den x minat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2010 10:22 AM | Show all posts
Pelacur kelas atasan ujian Fasha
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]
2010/03/31Artikel

RENTETAN kontroversi yang melanda, Fasha Sandha sedar Frieda bukanlah watak yang mampu membuatkan penonton menyanjunginya sebagai wanita.
Bagi pelakon jelita ini, apa juga pandangan orang harus diketepikan demi mencari kepuasan dalam lakonan. Berlandaskan alasan itu, Fasha menyahut cabaran mencabar dirinya membawakan watak pelacur kelas atasan dalam drama bersiri 13 episod, Spa Qistina. "Sebelum memberi persetujuan menjayakan drama ini, saya sudah berbincang dengan produser, pengarah serta kawan-kawan berhubung watak Frieda. Wajarkah saya menerimanya kerana takut ia boleh menjejaskan reputasi saya tambahan pula dengan pelbagai kontroversi yang melanda.


"Selain itu saya juga bertanyakan hal ini kepada ibu dan dia tidak menghalang kerana faham apa yang saya lakukan ini hanyalah sebuah lakonan dan menuntut kehendak watak. "Terus terang memang awalnya agak berat untuk saya melakonkan watak ini. Namun, selepas difikirkan berulang kali, saya tegar melakukannya kerana ini adalah soal kerja dan persepsi negatif penonton perlu diketepikan.


"Sebelum ini pun saya banyak melakonkan watak baik namun, peminat sendiri mengharapkan saya cuba membawakan peranan yang lebih mencabar. Justeru, saya melihat Frieda ini satu watak yang boleh menggilap lakonan saya.


"Paling penting bagi saya menghayati watak yang diberikan sebaik mungkin dan memastikan pengarah serta produser berpuas hati dengan hasil lakonan yang dipersembahkan. Saya percaya kalau hasil lakonan baik, pihak produksi itu akan memanggil semula pelakon berkenaan untuk projek seterusnya" katanya.


Fasha berkata, lima tahun dulu dia lebih mementingkan kuantiti drama daripada kualiti lakonan. Namun, menginjak usia 26 tahun ini dan berasakan dirinya sudah semakin matang serta sedar betapa penting untuknya menjaga mutu lakonan jika mahu terus bertahan lama.

Berbalik pada watak Frieda, ironinya apabila melakonkan watak pelacur atasan sudah pastinya dia terikat dengan beberapa babak ranjang.


Tanpa berselindung, Fasha mengakui memang ada babak panas yang terpaksa dilakonkannya untuk menghangatkan drama yang menghiasi saluran Tayangan Hebat (953 dan 952) di Astro ini.


"Saya tidak begitu selesa melakonkan babak itu sehingga ada sebahagian daripadanya terpaksa dibuat semula. Menerangkan serba-sedikit mengenai watak Frieda, dia menjadi pelacur kelas atasan bukan kerana mengejar kemewahan, tetapi menggunakan cara itu untuk melunaskan dendamnya. "Frieda sebenarnya seorang wanita bijak, pelajar universiti, baik dan lembut pada luarannya. Bagaimanapun, dia melakukan pekerjaan itu dengan niat menghancurkan keluarga Qistina kerana seorang daripada mereka menyebabkan maruah Frieda diaibkan orang kampung. "Bagi saya kalau penonton membenci Frieda, ia membuktikan saya berjaya membawa watak ini dengan baik. "Apa yang penting keluarga dan teman rapat memberi sokongan padu kepada saya menjayakan peranan ini. Bahkan, seawal penggambaran bermula pun drama ini dilanda pelbagai kontroversi misalnya penukaran pelakon, pengarah, jurukamera dan macam-macam lagi. "Bagaimanapun, semua ini menguatkan lagi semangat kami untuk menyelesaikan baki penggambaran," katanya.


Kontroversi tak halang Spa Qistina SEBAGAIMANA diketahui umum, Spa Qistina sambungan kepada musim pertama dan kedua Spa Q yang dulunya ditayangkan di TV3. Namun, seiring perpindahan Spa Q ke Astro, penerbit, Global Station Sdn Bhd turut membuat penjenamaan semula terhadap drama itu yang kini menggunakan nama Spa Qistina. Bahkan peneraju utama drama ini bukan lagi Norish Karman sebaliknya, Nanu Baharuddin.


Apa yang pasti, meskipun pembikinan drama ini berhadapan pelbagai permasalahan sehingga mengambil masa yang lama untuk disiapkan, Spa Qistina tampil dengan isu lebih padat, lebih konflik, lebih skandal dan lebih sensasi.

Produser Spa Qistina, Zetty Adila Ramly, berkata kontroversi yang melanda tidak sedikit pun menjejaskan usaha pihaknya untuk menghasilkan yang terbaik untuk drama bersiri ini. "Saya bersyukur dan berbangga dengan komitmen jitu diberikan pelakon sepanjang menjayakan Spa Qistina. Begitu juga Nanu Baharuddin yang menggantikan tempat Norish Karman sebagai Qistina. Nanu benar-benar mengkaji watak Qistina ini dan membawanya dengan begitu baik sekali. "Saya harap penonton akan lebih terhibur menyaksikan Spa Qistina. Menghangatkan lagi kemunculan drama ini, Global Station turut berbesar hati mengadakan peraduan Spa Qistina di laman portal murai.com.my yang bermula 5 Mac. "Insya-Allah kami akan menghadiahkan TV LCD sebagai ganjaran peraduan ini. Apa yang perlu dilakukan penonton hanyalah menjawab soalan mengenai Spa Qistina dalam murai.com.my. "Hanya satu soalan akan diberikan untuk setiap episod. Untuk menjawabnya, penonton wajib menonton drama ini kerana setiap 'clue' hanya boleh didapati dengan menonton Spa Qistina," katanya sambil disaksikan Ketua Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.


Spa Qistina bakal menemui penonton bermula 5 April 2010 ini, jam 9 malam di saluran Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (Saluran 953 & 952).


Menerusi saluran Tayangan Hebat ini, dua episod akan ditayangkan sekali gus setiap Isnin hingga Rabu iaitu episod 1 & 2 pada 5 April, episod 3 & 4 (6 April), episod 5 & 6 (7 April), episod 7 & 8 (12 April), episod 9 & 10 (13 April) dan episod 11, 12, & 13 (14 April). Ini bermakna, penonton tidak perlu menunggu lama untuk mengetahui kesudahan drama bersiri berkenaan. Memandangkan struktur penjadualannya disusun secara fleksibel dan semuanya boleh ditonton dalam masa sebulan. Lebih istimewa apabila drama bersiri ini akan bersiaran secara padat tanpa iklan - satu sejarah dalam siaran TV Malaysia. Selain itu, penonton turut diberi pilihan menonton drama ini pada waktu ulangan iaitu pada jam 2 petang setiap hari termasuk menonton drama ini secara maraton pada Sabtu dari jam 2 hingga 7 petang tanpa henti untuk episod 1 hingga 6. Spa Qistina mengisahkan konflik perkahwinan Qistina (Nanu Baharuddin) dan Fahmi (Ijoy) yang berusia dua tahun menghadapi tekanan. Marlia (Azizah Mahzan) dan Zafrul pula tidak bahagia mana kerana Marlia masih tidak mempercayai Zafrul dan menyalahkan Zafrul atas keguguran bayinya. Melissa (Zaris Nelydia) pula sedang mengecap bahagia, lantaran percintaannya dengan Aril (Keifli AF) baru bermula. Manakala Sofira (Jasmin Hamid) yang meringkuk dalam penjara pula menerima kunjungan Frieda (Fasha Sandha), anak didiknya yang langsung tidak disangkanya akan datang mencarinya di penjara. Bagaimanakah kesudahan kisah hidup Qistina? Ia boleh ditonton dengan hanya melanggan pakej Astro Box-Office Movies Tayangan Hebat (saluran 952 & 953) di sepanjang April ini dengan harga RM9.95 setiap bulan. Untuk melanggan, sila hubungi talian 03-7494505 atau 1-300-82-3838. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.astro.com/my/premiumchannels/.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 09:33 AM | Show all posts
selepas tgk gala tv..tak sabar menantikan lakonan tiz dalam spa qistina..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 11:53 AM | Show all posts
korg cte ni brape lame tayang kat ABOM? kalu jap je aku tgh pk ni nk langgan ke x... vavi sungguh la esteruk ni..saje je nk cilok lg duit org....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2010 11:54 AM | Show all posts
66# hepimoon

sejekap jek..takyah langgan ar..wakaka.. ko tunggu je ler klu de yg upload
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 11:55 AM | Show all posts
66# hepimoon  

sejekap jek..takyah langgan ar..wakaka.. ko tunggu je ler klu de yg upload
nazihamrun Post at 1-4-2010 11:54


ye ke beb..orait,kalau ko tgk ade yg da upload ko update eh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2010 12:05 PM | Show all posts
harap2 ada yg bleh upload. zassssssssssssss.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 07:17 PM | Show all posts




















psst: tak berniat membako
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 07:27 PM | Show all posts
uish... kena karate tu.
hihi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 07:30 PM | Show all posts
sesei tebiu kat Gala TV









Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 07:32 PM | Show all posts
lagi...

















Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 07:35 PM | Show all posts
herm... dialognya mana?
hihi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 07:41 PM | Show all posts
wakakaka..demand lebeh la ko nih..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 07:58 PM | Show all posts




















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2010 08:33 PM | Show all posts
dah start ke??? pukul brp??
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 09:15 PM | Show all posts
korg cte ni brape lame tayang kat ABOM? kalu jap je aku tgh pk ni nk langgan ke x... vavi sungguh la esteruk ni..saje je nk cilok lg duit org....
hepimoon Post at 1-4-2010 11:53
tu la psl..aku igt tyg kt citra..aku dh subscribe citra..:@ skali ABO..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 09:22 PM | Show all posts
70# nazihamrun
ganaz gler tiz dlm citer nih..ala nk subscribe ker x ni..dh la aku peminat setia spa q ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 09:23 PM | Show all posts
77# eddlisa_uyuk
lom lg.. isnin dpn bru start
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.050718 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list