Antara flat yang paling lama di KL memang dindingnya dibuat dari kayu. Ada2 kerja mengecat semula dindingnya tu tak lama dulu. Mungkin sebab tu tak ramai yang perasan dindingnya diperbuat dari kayu.
"Sekelip mata dinding tercabut" - penghuni rumah pangsa Loke Yew
KUALA LUMPUR: "Ia bagaikan puting beliung kecil, saya terpaksa berpaut pada dinding rumah... badan saya menggigil dan cuma Allah saja yang tahu ketika itu," kata Sunita Rosti, 35, penghuni rumah pangsa Loke Yew, di sini.
Beliau mengimbas detik cemas dan menakutkan ketika kejadian ribut yang mencabut dinding kayu rumahnya di tingkat 10, petang semalam.
Ibu tunggal kepada empat orang anak itu berkata, ribut kuat yang menghala ke rumah pangsa Jalan Loke Yew itu di tengah ibu negara itu kira-kira jam 5.45 petang berlaku cukup pantas iaitu kurang seminit.
"Ketika itu saya seorang diri di ruang tamu, saya tak sangka angin tiup begitu kencang. Saya terkejut, lantas bergegas ke dapur untuk selamatkan diri... ia berlaku sekali lalu dan tak sampai seminit.
"Mujurlah tidak banyak barangan diletakkan di bilik berkenaan," katanya ketika ditemui hari ini.
Sunita tetap bersyukur kerana ketika kejadian keempat-empat anaknya tidak berada di dalam rumah dan kebetulan tinggal rumah ibunya di Klang.
Dalam kejadian itu, dua lagi rumah di tingkat 13 dan 18 pada blok turut tercabut dinding pada bilik tidur rumah yang kebetulan penghuninya tiada di rumah.
Sehingga pagi tadi, Sunita berkata, Timbalan Pengarah (Penyelenggaraan) Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Mohd Zin Omar ada meninjau keadaan rumahnya.
"Beliau menasihatkan kami berpindah ke Dewan Orang Ramai di bawah blok ini buat sementara waktu sehingga dinding bilik rumah saya dibaiki," katanya.
Rumah pangsa Jalan Loke Yew adalah kediaman tiga bilik yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dibina sekitar tahun 70-an.
Tinjauan BH Online mendapati dinding bilik rumah pangsa berkenaan yang diperbuat daripada kayu berada dalam keadaan uzur serta boleh mendatangkan bahaya kepada penghuninya.
Malah, ruang kediaman yang sempit ditambah persekitaran blok rumah pangsa yang menjijikkan serta struktur bangunan terlalu lama tidak lagi sesuai dengan peranannya bagi menyediakan kediaman yang selesa kepada warga kota.
Bagi penduduk rumah pangsa, Fauziah Harun, 54, meminta DBKL menambah baik setiap unit kediaman di rumah pangsa Jalan Loke Yew, termasuk menggantikan dinding bilik dengan dengan batu-bata.
"Rumah pangsa ini sudah lebih 30 tahun, ada dindingnya mula reput dan bangunannya terlalu uzur. Akhir tahun lalu ada dinding rumah juga diterbangkan angin.
"Saya harap DBKL dapat menambah baik kemudahan sedia ada bagi mengelakkan perkara sama tidak berulang.
"Sebelum ini ada perancangan untuk memindahkan penduduk ke kawasan lebih baik tapi tidak dilaksanakan," katanya.
Harap lps ni..
jgn la ade bdk2 ke org tua ke..
yg tinggal kat flat ni..
main2 rempuh dinding..
mcm rancangan zizang..
Kalau terbolos... ke bawah terus kau nnti..