CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: OCEAN SUNSET

 Close [Copy link]
Post time 8-12-2024 03:06 AM | Show all posts
If the human eye was a digital camera it would have 576 megapixels.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2024 03:07 AM | Show all posts
All of the bacteria in our body collectively weighs about 4 pounds.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 03:07 AM | Show all posts
The human body produces about a litre (0.26 gal) of mucus per day.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 03:07 AM | Show all posts
here are more than 100 types of cancers; any part of the body can be affected.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 03:07 AM | Show all posts
Your heartbeat changes and mimics the music you listen to.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 03:16 AM | Show all posts
Kes kartel perolehan baja: SPRM sudah lengkapkan kertas siasatan - Azam




(Gambar fail) Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. - NSTP/GHAZALI KORI



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah melengkapkan kertas siasatan kes dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan kartel perolehan baja dianggarkan bernilai kira-kira RM60 juta yang disyaki berkait dengan sebuah pertubuhan badan awam.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki, memberitahu Buletin TV3 bahawa kertas siasatan itu telah diserahkan kepada bahagian undang-undang dan pendakwaan SPRM untuk semakan serta pertimbangan.
"Kami akan menunggu keputusan mereka, yang mungkin dikeluarkan pada Disember ini.
"Namun, saya percaya keputusan itu mungkin akan dibuat pada Januari tahun depan, sama ada untuk memfailkan pertuduhan atau tidak.

"Apa yang penting sekarang ialah menunggu komen atau arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya. Dalam kes ini, terdapat cadangan supaya pertuduhan mungkin dikenakan ke atas seorang atau lebih individu," katanya sebagaimana dipetik.
Azam berkata, siasatan berkenaan meliputi perkara jenayah, selain usaha untuk menambah baik tadbir urus.
Pada Oktober lalu, media melaporkan SPRM memulakan siasatan berhubung dakwaan kewujudan kartel dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi di sebuah pertubuhan bawah kawalan sebuah kementerian, yang dianggarkan bernilai RM1.8 bilion.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1334141/kes-kartel-perolehan-baja-sprm-sudah-lengkapkan-kertas-siasatan-azam


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2024 03:17 AM | Show all posts
Pelakon 'mat saleh', Johan Abdullah meninggal dunia


Foto ihsan pembaca






SEREMBAN: Pelakon yang sering memegang watak lelaki Inggeris dalam filem serta drama tempatan, Johan Abdullah, 75, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini, malam tadi.
Isterinya, Sarepah Meriam Aboo, 51, ketika dihubungi berkata Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 7.20 malam akibat jangkitan kuman dalam darah.
"Dalam seminggu ini, arwah tidak mahu makan dan hanya minum susu menyebabkan badannya semakin lemah.
"Kira-kira jam 12 tengah hari tadi, arwah masih boleh duduk tetapi sekitar jam 3 petang, tiba-tiba nafasnya mula tercungap-cungap," katanya.

Beliau berkata, suaminya kemudian dibawa ke hospital selepas jirannya menghubungi ambulans.
"Selepas kira-kira 40 minit dirawat di zon kecemasan, suami diberi bantuan pernafasan dan doktor memaklumkan ada jangkitan kuman dalam darah," katanya.
Beliau berkata, Allahyarham sepatutnya menjalani rawatan susulan bagi masalah radang usus pada Rabu depan.
"Arwah sebenarnya menghidap pelbagai penyakit, iaitu angin ahmar, parkinson, jantung, radang usus dan otak mengecut," katanya.
Sarepah Meriam berkata, jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ainsdale, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi ini.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1334143/pelakon-mat-saleh-johan-abdullah-meninggal-dunia


Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 03:19 AM | Show all posts
30 kampung di Kuala Krai dijangka banjir Isnin-Jumaat depan




(Gambar fail) Antara laluan di Kota Bharu-Kuala Krai yang ditenggelami banjir, baru-baru ini. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR



KOTA BHARU: Hampir 30 kampung yang terletak dalam radius lima kilometer berhampiran Sungai Galas, Sungai Lebir dan Sungai Pahi di Kuala Krai, dijangka mengalami banjir mulai Isnin hingga Jumaat depan.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia mengeluarkan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Khamis lalu.
Menurut kenyataan JPS itu, kampung terbabit di kawasan Sungai Galas ialah Kampung Mambong, Kampung Dabong, Kampung Kemubu, Kampung Kuala Gris, Kampung Bahagia dan Kampung Biak.
Di Sungai Lebir, kampung terbabit ialah Kampung Tualang, Kampung Bekok, Kampung Manik Urai, Kampung Gajah, Kampung Laloh dan Kampung Karangan.

Selain itu, Kampung Manjor, Kampung Mesek, Kampung Baru Sungai Mengkuang, Kampung Temiang, Kampung Cheneh, Lata Rek, Kampung Lela Jasa, Kampung Budi dan Kampung Sungai Sam.
Kampung yang dijangka berlaku banjir di sekitar Sungai Pahi pula ialah Kampung Batu Mengkebang, Kampung Pahi, Kampung Gatal, Taman Perisai Wira, Dusun Damar, Kampung Belanga, Kampung Sungai Pas dan Kampung Temalir.
JPS turut memaklumkan, banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan.
Amaran itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk, terutama di kawasan yang dijangka banjir, mengambil langkah waspada dan mengikuti arahan pihak berkuasa. – BERNAMA




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1334118/30-kampung-di-kuala-krai-dijangka-banjir-isnin-jumaat-depan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2024 03:22 AM | Show all posts
LTSAH dijangka beroperasi semula Isnin ini




Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTAH) yang ditutup sejak 29 November lalu akibat banjir dijangka akan beroperasi semula Isnin ini. - Foto BERNAMA



ALOR SETAR: Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTAH) yang ditutup sejak 29 November lalu akibat banjir dijangka akan beroperasi semula Isnin ini.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata perkara itu akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) selepas mengesahkan landasan itu selamat digunakan.
"Saya turut mengambil peluang melawat LTSAH tadi, Insya-Allah minggu depan ia akan dibuka.
"Tetapi ia bergantung penuh kepada CAAM dan MAHB jika ia disahkan selamat dibuka," katanya ketika ditemui selepas meninjau kerosakan infrastruktur pengairan MADA dan kerosakan tanaman padi di Kuala Sungai Baru, di sini, hari ini.




Terdahulu, Pengurus LTSAH, Ikram Alif Mansoor berkata, landasan itu dijangka akan dibuka pada Isnin ini dan perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah berkaitan keselamatan.
"Kita sudah maklumkan mengenai penutupan landasan ini sehingga esok, jadi akan cuba untuk membuka landasan secepat mungkin tetapi sekiranya tidak boleh mungkin akan tambah masa dalam sehari, dua lagi sebelum ia boleh beroperasi semula.
"Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan dan pembaikan peralatan juga dilakukan..fokus utama sekarang adalah untuk membersihkan tempat yang kritikal iaitu kawasan kapal terbang mendarat dan setakat ini ia sudah dibersihkan sepenuhnya," katanya ditemui lapangan terbang berkenaan di sini, hari ini.
Ikram Alif berkata, ketika ini pihaknya perlu menguji beberapa perkara bagi melihat dan menilai kerosakan yang berlaku akibat banjir itu, namun setakat ini tiada kerosakan besar yang dikesan.
"Landasan kapal terbang ini adalah sejauh 2.7 kilometer (km) dan semasa banjir hari itu, kawasan landasan ditenggelami air sedalam 50 sentimeter (cm), kawasan laluan teksi 80 cm dan kawasan apron hanya 4cm sahaja.
"Sepanjang tempoh penutupan landasan itu ,banyak penerbangan yang terpaksa dibatalkan, sehari dianggarkan 20 ke 24 penerbangan masuk dan keluar dari Alor Setar... kita akan buat keputusan esok dan pihak penerbangan akan buat keputusan sama ada akan membenarkan kapal terbang syarikat mereka masuk keluar Alor Setar atau tidak," katanya.
Pada 29 November lalu, Malaysia Airport memaklumkan landasan LTSAH ditutup sementara berikutan keadaan banjir yang semakin memburuk melanda Kota Setar.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1334091/ltsah-dijangka-beroperasi-semula-isnin-ini









Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 03:23 AM | Show all posts
Sultan Nazrin puas hati potensi industri REE di Perak - MB




Sultan Nazrin bersama Tuanku Zara berkenan meninjau fasiliti dan pengoperasian Terra Mineral Lab, hari ini. - Foto ihsan MB Inc



GOPENG: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, menzahirkan perasaan sukacita serta berpuas hati dengan perkembangan dan potensi industri unsur nadir bumi (REE) di negeri ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas mengiringi baginda melawat makmal analisis mineral, Terra Mineral Lab (TML) Sdn Bhd, di sini, dan kilang pemisahan bahan galian kritikal, Malaco Minning Sdn Bhd, dekat Simpang Pulai, hari ini.
"Bagi kedua-duanya, Tuanku amat berpuas hati. Baginda turut mengucapkan tahniah kepada Perbadanan Menteri Besar (MB Inc), Malaco dan kerajaan negeri," katanya.
Turut berkenan berangkat ke program lawatan itu ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.





Lawatan baginda diiringi oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, serta Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Datuk Anuar Zainal Abidin.
Mengulas lanjut, Saarani memaklumkan sebelum ini, Malaco berjaya mengasingkan empat kumpulan REE membabitkan lanthanum cerium (LaCe), praseodymium neodymium (PrNd), samarium europium gadolinium (SEG) dan heavy rare earth element (HREE).
"Ketika ini, terdapat empat elemen dan berdasarkan analisis TML, kandungan itu mempunyai 44 peratus HREE.
"Lagi tinggi peratusan itu, bermakna lebih banyak elemen boleh diteroka untuk dihasilkan," katanya.
Beliau berkata, ia menjadi 'game changer' kepada Perak untuk muncul sebagai pelopor industri mineral daripada huluan (ekstrak), pertengahan (pengasingan) dan menghasilkan produk akhir bernilai tinggi.
Justeru, katanya, Sultan Nazrin menitahkan kerajaan negeri supaya berkolaborasi dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan kejayaan itu.
Justeru, Saarani berkata, Kerajaan Perak mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kewangan bagi mendapatkan peruntukan dana RM20 juta.
Beliau berkata, ia bagi pelaksanaan eksplorasi terperinci untuk menentusahkan rizab sebenar deposit unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) baharu yang boleh diterokai.
"Permohonan dana itu bertujuan memberi peluang kepada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) membuat analisis, meneroka seluruh negeri ini dan membuat pemetaan.
"Bukan saja NR-REE, mungkin ada banyak lagi mineral di negeri ini untuk jangka panjang. Kalau Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan RM20 juta, kita boleh melakukannya.
"Malaco juga sudah memohon dana daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)," katanya.
Sementara itu, Lih Kang berkata, MOSTI akan memberi kerjasama kepada Kerajaan Perak untuk membangunkan industri NR-REE kerana ia adalah industri strategik yang boleh memberi hasil bernilai tinggi kepada negara.
"Kementerian memang ada menyediakan peruntukan bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D). Dalam hal ini, sudah semestinya kita akan memberikan pertimbangan sewajarnya," katanya.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1334095/sultan-nazrin-puas-hati-potensi-industri-ree-di-perak-mb









Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 03:25 AM | Show all posts
Dakwaan berlaku letupan, gegaran kuat di Machang: Polis sahkan tiada aktiviti bahan letupan, kebakaran




(Gambar fail) Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR



MACHANG: Polis mengesahkan tiada sebarang aktiviti menggunakan bahan letupan atau kebakaran dikesan dan dilaporkan, susulan dakwaan berlaku letupan serta gegaran kuat, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata ia berdasarkan hasil siasatan awal dijalankan pihaknya selepas menerima maklumat berhubung perkara itu kira-kira jam 1.30 pagi tadi.
Katanya, individu yang memberikan maklumat itu mendakwa terdengar bunyi kuat di ruang udara, dipercayai berpunca daripada sebuah jet, ketika berada di beranda rumah di Kampung Kelaweh.
Selain itu pada jam 9.15 pagi, beliau berkata, polis mengesan beberapa komen dalam Facebook mendakwa berlaku letupan dan gegaran kuat sehingga isu berkenaan tular.


"Polis menasihati orang ramai untuk tidak membuat spekulasi yang boleh menggusarkan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1334097/dakwaan-berlaku-letupan-gegaran-kuat-di-machang-polis-sahkan-tiada


Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 03:32 AM | Show all posts
“You are imperfect, you are wired for struggle, but you are worthy of love and belonging.” — Brené Brown

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 03:32 AM | Show all posts
“Vulnerability is the birthplace of innovation, creativity and change.” — Brené Brown

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 03:32 AM | Show all posts
“Courage starts with showing up and letting ourselves be seen.” — Brené Brown

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 03:33 AM | Show all posts
“Truth and courage aren’t always comfortable, but they’re never weakness.” — Brené Brown

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 03:33 AM | Show all posts
“If you want to make a difference, the next time you see someone being cruel to another human being, take it personally. Take it personally because it is personal!” — Brené Brown


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2024 03:33 AM | Show all posts
“Compassion is not a virtue — it is a commitment. It’s not something we have or don’t have — it’s something we choose to practice.” — Brené Brown

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 03:33 AM | Show all posts
“When we numb the painful emotions, we also numb the positive emotions.” — Brené Brown

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 03:34 AM | Show all posts
“The dark does not destroy the light; it defines it. It’s our fear of the dark that casts our joy into the shadows.” — Brené Brown

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 03:34 AM | Show all posts
“Show up for people in pain and don’t look away.” — Brené Brown
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.054471 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list