|
Perbezaan/Perselisihan Pendapat: Implikasi dari Al-Quran & Hadith
[Copy link]
|
|
Cuba mnm77 nyatakan golongan mana yang selalu dok mencela para sahabat...
Apakah golongan yang tidak menerima hadis dhaif
' perselisihan umatku adalah rahmat' ini yang dok mencela para sahabat?
Hadis dha'if ke maudhu'?
pakar hadis menyatakan hadis ni tidak ada sumbernya sedangkan ibn hazm mengatakan bukan hadis.
tapi albani jelas memvonis hadis "perselisehan sahabat-sahabat ku itu bagi kamu adalah rahmat" itu hadis maudhu'.
so mnm,
hadis-hadis sebegini tak perlulah di jadikan hujjah utk menghalalkan perselisehan pula.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
setahu aku wahabi ni dah disesatkan oleh ulamak2 Ahlisunnah dan Syiah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau setakat berselisih saja,
ia belum tentu mendatangkan azab,
melainkan kalau berpecah belah juga
Mengapa pula berseliseh tidak mendatangkan azab?
apabila nabi SAW sendiri jelas menyatakan:
maka sesungguhnya telah binasalah org-org dari sebelum kamu yg banyak persoalan mereka dan perselisihan mereka ke atas nabi-nabi mereka."
sudah tentulah azab &kebinasaan bagi org yg berseliseh.
Ya setuju.
Inilah maksud yang saya cuba sampaikan.
Tak boleh kata berselisih saja mendatangkan azab
Tetapi larangan berseliseh itu jelas dan janji azab itu juga jelas.
dan tak boleh kata perselisehan sesuatu yg di perintahkan @ di halalkan @ di anjurkan dsbnya.
dan islam berlepas diri dgn seruan org-org yg menganjurkan perselisehan.
Jadi? Tepatkah jika dibuat kesimpulan sesiapa yang berselisih tu mendatangkan azab yang besar? Ataupun sesiapa yang BERPECAH BELAH DAN berselisih tu mendatangkan azab yang besar?
Apa yg ALLAH tegah,
maka kita tinggalkanlah.
sedangkan menganjurkan perselisehan itu tidak ada manfaatnya.
Tiada masalah, cuma saya rasa tidak adil saya babitkan mereka dalam forum di sini tanpa pengetahuan mereka. Seeloknya jika anda PM saya dengan maklumat anda, saya boleh aturkan perjumpaan dengan mereka secara 4 mata. Saya tiada masalah untuk melayan anda sebagai seorag 'Alim, sesuai dengan saya melayan mereka sebagai 'Ulama
Apa yg anda takutkan?
saya dahulu alumni sri petaling.
Bila anda tidak menerima tafsiran Ibn Abbas,
secara zahirnya nampak seperti anda menolak.
Hanya kerana saya tidak menerima tafsiran ibnu abbas,
mengapa anda beranggapan ia adalah penolakan secara zahiriyah pula?
Kalau anda rasa soalan saya tu macam tuduhan yang tak betul,
anda perbetulkanlah.
Mengapa anda menyangka saya beranggapan soalan anda mcm tuduhan yg tak betul pula?
jadi benarlah selama ini anda menuduh perkara yg tak betul terhadap saya?
kalau selama ini tuduhan anda tidak betul, maka perbetulkanlah.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba mnm77 nyatakan golongan mana yang selalu dok mencela para sahabat...
Apakah golongan yang tidak menerima hadis dhaif ' perselisihan umatku adalah rahmat' ini yang dok mencela para sahabat?
Hang Post at 6-4-2010 12:49 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
Kita sedia maklum golongan yang dok mencela sahabat tu siapa. Masalahnya, adalah fakta bahawa para sahabat juga berselisih pendapat.
Jadi, kalau hadith dhaif itu ditolak sekalipun, bagaimana pandangan encik Hang kepada para sahabat yang berselisih?
Kepada abang supermod Ibnur, tima kasih banyak2 kerana dah split thread ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Mengapa pula berseliseh tidak mendatangkan azab?
apabila nabi SAW sendiri jelas menyatakan:
maka sesungguhnya telah binasalah org-org dari sebelum kamu yg banyak persoalan mereka dan perselisihan mereka ke atas nabi-nabi mereka."
sirrikhafi Post at 6-4-2010 14:38 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
1. Boleh bawakan matan penuh hadith tu?
2. Hadith tu spesifik bagi orang yang berselisih dengan para Nabi. Kalau para sahabat berselisih sesama sendiri dalam menjalankan perintah Nabi bukanlah bermaksud mereka berselisih dengan Nabi?
sudah tentulah azab &kebinasaan bagi org yg berseliseh.
Setuju kalau berselisih dengan Nabi dan berpecah-belah seperti yang disebut dalam Al-Quran
Tetapi larangan berseliseh itu jelas dan janji azab itu juga jelas.
dan tak boleh kata perselisehan sesuatu yg di perintahkan @ di halalkan @ di anjurkan dsbnya.
dan islam berlepas diri dgn seruan org-org yg menganjurkan perselisehan.
Saya tak kata pun diperintahkan. Ada bukti saya kata? Rasanya dah banyak kali saya sebut bagaimana ia menjadi rahmat....
Apa yg ALLAH tegah,
maka kita tinggalkanlah.
sedangkan menganjurkan perselisehan itu tidak ada manfaatnya.
Persoalannya bukan untuk menganjurkan perselisihan. Persoalannya adakah segala bentuk perselisihan itu menjadi azab?
Apa yg anda takutkan?
saya dahulu alumni sri petaling.
Kenapa pula takut? Kan saya dah sebut saya bersedia untuk aturkan perjumpaan. Saya rasa tak adil sebutkan nama2 ustaz yang tak terlibat secara langsung di sini tanpa pengetahuan mereka.
Atau... anda yang tak ready?
Hanya kerana saya tidak menerima tafsiran ibnu abbas,
mengapa anda beranggapan ia adalah penolakan secara zahiriyah pula?
Apa-apa sajalah. Saya tidak mahu besarkan isu sampingan ni
Mengapa anda menyangka saya beranggapan soalan anda mcm tuduhan yg tak betul pula?
jadi benarlah selama ini anda menuduh perkara yg tak betul terhadap saya?
kalau selama ini tuduhan anda tidak betul, maka perbetulkanlah.
Bukan begitu. Saya tak tahu anda terima atau anggap saya tuduh tak betul. Oleh kerana anda mempersoalkan balik, maka nampak seperti mempertikaikan soalan-soalan saya. Sebab tu saya kata kalau soalan saya tu MACAM tuduhan tak betul, maka sebaiknya anda jelaskan lah.
Saya tidak anggap soalan saya tu tuduhan tak betul, melainkan anda buktikan. ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis dha'if ke maudhu'?
pakar hadis menyatakan hadis ni tidak ada sumbernya sedangkan ibn hazm mengatakan bukan hadis.
tapi albani jelas memvonis hadis "perselisehan sahabat-sahabat ku itu bagi kamu adalah rahmat" itu hadis maudhu'.
so mnm,
hadis-hadis sebegini tak perlulah di jadikan hujjah utk menghalalkan perselisehan pula.
sirrikhafi Post at 6-4-2010 14:15 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
Bilamasa saya guna hadith tu untuk menghalalkan perselisihan. Macam-macam lah takwilan anda nih..... Saya guna hadith tu untuk memuliakan para sahabat. Itu saja. Memuliakan para sahabat itu bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Boleh sebutkan pakar-pakar hadith tersebut selain dari Albani? |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi, kalau hadith dhaif itu ditolak sekalipun, bagaimana pandangan encik Hang kepada para sahabat yang berselisih?
mnm77 Post at 6-4-2010 10:13 PM ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Apakah pegangan saudara mnm77 membolehkan untuk mengemukakan pendapat sendiri tentang perselisihan para sahabat? Pegangan saya tidak membenarkan saya berbicara tentang perselisihan sahabat.
Saya tidak melihat kepada perselisihan para sahabat, andainya ada sahabat lain yang datang membawa keterangan dari Rasulullah, para sahabat semuanya patuh..semuanya akur. Kita melihat ada hadis yang tampak bertentangan yang diriwayatkan oleh para sahabat, tapi tentu ada keterangannya. Apakah hadis itu telah dimansuhkan, atau sahabat tersebut belum mendengar hadis yang lain. Pokok pangkalnya balik kepada Al-Quran dan as-sunnah..
cuba fikir kata2 ibnu abbas ni..apakah sahabat yang berselisih atau orang2 selepas mereka yang berselisih?
- Sahabat Abdullah bin Abbas Radhiallahu’anhu pernah berkata: “Hampir2 batu turun dari langit menghujani kalian. Aku katakan ‘Rasulullah berkata demikian’, kalian malah mengatakan ‘Abu Bakar dan Umar berkata demikian’” (HR. Ahmad)
|
|
|
|
|
|
|
|
Bilamasa saya guna hadith tu untuk menghalalkan perselisihan. Macam-macam lah takwilan anda nih..... Saya guna hadith tu untuk memuliakan para sahabat. Itu saja. Memuliakan para sahabat itu bertep ...
mnm77 Post at 6-4-2010 10:32 PM ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Apakah kita memuliakan seseorang dengan menceritakan perselisihan mereka? Atau memuliakan seseorang dengan keteguhan PERSATUAN mereka? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sirrikhafi at 7-4-2010 15:52
1. Boleh bawakan matan penuh hadith tu?
Daripada Abu Hurairah telah berkata:
Aku mendengar Rasul ALLAH SAW bersabda:
" Apa yg aku tegah kamu drpd nya maka jauhilah ia dan apa yg aku perintahkan kamu dgn nya maka kamu datangkanlah drpdnya apa yg kamu mampu maka sesungguhnya telah binasalah org-org dari sebelum kamu yg banyak persoalan mereka dan perselisihan mereka ke atas nabi-nabi mereka."
Riwayat Bukhari &Muslim.
2. Hadith tu spesifik bagi orang yang berselisih dengan para Nabi. Kalau para sahabat berselisih sesama sendiri dalam menjalankan perintah Nabi bukanlah bermaksud mereka berselisih dengan Nabi?
Maka hendaklah takut org-org yg menyalahi perintah (rasul) Nya bahawa mereka akan di timpa fitnah atau mereka akan di timpa azab yg pedih.
An-Nur: 63.
Segala fitnah perpecahan yg berlaku dlm islam ialah kerana adanya perselisehan org-org yg menyalahi perintah rasul SAW.
perselisehan itu bukanlah membawa rahmat sebaliknya fitnah& azab.
Setuju kalau berselisih dengan Nabi dan berpecah-belah seperti yang disebut dalam Al-Quran
ALLAH &Rasul Nya tidak menganjurkan perselisehan.
Rasanya dah banyak kali saya sebut bagaimana ia menjadi rahmat....
Bagaimana perselisehan boleh menjadi rahmat jika sebaliknya di timpakan fitnah &azab?
Persoalannya adakah segala bentuk perselisihan itu menjadi azab?
maka sesungguhnya telah binasalah org-org dari sebelum kamu yg banyak persoalan mereka dan perselisihan mereka ke atas nabi-nabi mereka."
Apakah anda maseh lagi mahu mengutamakan isu persoalan?
setelah nabi mengatakan:
Apa yg aku tegah kamu drpd nya maka jauhilah ia dan apa yg aku perintahkan kamu dgn nya maka kamu datangkanlah drpdnya apa yg kamu mampu.
Atau... anda yang tak ready?
Mengapa pula anda mengatakan saya tak ready?
atau anda yg tak ready? ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
Saya guna hadith tu untuk memuliakan para sahabat.
Mengapa guna hadis yg tak saheh?
sudah tiada hadis saheh lagi yg boleh di gunakan?
Boleh sebutkan pakar-pakar hadith tersebut selain dari Albani?
Dlm Silsilatul ahaadisid-dha'iefati wal-mauduu'ati wa asaaruhas-sayyi'u fil ummah,
karangan al-albani,
ada menyebut bahawa as-subki mengatakan:
"Hadis tersebut tidak di kenal di kalangan pakar hadis dan saya pun tidak menjumpai sanadnya yg saheh, dha'ief ataupun maudhu'."
komen syaikh zakaria al-ansari dlm tafsir baidawy, ia mengatakan:
"Dari segi maknanya terasa sangat aneh dan menyalahi apa yg di ketahui oleh ulama' tahqiq".
ibnu hazm mengatakan dlm al-ahkam fi usulil-ahkam, ia menyatakan:
"Ini bukan hadis".
;)
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah kita memuliakan seseorang dengan menceritakan perselisihan mereka?
Atau memuliakan seseorang dengan keteguhan PERSATUAN mereka?
Gud poin! ;)
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah pegangan saudara mnm77 membolehkan untuk mengemukakan pendapat sendiri tentang perselisihan para sahabat? Pegangan saya tidak membenarkan saya berbicara tentang perselisihan sahabat.
Hang Post at 7-4-2010 09:08 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
Apa alasan pegangan anda tidak membenarkan berbicara tentang perselisihan sahabat?
Saya bukannya membesarkan perselisihan yang pernah berlaku di kalangan para sahabat. Pegangan saya ialah, walaupun perselisihan pernah berlaku di kalangan para sahabat, itu tidak bermakna kesemua perselisihan itu membawa azab/bencana kepada ummat Islam.
Tidak sama sekali membesarkan isu perselisihan, tetapi menyatakan kemuliaan di kalangan para sahabat walaupun terdapat perselisihan.
Saya tidak melihat kepada perselisihan para sahabat, andainya ada sahabat lain yang datang membawa keterangan dari Rasulullah, para sahabat semuanya patuh..semuanya akur. Kita melihat ada hadis yang tampak bertentangan yang diriwayatkan oleh para sahabat, tapi tentu ada keterangannya. Apakah hadis itu telah dimansuhkan, atau sahabat tersebut belum mendengar hadis yang lain. Pokok pangkalnya balik kepada Al-Quran dan as-sunnah..
Tentu sekali! Seperti yang saya katakan, bukan melihat/membesarkan isu perselisihan. Kalau ada perselisihan, wajarkah satu pihak dipersalahkan sedangkan kedua-dua pihak menyatakan dalil dari Al-Quran dan Sunnah?
Tanpa melihat isu perselisihan, maka isu seperti Fadak sudah tentu selesai. Bagi Syiah, tetap mereka menyalahkan Abu Bakr RA apabila Fatimah RA pernah menuntut harta Fadak berdasarkan ayat umum berkenaan warisan. Apa komen anda?
cuba fikir kata2 ibnu abbas ni..apakah sahabat yang berselisih atau orang2 selepas mereka yang berselisih?
- Sahabat Abdullah bin Abbas Radhiallahu’anhu pernah berkata: “Hampir2 batu turun dari langit menghujani kalian. Aku katakan ‘Rasulullah berkata demikian’, kalian malah mengatakan ‘Abu Bakar dan Umar berkata demikian’” (HR. Ahmad)
Kalau apa yang disebut dari sahabat itu dari mereka sendiri tanpa bersandarkan kepada Nabi, maka hadith Nabi lebih utama. Kalau apa yang disebut oleh Abu Bakr dan Umar itu adalah yang disebut Nabi, maka itu juga hadith.
Apakah kita memuliakan seseorang dengan menceritakan perselisihan mereka? Atau memuliakan seseorang dengan keteguhan PERSATUAN mereka?
Hang Post at 7-4-2010 09:14 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
Tentu sekali keteguhan mereka yang paling dicontohi. Bukan point sebegini yang saya maksudkan. Point saya, adakah perselisihan di kalangan para sahabat itu menjadikan mereka patut dicela?
Sekarang saya tanya Encik Hang, setelah pembunuhan Khalifah Uthman, terdapat perselisihan dalam isu hukuman terhadap pembunuh Uthman. Perang Jamal berlaku kerana adanya pihak ketiga, namun disebabkan adanya perselsihan membawa kepada berakhir dengan perang. Siapa yang patut dipersalahkan/dicela di kalangan para sahabat yang berselisih? Kalau jawapannya tiada, maka SEHARUSNYA PARA SAHABAT ITU DIMULIAKAN WALAUPUN MEREKA BERSELISIH PENDAPAT! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sirrikhafi at 7-4-2010 15:52
Daripada Abu Hurairah telah berkata:
Aku mendengar Rasul ALLAH SAW bersabda:
" Apa yg aku tegah kamu drpd nya maka jauhilah ia dan apa yg aku perintahkan kamu dgn nya maka kamu datangkanlah drpdnya apa yg kamu mampu maka sesungguhnya telah binasalah org-org dari sebelum kamu yg banyak persoalan mereka dan perselisihan mereka ke atas nabi-nabi mereka."
Riwayat Bukhari &Muslim.
sirrikhafi Post at 7-4-2010 15:51 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
Saya tidak menolak hadith di atas bahkan terima dan setuju. Isu yang saya bawa adalah perselisihan di kalangan para sahabat, bukannya perselisihan dengan Nabi.
Maka hendaklah takut org-org yg menyalahi perintah (rasul) Nya bahawa mereka akan di timpa fitnah atau mereka akan di timpa azab yg pedih.
An-Nur: 63.
Segala fitnah perpecahan yg berlaku dlm islam ialah kerana adanya perselisehan org-org yg menyalahi perintah rasul SAW.
perselisehan itu bukanlah membawa rahmat sebaliknya fitnah& azab.
Saya setuju. Sebagai mempraktikkan ayat di atas, adakah anda SANGGUP guna ayat di atas untuk menyalahkan Abu Bakar RA dalam isu Fadak sedangkan Abu Bakr RA mendengar sabdaan Nabi tentang harta Nabi tidak diwarisi?
ALLAH &Rasul Nya tidak menganjurkan perselisehan.
Setuju
Bagaimana perselisehan boleh menjadi rahmat jika sebaliknya di timpakan fitnah &azab?
Tidak semua perselisihan itu ditimpakan fitnah dan azab melainkan perpecahan dan berbalah dengan Nabi/Rasul
Apakah anda maseh lagi mahu mengutamakan isu persoalan?
setelah nabi mengatakan:
Apa yg aku tegah kamu drpd nya maka jauhilah ia dan apa yg aku perintahkan kamu dgn nya maka kamu datangkanlah drpdnya apa yg kamu mampu.
Bolehkah kita persalahkan satu pihak sedangkan kedua-duanya beramal berdalilkan Al-Quran dan Sunnah, cuma kaedah amalan itu tidak 100% sama?
Contoh isu batal Wudhu, Qunut Subuh dan Tarawih.
Mengapa pula anda mengatakan saya tak ready?
atau anda yg tak ready?
Maaf, soalan ini saya rasa tak patut dilayan. Saya hanya tinggal beberapa minggu saja lagi di Sri Petaling, kemudian akan bertugas di tempat lain pula, Insha Allah. Untuk memuaskan hati saudara, saya kenal dan pernah bertanyakan soalan2 kepada Ustaz Abdul Hamid, Ustaz Razif, Ustaz Abdullah dan beberapa yang lain.
Mengapa guna hadis yg tak saheh?
sudah tiada hadis saheh lagi yg boleh di gunakan?
Dalam isu memuliakan sahabat, terdapat hadith sahih yang jelas dan nyata. Saya tak perlu bergantung kepada hadith tersebut semata-mata, cuma saya tidak menolak hadith tersebut atas alasan hadith dhaif
Samalah juga saya tidak menolak hadith thaqalayn Al-Quran wa Sunnati dari riwayat Mursal dari Malik kerana hadith itu bertepatan dengan Al-Quran.
Dlm Silsilatul ahaadisid-dha'iefati wal-mauduu'ati wa asaaruhas-sayyi'u fil ummah,
karangan al-albani,
ada menyebut bahawa as-subki mengatakan:
"Hadis tersebut tidak di kenal di kalangan pakar hadis dan saya pun tidak menjumpai sanadnya yg saheh, dha'ief ataupun maudhu'."
komen syaikh zakaria al-ansari dlm tafsir baidawy, ia mengatakan:
"Dari segi maknanya terasa sangat aneh dan menyalahi apa yg di ketahui oleh ulama' tahqiq".
ibnu hazm mengatakan dlm al-ahkam fi usulil-ahkam, ia menyatakan:
"Ini bukan hadis".
Secara pasti anda menyebut hanya 2 nama iaitu Albani dan Ibn Hazm, sedangkan Albani juga bersandarkan kepada hujjah Ibn Hazm. Hujjah As-Subki dan Shaikh Zakaria tu masih samar-samar.
Ada siapa lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa alasan pegangan anda tidak membenarkan berbicara tentang perselisihan sahabat?
Saya bukannya membesarkan perselisihan yang pernah berlaku di kalangan para sahabat. Pegangan saya ialah, wala ...
mnm77 Post at 7-4-2010 10:58 PM ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Para sahabat ini ialah orang2 yang dipujikan Allah, dan diberi keampunan oleh Allah. Kenapa kita nak mencari kesalahan mereka? Kenapa tidak boleh kita diamkan sahaja perselisihan antara mereka? Kenapa kita pula yang nak menilai siapa yang benar siapa yang salah antara mereka?
Apakah perselisihan mereka yang berakhir dengan perang itu adalah rahmat untuk umat atau satu musibah bagi umat? Mereka ini orang2 yang dijanjikan keampunan oleh Allah. Kenapa nak membawa contoh perselisihan orang2 yang diberi keampunan oleh Allah untuk menghalalkan perselisihan umat sekarang?
Ini pujian untuk mereka yang difirmankan Allah:
"(Juga) bagi para fuqara Muhajirin (yang berhijrah) yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari karunia dan keridhaan dari Allah, dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang orang yang benar." (QS. al-Hasyr: 8)
"Dan orang-orang yang telah menempati Kota Madinah dan telah beriman (Anshar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang mereka berikan kepada orang-orang Muhajirin; dan mereka lebih mengutamakan (orang-orang Muhajirin) daripada diri mereka sendiri, sekalipun sebenarnya mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu)." (QS. al-Hasyr: 9)
"Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar), berdoa, 'Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.'" (QS. al- Hasyr: 10)
Lihat pula sabda Nabi kepada KHALID BIN WALID,
"Janganlah kalian mencela para sahabatku. Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, kalau salah seorang dari kalian menginfakkan emas semisal gunung Uhud, niscaya tidak akan menyamai satu mud (infak) salah seorang dari mereka, dan tidak pula setengahnya.'" (HR. Bukhari [3470], Muslim [2541], Tirmidzi [3861] -dan ini lafalnya-)
sedangkan kepada Khalid bin Walid pun Nabi larang untuk mencela para sahabat baginda. Amat hairan jika ada orang2 lain yang berani untuk mencela para sahabat baginda.
|
|
|
|
|
|
|
|
Isu yang saya bawa adalah perselisihan di kalangan para sahabat,
bukannya perselisihan dengan Nabi.
Isu yg saya bawa ialah perselisehan itu tidak menghasilkan rahmat sebaliknya fitnah &kebinasaan.
bahkan di kalangan para sahabat nabi pun tidak ada seorg yg menganjurkan perselisehan.
Sebagai mempraktikkan ayat di atas, adakah anda SANGGUP guna ayat di atas untuk menyalahkan Abu Bakar RA dalam isu Fadak sedangkan Abu Bakr RA mendengar sabdaan Nabi tentang harta Nabi tidak diwarisi?
Mengapa anda tanya saya pula?
bukankah lebih baik anda sendiri yg mempraktikkannya?
dan siapa pula saksi-saksi yg menyaksikan abu bakr mendengar sabda nabi tentang "kami tidak di warisi" itu?
Tidak semua perselisihan itu ditimpakan fitnah dan azab melainkan perpecahan dan berbalah dengan Nabi/Rasul
Apakah dalilnya dari AlQuran &Sunnah?
Bolehkah kita persalahkan satu pihak sedangkan kedua-duanya beramal berdalilkan Al-Quran dan Sunnah,
cuma kaedah amalan itu tidak 100% sama?
Beramal &mempersoalkan adalah 2 perkara yg berbeza.
lantas mengapa anda maseh mahu mengutamakan persoalan?
cukuplah kita beramal dgn sabda nabi yaitu:
Apa yg aku tegah kamu drpd nya maka jauhilah ia dan apa yg aku perintahkan kamu dgn nya maka kamu datangkanlah drpdnya apa yg kamu mampu.
Untuk memuaskan hati saudara, saya kenal dan pernah bertanyakan soalan2 kepada Ustaz Abdul Hamid, Ustaz Razif, Ustaz Abdullah dan beberapa yang lain.
Adakah anda sudah tanya mereka tentang status hadis "perselisihan ummat ku adalah rahmat" juga status hadis "perselisehan sahabat-sahabat ku itu bagi kamu adalah rahmat"?
dan apa jawapan mereka?
cuma saya tidak menolak hadith tersebut atas alasan hadith dhaif
Apakah dalil, hujjah& alasan anda utk mengamalkan hadis yg telah di vonis maudhu' itu?
Samalah juga saya tidak menolak hadith thaqalayn Al-Quran wa Sunnati dari riwayat Mursal dari Malik kerana hadith itu bertepatan dengan Al-Quran.
Mengapa anda mengatakan itu hadis,
sedangkan ia adalah riwayat mursal?
Secara pasti anda menyebut hanya 2 nama iaitu Albani dan Ibn Hazm,
sedangkan Albani juga bersandarkan kepada hujjah Ibn Hazm.
Hujjah As-Subki dan Shaikh Zakaria tu masih samar-samar.
Ada siapa lagi?
Baik.
skrg giliran anda menyebut pakar-pakar hadis yg mengiktiraf& menganjurkan pengamalan hadis "perselisehan ummat ku adalah rahmat" &hadis "perselisehan sahabat-sahabat ku itu bagi kamu adalah rahmat".
dan tolong sebut kan juga sekali kebaikan& faedah yg di hasilkan dari perbuatan berseliseh.
Perang Jamal berlaku kerana adanya pihak ketiga,
namun disebabkan adanya perselsihan membawa kepada berakhir dengan perang.
Anda selalu mencanang-canangkan "pihak ketiga"?
siapa "pihak ketiga" itu?
boleh anda sebut tentang "mereka" secara detail?
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
sedangkan kepada Khalid bin Walid pun Nabi larang untuk mencela para sahabat baginda. Amat hairan jika ada orang2 lain yang berani untuk mencela para sahabat baginda.
Hang Post at 8-4-2010 11:23 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
Nampaknya sama pegangan kita
Mungkin kerana disebabkan saya mempertahankan hadith perselisihan di kalangan para sahabat itu sebagai satu kemuliaan kepada para sahabat, maka ini menyebabkan orang lain anggap saya menganjurkan memperbesarkan isu perselisihan dari hadith tersebut?
Jika demikian, memang adalah lebih baik kita 'diam-diam' kan saja hadith tersebut, tapi masalah timbul bila ada orang bawa isu perselisihan para sahabat dan menghukum satu pihak bersalah dan satu pihak mesti betul. Pada saya, hadith itulah yang menjawab isu sebegini. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 9-4-2010 00:33
Isu yg saya bawa ialah perselisehan itu tidak menghasilkan rahmat sebaliknya fitnah &kebinasaan.
sirrikhafi Post at 8-4-2010 12:31 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
Ok. Jadi, dalam konteks para sahabat, secara fakta adakah anda nak kata sahabat pernah berselisih pendapat atau sahabat tidak pernah berselisih pendapat?
...dan anda sendiri memberikan jawapan:
bahkan di kalangan para sahabat nabi pun tidak ada seorg yg menganjurkan perselisehan.
Kalau begitu adillah para sahabat dan mereka semua PATUT dimuliakan. SETUJU?
Mengapa anda tanya saya pula?
bukankah lebih baik anda sendiri yg mempraktikkannya?
dan siapa pula saksi-saksi yg menyaksikan abu bakr mendengar sabda nabi tentang "kami tidak di warisi" itu?
ABu Bakr tidak pernah berselisih dengan Nabi soal harta warisan Nabi. Itulah pegangan saya (praktik tuh)
Saksi-saksi Abu Bakr telah dibincangkan dlm thread tak sudah yang mana anda terus-menerus tidak menerima hadith tersebut dengan alasan hadith Ahad.
Realitinya sejarah membuktikan Abu Bakr RA tidak memberikan Fadak kepada Fatimah RA sebagai harta warisan bermakna Abu Bakr telah mempraktikkan hadith Nabi tersebut. Jika seseorang menolak hujjah Abu Bakr ini bermakna orang itu tidak memuliakan Abu Bakr dan juga bermakna menuduhnya sebagai pendusta (Na'uzubillah)
Apakah dalilnya dari AlQuran &Sunnah?
Telah disebut bahawa Al-Quran menjelaskan perbuatan berpecah-belah DAN berselisih itu dilarang dan As Sunnah juga melarang berbalah dengan Nabi.
Soal perselisihan yang berlaku akibat dari kefahaman yang berlainan dari Al-Quran dan Hadith itu tidak boleh diborong seperti berpecah-belah atau berbalah dengan Nabi
Beramal &mempersoalkan adalah 2 perkara yg berbeza.
lantas mengapa anda maseh mahu mengutamakan persoalan?
cukuplah kita beramal dgn sabda nabi yaitu:
Apa yg aku tegah kamu drpd nya maka jauhilah ia dan apa yg aku perintahkan kamu dgn nya maka kamu datangkanlah drpdnya apa yg kamu mampu.
Benar saudaraku. Lantas, orang yang mempertikaikan para sahabat itu-lah yang saya pertikaikan, bukannya saya suruh membuat perselisihan.
Adakah anda sudah tanya mereka tentang status hadis "perselisihan ummat ku adalah rahmat" juga status hadis "perselisehan sahabat-sahabat ku itu bagi kamu adalah rahmat"?
dan apa jawapan mereka?
Saya tanya isu2 lain, dan jika berkesempatan saya akan tanya Insha Allah.
Apakah dalil, hujjah& alasan anda utk mengamalkan hadis yg telah di vonis maudhu' itu?
Saya tidak beramal dengan hadith maudhu'
Saya beramal untuk tujuan memuliakan para sahabat (SEBAGAI FADHILAT) dengan hadith perselisihan di kalangan para sahabat itu membawa rahmat. Memuliakan para sahabat bertepatan dengan Al-Quran dan Hadith
Mengapa anda mengatakan itu hadis,
sedangkan ia adalah riwayat mursal?
Berkenaan hadith Al-Quran wa Sunnati, telah disebut sebagai hadith oleh Ulama2 terdahulu. Bahkan saya pernah baca bahawa hadith itu sangat popular, dan memahami situasi sebegitu bermakna penelitian sanad menjadi sukar pula untuk menyenaraikan semua nama-nama perawi yang meriwayatkannya. Ada tingkatan-tingkatan darjat mursal bagi sesuatu hadith.
Baik.
skrg giliran anda menyebut pakar-pakar hadis yg mengiktiraf& menganjurkan pengamalan hadis "perselisehan ummat ku adalah rahmat" &hadis "perselisehan sahabat-sahabat ku itu bagi kamu adalah rahmat".
dan tolong sebut kan juga sekali kebaikan& faedah yg di hasilkan dari perbuatan berseliseh.
Saya pernah bincangkan isu ini. Saya ulangi: BUKAN perselisihan ummat itu rahmat, TETAPI perselisihan di kalangan para sahabat itu rahmat kepada ummat
Disebutkan di dalam kitab المقاصد الحسنة oleh Al-Imam Al-Sakhawi Radhiyallahuanhu: Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam Baihaqi di dalam kitab المدخل dengan sanad yang منقطع yang diriwayatkan oleh Saidina Ibn Abbas Radiyallahu 'Anhuma dengan lafaz:
إن أصحابى بمنزلة النجوم فى السماء فأيها أخذتم به اهتديتم و اختلاف أصحابى لكم رحمة
Maksudnya: Sesungguhnya kedudukan para sahabat aku adalah seumpama bintang-bintang di langit (yang menunjukkan arah kepada yang tersesat). Mana-mana sahabatku yang kamu ikuti maka kamu akan mendapat hidayah (petunjuk). Perbezaan pandangan di kalangan sahabatku adalah rahmat kepada kamu semua.
Lagi pencerahan dari ramai Muhaddithin boleh dirujuk dari:
http://www.al-inaam.com/dhadith/qna/companionstars.htm
Kebaikan & Faedah:
-jangan mencela para sahabat walaupun mereka berselisih kerana mereka dimuliakan (maksud Al-QUran dan Hadith)
-perselisihan itu boleh menjadi contoh tauladan untuk kita supaya elakkan diuji sebegitu hebat sepertimana yang ditanggung oleh para sahabat
Anda selalu mencanang-canangkan "pihak ketiga"?
siapa "pihak ketiga" itu?
boleh anda sebut tentang "mereka" secara detail?
Saya tidak bercadang untuk membahas isu ini di sini. Telah dibahas di thread Perdebatan yang tak Sudah dan thread Al-Fiatu Baaghiah, maka seeloknya sambung di situ.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Ok. Jadi, dalam konteks para sahabat, secara fakta adakah anda nak kata sahabat pernah berselisih pendapat atau sahabat tidak pernah berselisih pendapat?
Mungkin anda terlupa dgn kaedah anda sendiri yaitu "pernah" & "cuba menghalalkan".
nah, skrg anda praktiskan kaedah anda itu terlebih dulu.
ABu Bakr tidak pernah berselisih dengan Nabi soal harta warisan Nabi.
Itulah pegangan saya (praktik tuh)
Apakah buktinya?
Saksi-saksi Abu Bakr telah dibincangkan dlm thread tak sudah yang mana anda terus-menerus tidak menerima hadith tersebut dengan alasan hadith Ahad.
Saya tidak menerima kerana ketiadaan saksi& bukti yg kukuh dari hujjah pihak sunni.
bukan hanya kerana hadis ahad semata-mata.
Jika seseorang menolak hujjah Abu Bakr ini bermakna orang itu tidak memuliakan Abu Bakr dan juga bermakna menuduhnya sebagai pendusta
SubhanaLLAH!
apakah hukum warisan dlm AlQuran itu dusta?
adakah S.Fathimah SA yg berhujjahkan AlQuran itu cuba menuduh abu bakr sebagai pendusta pula?
Telah disebut bahawa Al-Quran menjelaskan perbuatan berpecah-belah DAN berselisih itu dilarang dan As Sunnah juga melarang berbalah dengan Nabi.
Kesimpulannya, berseliseh itu adalah perbuatan yg di larang.
berseliseh itu hanya mendatangkan fitnah &azab.
Benar saudaraku.
Lantas, orang yang mempertikaikan para sahabat itu-lah yang saya pertikaikan,
bukannya saya suruh membuat perselisihan.
Makanya, islam tidak memerlukan lagi contoh-contoh perselisehan seperti itu kerana ia hanya menyemai semangat perpecahan di dlm islam.
bila umat islam berpecah, maka hilanglah kekuatan.
setiap perpecahan itu timbul kerana wujudnya perselisehan.
oleh itu kaedah mencegah lebih baik dari kaedah berubat.
Saya tanya isu2 lain,
dan jika berkesempatan saya akan tanya Insha Allah.
Jadi anda belum bertanya kpd yg ahli?
lalu merujuk pula kpd yg ada di pasaran?
itukah caranya anda mengambil ilmu?
Saya beramal untuk tujuan memuliakan para sahabat (SEBAGAI FADHILAT) dengan hadith perselisihan di kalangan para sahabat itu membawa rahmat.
Memuliakan para sahabat bertepatan dengan Al-Quran dan Hadith
Mengamalkan yg saheh adalah wajib.
larangan berseliseh adalah lebih jelas &lebih saheh di dlm AlQuran &Sunnah.
Bahkan saya pernah baca bahawa hadith itu sangat popular,
dan memahami situasi sebegitu bermakna penelitian sanad menjadi sukar pula untuk menyenaraikan semua nama-nama perawi yang meriwayatkannya.
Alasan popular tidak menentukan kesahehan sebuah riwayat &sanad.
cuba anda check dulu atau tanya pd yg ahli.
Ada tingkatan-tingkatan darjat mursal bagi sesuatu hadith.
Tetapi tetap takkan sama dgn tingkatan riwayat yg telah terbukti muttasil lagi mausul yg jelas mengindikasikannya sebagai informasi yg saheh.
إن أصحابى بمنزلة النجوم فى السماء فأيها أخذتم به اهتديتم و اختلاف أصحابى لكم رحمة
yg anda bawakan di atas ini sekerat shj.
cuba bawak teks penuh.
menurut albani di dlm silsilah ahadis dha'iefah, hadis ini adalah maudhu'.
Hadis-hadis "bagaikan bintang &mendapat petunjuk" telah di vonis maudhu' oleh albani.
cuba check balik sanadnya betul-betul.
atau cuba tanya lagi pd yg lebih ahli.
Lagi pencerahan dari ramai Muhaddithin boleh dirujuk dari:
Tolong terjemah.
و اختلاف أصحابى لكم رحمة
Perbezaan pandangan di kalangan sahabatku
adalah rahmat kepada kamu semua.
Terjemahan yg anda bawakan di atas adalah tak tepat.
terjemahan yg tepat ialah:
و اختلاف أصحابى
Dan perselisihan sahabat-sahabat ku itu,
لكم رحمة
bagi kamu adalah rahmat.
اختلاف bukan perbezaan tetapi PERSELISEHAN.
Kebaikan & Faedah:
jangan mencela para sahabat walaupun mereka berselisih
kerana mereka dimuliakan
Berseliseh bukan perbuatan yg mulia.
bagaimana perselisehan boleh menjadi simbol kemuliaan di dlm islam?
adakah nilai-nilai sebegini yg islam sampaikan kpd seluruh umat manusia?
fikirlah....
perselisihan itu boleh menjadi contoh tauladan untuk kita supaya elakkan diuji sebegitu hebat sepertimana yang ditanggung oleh para sahabat
Mengapa jadikan perselisehan sebagai contoh tauladan?
bukankah sepatutnya dijadikan iktibar,
supaya kita tidak di timpa fitnah &azab yg pedih?
Saya tidak bercadang untuk membahas isu ini di sini.
Telah dibahas di thread Perdebatan yang tak Sudah dan thread Al-Fiatu Baaghiah,
maka seeloknya sambung di situ.
Kalau tak bercadang maka sepatutnya anda jangan sentuh lagi isu itu di sini supaya lain kali tak payah lah saya minta bukti &anda pula cuba membuat helah& trick tak mahu jawab kerana mungkin anda ketiadaan bukti tentang pihak ketiga itu.
bahkan dlm thread kesesatan mazhab syiah pun,
awak cuba buat trick yg sama juga.
kalau anda tidak tahu tentang hal pihak ketiga itu,
sebaiknya tanyalah pd yg ahli.
jangan hanya suka merujuk yg ada di pasaran. ;)
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 10-4-2010 07:34
Mungkin anda terlupa dgn kaedah anda sendiri yaitu "pernah" & "cuba menghalalkan".
nah, skrg anda praktiskan kaedah anda itu terlebih dulu.
sirrikhafi Post at 9-4-2010 18:38 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
Kini anda sudah mulai faham perbezaan antara 'pernah' & 'menghalalkan'? Memang saya mempraktiskan memuliakan para sahabat. Masih tak nampak2 lagikah?
Tak perlulah buat tuduhan saya lupa pula, sila secara jujur jawab: Adakah para sahabat patut diMULIAkan berdasarkan kenyataan saudara mereka tidak menganjurkan perselisihan?
Rasanya tidak perlu saya membuang masa dengan soalan 'MALAS' anda ini
Saya tidak menerima kerana ketiadaan saksi& bukti yg kukuh dari hujjah pihak sunni.
bukan hanya kerana hadis ahad semata-mata.
Itu kan hanya pandangan anda semata sebab kefahaman anda setakat itu saja. Tiada paksaan pun untuk anda terima seperti mana Syiah ingin tolak hujjah Abu Bakr RA.
SubhanaLLAH!
apakah hukum warisan dlm AlQuran itu dusta?
adakah S.Fathimah SA yg berhujjahkan AlQuran itu cuba menuduh abu bakr sebagai pendusta pula?
AstaghfiruLLAH!!!!!
Macam itu sekali anda membuat kesimpulan. TIADA BUKTI KUKUH YANG FATIMAH TUDUH ABU BAKR BERDUSTA, melainkan beliau mendiamkan saja setelah Abu Bakr menyatakan hadith Harta Nabi TIDAK diwarisi. Yang tuduh Abu Bakr berdusta adalah Syiah dan orang2 yang berkefahaman seperti Syiah. Siapa yang makan cili terasa pedasnya! Sepatutnya sesiapa yang ingin mencontohi Fatimah kena berdiam seperti Fatimah dalam isu Fadak
Dah dibahaskan sebelum ni bahawa Fatimah pada mulanya menuntut harta warisan berdasarkan hukum umum dari ayat Al-Quran, sedangkan Abu Bakr menerangkan HUKUM KHUSUS HARTA NABI TIDAK DIWARISI.
Sunni tidak membuat tuduhan kepada Abu Bakr atau Fatimah. Tapi ada pihak yang 'bising' buat tuduhan kepada Abu Bakr kata Abu Bakar itu zalim (Na'uzubillah)
Jadi anda belum bertanya kpd yg ahli?
lalu merujuk pula kpd yg ada di pasaran?
itukah caranya anda mengambil ilmu?
TUDUHAN MELULU SIRRIKHAFI LAGI. Saya rujuk ahli dan saya rujuk terjemahan yang ada di pasaran. Hujjah yang saya bawa adalah dari Ulama dan Muhaddithin berkaitan Hadith perselisihan antara para sahabat adalah Rahmat.....
Berkenaan nama2 ustaz yang saya sebut tu, saya tanya berkaitan isu lain, bukan bermakna saya tidak tanya kepada ahli dalam isu hadith yang dibincangkan ni
Mengamalkan yg saheh adalah wajib.
larangan berseliseh adalah lebih jelas &lebih saheh di dlm AlQuran &Sunnah.
Anda masih tidak memahami apa yang saya sampaikan. Saya bukannya bawa hujjah untuk suruh buat perselisihan. Sila baca balik dengan teliti post2 saya yang lepas.
Alasan popular tidak menentukan kesahehan sebuah riwayat &sanad.
cuba anda check dulu atau tanya pd yg ahli Tetapi tetap takkan sama dgn tingkatan riwayat yg telah terbukti muttasil lagi mausul yg jelas mengindikasikannya sebagai informasi yg saheh.
Hadith tersebut bertepatan dengan Al-Quran, ITULAH SYAHID yang paling kuat untuk hadith tersebut.
menurut albani di dlm silsilah ahadis dha'iefah, hadis ini adalah maudhu'.
Hadis-hadis "bagaikan bintang &mendapat petunjuk" telah di vonis maudhu' oleh albani.
cuba check balik sanadnya betul-betul.
atau cuba tanya lagi pd yg lebih ahli.
Saya tanya siapa lagi? Adakah kini anda bertaqlid kepada Albani semata-mata? Anda dah tanya kepada yang lebih ahli?
Setakat sorang kata maudhu' dan sorang kata bukan hadith, dah cukup nak buat kesimpulan menolak kajian2 muhaddithin yang lain?
اختلاف bukan perbezaan tetapi PERSELISEHAN.
Bagi orang tertentu, perbezaan pendapat itu disamakan dengan perselisihan. Bagi anda, ia tidak sama. Terjemahan itu dibuat oleh seorang ustaz dari Al-Azhar.
Kalau tak boleh terima terjemahan perbezaan, anggap saja perselisihan, habis cerita! Kan matan Arabnya dah dibawa.
bagaimana perselisehan boleh menjadi simbol kemuliaan di dlm islam?
adakah nilai-nilai sebegini yg islam sampaikan kpd seluruh umat manusia?
fikirlah....
Masih lagi tidak faham point yang saya bawa. Saya tidak suruh berselisih atau jadikan simbol. Cuba baca balik dengan teliti
Kalau tak bercadang maka sepatutnya anda jangan sentuh lagi isu itu di sini supaya lain kali tak payah lah saya minta bukti &anda pula cuba membuat helah& trick tak mahu jawab kerana mungkin anda ketiadaan bukti tentang pihak ketiga itu.
Memang saya tidak mahu sentuh untuk berbahas dengan anda. Point itu saya bawa kepada Encik Hang (post #71) Dah banyak kali kalau saya respon kepada orang lain anda selalu salah faham dan ungkit-ungkit malah bersangka buruk lagi
bahkan dlm thread kesesatan mazhab syiah pun,
awak cuba buat trick yg sama juga.
Saya tak perlu layan emosi provokasi sebegini dari orang yang mengaku ahlul Quran. Gagal memahami isu tapi tuduh saya buat trick pula. Sirrikhafi sirrikhafi......
kalau anda tidak tahu tentang hal pihak ketiga itu,
sebaiknya tanyalah pd yg ahli.
jangan hanya suka merujuk yg ada di pasaran.
Suka sangat buat kesimpulan dan tuduhan pada saya. Untuk kita mengetahui samada anda ni benar2 memahami isu tersebut, cuba anda tunjukkan keilmuan anda atau tanya soalan berkenaan hal pihak ketiga di Thread Al- Fiatu Al Baaghiah tu....
TAPI kalau sekadar buat tuduhan kosong saya malas layan! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 13-4-2010 08:46
Post Last Edit by sirrikhafi at 12-4-2010 21:13
Jadi anda mempraktik-kan bahawa memuliakan para sahabat itu ialah dgn cara menghalalkan perbuatan perselisehan yg mana jelas ianya adalah perbuatan yg telah di larang oleh ALLAH.
sirrikhafi Post at 12-4-2010 18:49 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
Salam sirrikhafi...
Nampaknya isu ini bukannya nak diselesaikan, tapi sudah masuk ke peringkat serang-tuduh pula, menandakan perbincangan ilmiah semakin tak relevan!
BILA MASA SAYA MENGHALALKAN PERBUATAN PERSELISIHAN? ANDA FAHAM 'PERNAH' dan 'MENGHALALKAN' ATAU TIDAK? Nampaknya anda sendiri guna kaedah tersebut tetapi buat-buat tak faham kaedah tersebut.
Soalan saya: Adakah anda memuliakan para sahabat dengan kenyataan anda sendiri bahawa para sahabat tidak menganjurkan perselisihan?
MASIH TAK MAU JAWAB TETAPI TUDUH PULA. TAK SERIK-SERIK LAGI
Nampaknya anda malas nak jawab kerana ketiadaan bukti.
Buktinya ada di thread Perdebatan Tak Sudah dan Al-Fiatu Al-Baghiah. Saya MALAS layan orang yang MALAS buat rujukan tetapi TUDUH orang tiada bukti. ITU SAJA
Jadi kuhnun-nya anda lah yg lebih faham dari S. fathimah SA serta lebih faham dari ALLAH yg telah menggariskan hukum warisan ke atas manusia.
Anda ni memang suka buat tuduhan dan tidak mahu baca betul2. Jelas FAKTA yang sampai kepada saya bahawa Fatimah RA mendiamkan Abu Bakr RA setelah Abu Bakr RA menjelaskan perihal Harta Nabi tidak diwarisi.
Kenapa pula anda tuduh saya lebih faham dari Allah? Adakah anda sedar apa yang anda ucapkan itu adalah SANGAT BESAR? Sedangkan saya menjelaskan apa yang berlaku antara Abu Bakr dan Fatimah. Kalau anda kata Fatimah marah dan tuduh Abu Bakr berdusta (Na'uzubillah), keluarkan saja bukti2 anda.
itu hanyalah analogi &contoh dari kesimpulan anda sendiri yaitu:
Jika seseorang menolak hujjah Abu Bakr ini bermakna orang itu tidak memuliakan Abu Bakr dan juga bermakna menuduhnya sebagai pendusta
ini membuktikan bahawa anda sendirilah lah yg menuduh S.fathimah SA seolah-olah beliau lah yg menuduh abu bakr sebagai pendusta.
bahkan anda lah yg menuduh AlQuran yg telah mengariskan hukum warisan seolah-olah menuduh abu bakr pula.
Astaghfirullahal 'aziim.
Kesimpulan anda itu menunjukkan kelemahan anda memahami hujjah, sebaliknya anda tidak mahu terima penjelasan saya. Cuba baca betul-betul:
Macam itu sekali anda membuat kesimpulan. TIADA BUKTI KUKUH YANG FATIMAH TUDUH ABU BAKR BERDUSTA, melainkan beliau mendiamkan saja setelah Abu Bakr menyatakan hadith Harta Nabi TIDAK diwarisi. Yang tuduh Abu Bakr berdusta adalah Syiah dan orang2 yang berkefahaman seperti Syiah. Siapa yang makan cili terasa pedasnya! Sepatutnya sesiapa yang ingin mencontohi Fatimah kena berdiam seperti Fatimah dalam isu Fadak
Dah dibahaskan sebelum ni bahawa Fatimah pada mulanya menuntut harta warisan berdasarkan hukum umum dari ayat Al-Quran, sedangkan Abu Bakr menerangkan HUKUM KHUSUS HARTA NABI TIDAK DIWARISI.
Sunni tidak membuat tuduhan kepada Abu Bakr atau Fatimah. Tapi ada pihak yang 'bising' buat tuduhan kepada Abu Bakr kata Abu Bakar itu zalim (Na'uzubillah)
Kat mana saya tuduh Fatimah tuduh Abu Bakr pendusta? Saya sebut Fatimah mendiamkan Abu Bakr. Siapa yang tuduh Abu Bakr berdusta? Siapa yang makan cili terasa pedasnya. Anda TERASA?
Macam ni pun tak boleh nak faham!
insaflah mnm dari membuat analogi-analogi &kesimpulan-kesimpulan yg teramat rendah kpd ahlulbait nabi SAW.
Siapa yang makan cili tentu terasa pedasnya terutama para nasibi!
Saya tak buat analogi yang rendah terhadap ahlulbayt, tetapi orang yang TIDAK memuliakan para sahabat itulah yang tuduh Abu Bakr berdusta.
Insaflah wahai orang2 yang suka memburukkan para sahabat!
Di mana hujjah &penjelasannya?
Contoh soalan 'malas' anda lagi. Kenapa saya kata demikian, sebab saya dah beri rujukan yang menyebut nama-nama muhaddithin yang merincikan hadith tersebut sebagai hasan atau setidak-tidaknya dhaif, bukannya palsu.
http://www.al-inaam.com/dhadith/qna/companionstars.htm
1. Hafiz ibn Hajar al-Haytami (Tuhfatul Akhyaar, Ml. Abdul-Hayy Laknawi pg.63)
2. Imaam Saghaani (Ibid pg.54; Sharhu Teebi alaa Mishkaat)
3. Allaamah Qaasim ibn Qutloobugha (Tuhfatul Akhyaar pg.134)
4. Imaam Bayhaqi (Kitaabul I’tiqaad, Tuhfatul Akhyaar pg.57 and Talkhisul Habeer of Hafiz ibn Hajar)
5. 5. Hafiz ibn Hajar al-Asqalani (al-Amaalil Mutlaqah pgs.59-62)
Bertepatan dari sisi konsep syahid &makna shj.
tetapi tidak menepati dari sisi sanad &riwayat.
sedangkan muslim di tuntut menghukum, menentukan &mempastikan berdasarkan yg zahir,
bukan makna semata-mata.
di harap anda tidak bermudah-mudah dlm menisbatkan sesuatu riwayat @ucapan kpd nabi SAW.
juga di harap anda tidak bermudah-mudah dgn riwayat-riwayat yg telah di vonis dha'ief &maudhu'.
Saya boleh terima nasihat anda, dan saya juga ingin nasihatkan anda supaya tidak memborong sesuatu hadith itu palsu hanya dengan bertaqlid kepada seorang dua saja.
Kalau anda nak mempersalahkan saya juga, secara hormatnya anda mempersalahkan juga nama-mana Muhaddithin yang saya telah sebut di atas.
Kalau anda rasa anda lebih pandai& ahli dari albani,
cubalah anda huraikan sanad &riwayatnya terlebih dulu.
janganlah hanya setakat buat kesimpulan tanpa hujjah &bukti berdasarkan ilmu di dlm bidang hadis.
bidang hadis itu ada ahli &pakarnya.
maka tanyalah kpd yg pakar &ahli.
Kan saya dah kata.
khilaf &ikhtilaf tak sama.
sila rujuk kpd yg ahli.
jangan nak memandai-mandai buat kesimpulan pula.
Oh ya. Anda ni siapa? Saya rujuk kepada yang ahli, tapi anda masih tuduh-menuduh dan tidak berganjak sikitpun dari tuduhan anda tu. Sebelum saya terima cakap anda bulat-bulat, boleh sebutkan keahlian anda dalam bidang hadith?
Atau anda sudah bertanya kepada yang ahli? Siapa? Atau anda rujuk kitab di pasaran semata-mata?
أخبرنا أبو عبد الله الحافظ ، وأبو بكر أحمد بن الحسن ، قالا : ثنا أبو العباس محمد بن يعقوب ، ثنا بكر بن سهل الدمياطي ، ثنا عمرو بن هاشم البيروتي ، ثنا سليمان بن أبي كريمة ، عن جويبر ، عن الضحاك ، عن ابن عباس قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مهما أوتيتم من كتاب الله فالعمل به ، لا عذر لأحد في تركه ، فإن لم يكن في كتاب الله ، فسنة مني ماضية ، فإن لم يكن سنتي ، فما قال أصحابي ، إن أصحابي بمنزلة النجوم في السماء فأيما أخذتم به اهتديتم ، واختلاف أصحابي لكم رحمة (المدخل إلى السنن الكبرى للبيهقي)
Sila buat kajian dari maklumat berkenaan hadith di atas dari link ini:
http://www.askimam.org/fatwa/fat ... e757175e6d541f9c4f0
Alasan tak faham bahasa Inggeris tak boleh diterima, rujukan diberikan dan anda boleh cari rujukan terus dalam bahasa Arabnya.
Sebenarnya anda lah yg suka buat kesimpulan.
sila lah buktikan dakwaan anda jika anda termasuk org-org yg benar.
nampaknya anda cuba nak bebankan saya dgn persoalan dlm thread al fi'atu al baghiah pula!
Suka sangat buat tuduhan. Tak berani masuk thread tu kot? Jawapan ada di situ tapi masih suka buat kesimpulan & tuduhan kosong. Insaflah wahai sirrikhafi.
Malas nak layan sebab takde bukti.
lepas tu tuduh saya buat tuduhan kosong pula.
Orang yang malas dan suka buat tuduhan memang tak patut dilayan. Kalau anda ubah sikap tu saya akan hormati anda sebagai orang yang bercita-cita nak jadi ahlul Quran |
|
|
|
|
|
|
| |
|