CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miss_anne

PEPARI XXXI: MARI LEPAK BERSAMA RIZ

[Copy link]
Post time 1-1-2010 03:26 PM | Show all posts
RIZ @ MYSTAR LG3
Credit: Friz'z

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2010 09:49 AM | Show all posts
Credit: Friz'z

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 02:26 AM | Show all posts
Credit: Friz'z

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 10:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 3-1-2010 10:49

Mahu tampil berbeza - Riz
Credit: Utusan Malaysia Online         3 Januari 2010




Salam Riz, apa khabar? Tahniah atas kelahiran album sulung Riz Bermula Semula, suka sangat dengar lagu-lagu dalam album ini.

1. Bagi mempromosikan album ini, adakah Riz merancang untuk membuat road tour?

2. Saya suka lagu Khilaf, sedih bila menghayati lagu ini. Apa perasaan Riz masa merakamkan lagu ini?

3. Cover album Riz sangat unik dan menarik, adakah ia idea Riz sendiri atau orang lain?

* Tun Fatimah, Sentul, Kuala Lumpur.

RIZ

1. Insyaallah kalau ada rezeki memang nak buat road tour bagi mempromosikan album Bermula Semula. Tapi semuanya masih dalam perancangan dan Riz berharap peminat bersabar dan mengikuti perkembangan terbaru Riz.

2. Khilaf memang salah satu lagu kegemaran saya. Sewaktu saya merakamkan lagu Khilaf, memang ada terasa sebaknya dan pelbagai kenangan lalu kembali bertamu dalam ingatan saya. Sudah tentu saya teringat kisah-kisah lama.

3. Terharu apabila anda suka kepada cover album tersebut. Sebenarnya idea itu datangnya melalui perbincangan Riz, Ejam (pembantu saya) dan Kak Liza Wake The Baby. Memang Riz nak ia lain daripada yang lain dan memberikan ingatan kepada peminat.

Tak mahu peminat bosan

ASSALAMUALAIKUM adik Riz yang dihormati, akak harap adik Riz semakin sihat. Tahniah atas kelahiran album sulung adik. Akak ada soalan nak tanya pada adik.

1. Album sulung adik berentak R&B. Adakah selepas ini adik akan pelbagaikan lagi rentak lagu dalam album adik yang seterusnya? Sebab suara adik sesuai membawa pelbagai jenis rentak lagu.

2. Apa kata adik buat single duet dengan Stacy? Pasti meletup!

3. Apakah perancangan adik Riz untuk memantapkan lagi karier adik dalam bidang seni pada masa hadapan?

* CIMASIS70, Ipoh, Perak.

RIZ

1. Insyaallah, kalau ada peluang pada masa akan datang, saya memang ingin mencuba pelbagai rentak lagu bagi membuktikan yang Riz serba boleh. Kalau dapat lagu Melayu Asli pun saya akan cuba.

2. Single duet dengan Stacy? Huhuhu. Kalau ada peluang saya tidak akan menolak. Nak kena belajar menari pula memandangkan Stacy memang pandai menari.

3. Riz akui Riz kena bekerja keras untuk memantapkan lagi karier seni Riz agar lebih bersinar pada masa hadapan. Riz juga kena memberikan kelainan kepada peminat mereka tidak bosan.

Hanya selisih faham

dengan Alyah

Assalamualaikum Riz, Saya merupakan peminat setia anda dan sangat menyokong kerjaya seni anda supaya lebih maju pada masa hadapan.

1. Apa yang sebenarnya berlaku pada anda dan Alyah?

2. Sepanjang menjadi anak seni, pelbagai gosip yang kurang enak sering kali melatari kerjaya seni anda. Apa perasaan anda bila anda gosip yang boleh mendatangkan keaiban?

3. Apa strategi anda untuk terus kekal dalam bidang ini?

* Kimi Natasha, Kuala Lumpur.

RIZ

1. Pada saya, tiada masalah besar pun yang berlaku antara kami. Cuma perselisihan faham sedikit. Bagi saya tak perlu nak diperbesarkan masalah yang ada sebaliknya cari jalan penyelesaian dengan baik. Riz juga tak mahu peminat mendengar kisah tersebut melalui orang ketiga.

2. Kalau ada gosip-gosip liar yang tidak benar, saya akan abaikan. Lagipun sudah banyak kali nama saya dikaitkan dengan perkara yang tak berasas. Saya mengambil pengajaran melalui artis-artis yang sudah berpengalaman supaya jangan cepat melatah dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

3. Macam-macam strategi yang Riz fikirkan sebenarnya. Riz perlu menghasilkan lagu mengikut cita rasa pendengar agar dapat diterima ramai.

Tumpu bidang nyanyian

Hai Riz. Harap Riz sentiasa sihat dan maju jaya sepanjang bergelar anak seni. Sebagai peminat anda saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat diri anda.

1. Apa pendapat Riz tentang dunia muzik tempatan?

2. Siapakah penyanyi yang paling anda kagumi?

3. Selain menyanyi tidakkah Riz memikirkan untuk mengembangkan bakat dalam bidang yang lain?

* Camelia Chairil, Johor Baharu.

RIZ

1. Bagi saya, dunia muzik tempatan makin berkembang dari segi kualiti lagu-lagu yang dihasilkan oleh anak seni tempatan. Dari sudut yang berbeza seperti jualan album mungkin sedikit lembap kerana industri muzik tempatan bukanlah meluas satu dunia seperti industri muzik di luar negara. Dengan adanya cetak rompak dan muat turun percuma ia turut memberi kesan kepada industri seni kita.

2. Riz sangat menyukai Robbie Williams, Luther Vendros dan Whitney Houston.

3. Setakat ini, saya ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap karier saya sebagai seorang penyanyi. Saya juga masih belum memikirkan bidang yang lain.

Teruja dengan Bermula Semula

Hai Riz.

Apa khabar? Saya sangat teruja apabila mendapat tahu yang Riz sudahpun mengeluarkan album sulung tetapi dalam masa yang sama saya sedih kerana belum berkesempatan mendapatkannya.

1. Apa strategi Riz untuk selepas mengeluarkan album?

2. Adakah Riz benar-benar berpuas hati dengan album tersebut?

3. Dalam banyak-banyak lagu yang terkandung dalam album itu, lagu mana yang paling anda suka dan mengapa?

* Faiz Musa, Kajang, Selangor.

RIZ

1. Insyaallah kalau ada rezeki saya teringin nak buat road tour agar dapat bertemu dengan peminat-peminat di seluruh Malaysia dan lebih dekat dengan mereka. Ini cara saya berterima kasih kerana mereka menyokong saya sejak dahulu lagi.

2. Alhamdulillah, sebagai album sulung, saya sangat berpuas hati dengan album Bermula Semula. Ini yang saya perjuangkan selama ini dan sudah pasti saya sangat teruja dengannya.

3. Kalau tanya saya, mesti semua lagu saya suka sebab saya yang pilih semua lagu yang ada dalam album ni. Hahaha... Kalau nak tahu kenapa saya pilih dan suka lagu-lagu dalam album saya, jangan lupa beli.

Berazam memperbaiki diri

Assalamualaikum Riz, apa khabar? Semoga setiap langkah dalam kerjaya seni anda akan diberkati oleh Ilahi dan saya akan tetap menyokong kerjaya seni anda sampai bila-bila.

1. Apa azam tahun baru Riz?

2. Sudah jumpa pasangan yang sesuai? Apa ciri-ciri wanita pilihan anda?

3. Apa impian Riz yang masih belum tercapai?

* Mastura Radzi, Ipoh, Perak.

RIZ

1. Azam tahun baru? Riz mahu memperbaiki diri untuk menjadi manusia yang lebih baik. Selain itu Riz juga mahu berjaya dalam bidang seni seperti yang dikecapi oleh orang lain.

2. Pasangan yang sesuai? Tak jumpa lagi. Kalau boleh biarlah sedap mata memandang, manis budi pekerti, bijak berfikir dan yang paling penting baik hati.

3. Banyak lagi sebenarnya lagipun saya masih muda. Tapi salah satunya, teringin nak buat konsert sendiri satu hari nanti. Susah nak capai tu tapi saya akan cuba ke arah itu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 10:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 3-1-2010 10:53

Mahu botakkan kepala
Credit: Kosmo Online!          3  Januari 2010



AKADEMI FANTASIA musim kelapan (AF8) bakal berlangsung tidak lama lagi. Kalau diperhatikan, setiap kali lahir juara baru daripada program realiti TV itu, juara lama akan merasakan tempiasnya. Malah, ada yang terus tenggelam sebaik edisi musim baru AF bermula.

Namun, bagi naib juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Riz, atau Mohammed Idris Mohd Zaizizi, 23, itu hanyalah satu lagi cabaran yang perlu dilaluinya sebagai seorang artis.



"Saya sedar saya tidak boleh sekadar bersandar kepada populariti yang diraih melalui AF semata-mata. Tambahan, dalam bidang ini akan sentiasa ada cabaran baru. Disebabkan itu, saya melahirkan album solo saya. Sekurang-kurangnya orang ramai ada sebab untuk terus mengingati saya.

"Soal takut tidak timbul. Sebaliknya saya perlu sentiasa bersedia," ujarnya. Jika Riz sudah bersedia dengan gelombang AF8, bagaimana pula dengan isu perang dingin antaranya dan teman duet untuk lagu Ku Pinjam Satu Bintang, Alyah?

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 12:03 AM | Show all posts
Most Glam 2009
Credit: sam kassim

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2010 05:39 PM | Show all posts
RIZ @ SELANGOR RIA 2009 @ STADIUM SHAH ALAM
Credit: Azwien

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 12:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 5-1-2010 12:19

Riz Rakam Semula Ku Pinjam SB Versi Disko
Credit: murai.com              4-Jan-2010





KL, 4 JANUARI 2010:  Sepanjang tahun lalu walaupun industri muzik kemarau dengan album baru, banyak juga lagu baru muncul di pasaran.  Dalam dalam banyak-banyak lagu duet, tentu ramai setuju kalau Murai Batu cakap antara lagu paling popular adalah Ku Pinjam Satu Bintang (Ku Pinjam SB) nyanyian Alyah & Riz.


Murai Batu pun turut berbangga kerana lagu itu adalah karya Ajai bersama Ketua Editor murai.com.my sendiri, Abang Slen yang sememangnya seorang penulis lirik low profile. Tapi yang kebetulannya, Murai Batu baru perasan, asalkan Slen menulis lirik lagu duet cinta, penyanyi yang berduet itu terus tempias kena krisis!


Contohnya lagu Cinta Mencintai Kita (Nurul & Ajai), Pelita Di Bawah Purnama (Erema & Seri Bayu) dan terbaru, Ku Pinjam SB yang dinyanyikan oleh Alyah & Riz itu. Mungkin satu kebetulan tapi sudah 3 kali kebetulan, pelik juga dan ketiga-tiga lagu itu pun memang ciptaan Ajai & Slen.

Baiklah, rasanya juga ramai peminat hiburan dah tahu konflik suam-suam kuku antara Alyah & Riz gara-gara lagu Ku Pinjam SB. Khabarnya ia terjadi selepas pihak Ajai dan Riz dikatakan 'bermain tarik tali' dengan Alyah gara-gara hendak memuatkan lagu itu atau tidak dalam album solo Riz, Bermula Semula.


Kata Alyah, awalnya pihak Wake The Baby tak mahu muatkan lagu itu sebab ia sudah popular sebagai lagu duet mereka, tup-tup lagu itu memang ada dalam album Riz akhirnya. Pun begitu ia bukan versi duet tapi versi solo nyanyian Riz yang berentak ala disko. Gara-gara tindakan itu, Alyah pun terus merajuk sebab pihak terbabit dianggap tidak hormatkan perasaan Alyah. Amboi, emosi betul Alyah ye.


Namun sekarang hubungan mereka dah OK. Bagi Murai Batu, Alyah seeloknya beri sokongan kepada Riz pula sebab Riz pun dah tolong bantu naikkan lagu itu dalam album Alyah dulu. Lagipun yang buat versi solo tu bukannya artis lain, memang pasangan duet Alyah sendiri juga.


Dulu pun kalau tak silap, Datuk Sharifah Aini dan Broery Marantika pernah juga kongsi lagu yang sama dalam versi masing-masing seperti Sabar Menanti dan Hapuslah Air Matamu. Tapi Murai Batu tak tahulah pula kalau-kalau mungkin ada sesuatu yang terlalu peribadi yang Alyah cuba selindungi antara dia dengan pihak terbabit sehingga berkecil hati sangat sampaikan menangis bagai nak rak beberapa jam sebelum bertanding dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik bersama Riz dulu.


Berbalik kepada versi nyanyian Riz, Murai Batu dapati ia memang berbeza berbanding versi duet mereka. Ia mengingatkan Murai Batu kepada muzik era 80-an ala-ala kumpulan Pet Shop Boys (British Electronic Dance Music). Lepas ni mungkin radio, disko dan kelab hiburan pula akan putarkan lagu Ku Pinjam SB versi disko Riz itu.


MURAI BATU: Nak tunggu lagu mana akan muncul sebagai Juara Lagu Ke-24, pada 10 Januari ini. Adakah lagu nyanyian artis solo atau berkumpulan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2010 11:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 7-1-2010 11:36

Rap Harian Metro
Jumaat 1 January 2010




Mengait impian tahun baru





Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 02:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 7-1-2010 14:40

Riz Sanggup Tahan Sakit Demi Peminat
Credit; mStar Online            Khamis Januari 7 , 2010




Riz meniup lilin kek hari lahirnya yang ke-23.


DEMI peminat tersayang, Riz yang menyambut hari lahirnya pada 19 Disember lalu sanggup turun padang ke majlis ulangtahunnya yang ke-23 itu walaupun baru lepas tiga minggu menjalani pembedahan apendiks.

Majlis yang diadakan sehari sebelum hari lahir naib juara Akademi Fantasia musim keenam itu di Celebrity Kopitiam milik komposer Ajai itu dikelolakan oleh ahli kelab peminatnya, Riz-Angles.



Mereka bukan sahaja dihiburkan dengan rangkaian lagu-lagu popular tetapi beberapa buah lagu yang dipetik dari album sulungnya seperti Bermula Semula, Khilaf dan Cinta Ini.

“Saya telah menjalani pembedahan apendiks pada 29 November lalu di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Sebelum itu, saya sudah berjanji dengan peminat untuk meraikan Hari Jadi saya bersama-sama.




“Walaupun sakit, saya sanggup berkorban demi peminat dan menahan sakit itu. Lagipun, mereka datang dari jauh seperti Johor, Pulau Pinang dan Ipoh, Perak,” ujar penyanyi yang sedang popular menerusi lagu Bermula Semula.




Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Ajai bersama isterinya, Liza. Bersesuaian dengan tema majlis iaitu ringkas dan santai, Riz tiba tepat pada pukul 9 malam dengan berkemeja putih dan berseluar jeans biru.

Kira-kira 20 peminatnya pada malam itu, berasa sangat bertuah kerana berpeluang berinteraksi dengan Riz secara lebih dekat. Mereka bukan sahaja dihiburkan dengan rangkaian lagu-lagu popular tetapi beberapa buah lagu yang dipetik dari album sulungnya seperti Bermula Semula, Khilaf dan Cinta Ini.

Riz turut mendendangkan lagu kegemarannya iaitu My Baby You dan Kasih Berubah dalam majlis yang berlangsung sehingga lewat malam itu.





Jejaka yang berasal dari Grik, Perak ini berkata disebabkan tidak terlalu mengamalkan pantang, perutnya pernah bernanah dan dimasukkan ke hospital buat kali kedua.

“Alhamdulillah, sekarang dah ok dan boleh meneruskan karier dalam bidang nyanyian tetapi saya masih takut untuk melanggar pantang.





“Tetapi masa mula-mula menyanyi selepas melakukan pembedahan, pusat saya berdarah. Saya rasa mungkin sebab terlalu banyak bergerak,” beritahunya yang sedang sibuk mempromosikan albumnya yang turut memuatkan lagu Ku Pinjam Satu Bintang yang dinyanyikan secara solo.

Ditanya mengenai hadiah istimewa yang diterimanya sempena hari lahirnya, Riz menjawab:

"Semua hadiah yang saya terima istimewa belaka. Ada yang memberikan hadiah anak patung monyet, topi dan yang paling penting adalah hadiah doa daripada kedua ibu bapa saya."
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 09:26 AM | Show all posts
Credit: Azwien

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 11:43 PM | Show all posts
Credit: Azwien

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 12:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 10-1-2010 12:48

Penghayatan tak kesampaian?
Credit: BP Berita Minggu                     Ahad, 10 Januari 2010



ALBUM: Bermula Semula

ARTIS: Riz

GENRE: Pop

EDARAN: Warner Music

PENYANYI yang bertapak selepas meraih naib juara program realiti, Akademi Fantasia musim keenam ini mengambil masa setahun mencari material yang bersesuaian dan serasi dengan kelebihan vokalnya.

Kekuatan Riz menyerlah pada sentuhan balada dan kelebihan itu dimanfaatkan sebaiknya oleh Ajai, selaku penerbit untuk mencungkil sisi terbaik penyanyi ini.

Riz juga menampakkan kesungguhan dan serius dalam usaha pertamanya ini. Itu diterjemahkan pada setiap penyampaiannya dalam keseluruhan lagu yang dimuatkan dalam Bermula Semula.

Dia memberi nyawa untuk lagu balada seperti Harusku Yang Pergi, Bermula Semula dan Khilaf. Mungkin penghayatan Riz belum pada tahap terbaik untuk berdiri selesa dalam industri muzik.

Masih banyak yang perlu difahami Riz terutama dalam memahami serta mendalami sesebuah lagu itu. Tetapi jika diberi sedikit masa dan Riz sendiri mengambil inisiatif untuk memajukan diri, dia berupaya melangkah jauh.

Riz juga merakamkan semula lagu duetnya bersama Alyah, Ku Pinjam Satu Bintang dalam versi solo.

Disuntik nafas baru yang lebih bertenaga, persembahan solo Riz berjaya menyuntik kelainan daripada versi duet yang terlebih dulu diperdengarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 01:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 11-1-2010 01:35

Saya bercakap benar-Alyah
Credit: Utusan Malaysia Online                   10/01/2010


IBARAT kata pepatah, rumah sudah siap, pahat masih berbunyi, dan begitulah yang diibaratkan dengan kemelut antara penyanyi Nor Hasliyah Abu Hassan, 24 tahun yang dikenali dengan panggilan Alyah dengan pasangan duetnya, Riz, serta pengubah lagunya Ajai.

Penyanyi asal Johor Bahru ini menyatakan rasa tidak puas hatinya ekoran lagu Ku Pinjam Satu Bintang, duetnya bersama Riz telah diambil dan dinyanyikan semula secara solo oleh Riz.

Lagu gubahan Ajai dan lirik oleh Roslen itu menjadi isu apabila timbul rasa tidak puas hati Alyah setelah merasakan dirinya dibelakang sama sekali dalam proses penerbitan semula.

Salah faham mungkin timbul di sini, dan diharapkan permasalahan antara Alyah seorang penyanyi muda yang berbakat besar dapat dileraikan.

Alyah mungkin kurang faham dengan segala persetujuan awal yang dimeterai antara Ajai, abangnya dan juga Maestro sebelum ini.

Dia berhak menyuarakan rasa tidak puas hatinya, tetapi kebenaran diatas kenyataan sebenarnya harus diperjelaskan kepada Alyah supaya apa yang dikatakan nanti tidak seperti ‘menepuk air ke dalam dulang, akhirnya terpercik ke muka sendiri.’

Tidak salah jika yang apa yang silap diperbetulkan dan yang kabur diperjelaskan demi kebaikan bersama.

Ramai yang salahkan Alyah tentang perkara yang timbul ini. Ada yang kata Alyah sengaja memperbesarkannya untuk cari publisiti?

Itu Alyah tahu, sebab ada berita yang keluar kata begitu. Bukan Alyah yang mencari wartawan agar cerita yang dianggap sensasi ini ditulis. Saya pun malas nak cerita tentang hal ini. Tahun baru ini rasanya nak lupakan saja apa yang telah berlaku. Kalau nak ikutkan, Alyah sendiri pun tidak tahu menahu yang lagu itu dirakamkan semula dalam album Riz. Bila wartawan maklumkan, barulah saya tahu.


Ada yang menganggap Alyah bagaikan kacang lupakan kulit kerana menyalahkan Ajai?

Demi Allah, Alyah tidak pernah lupa akan jasa baik abang Ajai. Itu akan Alyah kenang. Tapi dalam hal ini Alyah rasa ada hak juga untuk ambil tahu dan diberitahu tentang apa yang berlaku. Lagu itu adalah nyanyian Alyah dan Riz yang dimuatkan dalam album Alyah, jadi tidak salah kalau Alyah diberitahu terlebih dahulukan? Tapi bagi Alyah, untuk menaikkan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang dan Ku Pinjam Satu Bintang bukan senang. Terlanjur abang bertanyakan hal ini biarlah Alyah cerita. Selepas pelancaran album Alyah, banyak promosi Alyah cuba buat sendiri dengan pembantu peribadi Alyah, Hafiz. Pahit getirnya hanya Alyah sahaja yang tahu. Bukan senang nak naikkan lagu itu. Alyah guna duit sendiri untuk tujuan promosi. Selepas Alyah mengalami kemalangan jalan raya, Alyah jadi putus harapan, namun kekuatan daripada dalam diri membuatkan Alyah terus berusaha. Alhamdullillah, sekarang ini Alyah dapat berdikari sendiri dan banyak show yang ditawarkan. Dari situ Alyah kumpul sikit-sikit modal untuk album single ketiga nanti.

Katanya pihak mereka telah maklumkan Alyah sebelum lagu itu dimasukkan dalam album Riz?

Itu yang saya dengar daripada ramai wartawan dan kenyataan yang pernah Alyah baca sendiri. Tapi setakat ini Alyah tidak terima sebarang surat ataupun SMS daripada mana-mana pihak tentang hal ini sebelum lagu itu dimasukkan dalam album Riz. Tapi sebelum ia berlaku, Riz ada berbincang dengan Alyah tentang hal ini, tapi ia tergantung. Alyah ingatkan tak jadi dan ia senyap begitu saja. Tahu-tahu lagu itu sudah ada dalam album dia. Alyah bercakap atas apa yang Alyah tahu dan alami saja dan itu sajalah kebenaran yang dapat Alyah beritahu. Sebenarnya Alyah tidak mahu nanti salahnya dilemparkan kepada Alyah semula.

Pernah bertanya terus kepada Ajai tentang hal ini?

Alyah ada tanya kepada Kak Liza (isteri Ajai) dan dia bagi tahu lagu itu tidak dimasukkan dalam album Riz. Waktu itu rasanya di sidang akhbar Anugerah Juara Lagu. Sedangkan album Riz itu sudah dilancarkan berbulan sebelum itu.

Alyah salahkan siapa dalam hal ini?

Bukan itu persoalannya, dan Alyah tidak mahu bermusuh dengan sesiapa. Bagi Alyah, lagu itu biar pun digubah oleh abang Ajai, tapi Alyah beli lagu itu untuk album Alyah. Jadi setidaknya Alyah ada juga sebahagian hak terhadap lagu itu.

Macam mana pula dengan Riz. Ada Alyah bertemu dengan dia selepas hal ini berlaku?

Tidak, biar semuanya cool dulu barulah Alyah hendak bincang. Alyah tahu keadaan Alyah jika tengah marah, jadi lebih baik Alyah senyapkan sahaja. Buat apa nak bermusuh dan bermasam muka, kerana industri ini kecil saja.Tapi Alyah dapat tahu ada berita yang mengatakan Alyah seperti menarik muka terhadap Riz.Biarlah orang hendak cakap apa pun, Alyah tak kisah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 08:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 08:02 AM | Show all posts
Credit: Anne Honey

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2010 10:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2010 01:19 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 16-1-2010 01:23

(Cerita Artis) Riz kena bomoh sehingga darah berbau bangkai !!
Taken From
Make Money Online In Malaysia




Kesian zoom baca kisah Riz Akademi Fantasia ini, mana taknya selepas empat hari berada di hospital dan kemudian sehari di rumah beliau kembali di tahan di hospital kerana selepas pembedahan nanah keluar dan berbau bangkai.Adakah ini yang dinamakan mangsa Bomoh ? pada pendapat ZoOm jika luka dan bernanah sekali pun ia tak akan berbau jika hanya beberapa hari.Dalam zaman moden hari ini pun ada juga manusia yang sanggup melakukan apa sahaja jika membenci seseorang.Disini ZoOm “upload” gambar Riz semasa sihat dan ketika di Hospital..!!

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 05:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 12:36 PM | Show all posts
Credit: Freezgurl

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.123860 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list