CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V147'

 Close [Copy link]
Post time 9-6-2022 08:47 PM | Show all posts
nk recall balik topik apa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2022 08:48 PM | Show all posts
kaka cari rumah lama dah tenggelam kt page 52
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 10:20 PM | Show all posts
page 42   
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 10:22 PM | Show all posts
UPM lonjak kedudukan dalam senarai universiti terbaik dunia
| | 09 Jun 2022




UPM melonjak 20 anak tangga untuk tersenarai pada kedudukan ke-123 universiti terbaik dunia dalam penarafan QS World University Rankings 2023.


PUTRAJAYA - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melonjak 20 anak tangga untuk tersenarai pada kedudukan ke-123 universiti terbaik dunia dalam penarafan QS World University Rankings 2023, kata Naib Canselor UPM Profesor Datuk Dr Mohd Roslan Sulaiman.


Beliau berkata, kedudukan itu juga menjadikan ia sebagai universiti kedua terbaik di negara ini selepas Universiti Malaya.


Penarafan itu dibuat berdasarkan empat indikator iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah staf akademik dengan pelajar serta peratus pelajar antarabangsa.


"Indikator pelajar antarabangsa dilihat sebagai kekuatan utama UPM apabila menduduki tempat ke-99 di dunia,” kata Mohd Roslan dalam satu kenyataan berhubung kedudukan ranking terbaharu universiti itu pada Khamis. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... rsiti-terbaik-dunia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 10:24 PM | Show all posts
UKM melonjak ke tangga 138 dalam ranking universiti Asia
| | 08 Jun 2022




UKM melonjak ke kedudukan 138 dalam penarafan Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2022 berbanding kedudukan ke-150 tahun lepas.


KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melonjak ke kedudukan 138 dalam penarafan Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2022 berbanding kedudukan ke-150 tahun lepas, seperti diumumkan baru-baru ini.


UKM dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan penilaian itu merangkumi lima petunjuk iaitu sitasi, penjanaan industri, pengantarabangsaan, penyelidikan dan pengajaran, sekali gus meletakkan ia di tangga ketiga berbanding kelima dalam kalangan universiti terbaik di Malaysia.


Menurut kenyataan itu berdasarkan lima petunjuk tersebut, UKM memperoleh markah sebanyak 43.8 bagi indikator dan 64.3 berbanding 49.3 pada tahun lepas bagi petunjuk pengantarabangsaan.


Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, UKM merupakan antara universiti yang mencatatkan peningkatan ketara di Malaysia dalam THE Asia University Rankings tahun ini, iaitu selepas Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang melonjak 16 anak tangga.


"Walaupun memartabatkan bahasa Melayu kekal sebagai agenda utama, UKM tidak pernah mengabaikan elemen pengantarabangsaan yang tidak kurang pentingnya dalam mengekalkan reputasi universiti ini di persada dunia.


"Jika dilihat kenaikan yang ketara bagi petunjuk pengantarabangsaan itu, saya pasti impaknya akan lebih besar selepas pembukaan kampus cawangan UKM di Qatar pada Oktober ini,” katanya dalam kenyataan itu.


Beliau berkata, UKM berada pada landasan betul menerusi pencapaian dalam THE Asian University Rankings tahun ini, selain hala tuju universiti itu dalam pelaksanaan pelan strategik dan meningkatkan kualiti di bawah kerangka TERAS (bakat, etika, cergas, tangkas dan semangat)


Menurutnya, penarafan universiti adalah antara instrumen bagi menanda aras sesebuah institusi pengajian tinggi dan percaya UKM akan mencapai kedudukan lebih baik jika universiti itu terus mengukuhkan asas dalam penyelidikan, pendidikan dan perkhidmatannya.


Mohd Ekhwan juga menzahirkan penghargaan kepada seluruh profesor, pensyarah, pengurusan, kakitangan dan pelajar universiti itu atas segala usaha serta sumbangan besar dalam memastikan UKM sentiasa berada di antara universiti terbaik Asia, khasnya Malaysia. - Bernama




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ing-universiti-Asia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 10:36 PM | Show all posts
UUM diiktiraf 500 universiti terbaik dunia
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR | | 09 Jun 2022



Haim Hilman


ALOR SETAR - Kedudukan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2023 melonjak apabila diumumkan berada dalam kelompok 500 universiti terbaik dunia.


Naib Canselornya, Prof Dr Haim Hilman Abdullah berkata, UUM kini berada di tangga 481, berbanding edisi sebelumnya iaitu di tangga 511-520.


Menurutnya, perkembangan itu juga menyaksikan universiti tersebut kini berada di kedudukan keenam universiti awam terbaik negara.


“Alhamdulillah, ini adalah kejayaan bersama kita. Saya yakin dan percaya kejayaan ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa komitmen semua termasuk pensyarah, pentadbir, sokongan dan siapa juga tanpa mengira jawatan yang menyumbang kepada kejayaan ini.


“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan kerajaan Malaysia yang banyak membantu universiti awam agar terus kekal kompetitif di persada dunia dan yakin akan terus mengorak langkah untuk berjaya di masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.


Mengulas lanjut, beliau berkata, penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua alumni UUM atas hasil usaha dan sokongan yang diberi terhadap semua agenda yang disusun bagi mengangkat martabat universiti di mata dunia.


Menurutnya, beliau berharap semua pihak dapat berusaha memastikan kecemerlangan menjadi titik kebangkitan sebagai sebuah universiti.


“Kita perlu berusaha untuk menjadi sebuah universiti yang cemerlang dalam bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan modal insan kerana ciri-ciri inilah yang membawa kita kepada kejayaan dalam ranking ini.


“Ini kerana ranking merupakan manifestasi kepada kejayaan kita untuk terus kekal cemerlang dan kompetitif dalam dunia pendidikan tinggi antarabangsa dan negara,” ujarnya.


QS World University Rankings yang dikeluarkan secara tahunan menyaksikan lebih 1,422 universiti seluruh dunia yang disenaraikan bagi penarafan 2023.


Dalam tempoh tiga tahun dari 2021, UUM berjaya membuat lonjakan 50 anak tangga sehingga tersenarai dalam 500 universiti terbaik dunia pada tahun penarafan ini.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... rsiti-terbaik-dunia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2022 03:37 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 9-6-2022 12:39 PM
kakak nay keje ... dia keje under mahkamah syariah selangor
tapi dia handle bahagian kursus semua ...

keje gov senang sikit nk cuti rasanya. klu melibatkan ibubapa lg cepat lulus
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 03:38 AM | Show all posts
novelloverzz replied at 9-6-2022 12:40 PM
Tmpt dia mcm ni. Nk borak kat luar org duk lalu lalang

anak nay eh yg baju kuning tu. panjang rambut dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2022 03:41 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 9-6-2022 12:41 PM
kalau ikut plan nay mmg nak beli jenis highrise punya

klu ada duit beli je nay. jgn tunggu2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 03:45 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 9-6-2022 12:47 PM
haah sekarang naik mrt pon tak ada penjarakan dah
bersesak dah ... mask jer tak tanggal

kt mana2 dah takde penjarakan sangat
tp masih ramai lg la yg pakai mask.
kes covid pun statik je skrg 1k+
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 03:46 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 9-6-2022 12:48 PM
mungkin jugak lah kaka
nak tarik pelancong

situ je yg boleh tarik pelancong sb ada menara condong.
klu pekan kecik yg lain sunyi sepi waktu mlm.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 03:48 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 9-6-2022 12:52 PM
sama lah nay pon pakai Vivo

hp kaka mm nk kena tukar.
kadang2 bunyi call in tak dengar
pastu ada lah 2-3 prob lain.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 03:49 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 9-6-2022 12:53 PM
pasal banjir jangan cakap lah kaka
tempat nay dulu tiap2 tahun pon mesti air naik

rumah nay pun kena naik air jgk?
tentu brg2 byk yg rosak.
penat nk mencuci dah 1 hal.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 03:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 03:52 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 9-6-2022 02:14 PM
hah boss nay jenis yang macam tu kaka
walaupon arahan dia tapi kalau tak ada black and white
mmg ...

sb derang dah ingat2 lupa nay.
kena sabar tadah telinga lah klu mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 03:53 AM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 10-6-2022 03:55 AM
NaylaArisha replied at 9-6-2022 02:16 PM
semalam dua tiga kali tawaf depan stall yang jual takoyaki tu
tapi tak beli pon

nape nay tak beli.klu kaka dah beli dah tu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2022 03:54 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 9-6-2022 02:17 PM
memang gigit kuku lah jawabnya

cakap pasal anak angkat ni

AS - alif syukri eh. anak angkat dia nama ameena tu eh.
nay follow dia ke. kaka tak amik kisah hal dia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 03:56 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 9-6-2022 02:19 PM
tak pasti pulak nay kaka... masa tu dia bagi toll free kalau ikut jalan besar jer kan

rasanya semua hiway dpt.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 03:57 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 9-6-2022 02:20 PM
tu lah masalahnya kaka
bukan nay tak tulis tapi ntah buku nota nay tu
bila perlukan masa tu lah ta ...

nay beli buku nota kecik je nay. pastu kena letak kt satu tmpt yg tetap.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 03:59 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 9-6-2022 02:22 PM
yer ke boleh pakai baju biasa?

hari tu nay tanya cikgu kata

maksud kaka tshirt sek yg biasa.
kt sek kan ada tshirt sekolah, tshirt rumah dan baju uniform.
kt sek anak kaka yg takde uniform boleh pakai tshirt sek.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.146011 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list