CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: TOGETHER WE RISE

 Close [Copy link]
Post time 22-11-2024 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts

Page 41
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2024 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti ku masuk balik
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 04:00 PM | Show all posts
Hilang tangan kiri akibat disondol babi hutan






[size=14.399999618530273px]Nor Rafidah (kiri) menyerahkan motosikal elektrik kepada pasangan OKU, Amiruddin dan Nor Aini di Econsave Haji Jaib. - Foto NSTP/Alias Abd Rani

[size=14.399999618530273px]

MUAR: Tragedi disondol babi hutan sehingga tangan kiri terpaksa dipotong mengubah kehidupan Amiruddin Osman, 46, yang dulu sebagai lelaki normal kini bertukar kepada status orang kelainan upaya (OKU).
Insiden 12 tahun lalu ketika dia bekerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah kebangsaan di Jalan Dato Bentara Luar, di sini turut menyebabkan dia dan isteri, Nor Aini Muharam, 47, hilang mata pencarian.
Dengan keadaan isterinya yang juga OKU penglihatan, sumber pendapatan Amiruddin pada ketika ini hanya dengan mengutip besi buruk dan juga kotak selain bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan.
Menceritakan tragedi yang menimpanya pada 5 Disember 2012, Amiruddin berkata, sewaktu kejadian dia sedang menyiram pokok bunga di sekolah terbabit.
"Sebagai tukang kebun, saya melakukan kerja rutin termasuk menyiram bunga. Namun, pada hari kejadian, ketika sedang menyiram, tiba-tiba datang babi hutan dari belakang terus menyondol saya.
"Tangan kiri saya terkena sondolan itu hingga darah keluar tidak henti-henti. Saya dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan tangan kiri terpaksa dipotong kerana banyak urat sudah putus.

"Saya akur dengan saranan doktor kerana bimbang sesuatu akan berlaku jika tangan tidak dipotong, dua minggu saya menerima rawatan di hospital akibat tragedi itu," katanya ketika ditemui.
Amiruddin berkata, walaupun peristiwa hitam sudah lama berlalu, dia mengakui amat sukar untuk melupakan tragedi itu.

Menurutnya, dia juga bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan bersama isterinya meskipun tidak dikurniakan zuriat.
"Setiap hari saya mengayuh basikal membawa isteri di sekitar bandar Muar untuk mencari barang lusuh dan dijual sebagai sumber pendapatan.
"Saya bersyukur kerana ada pihak sudi menghulurkan bantuan dengan sumbangan motosikal elektrik bagi memudahkan pergerakan kami setiap hari," katanya.
Kesukaran dilalui pasangan OKU terbabit mendapat perhatian Econsave Cash & Carry Sdn Bhd yang tampil menyumbang motosikal elektrik kepada mereka.
Pengurus Cawangan Econsave Haji Jaib, Nor Rafidah Talib berkata pihaknya tergerak menyalurkan sumbangan itu selepas kisah hidup Amiruddin tular di media sosial.
Sumbangan itu bagi meringankan beban Amiruddin mengayuh basikal dalam keadaan sebelah tangan kudung sambil membawa isteri.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1327217/hilang-tangan-kiri-akibat-disondol-babi-hutan


Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 04:02 PM | Show all posts
Siasatan kes kematian Teoh Beng Hock: Bukit Aman akan dapatkan nasihat AGC - KPN






[size=14.399999618530273px]Mendiang Teoh Beng Hock. - foto fail NSTP

[size=14.399999618530273px]

[size=14.399999618530273px]

KUALA LUMPUR: Bukit Aman akan mendapatkan nasihat Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung perintah Mahkamah Tinggi semalam supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatan kes kematian Teoh Beng Hock dalam masa enam bulan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihaknya akan merujuk semula kertas siasatan berkait kes itu untuk mendapatkan pandangan lanjut AGC mengenai tindakan seterusnya.
Beliau berkata, PDRM akan menggunakan saksi sedia ada daripada siasatan terdahulu kerana tiada pertambahan saksi lain yang boleh membantu siasatan buat masa ini.
"Kita juga cuba untuk mendapatkan keterangan-keterangan baharu, sekiranya ada saksi-saksi yang boleh tampil ke hadapan memberi keterangan baharu, yang boleh tambah nilai kepada siasatan itu.

"Siasatan itu sebelum ini telah pun pihak PDRM jalankan dan merujuk kepada pihak AGC dan (kertas siasatan) 'berpatah balik'...'berpatah balik'.
"Buat masa sekarang, kita akan mendapatkan juga nasihat daripada pejabat AGC untuk merujuk semula kertas siasatan ini dan melihat keterangan-keterangan yang ada, apa yang perlu kita lengkapkan, insya-Allah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor Pelatih, Sarjan Pelatih dan Konstabel Pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, Segamat, Dungun dan Bukit Sentosa Tahun 2024, di Dataran Kawad PULAPOL Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, sebuah pasukan siasatan kes kematian Beng Hock juga sudah ditubuhkan sebelum ini bawah Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dengan diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
"Siasatan itu kita jalankan seperti arahan yang diberikan dan Pengarah JSJ sebelum ini sudah melihat kes Beng Hock ini," katanya.
Ditanya mengenai masa enam bulan diberikan Mahkamah Tinggi untuk PDRM melengkapkan siasatan kes berkenaan, Razarudin optimis bahawa tempoh itu lebih daripada mencukupi.
"Memang kita boleh capai sebenarnya. Siasatan kita pada mulanya memang kita sudah lengkapkan sepenuhnya.
"Sudah 15 tahun siasatan kes ini berjalan dan kertas siasatan ini sudah turun naik, turun naik pejabat AGC... kita ambil tindakan dan kemudian ada arahan terbaharu.
"Kali ini, ada arahan terbaru daripada Mahkamah Tinggi, maka kita patuh. Namun, perbincangan mengenai keterangan-keterangan yang ada pada pihak AGC itu sangat penting untuk pihak kita teruskan lagi siasatan," katanya.

Semalam, Mahkamah Tinggi memerintahkan PDRM melengkapkan siasatan berhubung kematian Beng Hock dalam masa enam bulan.
Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh ibu bapa mendiang.
Wan Ahmad Farid dalam keputusannya berkata, tuntutan dan relif yang dimohon oleh ibu bapa mendiang, dari segi intipatinya adalah dalam domain undang-undang awam.
Beng Hock ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan sama.










https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1327239/siasatan-kes-kematian-teoh-beng-hock-bukit-aman-akan-dapatkan



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 04:15 PM | Show all posts
Tashu replied at 22-11-2024 03:43 PM
Tp sha lama dh x g situ, jauh pun ya.

tu la kalau dekat mmg selalu la singgah kan
kalau jauh nk pk beberapa kali
tu pn x tah sampai ke x jgak
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 04:15 PM | Show all posts

saba2 akn sampai masanya nnti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2024 04:16 PM | Show all posts

syg la
mama alert dh ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 04:16 PM | Show all posts
Tashu replied at 22-11-2024 03:45 PM
Tersalah sebut indo tadi tu

no hal
derang rajin cara derang la pulak kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2024 04:17 PM | Show all posts

tgk kat noti
mcm ckup
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 04:17 PM | Show all posts

harap2 mcm tu la
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 04:18 PM | Show all posts
Tashu replied at 22-11-2024 03:47 PM
Yolah mmg dari dulu pun gini

mama kan jadi diri sendiri
org fake selalu x sama perangai kan
mama masih maintain
x fake la mama ni kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2024 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
yangsemb replied at 22-11-2024 03:57 PM
Terlalu Cinta by Rossa

Okies
Teruskan ok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2024 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
yangsemb replied at 22-11-2024 03:57 PM
Okk…dah selwsai karok pun

Oh dh selesai ke
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 04:19 PM | Show all posts

mama lagi lama  x silap 2013
nk kena repeat ni
tapi x nak la perth
mama ingat nak gi melbourne plak
bila tah x tahu lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2024 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
amiraira replied at 22-11-2024 04:15 PM
tu la kalau dekat mmg selalu la singgah kan
kalau jauh nk pk beberapa kali
tu pn x tah sampai ke  ...

Baik pilih menu lain je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
amiraira replied at 22-11-2024 04:15 PM
saba2 akn sampai masanya nnti

Hahaha kita saksikan nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
amiraira replied at 22-11-2024 04:16 PM
syg la
mama alert dh ni

Amboi2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
amiraira replied at 22-11-2024 04:16 PM
no hal
derang rajin cara derang la pulak kan

Sbnrnya citer psl budak muda yg rajin je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2024 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
amiraira replied at 22-11-2024 04:17 PM
tgk kat noti
mcm ckup

Cukup kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2024 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
amiraira replied at 22-11-2024 04:17 PM
harap2 mcm tu la

Dah cukup pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.566067 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list