CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Badminton -

 Close [Copy link]
Post time 14-11-2008 11:21 PM | Show all posts

johor open

RESULT FINAL

XD  KOO KIEN KIAT [4]/NG HUI LIN - ONG JIAN GUO/GOH LIU YING  21-11 22-20  0:25

WS WONG MEW CHOO [1] - JULIA WONG PEI XIAN [2]  21-17 21-19  0:45

MS  LEE CHONG WEI [1] - MOHD ARIF ABDUL LATIF  21-12 21-10  0:23

WD GOH LIU YING [2]/NG HUI LIN - CHONG SOOK CHIN/WOON KHE WEI  21-19 17-21 21-15  0:55

MD  CHOONG TAN FOOK [2]/LEE WAN WAH - KOO KIEN KIAT [1]/TAN BOON HEONG  19-21 21-18 21-19  0:50
~ kalah ekkk ..sabar jelah rexy ... at least dorang main rubber ... n sampai gak ke final ... bergu lagi satu tulagi la ..alahaiii sabarjelah ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2008 11:31 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 14-11-2008 12:23 AM
... dah lama dah lupakan hafiz  actually...
since just right after dia menang all england 2003 tu -
like... 5 years ago  eh -


Originally posted by hazlyn at 14-11-2008 08:47 AM

mmg patut pun dia dilupakan



tapi malangnye aku tak berjaya melupakannye ....
kerana sesungguhnya mengutuk dia adalah aktiviti favourite aku di waktu lapang ....


tapi apa le perasaan dia misbun cakap camtu kan ..tak terasa ke?
aku rasa misbun dah buntu tak tahu nak buat apa dah ngan dia ni ...

dah bersalin ke belum bini dia ni???
kalau belum, confirm la withdraw dr china open n HK open ....
tak pelah lagipun dah bajet kalah 1st round atau 2nd round .... jimat tambang kapalterbang, hotel ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2008 03:56 AM | Show all posts

Reply #822 kayla's post

bagi hint seribu kali pun.. dia masih tak smart up
sebab tu misbun cakap direct aje - senang macam tu -
teringat jumpa misbun dan rashid - kat ABM kat sekolah sri garden
few years back -

baik misbun ni -- kalau pemain melayu single -
sufian abu bakar (zaman saw swee leong dulu) satu2nya
pemain melayu masa tu -
bila misbun dan adik2nya merintis dunia badminton -
baru nampak ramai orang melayu into badminton -

sampai kepada roslin    hafiz yo yo - macam ni pulak jadinya - ishh -

yang double tu - pun yoyo juga -
nak ganti  razif dan jalani  camana tu --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2008 07:55 AM | Show all posts
Chong Wei, Mew Choo terlalu kebal
Oleh Kamil Maslih


LEE Chong Wei (kiri) dan Wong Mew Choo bersama replika
cek masing-masing selepas menjuarai badminton Terbuka
Johor, malam tadi.



JOHOR BAHARU - Jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei menepati status pemain pilihan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Proton Terbuka Johor 2008 di sini, semalam.


Kejuaraan tersebut melayakkan Chong Wei beraksi pada Grand Prix Kebangsaan di Alor Star, Kedah pada Disember ini dan berpeluang memecah rekod kejuaraan jurulatihnya, Misbun Sidek yang memenangi tujuh kejuaraan Grand Prix tempatan.

Selaku pemain nombor satu dunia, Chong Wei ternyata bukan tandingan Mohd. Arif Latif apabila menang mudah 21-12, 21-10 dalam masa 23 minit.

Chong Wei menyifatkan perlawanan akhir yang menemukan beliau dan Mohd. Arif satu perlawanan yang menarik.

''Perlawanan antara pemain senior dengan junior ini merupakan pendedahan yang baik untuk Arif yang masih muda,'' katanya yang membawa pulang RM4,000.

Menurut Chong Wei, tumpuannya kini adalah Terbuka China yang akan bermula minggu ini dan Terbuka Hong Kong.

Turut mengesahkan kejuaraan ialah pemain wanita nombor satu negara Wong Mew Choo yang tidak berdepan masalah untuk menewaskan Julia Wong dengan straight set 21-17, 21-19.

Dalam acara beregu lelaki, pasangan veteran negara Choong Tan Fook-Lee Wan Wah membuktikan mereka masih bertenaga apabila muncul juara selepas mengalahkan beregu muda Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Tan Fook-Wan Wah yang kini bergelar profesional bagaimanapun diberi tentangan sebelum menang 19-21, 21-18, 21-19 dalam masa 50 minit.

Sementara acara beregu wanita menyaksikan pilihan kedua kejohanan, Goh Liu Ying-Ng Hui Lin dipaksa bekerja keras sebelum menang ke atas gandingan Chong Sook Chin-Woon Khe Wei 21-19, 17-21, 21-15

Kejuaraan beregu campuran milik pasangan Koo Kien Keat-Ng Hui Lin apabila menang 21-11, 22-20 ke atas gandingan Ong Jian Guo-Goh Liu Ying.



*****************************************************************************


tahniah chong wei dan mew choo -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2008 07:57 AM | Show all posts
Tsuen Seng juara Terbuka NZ




TSUEN SENG muncul juara acara perseorangan lelaki
Kejohanan Badminton Terbuka New Zealand semalam.



PEMAIN negara yang bernaung di bawah KLRC Berhad (sebelum ini dikenali sebagai The KL Racket Club Berhad), Lee Tsuen Seng menjuarai acara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Terbuka New Zealand semalam.


Dia menewaskan rakan senegara, Sairul Amar Ayob 24-22, 21-17 pada perlawanan akhir.

Tsuen Seng yang juga merupakan juara bertahan hanya mengambil masa 45 minit untuk menghampakan lawannya itu yang juga pilihan utama kejohanan.

Kecemerlangan Tsuen Seng bagaimanapun gagal diikuti pasangan beregu wanita yang juga bernaung di bawah KLRC Berhad apabila Lim Pek Siah-Haw Chiou Hwee tewas mudah kepada pasangan Taiwan, Yu Chin Chien-Chia Chi Chou 8-21, 15-21 dalam masa 26 minit.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM172,000.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2008 08:10 AM | Show all posts
Usaha cari pelapis diperhebat

USAHA mencari pemain pelapis untuk sukan badminton negara tidak pernah luntur.

Bagi mengenal pasti bakat baru dalam sukan yang telah mengharumkan nama negara di pentas Olimpik itu, satu Kejohanan Badminton Remaja akan diadakan pada 5 hingga 7 Disember depan di Klang, Selangor.


Menurut pemain perseorangan lelaki No. 1 negara, Datuk Lee Chong Wei kejohanan yang dianjurkan oleh Looi Badminton Academy dan Ko Klinik itu bakal menawarkan hadiah yang lumayan.

Menurutnya, ini merupakan kali kedua kejohanan seumpama itu dianjurkan dan ia dijangka menarik minat ramai peserta memandangkan ia berlangsung pada musim cuti sekolah.

"Saya berharap agar kejohanan ini menjadi agenda tahunan akademi tersebut yang dilihat bersesuaian dengan matlamat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk melahirkan lebih ramai pemain pada peringkat akar umbi.

"Negara kita kini kekurangan pemain pelapis terutama dalam acara perseorangan," katanya ketika ditemui pada Johor Bahru kelmarin.

Chong Wei menambah yuran penyertaan adalah antara antara RM5 atau RM10 untuk setiap peserta.


***************************************************************************


ni - forum members yang sokmo post kat thread ni
kayla  hazlyn jiman  etc etc.. boleh la jadi pelapis juga -
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2008 10:37 AM | Show all posts
hadoi...bz gler recently.xtau benda da pasal badminton ni

luckily ade korang dok update kt cni..thnx byk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2008 11:19 PM | Show all posts
Habuan peminat
Oleh SUFIAN THAURI MUHAMMED


PEMINAT badminton tempatan berpeluang merebut hadiah wang tunai RM80,000 apabila menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa Dr Ko & Looi, bulan depan.

Diadakan pada 5 hingga 7 Disember depan di Dewan Badminton Ko, Klang, sebanyak 25 acara dipertandingkan merangkumi kategori junior hingga veteran.

Pengerusi kejohanan, Jack Koh, berkata acara dipertandingkan ialah bawah 10 tahun lelaki dan wanita; bawah 11 lelaki, bawah 13 lelaki dan wanita, bawah 15, bawah 18 lelaki dan wanita dan lelaki terbuka yang membabitkan pertandingan perseorangan serta beregu.

Selain itu, acara lelaki veteran 40 hingga 45 tahun, 46 hingga 50, lebih 50 serta campuran usia 110 tahun ke atas dan berat badan lebih 200kg turut dipertandingkan secara beregu. Turut dipertandingkan secara beregu ialah acara wanita terbuka dan 40 tahun ke atas.


“Ini kejohanan edisi ketiga yang kami anjurkan. Tahun lalu, seramai 1,200 pemain menyertainya dan kami menjangkakan jumlah itu akan meningkat bagi edisi kali ini.

“Setakat ini, kami mendapat pengesahan penyertaan beberapa pemain luar negara dari Singapura, Indonesia, Thailand, United Kingdom, Vietnam dan Botswana.

“Mereka akan bersaing dengan pemain tempatan yang menyertai pertandingan termasuk 400 pelatih Akademi Badminton Looi,” katanya.

Tambah menarik, pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, yang dilantik sebagai duta kejohanan turut membuat penampilan untuk bertemu dengan peminat dan menyampaikan hadiah pada hari terakhir kejohanan, 7 Disember depan.

“Kejohanan ini bertujuan mengenal pasti dan melahirkan pemain berbakat untuk diketengahkan agar dapat mewakili serta membanggakan negara pada satu hari nanti,” kata Jack yang turut menambah bahawa kejohanan mendapat sokongan produk jenama terbaru badminton tempatan, My1.

Keterangan lanjut mengenainya dan pendaftaran penyertaan boleh dilakukan dengan menghubungi talian 03-79809988. Tarikh tutup penyertaan ialah Khamis ini.


********************************************************************************

ha - mana2 otai badminton kat thread ni -- boleh lah masuk -
kalau menang - boleh belanja kita -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2008 08:51 AM | Show all posts
Originally posted by kayla at 14-11-2008 23:21


RESULT FINAL

XD  KOO KIEN KIAT [4]/NG HUI LIN - ONG JIAN GUO/GOH LIU YING  21-11 22-20  0:25

WS WONG MEW CHOO [1] - JULIA WONG PEI XIAN [2]  21-17 21-19  0:45

MS  LEE CHONG WEI [1] - MOHD ARIF ABDUL LATIF  21-12 21-10  0:23

WD GOH LIU YING [2]/NG HUI LIN - CHONG SOOK CHIN/WOON KHE WEI  21-19 17-21 21-15  0:55

MD  CHOONG TAN FOOK [2]/LEE WAN WAH - KOO KIEN KIAT [1]/TAN BOON HEONG  19-21 21-18 21-19  0:50
~ kalah ekkk ..sabar jelah rexy ... at least dorang main rubber ... nsampai gak ke final ... bergu lagi satu tulagi la ..alahaiii sabarjelah....


alahai.. beregu emas kalah ke?
thanks kayla for the results
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 08:54 AM | Show all posts
Originally posted by kayla at 14-11-2008 23:31

tapi malangnye aku tak berjaya melupakannye ....
kerana sesungguhnya mengutuk dia adalah aktiviti favourite aku di waktu lapang ....


tapi apa le perasaan dia misbun cakap camtu kan ..tak terasa ke?
aku rasa misbun dah buntu tak tahu nak buat apa dah ngan dia ni ...

dah bersalin ke belum bini dia ni???
kalau belum, confirm la withdraw dr china open n HK open ....
tak pelah lagipun dah bajet kalah 1st round atau 2nd round .... jimat tambang kapalterbang, hotel ....



Hafiz skips China trip to be with wife and baby                                                                                                                 

KUALA LUMPUR: Shuttler Mohd Hafiz Hashim will skip the China Open starting in Shanghai next Wednesday. His wife, Nadzatul Shima Nazari gave birth to a premature baby girl last Friday and Hafiz has decided to stay back home.
Hafiz was drawn to play against India抯 Arvind Bhat in the first round and hewas in the same quarter as China抯 fourth seed Bao Chunlai. The2003 All-England champion also skipped the last week抯 Johor Open as hewanted to be around when his wife gave birth to their daughter.
However,Hafiz has already qualified for the National Grand Prix Finals, whichwill be played in Alor Star from Dec 9-12, by virtue of a runner-upfinish in the Penang Open in August.
The 27-year-old lost to hiselder brother, Roslin, in the Penang Open final, which was the firstleg of the national badminton circuit.

SOURCE : THE STAR ONLINE

-----------------------------------------------------------------------------------------------

dah dpt baby girl dah.. premature lagi

[ Last edited by  hazlyn at 17-11-2008 08:56 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 09:04 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 16-11-2008 07:57
Tsuen Seng juara Terbuka NZ



http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1116/Kosmo/Sukan/su_04.1.jpg
TSUEN SENG muncul juara acara perseorangan lelaki
Kejohanan Badminton Terbuka New Zealand ...


congrats to LTS
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 09:06 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 16-11-2008 08:10
ni - forum members yang sokmo post kat thread ni
kayla  hazlyn jiman  etc etc.. boleh la jadi pelapis juga -


jadi pelapis?  
tak layak la dexa
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 11:34 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by lionsleepin at 16-11-2008 10:37 AM
hadoi...bz gler recently.xtau benda da pasal badminton ni

luckily ade korang dok update kt cni..thnx byk
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 11:49 PM | Show all posts
Originally posted by hazlyn at 17-11-2008 08:51 AM
alahai.. beregu emas kalah ke?
thanks kayla for the results

welcome ... maksud lyn bergu 'emas celup' kan


Originally posted by hazlyn at 17-11-2008 08:54 AM
Hafiz skips China trip to be with wife and baby                                                                                                                 
KUALA LUMPUR: Shuttler Mo ...

yessss ..jimat duit BAM ..
HK open pun withdraw jelah ..dok rumah ..main2 ngan baby ...
start fresh next year ....


Originally posted by hazlyn at 17-11-2008 09:04 AM

congrats to LTS


yeaaa ..congrats to Lee tsuen seng yg menang KLRC new zealand open ...
aku tak tahu pun ada tunjuk live kat astro 811 ahad lepas....
bukak2 WD lim peksiah n partner tengah main ...
yg kelakar nye cheah soon kit main double ngan partner lama dia ong beng tiong ...berjaya sampai semifinal tu ...
walaupun badan masing2 dah lari 'tune' still leh kalahkan bergu2 muda NZ ....

Originally posted by hazlyn at 17-11-2008 09:06 AM

jadi pelapis?  
tak layak la dexa


dia maksudkan pelapis kat sini kot ...
maklumlah otai2 kat thread ni ilang tanpa khabar berita ....


esok china open n malaysia international challange kat KK start ... goodluck tuk semua pemain malaysia both senior n junior :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 12:02 AM | Show all posts

Reply #830 hazlyn's post

kalau anak hafiz ni dah besar nanti kaki dia panjang macam abahnya,
harap2 dia masuk gimnastik aa, instead of badminton ..

tahniah aa hafiz, dapat baby girl ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 08:45 AM | Show all posts
Originally posted by kayla at 17-11-2008 23:49
welcome ... maksud lyn bergu 'emas celup' kan


a'ah.. tertinggal word 'celup'


Originally posted by kayla at 17-11-2008 23:49
yessss ..jimat duit BAM ..
HK open pun withdraw jelah ..dok rumah ..main2 ngan baby ...
start fresh next year ....


tp kan kayla.. maybe dia akan compete kat vietnam open
tu pun kalo anak & bini dia dah sihat


Originally posted by kayla at 17-11-2008 23:49
yeaaa ..congrats to Lee tsuen seng yg menang KLRC new zealand open ...
aku tak tahu pun ada tunjuk live kat astro 811 ahad lepas....
bukak2 WD lim peksiah n partner tengah main ...
yg kelakar nye cheah soon kit main double ngan partner lama dia ong beng tiong ...berjaya sampai semifinal tu ...
walaupun badan masing2 dah lari 'tune' still leh kalahkan bergu2 muda NZ ....


boleh tahan gak ek.. boleh smpai semi final


Originally posted by kayla at 17-11-2008 23:49
dia maksudkan pelapis kat sini kot ...
maklumlah otai2 kat thread ni ilang tanpa khabar berita ....


oh.. kalo pelapis kat sini boleh sgt la

[ Last edited by  hazlyn at 18-11-2008 08:46 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2008 10:25 PM | Show all posts
Originally posted by naen at 18-11-2008 12:02 AM
kalau anak hafiz ni dah besar nanti kaki dia panjang macam abahnya,
harap2 dia masuk gimnastik aa, instead of badminton ..

tahniah aa hafiz, dapat baby girl ..


gimnastik?? setujuuuuuu

congrats hafiz ... sibuk ngutuk sampai lupa nak ucap tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 10:34 PM | Show all posts

Reply #836 hazlyn's post

vietnam open still on? ingatkan dah cancell ....
patutnye vietnam open early nov sebelum china open kan ...
n rasanye tak nampak pun kat website BAM or BWF ...

china open
BCL withdraw lah pulak ...tak dapat le tengok dia melompat lebih tinggi drp last year
lu lan pun withdraw ... ada harapan lydia ke quarterfinal ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2008 03:18 AM | Show all posts
Originally posted by naen at 18-11-2008 12:02 AM
kalau anak hafiz ni dah besar nanti kaki dia panjang macam abahnya,
harap2 dia masuk gimnastik aa, instead of badminton ..

tahniah aa hafiz, dapat baby girl ..



kaki panjang   masuk lompat tinggi la -
mana boleh masuk gymnastics...

biasanya gymnasts  -- kaki pendek dan 'bok' --
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 09:06 AM | Show all posts
Originally posted by kayla at 18-11-2008 22:34
vietnam open still on? ingatkan dah cancell ....
patutnye vietnam open early nov sebelum china open kan ...
n rasanye tak nampak pun kat website BAM or BWF ...

china open
BCL withdraw lah pulak ...tak dapat le tengok dia melompat lebih tinggi drp last year
lu lan pun withdraw ... ada harapan lydia ke quarterfinal ..


vietnam open postponed.. bukan cancelled
rasanya lepas hong kong open kot

dorang ni esp team china suka betul withdraw last minute ek...
kena bayar withdrawal fee kalo tak silap aku
fund banyak kot...

[ Last edited by  hazlyn at 19-11-2008 09:09 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.175354 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list