CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bayieng

♥Ratu Rock ELLA the Living Legend♥== Happy 44th Birthday!!

[Copy link]
Post time 29-5-2010 12:42 PM | Show all posts
Reply 46# bayieng

yerla..dia memang ratu rock la..hidup ella...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2010 02:24 PM | Show all posts
Reply 59# bayieng


bagusla, usahakan beli tiket & pegi....
cam si juara ckp tu, x rugi kan..tambah2 bg peminat tegar & fanatik...
kalau ella gang tak pegi tgk & support.....
xde maknalah ella ada gang yg tak supportive...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 02:29 PM | Show all posts
huhuhuu 80 hengget...mahal la pulak tp syg nyer kalo x tgk..kat IB lak tu mesti
grand...sempot la poket aku bln ni...apa kan daya kerana mu EL pujaan hatiku...
akan ku gagahi jua...tunggguuuuuuuuuuuu aku kan terjah IB!
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2010 06:39 PM | Show all posts
kalau rm80 mahal, beli yg rm50 jelah....tp jauh kat atas ah....
x syiok....malangnya @llie tak dpt nak join walau berminat nak tgk...
kalau x boleh tgk & kenal gang2 ella ek...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2010 08:26 PM | Show all posts
tapi tuk peminat tegar.. lagi baik beli tiket RM180 yg kat dpn..
kalau tiket RM250 jauh..
RM50 lagi la teramat jauh
RM80 angle tepi je lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2010 01:14 AM | Show all posts
huhuhu still undecided nk beli tix yg mana satu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2010 10:29 AM | Show all posts
brp org ahli kelab ni bayineg???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2010 02:42 AM | Show all posts
brp org ahli kelab ni bayineg???
britney_sapiah Post at 3-6-2010 10:29 AM


motipp nak tau:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-6-2010 08:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 09:11 PM | Show all posts
motipp nak tau
bayieng Post at 4-6-2010 02:42



   


sbb org yg sama jer posting
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2010 10:45 PM | Show all posts
sbb org yg sama jer posting
britney_sapiah Post at 4-6-2010 09:11 PM


motippppppppppp :@ :@

uols ingat MN iols kaaa

ade la 2-3 org yg posting kt sini. jadi la tu. lgpon ni bkn markas utama. sekadar penyeri kt forum ni jer. dan utk share info2 kt forummers yg berminat nk tau psl kak ell
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 11:08 PM | Show all posts
suh la kak ell masuk forum ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2010 05:55 AM | Show all posts
suh la kak ell masuk forum ni...
britney_sapiah Post at 4-6-2010 11:08 PM


bertuahhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2010 06:05 AM | Show all posts
gua share kt sini je la ek..

gua dh dpt dgr sket 3 demo lagu kak ell utk nx full album dia. wpon sekadar demo je....tp mmg best okeh!!!

yg penting lagu bertajuk RAJUK ku predict akan menjadi hits. mark my words ok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2010 02:06 AM | Show all posts
td tgk kak ell kt TV2 rcgn Istimewa Bersama Ella yg psg klip rcgn HMI thn 2001. kak ell pon on9 skalik kt fesbuk and layan fans yg tgh tgk tv smbl komen2 kat fanpage. so proud of my kak ell to be able to do that. seronok plak tadik

btw gua dh rec rcgn tu...nnt bila gua  dhabes edit esok2 lusa gua upload la ek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2010 02:15 AM | Show all posts
Reply  cmf_juara


    thanx.. sy mencari tajuk lagu di percintaan itu.. rindu pula nk dgr suara ...
ReksakseHuduh23 Post at 28-5-2010 05:33 PM


cuba msk fanpage ella kt http://www.facebook.com/Ella.Aminuddin
carik kt bahagian music player. ade lagu tu. leh dgr kt situ. or better yet..beli jer album Puteri Kota or The Greatest Hits sb lagu tu pon ade dlm album greatest hits
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2010 05:12 PM | Show all posts
apsal sume org senyap sunyi je ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2010 10:27 AM | Show all posts
Variasi: 25 tahun Ratu Rock
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
2010/06/13

Ella bakal muncul dalam konsert bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya

UNGGUL bertahan selama 25 tahun sebagai Ratu Rock negara yang belum dicabar, Ella masih utuh menebarkan keampuhan kredibilitinya tanpa lelah.

Bagi pemilik nama lengkap, Nor Zila Aminuddin, 44, peminat ialah sumber kekuatan yang memperkasakan dirinya untuk terus bertahan, sekali pun dalam perjalanan panjang itu dia juga tidak terlepas diduga. Akuinya, cinta kepada nyanyian tidak pernah bernoktah meskipun sesekali terdetik di hati untuk memperlahankan karier seninya.

Ella akur, realiti perjalanan insan seni umpama roda yang tidak akan pernah berhenti berputar. Naik turun roda itu bagaimanapun, tidak pernah menggusarkan pemilik tubuh kecil yang berjiwa kental ini. Dia sudah memiliki segala-galanya, bahkan catatan kejayaannya juga sarat pencapaian gemilang namun jiwa seni sejati Ella sentiasa mendesak dirinya untuk mencari cabaran baru.

Atas alasan itu, wanita yang bakal berusia 44 tahun pada 31 Julai ini akan merealisasikan sebuah lagi cita-cita besarnya pada 1 dan 2 Julai ini. Menerusi Konsert Ella & Orkestra Simfoni Kebangsaan, dia akhirnya melangkah ke pentas prestij, Istana Budaya untuk berkongsi perjalanan sebagai anak seni pada dua malam persembahan bersejarah itu.

Berkongsi debaran menanti tarikh bermakna itu, Ella berkata, sukar untuk dirinya membayangkan apa akan bakal berlaku kerana paling utama adalah merangka sebuah persembahan sarat emosi dan tenaga.

“Jujur persembahan ini menuntut kekuatan dan kerja keras kerana tidak semudah itu untuk direalisasikan kerana setiap kita mempunyai impian dan perancangan sendiri. Jika ditanya, saya mengimpikan sebuah persembahan orkestra penuh bertenaga seperti yang dilakukan kumpulan rock Metallica.

“Tetapi semua itu masih dalam perbincangan. Ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum mengambil kata putus yang memberi kepuasan kepada semua,” katanya.

Konsert itu direalisasikan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2010. Untuk dua malam persembahan itu, kudrat tubuh kecil Ella akan dipacu oleh 80 pemuzik pengiring yang menyertai Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Ella juga akan membariskan tenaga kerjanya sendiri yang diketuai Amir sebagai pengarah muzik manakala penataan pentas disempurnakan Lan Hashim.

Gabung irama muzik asli

Akui Ella, konsert itu akan meniupkan aura yang mengusung kepuasan yang sukar diungkapkan dengan perkataan apabila diiringi barisan pemuzik profesional.

“Ini kali pertama saya menjayakan konsert orkestra dalam skala besar.

Sangat mengujakan kerana sudah pasti ia menjanjikan sebuah persembahan muzik yang padat dan solid,” katanya sambil mengakui ketika ini proses pemilihan lagu masih dijalankan dan janjinya pasti, adalah untuk memberikan persembahan yang menterjemahkan dirinya sebenar.

Selain suntikan lagu popular seperti Pengemis Cinta, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Sembilu, Dua Insan Bercinta, Nuri dan Kesal, Ella juga cuba membawa kelainan apabila turut menggabungkan unsur muzik asli yang disusun khas.

“Itu antara perkara yang diusulkan dan kami masih mencari kesepakatan supaya konsert ini nanti akan meninggalkan momen sukar dilupakan oleh semua peminat yang sekian lama menantikan saya beraksi,” katanya.

Kali terakhir beraksi dalam konsert besar di Esplanade, Singapura pada 2007, Ella bersyukur kerana bertemu ‘jodoh’ dengan JKKN.

Katanya, lamaran untuk beraksi di Istana Budaya diterima pada akhir tahun lalu namun disebabkan mempunyai perancangan lain, jawapan pasti tidak dapat diberikan.

Bagaimanapun, usul itu kembali diajukan dua bulan lalu membuatkan Ella enggan melepaskan peluang berharga yang kini dalam genggamannya.

“Saya juga sedang mencari kepuasan yang akan melengkapkan portfolio saya selepas lebih 25 tahun menyanyi,” katanya.

Percaya kemampuan diri

Beralih topik perbualan, Ella berkata, suasana suram industri hiburan tidak pernah memadamkan keinginannya untuk kembali bersama album baru.

Ella akur sukar untuk mencari material yang mampu menandingi keampuhan populariti lagu malar segar yang pernah dirakamkannya.

Namun, sebagai penghibur, Ella sentiasa menanam kepercayaan kepada diri di samping membuka ruang untuk mencipta evolusi dalam persembahan muziknya.

“Saya tidak boleh terus berpuas hati dengan apa yang pernah saya capai. Jika enggan memberi peluang kepada orang lain, saya tidak akan matang. Muzik perlu berubah mengikut peredaran masa namun identiti dan jiwa seseorang penyanyi itu akan kekal, umpama darah yang mengalir dalam diri,” kata Ella.

Terus membisu soal cinta

BULAN bersilih ganti tahun terus berlalu, Ella masih tenang melayari hidup sendirian tanpa ditemani lelaki yang mahu didampingi sebagai kekasih hati dan suami.

Hari-hari Ella tetap sama, ke mana saja kakinya melangkah pasti ditemani kakak kesayangannya, Jojie. Sebuah pemandangan biasa bagi mereka yang dekat dengan dua beradik yang saling menyokong dan melengkapi antara satu sama lain. Cuba diusik soalan klise, Ella tidak menafikan sesekali perasaan sunyi mengetuk pintu hatinya.

Bohong jika dia juga tidak menyimpan angan untuk membina kebahagiaan sendiri. Cuma mungkin Tuhan belum menemukannya dengan lelaki yang menawarkan kasih sayang tulus dan sejati lalu membuka pintu hatinya untuk berumahtangga.

“Saya tak mahu berbohong, memang kadangkala saya kesunyian. Begitupun, saya sudah biasa dengan keadaan ini. Komitmen saya terarah kepada kerjaya seni. Soal ada atau tidak teman istimewa bukan persoalannya. Memang saya sedang berkawan tetapi saya tak pasti dia jodoh saya atau tidak.

“Daripada terus bercakap perkara tidak pasti, lebih baik saya menyimpan persoalan itu untuk diri sendiri. Sampai masa, jika Tuhan menghendaki ia berlaku saya tidak akan mampu mengelak lagi,” kata Ella
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 03:07 PM | Show all posts
apsal sume org senyap sunyi je ni
bayieng Post at 8-6-2010 17:12


tgh bercuti2 malaysia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2010 03:50 PM | Show all posts
tgh bercuti2 malaysia..
cmf_juara Post at 14-6-2010 03:07 PM


ptt la kt fesbuk pon sneyap jer. gi cuti2 kat sabah ek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.173863 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list