CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: al_gojos

Abuya kembali dari MATI

[Copy link]
Post time 24-5-2010 08:43 PM | Show all posts
x sabar tunggu cik mawar merah reply...  

dulu2 masa aku kecik2, kat kampung aku ada satu penempatan al arqam.. ramai betul mak pak yang hantar anak2 depa ni belajar kat al arqam tu.. aku ngan arwah nenek aku pn selalu join g semayang jemaah kat markas al arqam ni... tp, kami ni bukan pengikut arqam tau....

memang aku tengok sumenya unsur2 keislaman, yang x berapa nak kagumnya, dianye tok guru kepala lam markas ni, bini 4.. sume bini dia lawa2 tu.. yang bini first aje, yang tua.. lagi 3 bini dia, sume stok muda2... pastu, lau ada stok anak2 murid al arqam ni yg muda belia, lawa lak tu.. habisla, jadi perhatian kepala markas ni.. pasal kuota bini 4 je kan, so dia nk kawin baru, bini dia yg no. 2 kena cerai.. n begitula sebaliknya, kalau ada stok yg cun melecun lagi... ini bukan aku bawa mulut tau, benda ni mmg jadi..

aku ingat lagi, masa tu umo aku lam darjah 3 gitu.. pastu, x lama lepas tu gomen isytihar al arqam ni diHARAMKAN... terusla markas ni sunyi... tinggal semak aje.. umah pn dh roboh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2010 08:40 AM | Show all posts
kesian..kesian..kan lebih baik kalau kita taksub pada Allah?
taksub pada suruhanNya..taksub meninggalkan laranganNya..
bukan taksub pada sesama hambaNya?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 10:57 AM | Show all posts
abuya kembali daaaa.....  mcm cerita bujang lapok kembali daa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2010 01:07 PM | Show all posts
abuya kembali daaaa.....  mcm cerita bujang lapok kembali daa...
tobby Post at 25-5-2010 10:57


sayangnya mawar merah dah tak kembali la pulok
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 01:30 PM | Show all posts
Tak abis2 ngan abuya nih.....

Haku nak tau pas nih apa plak tugas2 abuya.....

Atau kena blasah kat alam sana..........

Ada sesapa jemaah dier leh konpomkan........
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 01:45 PM | Show all posts
Kan orang dah nampak jasadnya dah masuk dalam liang lahad.. Macam mana plak nak hidup balik? Sedangkan Rasulullah pun meninggal dan tak kembali...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2010 02:05 PM | Show all posts
Kan orang dah nampak jasadnya dah masuk dalam liang lahad.. Macam mana plak nak hidup balik? Sedangk ...
dee4ellese Post at 25-5-2010 13:45


kan?  pelik betul. yg dok terbongkang (terkujur) tu mayat siapa? apahal pulak kata dia ghaib?  taksub benar.  

zmn Nabi dulu pun ada yg taksub, ada gak yg tak caya Nabi dah wafat.  hingga sahabat terdekat terpaksa menyatakan bahawa Nabi memang dah wafat.  tapi ashaari bukan Nabi, dia hanyalah manusia biasa yg dah terseleweng bersama2 pengikutnya.  klu pengikut abuya tak caya dia dah mati sila pi korek kubur, tengok sendiri mayat yg dah reput mcm mayat2 lain.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 09:53 AM | Show all posts
Loorrr....pelik lah pulok sy dgn korang nih semua... penjelasan panjang lebar dr pihak keluarga abuya secara rasmi di media2 tu pemendanya? Siap ada video lagi! Dan siap nk saman lg mana2 pihak yg cuba terus mengeruhkan keadaan yakni cari pasal mensensasikan isu ni.

Di pelbagai forum2 lain pun, byk dh isu nih dijawab...ketinggalan ke tercicir korang nih?

Kalo korng google pun...berderet2 kuar psl penjelasan isu nih oleh family abuya. Di board isu semasa pun sy dh berapa kali tekankn sila rujuk pd penjelasan dr family abuya tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2010 10:04 AM | Show all posts
Loorrr....pelik lah pulok sy dgn korang nih semua... penjelasan panjang lebar dr pihak keluarga abuy ...
Mawar Merah Post at 26-5-2010 09:53


tolong jgn delete apa yg pengikut arqam dah tulis kat thread2 CARI ni.  nanti boleh quote satu2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 10:10 AM | Show all posts
pandai taqiyyah.... takut kena tangkap la tu.



Isteri Asaari dakwa dengar suara suami
Oleh Norfatimah Ahmad
[email protected]
2010/05/21
Hatijah beritahu Abuya minta direlakan ‘pemergian’

KUALA LUMPUR: Hatijah Aam, isteri kedua Asaari Muhammad mendakwa mendengar suara suaminya meminta supaya merelakan pemergiannya secara fizikal bagi membolehkan rohnya bangkit memimpin umat Islam ketika terlantar sakit di sebuah hospital di Ipoh, baru-baru ini.

Hatijah Amm berkata, tugasan penting Asaari adalah untuk pergi dan kemudian kembali semula untuk bersama pengikutnya.
“Suara itu menyebut “kamu nak suruh orang tua yang tidak ada gigi yang kerepot ini bangun buat apa? Kenapa tidak fikir yang akan bangun nanti bukan yang ini,” katanya ketika ditemui di Bandar Country Homes Rawang, baru-baru ini.
Hatijah, 56, berkata suara itu kedengaran jelas beberapa minit sebelum Asaari, disahkan meninggal dunia pada 13 Mei lalu, di KPJ Ipoh Specialist Centre akibat jangkitan paru-paru.

“Abuya sudah bebas di alam ini... Abuya boleh pergi dan boleh balik. Janji Allah kepada orang-orang roh, mereka bebas di alam roh tanpa diganggu kerana selama ini fizikal mengganggu keaktifannya. Jadi, sekarang saksikan keajaibannya,” katanya.

Malah, Hatijah berkata, ketika berkomunikasi dari hati ke hati dengan suaminya itu, Asaari sempat mengukir senyuman kepadanya dan membuka mata sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Beliau berkata, Asaari kini boleh melakukan kegiatan roh secara total kerana sudah bebas daripada fizikalnya yang menyekat pergerakannya selama ini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 10:41 AM | Show all posts
bunyi mcm power gila. tapi jangkitan paru2 pun dia tak boleh lawan.


‘Tsunami berlaku kehendak Abuya’
Oleh Anwar Hussin

2010/05/26
Hatijah dakwa Asaari ada ‘power’ angkat, terbangkan air lautan sebesar gunung

KUALA LUMPUR: Sebulan sebelum Asaari Muhammad atau Abuya meninggal dunia, isteri keduanya, Hatijah Aam, melancarkan buku tulisannya berjudul Tsunami: Bukti Abuya Putra Bani Tamim dengan mendakwa tsunami yang melanda Aceh pada 2004 adalah kehendak dan perintah Asaari.

Beliau turut mendakwa bekas pemimpin Al-Arqam itu akan mengambil alih tampuk pemerintahan Indonesia daripada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
Buku yang dilancarkan di Hotel Sultan, Jakarta pada 7 April lalu, mendapat kritikan keras Majlis Ulama Indonesia (MUI) Jawa Barat yang mengisytiharkan ia sebagai sesat dan meminta kerajaan Indonesia mengharamkannya. Bagaimanapun, buku berkenaan tidak dipasarkan di negara ini dan hanya diedarkan kepada ahli saja.
Dalam buku 83 halaman itu, Hatijah mendakwa Asaari yang mengarahkan terjadinya tsunami dan meminta semua anggota bekas Al-Arqam keluar dari Aceh sebelum kejadian.

“Abuya Asaari itu ‘power’ yang mampu mengangkat air satu lautan sebesar gunung dan menerbangkan secepat kapal terbang Boeing ketika ketinggian 30,000 kaki iaitu 700km sejam. Senjata tsunami keajaiban ciptaan Abuya Asaari untuk memerangi orang yang gila berperang di Aceh agar kemudian tidak sanggup berperang lagi di bumi milik Abuya Asaari itu” tulis Hatijah dalam bab tiga buku itu.

Malah, bagi menggambarkan keajaiban Asaari, dalam bab empat berjudul Perang Penuh Keajaiban, Hatijah menceritakan satu keluarga terselamat daripada maut ketika tsunami dengan hanya menyebut nama Abuya.

“Diceritakan ketika saat air laut sampai ke tahap leher, anggota keluarga pegawai kesihatan Aceh, Rita Mutia, saling berpegangan tangan dan memohon ampun daripada Allah serta menjerit Mak, Ayah, tolong ,Ya Allah tolong! Ya Allah tolong! Bagaimanapun, abang Rita, iaitu Syeikh Mujiburrizal meminta Rita jangan meminta tolong kepada Allah melainkan kepada Abuya. Syeikh pun dengan lantang berteriak ‘Abuya tolong!’ dan Rita turut menjerit meminta pertolongan daripada Abuya”.
Hatijah mendakwa keluarga berkenaan terselamat daripada maut hanya dengan menjerit nama Abuya apabila sebuah kapal ikan yang dipandu pasukan penyelamat ghaib berada berhampiran mereka.

Dalam bab enam yang berjudul Betulkah Abuya Asaari Putra Bani Tamim, Hatijah menulis “Kerana mengaku dialah Putra Bani Tamim atau Putra Bani Hashim atau Satria Piningit itu. Dan dialah bakal Presiden Indonesia selepas ini”.

Buku yang turut dilancarkan di Bandung pada 23 April lalu, mendapat kritikan MUI Jawa Barat yang mengatakan tulisannya tidak masuk akal dan menyesatkan.

Setiausahanya, Rafani Akhyar, berkata, tiada sesiapa yang boleh mendatangkan tsunami atau sebarang bencana dan hanya Allah SWT yang mampu berbuat demikian
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 10:58 AM | Show all posts
ok, saya faham dn t.ksh atas penjelasan.

ok, saya faham dn t.ksh atas penjelasan.

sy nak dengar pula penjelasan cik mawar merah mengenai dakwaan yg abuya tdk mati tetapi ghaib. Cik mawar merah jgn risau, tdk ada yg akan terpesong akidahnye semata2 dgn penjelasan cik mawar merah. kita mesti open dlm mencari kebenaran. Benarkh kata2 anak abuya 2-3 hr slps konsert utk arwah abuya di rawang yg dakwaan ghaib itu hanya dibuat semata2 nak jaga bisnes keluarga mereka? jika benar kenapa mereka sanggup menggadai akidah demi sebuah perniagaan keluarga? mana pergi perniagaan utk jemaah tu? kenapa akhirnye jd family bisnes?
apa2jelah Post at 24-5-2010 13:27


Kata tk kan terpesong akidah...nih tuduh sanggup menggadai aqidah pengikut plak...

Kan wakil family abuya sendiri tegur pihak2 tertentu nih jgn sekali2 nk memesong akidah umat Islam dgn menjaja dn membuat persepsi sendiri hal nih...bila la pulok jemaah nk menggadai akiqah pengikut.

Sebut aja bisnes kuarga tp hakikatnya jemaah punya, mana ada milik peribadi abuya dn family. Itu ckp sj utk keselamatan. Sebnrnya mcm nih...dulu semasa abuya bangunkan bisnes2 nih semua semasa dia dlm tahanan terhad ISA di rawang, pihak keselamatan sgt2 memerhatikan gerak-geri abuya dn cuba menghalang apa jua aktiviti abuya termasuk bisnes krn mensyaki mahu menghidupkan semula al-arqam.

Dari situlah abuya kata pd pihak keselamatan..."anak2 dan cucu2 abuya kan ramai, jdi abuya nk bagi depa makan apa? nih family bisnes je nih... "

So dr situlah berkembangnya semula perjuangan abuya sambil diawasi ketat oleh pihak keselamatan. Diam tak diam dlm keadaan dipantau rapi oleh pihak keselamatan, bisnes (hakikatnya perjuangan) abuya berkembang. Pihak keselamatan sendiri akhirnya sedar bisnes abuya tk bahaya pun.  Itu pun msh ada pihak2 tertntu terutama gomen dn bdn2 agama yg bertindak cuba menghalang dn memprovokasi yg abuya nk hidupkan arqam semula. Tu yg kenapa rufaqa corporation akhirnya ditarik blk permit perniagaan mrk.

Nak berjuang kena cerdik dn licik ok...ni pun sy berani kabo sbb abuya dh tak da dn dia pun dh lama dibebaskan dr tahanan terhad tersebut.

Kami pengikut2 abuya faham sgt hal ni dn kami kenal peribadi abuya kami. Apa-apa jua manfaat yg di dapati hasil dr perjuangan semuanya kembali pd jemaah yakni pd pembangunan Islam. Hidup mati abuya dn family adalh utk meninggikan kalimah Allah swt. Jd kalo korang di luar sana, fitnah dn tuduh la abuya serta family dia hanya mkn hasil anak buah, abuya kaya-raya dgn jln tk betul.... kami tau hal sebnr.

Rumah peribadi pun abuya tak da, inikan pula nk kumpul harta utk diri sendiri dn family. Ini krn abuya sentiasa bermusafir dlm misi mendidik dn mertarbiah pengikut dn akan singgah mana2 rumah jemaah atau anak buah. Setiap kali abuya nk singgah sesuatu tmpt, barulah anak2 buah siapkan bilik abuya dn isteri2nya. Hinggakan prnh ummu jah kata...ada pihak2 tertentu yg tanya, mana yer rumah abuya? abuya tngl kat mana? Jgnkan kami, family abuya sendiri pun kdg2 susah nk ckp abuya tu sebnrnya tgl kat mana..dn rmh abuya tu sebnrnya kat mana...

Abuya sgt zuhud sbnrnya...dn sebagai tuan guru yg disayangi, biasalah abuya akan sering dihadiahi dgn pelbagai benda samada oleh pengikut2 atau org2 luar yg simpati dn kdg2 dr pembesar2, tuan2 guru, syeikh2 tariqat dr luar negara. Kalau brg milik peribadi yg mahal2 dn membazir, mmg abuya tk ada. Itupun abuya selalu hadiahkan balik apa2 cenderahati yg diberi org pada pengikut dia semula ataupun sesiapa yg dtg berziarah.

Pernah satu ketika, salah seorg anak buah abuya ternampak t-shirt putih (pagoda) abuya tergantung dlm bilik secara tk sengaja..terkejut dia sbb dia ternmpk t-shirt tu dh lusuh dn terkoyak sedikit sbb setau kami bila abuya bertemu ank buah atau keluar, abuya sgt menjaga ketrampilan dn kemas sbb itu imej Islam. Dan ada yg tuduh abuya bergaya krn byk duit. Tp rupa2nya di sebalik itu semua, iaitu bila abuya bersendirian, abuya tk kisah itu semua. Dan setau kami jubah, pakaian dan kain pelikat abuya tu pun byk yg dihadiahkan org.

Sj sy berkongsi fakta, terpulang nk caya atau tidak...bkn apa byk sgt benda2 buruk yg masyarakat di luar sana disogokkn oleh media dn musuh2 abuya.

Satu hal yg nyata, apa jua aktiviti kemasyarakatan yg baik yg dijlnkn oleh abuya hinggakn prnh kami bekerjasama dgn pihak keselamatan dlm menanggani isu dadah, jgn harapla akan mendpt liputan media prima nih padahal bkn tk undang pun depa, siap ajak join lagi apa2 majlis anjuran kami. Cthnya spt majlis maulidur rasul yg kami adakan saban thn selalunya 3 hari 3 malam berturut2 dn lain-lain lg. Kdg2 akhbar2 kecil ada lah muatkan sikit. Pihak agama rasmi pula sibuk cuba blok sana-sini hingga mengalahkan pihak keselamatan sndiri.

Tp kalo ada apa2 bhn dr kami yg bleh media utama ni manipulasi jd kontroversi dn negatif...cpt je termuat, muka depan lagi. Tak faham ujung pangkal, terus ledak sampai masyarakat Islam pun terkejut. Plg teruk, sibuk lah terjah para alim ulama rasmi gomen ni buat ulasan dn mintak kuar hukum itu ini mengikut sebagaimana apa yg mrk sudah corakkan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 11:00 AM | Show all posts
tolong jgn delete apa yg pengikut arqam dah tulis kat thread2 CARI ni.  nanti boleh quote satu2. ...
tobby Post at 26-5-2010 10:04



    Tak kisah...sapa plak nk delete nih?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 11:07 AM | Show all posts
pemimpin ajaib.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 11:22 AM | Show all posts
dok nampak bini dia yang dok tulis buku-buku dan dakwaan ajaib bagai tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 01:13 PM | Show all posts
aku ada sorang kawan yg jd SB. dia terlibat dlm usaha memantau kegiatan 'Abuya' dan 'Ayah Pin'. menurut kawan aku ni...salah satu ciri yg sama antara abuya dan ayah pin adelah kebolehan mereka menarik minat pengikut hingga menjadi taksub.

Method yg diorg bedua ni gunakan sama iaitu 'kasih-sayang'. Kalo nak citekan akhlaq, keperibadian pemimpin mcm abuya...nilai kasih-sayangnya...sama btul mcm ayah pin...tak caya tnyalah pengikut2 ayah pin...betapa penyayangnya dia. apa2 masalah pun dlm idup ni kalo diorg jmpa ayah pin...sure tenang pnya jadinya...mana yg jiwa kosong...hutang byk...jumpalah ayah pin...nnt dia akn tlg bg jalan penyelesaian dgn penuh hikmah dan kasih sayang...sbb tu lah pengikut dia mmg bole taksub dan sayang sgt dgn ayah pin ni dan pecaya ayah pin 'special' personlah. smpai bangsa2 dan agama2 lain mcm hindu buddha pn smua bole salute dgn ayah pin.

mmg Allah ada beri kelebihan pd sesetengah org pndai bermain psychology mcm abuya dan ayah pin. tp disebbkan ayah pin pnya masalah akidah tersgtlah besar...dan dia mgkin takde pengetahuan bab qur'an hadith...jd org snang2lah tolak dia. yg kes abuya plak...dia tau hal qur'an hadith...walaupn tak pakar...tp cukuplah utk amik part2 yg sesuai utk kepentingan diri...jd golongan yg tak blaja agama tggi...tp blaja ilmu sekular tggi ni mmg snanglah kagum dgn abuya. tu yg diorg menganggap skill tu sbg satu 'super power' pulak. padahal...ramai lg ulama2 dlm malaysia ni bagus amalan basic mcm solat jemaah tak tggal, wirid dan zikir setiap msa, ilmu tasawuf yg lengkap...tp tak cite kt org (contoh akhlaq yg bagus).

cam pngikut abuya ni...model perniagaan ala2 komunis pn diorg bole terima...dan tukar sbg model perniagaan islam pulak. nmpak sgt tak study 'fundamental islamic economics'. takat basic mu'amalat je...dah kta teror meniaga smua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2010 03:39 PM | Show all posts
huhu ramai rupenye yg menanti penjelasan dr mawar merah, aku ingatkn aku sorang je
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 04:00 PM | Show all posts
dok nampak bini dia yang dok tulis buku-buku dan dakwaan ajaib bagai tu...
Hang Post at 26-5-2010 11:22


aku pun dok nampak yg sama. mcm2 keajaiban yg ditemberangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 05:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 26-5-2010 17:20
Kami pengikut2 abuya faham sgt hal ni dn kami kenal peribadi abuya kami.

Rumah peribadi pun abuya tak da, inikan pula nk kumpul harta utk diri sendiri dn family. Ini krn abuya sentiasa bermusafir dlm misi mendidik dn mertarbiah pengikut dn akan singgah mana2 rumah jemaah atau anak buah.

Abuya sgt zuhud sbnrnya...

Mawar Merah Post at 26-5-2010 10:58


Mother Theresa dan Mahatma Gandhi pun tiada keinginan kearah kemewahan harta benda dunia.

Perjuangan mereka tanpa jemu untuk menolong golongan miskin ........kasih sayang dan sifat merendah diri serta lemah lembut yang mereka berdua pamerkan pada para pengikut mereka yag bukan sikit bilangannya tu juga hebat .  

Adakah akhlak yang mereka pamerkan tu boleh di jadikan kayu pengukur untuk menentukan benar atau batil fahaman anutan mereka berdua ?



Ibadah yang banyak tinggi melangit pun tak semestinya menyebabkan seseorang itu automatik jadi taqwa tak terkira di sisi Allah .

Ibadah yang di terima Allah hanyalah ibadah yang di buat dengan hati tulus ikhlas , sapa boleh baca apa yang ada dalam hati manusia melainkan Allah aje , jadi hanya Allah yang berhak menentukan seseorang tu kuat taqwanya atau tidak .

Kalau kau nak nilai sesuatu fahaman yang di anuti seseorang tu betul atau tidak , maka jangan tengok pada banyak ibadahnya atau baik akhlaknya semata-mata ......

sebab iblis pun pernah melakukan banyak ibadah tak terkira tapi itu tak menghalang iblis dari jadi penipu besar dan kufur laknat !
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 05:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 26-5-2010 17:53

Lagi karut marut kepercayaan aqidah seseorang , lagi senang pulak dia mempamerkan kezuhudan dan rasa kasih sayang sesama pengikutnya .... tak mustahil berlaku keadaan sebegini !

Sebab iblis faham hakikat bahwa " kalau dah aqidah tunggang langgang maka ibadah dan akhlak tinggi melangit pun akan cuma menjadi fatamorgana aje kat akhirat nanti " so buat apa iblis nak halang orang gini dari buat ibadah dan buat baik sebanyak mana pun kan .

Sebab tu ada orang yang walaupun aqidah kelaut dan kelongkang tapi bila mai tang ibadah dan akhlak mak oiii cemerlangnya ! Iblis tahu itu boleh jadi daya penarik agar lebih ramai manusia lain pula nak jadi pengikut , maka makin ramai yang akan sesat kelak . Perangkap samar aje tu !
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.083593 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list