|
[Tempatan]
Kastam Melayu bunuh Kastam Melayu, anak tak brape nak menjadi
[Copy link]
|
|
xpdckelate posted on 24-8-2013 02:38 PM 
ketua polis dah cakap,mereka bukan berdiam diri,tengah menyiasat la tu,sabar ye,lagi sepuluh tahun m ...
itupun keputusannya , " Si mati didapati bunuh diri" , segalanya boleh jadik di Malaysia sebab Malaysia Boleh!!
|
|
|
|
|
|
|
|
SulurBidar posted on 24-8-2013 03:22 PM 
Walaupun statement ko macam lawak, tapi itulah hakikatnya...
negara kita adalah Gotham City...
...
aku gelak smp golek2 kat lantai. Blh ko namakan siapa yg pegang watak2 ko sebut tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Yg jujur baik hati x mkn rasuah tidak layak menjawat jwtn tinggi dlm kerajaan... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya ter'overheard' conversation polis yg siasat kes ni dgn ayah saya... mmg polis tu bagitau dalang tu di kalangan org kastam jgk.
Tapi nak carik mastermind tu mmg amik masa la... org byk musuh kan... |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia dah menuju kearah sama cam negara india... samseng2 memegang erat telur pemimpin politik negara.... tiap2 bulan makan elaun khas bank in akaun.. jgn kacau geng gua...

Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.
“Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi,” kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini.
Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri.
“Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya,” kata arkitek berumur 30 tahun itu.
“Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
“Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya,” katanya.
Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya.
“Tidak ada siapa faham kehilangan orang tersayang dengan cara kejam begini kecuali bagi mereka yang pernah melalui sendiri kerana itu saya amat berharap kematian bapa dibela,” katanya.
Yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditembak mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh.
Pertama kali bercakap kepada media, Akhtar mengatakan bapanya menerima panggilan daripada pemberita bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, beberapa minggu sebelum ditembak mati.
Tanpa berfikir panjang, orang nombor tiga dalam Kastam itu ke Langkawi untuk menyiasat.
“Beliau merupakan seorang yang tegas dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah tentang kerja dengan keluarga. Namun saya diberitahu oleh ibu, seorang wartawan ada menelefon bapa saya bertanyakan mengenai isu sindiket penyeludupan kereta di Langkawi,” kata Akhtar.
Akan tetapi beliau tidak pasti sama ada bapanya sempat bercakap dengan pemberita itu selepas pulang dari Langkawi.
Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka.
Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya.
“Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis,” katanya.
Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan.
“Dalam tempoh berapa bulan selepas kejadian saya hanya berjumpa dengan polis dalam dua atau tiga kali.
“Bagaimanapun selepas sebulan mereka langsung senyap dan saya terpaksa mengejar polis untuk mengetahui perkembangan kes,” katanya.
Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap tidak adil walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara.
“Kita bercakap tentang pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah, siapa beliau.. tidakkah jasa beliau tidak ternilai kepada negara jadi kenapa memperlakukan keluarga kami begini,” katanya kecewa.
Tegas Akhtar beliau hanya mahu keadilan bagi bapanya.
“Bapa saya seorang berdedikasi dan pegawai jujur tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kelebihan dimiliki walaupun dia boleh berbuat demikian,” katanya lagi.
Shaharuddin yang mengetuai bahagian Pekastaman dan Cukai Dalam Negeri hanya tinggal setahun untuk bersara sebelum ditembak mati pada 26 April.
Beliau yang dilahirkan di Negeri Sembilan itu sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam dan diberikan jolokan “Mr Clean”.
Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor menafikan kaitan pembunuhan Shaharuddin dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
“Ia merupakan spekulasi semata-mata,” Ku dilaporkan berkata.
Laporan sebelum ini mengatakan polis sudah menyiasat 35 orang untuk kes ini termasuk pegawai-pegawai Kastam dan menahan dua orang untuk siasatan lanjut.
Seorang daripadanya merupakan ahli perniagaan dan seorang lagi merupakan pengedar alat ganti. Kedua-duanya kemudian dibebaskan dengan jaminan.
Ku yang dihubungi semula berhubung pendedahan terbaru ini mengatakan, “kami masih menyiasat”.
Kes tembak itu berlaku tidak lama sebelum pilihan raya umum ke 13. Kes itu mengejutkan kerana ianya melibatkan pegawai tinggi kerajaan.
Selepas kes Shaharuddin, 35 kes tembakan berlaku di seluruh negara yang melibatkan 22 kematian. -TMI
|
|
|
|
|
|
|
|
lasagnaklcc posted on 25-8-2013 12:36 AM 
Saya ter'overheard' conversation polis yg siasat kes ni dgn ayah saya... mmg polis tu bagitau dalang ...
ade pepatah mengatakan "nila setitik, rosak susu sebelanga'
jadi nasib la kpd pekerja2 kastam yg bekerja secara jujur dan halal...bergelumang dgn taik, lama-kelamaan akan bau busuk juga..
|
|
|
|
|
|
|
|
caprut posted on 24-8-2013 10:54 PM 
camne korg tntukan sesuatu org tu mnjadi ke x ? dgn duit rasuah ? lwak la. ni bkn zman dlu2 weyy. an ...
org yg pandai tak semestinya akhlak yg elok...sama juga dgn anak2 mereka, walaupun masuk uni, tapi perangai hampeh mereka adalah hasil titik peluh haram ibu bapa mereka di agensi kerajaan berkenaa, walaupun bukan majoriti, tetapi ramai juga anak yg tak menjadi...
|
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline posted on 25-8-2013 12:59 AM 
org yg pandai tak semestinya akhlak yg elok...sama juga dgn anak2 mereka, walaupun masuk uni, tapi ...
mslhnye skrg anak yg x kjer polis k bgai pon prnagi hazab
|
|
|
|
|
|
|
|
totokreturn posted on 25-8-2013 12:42 AM 
malaysia dah menuju kearah sama cam negara india... samseng2 memegang erat telur pemimpin politik ne ...
kalu kastam pun titik kastam...apetah lagi persepsi rakyat marhain? sudah tentu berfikiran yg sangat2 negatif...
|
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline posted on 25-8-2013 01:19 AM 
kalu kastam pun titik kastam...apetah lagi persepsi rakyat marhain? sudah tentu berfikiran yg sang ...
kalu pegawai kastam sendiri makan rasuah dan bunuh mereka.. sebagai muntri yg ada kuasa besor, sudah tentu setakat pegawai bleh arah polis siasat dan tangkap.... tapi musti ada jerung yg dah makan rasuah kaw2 sampai polis buat dekkkk jerk walaupun anaknya dah bukak hint sebesar alam.... sampai sekarang trus diam menyepi... sebab tuh malaysia nih dah macam india... atas dah makan gaji bulan2 dari penjenayah...
|
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline posted on 25-8-2013 12:54 AM 
ade pepatah mengatakan "nila setitik, rosak susu sebelanga'
jadi nasib la kpd pekerja2 kastam y ...
Tidak semestinya org yg jujur dan amanah bekerja dgn komuniti yg korup akan jadik korup..
Umar ibn Abdul Aziz R.A telah membuktikannya..
Salahuddin Yusuf ibn Najmuddin Ayub telah membuktikannya..
Sultan Alauddin Riayat Syah telah membuktikannya..
Abu Mahyuddin Aurangzeb Alamgir telah membuktikannya..
Cuma, risiko mereka berganda-ganda lebih tinggi dari kita manusia biasa..
Sama ada berjaya, atau tidak naik pangkat, atau mati dibunuh...
|
|
|
|
|
|
|
|
lasagnaklcc posted on 25-8-2013 12:36 AM 
Saya ter'overheard' conversation polis yg siasat kes ni dgn ayah saya... mmg polis tu bagitau dalang ...
I.O memerlukan keberanian yg luar biasa utk menangkap dan penjenayah laknatullah tersebut..
Polis kita mempunyai kebijaksanaan dan kecerdikan dlm menyiasat..
Hanya tidak mempunyai keberanian..
|
|
|
|
|
|
|
|
SulurBidar posted on 25-8-2013 02:01 AM 
....
Tapi itulah hakikatnya bro...
Aku nak tunggu siapa yg dpt jd Batman & Robin ni. Watak2 jahat yg ko sebut tu byk tak terbilang dgn jari. Sekurang2 di Gotham City ada 1 saja Riddle, Bane dll. Kat sini berlambak.
|
|
|
|
|
|
|
|
ex bos pak aku.
pak aku suka dia nih. baik dan memang bersih dari korupsi katanya.  |
|
|
|
|
|
|
|
SulurBidar posted on 25-8-2013 02:17 AM 
Ko benar!
Kat Gotham City hanya ada sorang Bane atau Penguin..
Nasib kita bro!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|