|
WAHABI & ANCAMAN TERHADAP ASWJ (merged topics abusyafiq)
[Copy link]
|
|
Ikhwah,
sebenarnya ramai ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah dari 4 mazhab, termasuk mazhab Hanbali, yang telah menulis memperjelaskan kesesatan dan kekeliruan puak Wahhabi pengikut Ibnu 'Abdul Wahhab an-Najdi.
Antaranya ialah:-
- "Misbahul Anam wa Jala`udz Dzalam fi Radd Syubah al-bid`i an-Najdi allati adhalla bihal 'awam" karangan Habib Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Quthubul Habib Abdullah al-Haddad, beliau merupakan cicit kepada Imam al-Haddad yang masyhur.
- "As-Saiful-Batir li 'unuqil munkir 'alal akabir" juga karangan Habib Alwi al-Haddad;
- "As-Sarim al-Hindi fi 'unuqin-Najdi" karangan Syaikh 'Atha` al-Makki;
- "As-Sarim al-Hindi fi ibanat tariqat asy-Syaikh an-Najdi" karangan Syaikh 'Abdullah bin 'Isa bin Muhammad as-San`ani;
- "Tahakkum al-Muqallidin bi mudda`i tajdid ad-din" karangan Syaikh Muhammad bin 'Abdur Rahman bin 'Afaliq al-Hanbali, seorang ulama yang sezaman dengan Ibnu Abdul Wahhab dan telah mencabar keilmuannya sehingga Ibnu 'Abdul Wahhab membisu seribu bahasa;
-
- "Sawa`iqul Ilahiyyah fir raddi 'alal Wahhabiyyah" karangan Syaikh Sulaiman bin 'Abdul Wahhab al-Hanbali, saudara kandung Muhammad bin 'Abdul Wahhab;
- "Saiful Jihad li mudda`i al-ijtihad" karangan Syaikh 'Abdullah bin 'Abdul Lathif asy-Syafi`i;
- "As-Sawa`iq war Ru`ud 'ala al-Shaqi 'Abd al-'Aziz ibn Sa`ud" karangan Syaikh 'Afifudin 'Abdulah bin Dawud al-Hanbali;
- "Ad-Durarus Saniyyah fir raddi 'alal Wahhabiyyah" karangan Syaikhul Islam Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan, Mufti Makkah;
- "Fitnatul Wahhabiyyah" karangan Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan;
- "Khulasatul Kalam fi bayani 'umara` al-Balad al-Haram" karangan Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan;
- "Faydul Wahhab fi bayan ahl al-haq wa man dhalla 'an ash-shawab" karangan Syaikh 'Abdur Rabbih bin Sulaiman asy-Syafi`i;
- "al-Basha`ir li munkiri at-tawassul ka amtsal Muhammad ibn Abdul Wahhab" karangan Syaikh Hamd-Allah ad-Dajwi;
- "Al-Minha al-Wahhabiyyah fi radd al-Wahhabiyyah" karangan Syaikhul Islam Dawud bin Sulaiman al-Baghdadi al-Hanafi;
- "'Adzab Allah al-Mujdi li jununi al-munkiri an-Najdi" karangan Syaikh Muhammad 'Asyiqur Rahman al-Habibi;
- "Ghawtsul 'Ibad bi bayan ar-rasyad" karangan Syaikh Mustafa al-Hamami al-Misri;
- "Jalal al-Haqq fi kasyfi ahwal asyrar al-khalq" karangan Syaikh Ibrahim al-Hilmi al-Qadiri al-Iskandari;
- "Maqalat al-Kawtsari" karangan Syaikh Muhammad Zahid al-Kawtsari al-Hanafi;
- "Fajrul Shadiq fi ar-radd 'ala munkiri at-tawassul wal khawariq" karangan Syaikh Jamil Effendi Sidqi az-Zahawi al-Baghdadi;
- "Sa`adatud Darain fi al-radd 'ala al-firqatain al-Wahhabiyyah wa muqallidat az-Zahiriyyah" karangan Syaikh Ibrahim al-Samnudi al-Mansuri.
Inilah antara kitab-kitab yang ditulis berbagai ulama membahas kesesatan dan penyelewengan ajaran Wahhabi. Sebenarnya ramai lagi ulama dan banyak lagi kitab serta tulisan yang sedemikian.
Ulama-ulama Jawi juga ada menyentuh berhubung kesesatan puak Wahhabi ini dalam tulisan-tulisan mereka seperti mantan Mufti Negeri Sembilan Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa`id al-Linggi al-Melayuwi dan Tuan Guru Haji 'Abdul Qadir bin Haji Wangah bin 'Abdul Lathif bin 'Utsman al-Fathoni dalam karangannya berjodol "Risalah Irsyadul Jaawiyyin ila Sabilil 'Ulama-il-'Aamiliin".
Maka terpulanglah kepada kita hendak mempercayai ulama yang ramai atau mempercayai sahaja kata-kata Muhammad bin Abdul Wahhab an-Najdi dan pengikut-pengikutnya.
Allahummahdi ila sawaa-is sabil |
|
|
|
|
|
|
|
Wahhabi = Salafi = Ahlus Sunnah wal Jamaah???
Fatwa Pehin Mufti Kerajaan Brunei Darussalam yang dibukukan dan diterbitkan oleh Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam untuk renungan kita semua, buat pedoman dalam mengharungi kehidupan agama yang kian bercelaru, terpulanglah pada kalian untuk menerima atau menolaknya.
Sekarang biar kupetik beberapa butiran fatwa tersebut yang terkandung pada mukasurat 155-156 di mana Pehin Mufti menulis:-
Adalah mazhab as-Salafiyah yang dihidupkan oleh al-Allamah Ibnu Taimiyah dan yang dipakai serta diamalkan oleh al-Wahhabiyah itu bukan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia keluar dari mazhab yang empat.
Mazhab as-Salafiyah berdasarkan Allah berjisim dan menyerupai makhluk.
Fikiran Ibnu Taimiyah dan mazhab as-Salafiyah yang dibawanya itu dan yang diamalkan sekarang oleh al-Wahhabiyah di tanah Arab, telah diperangi oleh ulama Islam pada kurun keempat Hijriah, dan dilawan oleh ulama Islam sepanjang kurun Islam..............
Membodohkan orang-orang Islam dan ulama Islam serta umat Islam seluruhnya adalah perbuatan dan kelakuan orang-orang Khawarij yang sesat dalam iktikad itu. Ia diikuti oleh agensi-agensi Wahhabiyah dan orang-orang pak turut yang dikelirukan oleh fahaman Wahhabiyah daripada pelajar-pelajar dan orang-orang yang suka mengikut fikiran baru dan apa saja yang baru dengan tiada memikir apa tujuan diadakan dan dari mana sember perkara baharu tersebut......
Pada mukasurat 161, Pehin Mufti berpesan:-.......
Dari itu sayugia orang-orang Ahli Sunnah Wal Jamaah berjaga-jaga dari kitab-kitab Ibnu Taimiyah dan pengikut-pengikutnya daripada Ibnu Qaiyeem dan lain-lain anak muridnya, sebagaimana telah dibentangkan oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah zaman ini dan sebelumnya, dari penyeru-penyeru Wahhabiyah dan orang-orang yang terpengaruh dengan fahaman dan kelakuan Wahhabiyah daripada setengah-setengah ahli ilmu dan daripada penuntut-penuntut keluaran sekolah-sekolah dan universiti Wahhabiyah itu memburuk-burukkan amal ibadat yang dibuat oleh orang-orang Islam di sebelah sini di dalam masjid-masjid, surau-surau dan majlis agama dan ilmu Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
rainbow....
Adalah mazhab as-Salafiyah yang dihidupkan oleh al-Allamah Ibnu Taimiyah dan yang dipakai serta diamalkan oleh al-Wahhabiyah itu bukan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia keluar dari mazhab yang empat.
jadi betul la rainbow kata wahabi sesat? atau nak berselindung atas nama mufti brunei? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 1-3-2007 08:07 AM
rainbow....
jadi betul la rainbow kata wahabi sesat? atau nak berselindung atas nama mufti brunei?
aku bukan layak utk berfatwa atau berijtihad, lainlah dengan wahai yg membenarkan sesiapa sahaja asalkan boleh membaca dan bersekolah, boleh sahaja buat ijtihad sendiri....
tidak ada sesiapa yg beselindung di atas nama sesiapa, kami berpegang kepada Al Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias....
aku menurut dan memaatuhi ijmak fatwa dan ijtihad ulamak2 ASWJ yg menyatakan WAHABI terkeluar daripada ASWJ....dan sesatlah akidah mereka jika mereka tetap berpegang dengan :
Mazhab as-Salafiyah berdasarkan Allah berjisim dan menyerupai makhluk.
maha suci Allah daripada berjisim dan menyerupai makhluk.....
[ Last edited by rainbows at 1-3-2007 09:34 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rainbows at 28-2-2007 10:41 PM
Ikhwah,
sebenarnya ramai ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah dari 4 mazhab, termasuk mazhab Hanbali, yang telah menulis memperjelaskan kesesatan dan kekeliruan puak Wahhabi pengikut Ibnu 'Abdul W ...
Rainbow baru sahaja membuktikan post sy yg sebelum ini... .. golongan yg membenci ibnu taimiyah akan berhujah dgn nama2 dan individu bukannya dgn hujah dan dalil..
Sepatutnya Rainbow dpt memberikan hujah yg jelas kenapa ulamak2 menolak pandangan2 dan dakwah ibnu taimiyah, kena ler terangkan dimana silapnya fatwa ibnu taimiyah, beliau bukannya maksum, tetapi beliau seringkali apabila memberi IJTIHAD akan memberikan dalil2 nas kenapa berijtihad demikian... mgkn rainbow boleh terangkan mengapa hujah yg dibawa oleh ibnu taimiyah dianggap batal kerana terdpt nas (al-quran, hadis dll) yg lebih kuat utk membatalkan pandangan beliau yg dianggap tidak tepat.
Apabila kita menerima kata-kata atau pendapat seseorg tentang iman & islam TANPA melihat nas-nas dan dalil yg dibawa sbg sandaran beliau berkata demikian itu barulah dinamakan mempunyai unsur-unsur MEMAKSUMKAN individu tersebut scr tak sedar..
Ingatlah apabila isteri Nabi s.a.w. difitnah, apakah kaedah kasyaf digunakan sbg jalan menghukum benar atau salah sesuatu perkara? bukankah wahyu diturunkan Allah utk meleraikan kekusutan... adakah as-Siddiq tidak mempunyai kasyaf atas urusan tersebut? Perlu kita jelas bahawa kasyaf boleh digunakan untuk membantu tapi TIDAK untuk memutuskan hukuman...neraca benar atau salah ialah apakah yg dinyatakan pada al-Quran dan as-Sunnah..
[ Last edited by ahmadi_bangi at 1-3-2007 09:44 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
maha suci Allah daripada berjisim dan menyerupai makhluk.....
Aku baca sebahagian dari tulisan ibnu taimiyyah, dia tak kata macam tu pun!
Al-扐qidah Al-Wasitiyyah (kitab asal yang ditulis ibnu taimiyyah)
".... Dan di antara (cara) beriman dengan Allah ialah beriman dengan apa yang Dia telah sifatkan diriNya dengannya dalam kitabNya dan dengan apa yang telah RasulNya Muhammad Shallallahu 慳laihi wasallam menyifatkanNya dengannya, tanpa tahrif (mengubah atau menukar ganti makna), tanpa ta抰il (menafikan sifat bagi Allah Subhanahu wa Ta抋la), tanpa takyif (menggambarkan rupa bentuk sifat) dan tanpa tamthil (mengumpamakan makna dengan sesuatu)...."
dalam Ar-Risalah at-Tadmuriyyah, ...
Maka tidak dapat tidak, mesti menetapkan apa yang telah Allah tetapkan bagi diriNya dan menafikan penyerupaanNya dengan makhlukNya. Sesiapa yang kata Allah tidak ada ilmu, tidak ada kekuatan, tidak ada kasihan belas, tidak ada percakapan, tidak ada kasih sayang, tidak ada keredaan, tidak memanggil, tidak menyeru dan tidak meninggi, maka dia adalah seorang pembatal yang ingkar (terhadap sifat Allah) dan yang menyamakan Allah dengan benda yang tiada atau benda yang kaku.
Manakala sesiapa yang kata ilmuNya seperti ilmuku, kekuatanNya seperti kekuatanku, kasih sayangNya seperti kasih sayangku, keredaanNya seperti keredaanku, tanganNya seperti tanganku dan meninggiNya seperti meninggiku, maka dia adalah seorang musyabbih yang menyamakan Allah dengan haiwan (makhluk). Justeru, tidak dapat tidak, mesti mengithbatkan (menetapkan) tanpa penyamaan dan mesti mensucikan tanpa pengingkaran |
|
|
|
|
|
|
|
hearsay... hearsay...
kenapa tak rujuk apa org ni kata instaed of mengambil saja apa org lain kata tentang org ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ahmadi_bangi at 1-3-2007 09:40 AM
Rainbow baru sahaja membuktikan post sy yg sebelum ini... .. golongan yg membenci ibnu taimiyah akan berhujah dgn nama2 dan individu bukannya dgn hujah dan dalil..
Sepatutnya Rainbow d ...
ya ahmadi, ya kyas, ya ibnur,
sudah ku berikan judul2 kitab yg ditulis oleh ulamak2 ASWJ itu, mengapa kau masih berdolakdalik menyatakan ASWJ tdk merujuk kepada ilmu2 dan ijtihad Imam Taimiyah sebelum mereka menyatakan bahwa iktikadnya bersalahan dengan akidah ASWJ.
Itu kitab2 lama yg ditulis oleh ulamak2 yg berguru berpuluhtahun bukn setakat ulamak yg hanya mengaji 3 tahun utk dpt PhD tetapi sudah pandai meminta ulamak seperti Imam Ghazali meminta taubat .....
kamu igt ulamak2 itu brhasaddengki dgn Imam Taimiyahkah?.....kamu sendiri yg suka berprasangka buruk dgn sdra2 seislam....kerana itu apabila org bertawasul kamu kata bertawasul dgn makhluk dan bukan pada Allah SWT....sedangkan konsep tawasul itu sendiri kamu hanya faham ikut fahaman kamu dan prasangka2 kamu sahaja...
mengapa kamu taksub dengan imam taimiyah, imam qayyim dan muhamad abdul wahab sahaja dan pengikut2 mreka sahaja?...
aku tdk nampak jika terusan beginilah pegangan dan pemahaman kamu semua,......memang beginilah hingga akhirnya....
tetapi, syukurlah kalau kalian semua, brakidah bahwa Allah itu tidak berjisim dan tidak menyerupai makhlukNya....jika begitu, aku tdk ada apa2 musykil lagi dan mendoakan kamu semua dlm peliharaan Allah SWT setiap waktu... |
|
|
|
|
|
|
|
Ibnu Katsir pun anak murid ibnu Taimiyah jugak.... Syeikh Yusuf al-Qaradhawi pun menerima ibnu Taimiyah, almarhum Abul Hassan an-Nadwi pun menerima ibnu Taimiyah.... mereka semua ilmuan islam yg saya hormati dan dihormati oleh dunia islam... siapa sy berbanding ilmuan-ilmuan diatas... malahan dari pembacaan sy, apabila wafatnya ibnu Taimiyah hampir 200,000 org hadir... apalah saya dibanding 200,000 org tersebut..
[ Last edited by ahmadi_bangi at 1-3-2007 11:53 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rainbows at 1-3-2007 11:02 AM
ya ahmadi, ya kyas, ya ibnur,
sudah ku berikan judul2 kitab yg ditulis oleh ulamak2 ASWJ itu, mengapa kau masih berdolakdalik menyatakan ASWJ tdk merujuk kepada ilmu2 dan ijtihad Imam ...
Awak dah rujuk jugak ke? Atau hanya copy paste dari internet?
minta maaf la pasal taksub-taksub ni, saya hanya bersuara bila sesuatu fakta tu boleh diragui. macamana pulak pendapat awak tentang ulama'-ulama' ASWJ yang menyebut ibnu taiyimmah dan ibnu wahab sebagai bermazhab salafi? Adakah dia orang pun awak nak kata salah? Macamana boleh jadi ada 2 golongan dari ulama'-ulama' ni?
apa pula pandangan rainbow kepada orang yang taksub kepada guru tareqat? |
|
|
|
|
|
|
|
ada yg puji ada yg keji ...
kenapa ambil yg keji saja ? bukan nak kata depa dengki ... dak... depa suma bagus ...
cuma jgn lupa ada juga yg memuji ...
adakah yg puji itu berbohong? depa tak cukup info ke? tak cukup belajar? depa pun bagus bagus juga...
ada sesuatu yg tak kena ... dont u think
bukan taksub atau mengatakan maksum
cuma nak ikut mana? ada negative ada positive...
dua2 pihak ada credibility masing2...
jadi elok bersangka baik je lah
drp menghukum salah
[ Last edited by kyas at 1-3-2007 05:23 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 1-3-2007 01:25 PM
ada yg puji ada yg keji ...
kenapa ambil yg keji saja ? bukan nak kata depa dengki ... dak... depa suma bagus ...
cuma jgn lupa ada juga yg memuji ...
adakah yg puji itu berbohong? de ...
Sebabnya dia bukan maksum. Sebab tu juga dia tak lepas daripada berbuat salah dan dusta. Yang benar tetap dikatakan benar manakala yang salah perlu juga dikeji malah jika dia bersikap menentang Islam maka perlulah juga dilaknat!
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan dia saja tak maksum... malah yg terdahulu dan terkemudian juga tak maksum... dan yg semasa cuma berdasarkan catatan yg tak maksum ... dan kita bukan bercakap tentang penentang islam... masing2 mahukan yg benar... tapi allah yg maha tahu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rainbows at 1-3-2007 09:31 AM
Mazhab as-Salafiyah berdasarkan Allah berjisim dan menyerupai makhluk.
dalam kitab para salaf yang mana
dalam kitab Ibnu Taimiyah yang mana
dalam kitab Ibnu Qayyim yang mana
dalam kitab Ibnu Wahab yang mana
dalam kitab pengikut mereka yang mana
tertulisnya aqidah mereka yang menyatakan Allah berjisim ? |
|
|
|
|
|
|
|
jawapan Ibnu Wahab terhadap tuduhan yang mengatakan beliau menjisimkan Allah :
" termasuk iman kepada Allah ialah iman kepada apa yang disifatkan oleh Allah untuk diriNya dalam al-quran dan lewat lisan RasulNya shallalahu Alaihi Wa Sallam secara apa adanya. Bahkan saya yakin sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Allah. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Saya tidak mahu menafikan apa yang telah disifatkan oleh Allah untuk Dirinya, tidak mau mengubah ucapa dari tempat-tempatnya, dan tidakmau mengingkari nama-nama dan ayat-ayatNya. Saya juga tidak mau membikin-bikin cara dan bentuk, meyamakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhlukNya. Sebab Allah itu Maha Luhur, tidak ada yang setara dengan denganNya, tidak ada yang menandingiNya, tidak punya sekutu sama sekali, dan tidak bisa disamakan dengan Makhluknya." [ Ad-Durar as-sunniyah, I/29-30 ]
" Tentang asma dan sifat sufat Allah Ta'aala, imam mazhab Salafusshalih Ahli Sunnah Wal Jama'ah menyatakan bahawa itulah keyakinannya. jadi bagaimana mungkin mereka menuduh beliau dan juga menuduh Salafusshalih lainnya sebagai aliran Mujassimah. Hal itu dikeranakan bahawa ahli bid'ah yang suka menuruti hawa nafsu menyangkal bahawa menetapkan kebenaran dikategorikan sebagai aliran Mujassimah. Yang penting, cukuplah Allah sebagai Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung." [ ad-durar as-sunniyah I/50]
[ Last edited by Hang at 2-3-2007 12:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
AKIDAH SALAF ASHABUL HADIS OLEH IMAM ABU ISMAIL ASH-SHABUNICIRI-CIRI AHLI BID'AH
! Ciri-ciri ahli bid'ah sangat jelas dan terang, yang paling menonjol diantaranya: kebencian
mereka kepada para pembawa riwayat hadits, merendahkannya, dan menggelarinya
dengan: penghafal catatan kaki, orang-orang dungu, orang-orang tekstual atau
musyabihah (orang-orang yang menyamakan sifat Allah dengan sifat makhluk). Mereka
meyakini adanya makna bathin dari hadits-hadits Nabi shallallahu'alaihi wa sallam,
sehingga mereka menafsirkan hanya dengan otak mereka yang telah dirusak oleh
syaitan, hati nurani mereka teleh rusak, dan argumentasi dan pemikiran mereka sangat
rancu dan berantakan. Allah berfirman:"Mereka itulah orang-orang yang dilaknati oleh
Allah dan ditulikan telinganya dan dibutakan penglihatan mereka."(Muhammad:23)
! Ahmad bin Sinan Al-Qaththan berkata:"Di kolong langit ini, tidak seorangpun ahli
bid'ah yang tidak membenci ahli hadits, karena ketika orang itu telah berbuat bid'ah
maka ia akan kehilangan kemanisan ilmu hadits dalam hatinya"
! Abu Hatim Muhammad bin Idris Al-Hanzali Ar-Razi berkata:"Ciri-ciri ahli bid'ah yaitu
suka mengolok-olok ahlu atsar (ahli hadits), dan termasuk ciri-ciri orang zindiq
(munafiq) yaitu suka menggelari ahli atsar sebagai penghafal catatan kaki, yang mereka
inginkan adalah membatalkan atsar sebagai sumber hukum.
Termasuk ciri-ciri qadariyah (orang-orang yang mengingkari adanya takdir) adalah
menggelari ahlus sunnah dengan jabariyah (orang-orang yang bergantung kepada
takdir dan meninggalkan usaha).
Diantara ciri-ciri jahmiyyah (orang-orang yang mengingkari nama-nama dan sifat Allah)
adalah menggelari ahlus sunnah dengan sebutan musyabihah (orang-orang yang
menyerupakan sifat Allah dengan sifat makhluk)
Diantara ciri-ciri rafidhah (syiah) adalah menggelari ahlus sunnah dengan sebutan
nabithah dan nashibah (orang-orang yang membenci ahli bait).
Abu 'Utsman berkata:" Saya melihat bahwa ahli bid'ah yang menggelari ahlus sunnah
[namun dengan karunia dari Allah, tuduhan tersebut tidaklah benar dan tidak pantas
disandarkan kepada ahlus sunnah] mereka (ahli bid'ah) mengikuti jalannya musrikin
[semoga Allah melaknat mereka] yang menggelari Rasulullah shallallahu'alaihi wa
sallam dengan gelar-gelar yang tidak pantas. Diantaranya ada yang menggelari
Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam sebagai tukang sihir, dukun, ahli sya'ir, orang
gila, orang kesurupan, pembohong, tukang nyleneh dan lain sebagainya. Padahal Nabi
shallallahu'alaihi wa sallam sangat jauh dari semua 'aib tersebut. Beliau adalah Nabi dan
Rasul yang terpilih. Allah berfirman:"Perhatikanlah,bagaimana mereka membuat
perbandingan-perbandingan tentang kamu, lalu sesatlah mereka, mereka tidak sanggup
(mendapatkan) jalan (untuk menentang kerasulanmu)."(Al-Furqan:9)
! Demikian juga halnya dengan ahlu hadits yang diberi gelar-gelar buruk oleh ahli bid'ah,
padahal ahlu hadits sangat jauh dan bersih dari celaan tersebut. Ahlu hadits adalah
orang-orang yang berpegang teguh dengan sunnah yang bersih, sistem kehidupan yang
diridhai oleh Allah ta'ala, jalan-jalan yang lurus dan hujjah yang kokoh.
Allah telah menganugrahi ahlu hadits untuk dapat meneladani apa yang terdapat
dalam kitab-Nya, wahyu-Nya dan firman-Nya, meneladani Rasul-Nya dalam
setiap hadits dimana Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam memerintahkan
umatnya untuk berlaku baik, dalam ucapan dan perbuatan serta mencegah
mereka untuk berbuat kemungkaran.
Allah juga menolong ahlu hadits untuk dapat berpegang teguh dengan sistem
kehidupan Nabi shallallahu'alaihi wa sallam dan berpegang teguh dengan sunnah Nabi
shallallahu'alaihi wa sallam. Maka Allah-pun menjadikan mereka sebagai pengikut
wali-wali yang terdekat. Allah juga melapangkan dada mereka untuk mencintai beliau,
mencintai para ulama-ulama umat. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam
bersabda:"Seseorang akan bersama orang yang dicintainya."23
23 HR. Bukhari, Ahmad dan lainnya
|
|
[ Last edited by Hang at 2-3-2007 01:17 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hang at 2-3-2007 12:40 PM
dalam kitab para salaf yang mana
dalam kitab Ibnu Taimiyah yang mana
dalam kitab Ibnu Qayyim yang mana
dalam kitab Ibnu Wahab yang mana
dalam kitab pengikut mereka yang mana
tertulisnya aqidah mereka yang menyatakan Allah berjisim ?
dia percaya org lain ckp ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 2-3-2007 02:42 PM
dia percaya org lain ckp ...
Cakep Pak Indon juga yang bener! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rainbows at 1-3-2007 12:02 AM
Wahhabi = Salafi = Ahlus Sunnah wal Jamaah???
Fatwa Pehin Mufti Kerajaan Brunei Darussalam yang dibukukan dan diterb ...
HANG masih persoalkan lagik dimana rujukannnya ????
carilah buku itu dan di situ ada tertulis rujukan2 terhadap KESIMPULAN oleh mufti brunei tersebut terhadap mazhab salafiyah...
hanya Allah SWT yg dapat memberikan anda hidayah dan taufik walaupun bukti2 diberikan dan rujukan2 diberikan, anda masih buta dalam mencari jawpan...
betul kata grave, anda percaya pada ikhwanindo dan benarlah kata aku, golongan ini suka memilih2 jalan2 kesamaran... |
|
|
|
|
|
|
|
saya tlg ulang soalan hang
dalam kitab para salaf yang mana
dalam kitab Ibnu Taimiyah yang mana
dalam kitab Ibnu Qayyim yang mana
dalam kitab Ibnu Wahab yang mana
dalam kitab pengikut mereka yang mana
tertulisnya aqidah mereka yang menyatakan Allah berjisim ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|