|
esok kena pakai baju pink ni jugak, aku tak kisah....
wawaKKK Post at 15-2-2012 21:06
hopefullly dorang bawak banyak baju pink
aku janji (sambil laga2 jari kelingking)
wawaKKK Post at 15-2-2012 21:08
set ... esok lawan india pukul 6.30 gak ... ko jgn tengok ekkk ... |
|
|
|
|
|
|
|
yup2.... rehatkn je.. sbb qf kita dah layak...
cmf_death Post at 15-2-2012 21:06
lwn india esok .... rasanye boleh serahkan tugas kat daren & arif ...
double india tak berapa nak kuat .. tapi terperanjat tadi 1st double dorang boleh kalahkan alvent/hendra aprida ...
3rd single pun dorang menang ... tak sangka ... indonesia menang 3-2 je ngan india ....
bahaya gak ni ....
harap players kita tak pandang ringan kat india ... |
|
|
|
|
|
|
|
lwn india esok .... rasanye boleh serahkan tugas kat daren & arif ...
double india tak berap ...
kayla Post at 15-2-2012 22:23
errmmmm... bahaya jgk india neh... xde live kn game besok? |
|
|
|
|
|
|
|
yessssssssss
menang dah .... layak ke QF as top of the group ..tak yah jumpa indonesia ...
kayla Post at 15-2-2012 22:05
yessss... berbaloi lagi aku tutop live score aku lepas apis kalah tadi... |
|
|
|
|
|
|
|
set ... esok lawan india pukul 6.30 gak ... ko jgn tengok ekkk ...
kayla Post at 15-2-2012 22:18
kompem aku tak tgk... ko tolong update kat sini ekk... |
|
|
|
|
|
|
|
errmmmm... bahaya jgk india neh... xde live kn game besok?
cmf_death Post at 15-2-2012 22:29
setakat ni takde jumpa kat astro lagi ..hampehhh sungguh ...
sayang sungguh tak dapat tengok malaysia lawan korea tadi
patutnye astro kena tunjuk start dari esok ...
kalau menang ngan india ni , semifinal akan jumpa jepun ...boleh la balas dendam kalah gan jepun 2 tahun lepas ....
ok slow2 ...hehehe .... kita pikir india esok dulu .... kena menang ngan india ni tuk qualify ... |
|
|
|
|
|
|
|
yessss... berbaloi lagi aku tutop live score aku lepas apis kalah tadi...
wawaKKK Post at 15-2-2012 22:31
aku lak dok layan k-drama tapi jeling2 gak graf livescore tu ...hehehe
ohhhh arif di ambang kalah dah ...takpelah dah menang pun ..simpan tenaga tuk lawan india esok ... risau gak aku tengok 3rd MS india boleh menang ngan hayom tadi ... |
|
|
|
|
|
|
|
kompem aku tak tgk... ko tolong update kat sini ekk...
wawaKKK Post at 15-2-2012 22:33
hait ...kalau takde aral melintang boleh aje .... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kayla at 15-2-2012 22:53
baru lepas chek kat BAM ...
ada live kat astro 811 tuk semifinal ari sabtu 6.30pm & final ari ahad 1.30pm
--------------
aku check balik jadual yg wawa tepek aritu .... semifinal hari jumaat ...
hari sabtu final uber cup
hari ahad final thomas cup ...
astro tersilap atau BAM silap tulis ? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hooray...cam tak percaya saja team kita boleh menang korea....
paling bermakna buat kkk-tbh kerana ini adalah kali pertama mereka mengalahkan ko/yoo dan ini adalah satu suntikan semangat baru buat mereka |
|
|
|
|
|
|
|
hero malaysia untuk hari ini
gambar dicilok dari bcdf |
|
|
|
|
|
|
|
Kejutan di Macau
SKUAD Piala Thomas negara mara ke suku akhir pusingan kelayakan di Macau selaku juara kumpulan D selepas menewaskan Korea 3-2, sekali gus berjaya mengelak laluan sukar berdepan Indonesia.
Justeru skuad negara yang memburu tempat ke pusingan akhir di Wuhan, China Mei depan perlu mengatasi India di suku akhir hari ini.
Goh V Shem-Lim Khim Wah menjadi wira menghadiahkan mata kemenangan buat skuad negara apabila mengejutkan gandingan pecahan Lee Yong Dae-Shin Baek Choel 18-21, 21-19, 21-11 dalam masa hampir sejam.
Kemenangan beregu kedua negara ini amat ditagih pasukan selepas Muhd Hafiz Hashim sekali lagi mempamerkan persembahan mengecewakan apabila tunduk 22-24, 16-21 di tangan Shon Wan Ho.
“Saya amat berpuas hati dengan aksi V Shem-Khim Wah kerana mereka bermain dengan penuh keyakinan meskipun baru kali pertama beraksi di kejohanan ini,” kata ketua jurulatih ebregu lelaki Tan Kim Her.
Dua pemain utama negara Datuk Lee Chong Wei dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menunaikan tanggungjawab memungut mata.
Selaku kapten, Chong Wei tiada masalah untuk mengatasi perseorangan utama Korea, Lee Hyun Il 21-13, 21-15.
Chong Wei mendahului dalam set pertama dan hanya membenar lawan memungut 13 mata dalam set pertama.
Begitupun aksi pemain nombor satu dunia yang mempunyai kelebihan rekod pertemuan 6-5 berbanding Hyun Il agak goyah pada set kedua.
Selepas mendahului 4-0, pungutan mata pemain utama negara itu makin perlahan namun tetap tidak benarkan Hyun Il memintas.
Aksi mendebarkan kejar mengejar mata akhirnya tersekat di angka 15 buat Hyun Il selepas Chong menukar ‘gear’ dan memecut laju menamatkan permainan 21-15 untuk memberi keyakinan kepada Kien Keat-Boon Heong yang turun selepas itu.
Seperti yang kata sewaktu latihan, Kien Keat-Boon Heong mengotakan janji untuk menjadi pemain berbeza berbanding pemain yang sering tewas sebelum ini.
Berdepan Sung Hyun-Yeon Seong yang memiliki rekod cemerlang 6-0 dalam pertemuan sebelum ini, Kien Keat-Boon Heong akhirnya menamatkan badi kekalahan dengan mengatasi gandingan Korea itu 21-14, 21-19.
Ketepatan hantaran Kien Keat di jaring membolehkan gandingan negara mendahului 7-4 pada set pertama sebelum Yeon Seong mula goyah melakukan kesilapan, membolehkan jarak makin lebar 11-6.
Kien Keat terus menjadi kunci perlawanan itu membolehkan dia dan Boon Heong mendahului 16-7 dan menamatkan permainan 21-14.
Dalam set kedua, gandingan negara tidak dapat menjarakkan diri jauh dan mendebarkan apabila kedudukan terikat 19-19.
Namun dengan keazaman untuk tidak mengulangi kesilapan, Kien Keat-Boon Heong menghadiahkan mata kedua dengan kemenangan 21-19.
Selepas skuad negara sah ke suku akhir dengan kedudukan 3-1, Mohd Arif Latif turun melengkapkan jadual perlawanan menentang Hong Ji Hoon.
Namun aksi bersemangat Arif gagal menghadiahkan mata keempat buat skuad negara apabila tewas 17-21, 15-21, namun cukup untuk membolehkan skuad negara ke suku akhir.
Skuad Piala Thomas negara akan menentang India jam 6.30 petang ini manakala skuad Piala Uber berdepan Thailand waktu yang sama.
credit:metro online
|
|
|
|
|
|
|
|
congrats team m'sia...aza pun tak sangka kkk/tbh bole menang lawan koo/yoo tu..kan best kalau ada tunjuk kat astro semalam..kalau tak tgk,menang la pulak..haissshhh...... |
|
|
|
|
|
|
|
baru lepas chek kat BAM ...
ada live kat astro 811 tuk semifinal ari sabtu 6.30pm & final ari aha ...
kayla Post at 15-2-2012 22:48
janji ade live kan kay... |
|
|
|
|
|
|
|
hero malaysia untuk hari ini
gambar dicilok dari bcdf
ambok Post at 15-2-2012 23:58
tinggi tu GVS lompat... |
|
|
|
|
|
|
|
congrats team m'sia...aza pun tak sangka kkk/tbh bole menang lawan koo/yoo tu..kan best kalau ada tu ...
azalea_girl Post at 16-2-2012 08:03
kannn... tapi aku lebih rela tak tgk tapi diaorg menang daripada tgk tapi diaorg kalah... |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia stun Korea to book place in quarter-finals
PETALING JAYA: Malaysia’s doubles combination played beyond expectations to give the nation a 3-2 win over South Korea and a place in the quarter-finals as the Group D champions in the Thomas Cup Asian Zone qualifying tournament in Macau yesterday.
Today, Malaysia will take on Group B runners-up India for a place in the semi-finals and the team stand a great chance of winning a ticket to the Thomas Cup Finals, which will be held in Wuhan, China.
Yesterday, Malaysia won three points through Lee Chong Wei, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong and Lim Khim Wah-Goh V Shem but it was the victories of the senior and back-up doubles players that turned the tide around.
World No. 1 Lee Chong Wei started the ball rolling for Malaysia with a convincing 21-13, 21-15 win over Lee Hyun-il to give the team a morale boosting 1-0 lead.
Then, all eyes shifted to Kien Keat-Boon Heong and the duo did well to salvage their pride by ending their losing streak against Ko Sung-hyun-Yoo Yong-sung with a thumping 21-14, 21-19 win to give Malaysia a 2-0 lead.
The opening game was a runaway victory for the Malaysians but after the brilliant start, there were fears that Kien Keat-Boon Heong would buckle under pressure in the second game, a usual trend when playing the Koreans.
The Koreans stepped up a gear mid way through the game and took a 19-17 lead but Kien Keat-Boon Heong erased their chokers tag when they kept their composure to win four successive points and a rare victory.
It was a breakthrough win – especially after losing to the Koreans in all their six previous encounters – the most painful being the quarter-final loss at the World Championships in Wembley last year.
Malaysia’s hopes for a Mohd Hafiz Hashim victory in the second singles was dashed by Shon Wan-ho who won 22-24, 16-21.
Hafiz overcame a slow start to reach match point at 20-19 in the opening game but he failed to nail a win and it took a toll on his confidence in the second game which he lost tamely.
Said Hafiz: “I was just plain unlucky. I had the first game in my hand but let it slip just like that. I am upset with myself.”
“I believe I could have done better if I had longer physical preparation for this qualifier.”
Nothing was expected from Khim Wah-V Shem but the duo tore apart the form book when they fought all the way to upstage Lee Yong-dae-Shin Baek-cheol 18-21, 21-19, 21-11 to clinch the tie for Malaysia.
With the win already in the bag, Mohd Arif Abdul Latif lost the third singles match 17-21, 15-21 to Hong Ji-hoon.
National doubles chief coach Tan Kim Her was thrilled that his gamble to stick with the original line-up worked as they managed to hurt South Korea where it mattered most – their doubles department.
“Our victory today comes down to excellent team work. Koo and Tan’s win over their nemesis should give them a lot of confidence.
The players and coaches did a lot of video analysis and today, Koo-Tan played the right strategy to nail them,” said Kim Her.
“I am happy that Khim Wah-V Shem also played a fantastic match to upset the Koreans. They did not give up despite losing the opening game but continued to pressure the Koreans. Their performances augurs well for the future.”
On the match against India today, Kim Her said that the team would not take it lightly.
“I will assess Khim Wah-V Shem’s condition before deciding the line-up.
“They had a long match today (59 minutes). India may be ranked lower than us but I will instruct all players to treat them cautiously. We do not want to take anyone for granted,” added Kim Her.
CREDITS TO THE STAR ONLINE
bangga betul aku dgn doubles player kite... |
|
|
|
|
|
|
|
doubles menang????
what????? against korea???
wow....
tahniah tahniah...... |
|
|
|
|
|
|
|
Piala Uber: Rombakan beregu kaburi pihak lawan
PEMAIN skuad Uber negara meraikan kejayaan mengalahkan India 3-2 pada perlawanan peringkat kumpulan di Macau, kelmarin.
KUALA LUMPUR - Strategi Malaysia sengaja menukar kombinasi beregu keduanya dalam dua perlawanan pertama Kumpulan A bakal mengaburi lawan dan menjadi senjata sulit apabila turun dalam saingan suku akhir kelayakan Piala Uber di Macau, hari ini.
Malah, kedua-dua kombinasi yang baru dicipta ketua jurulatih beregu wanita negara, Rexy Mainaky itu tampak amat menjadi setakat ini, sekali gus memberi kelebihan buat Malaysia untuk mencari mata menerusi beregu apabila menentang juara Sukan SEA, Thailand.
Percubaan pertama Rexy menurunkan Lim Yin Loo-Goh Liu Ying ketika menentang China amat berkesan selepas pasangan ini mengejutkan beregu kedua China, Zhong Qianxin-Bao Yixin 21-16, 21-15 untuk mengutip mata tunggal Malaysia ketika kalah 1-4.
Dalam misi hidup mati menentang India, Rexy sekali lagi melakukan pertukaran, di mana Liu Ying digandingkan dengan Vivian Hoo, dan sekali lagi percubaannya berhasil apabila pasangan ini berjaya menghadiahkan mata kedua negara, menumpaskan Prajakta Sawant-Pradnya Gadre 21-17, 21-17.
Rexy tidak menolak akan menggunakan pendekatan yang sama pada suku akhir nanti, cuma belum masanya untuk beliau mendedahkan pasangan yang bakal diturunkan, malah apakah mungkin Vivian kembali digandingkan dengan Woon Khe Wei.
"Kita mesti ada strategi untuk membuat lawan sukar untuk menjangkakan siapa yang hendak diturunkan, kalau kita hanya membariskan pasangan yang sama maka mudah buat mereka untuk melakukan analisis.
"Saya percaya, siapa pun yang akan kita tentang pada suku akhir nanti, peluang untuk mencuri dua mata daripada beregu adalah cerah. Saya sudah ada bayangan siapa yang hendak diturunkan, tetapi buat masa ini biarlah kita simpan dulu,'' kata Rexy ketika dihubung di Macau.
Pasangan senior, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui turut mempamer aksi baik ketika menyumbang mata pertama Malaysia dalam pertemuan dengan India kelmarin apabila mudah mengalahkan beregu utama negara itu, Jwala Gutta-Ashwini Ponnappa 21-12, 21-16.
Biarpun Rexy hanya bertanggungjawab menyiapkan beregu, namun beliau turut memuji persembahan perseorangan wanita negara, terutama pemain remaja berusia 19 tahun, Yang Li Lian yang menghadiahkan mata kemenangan Malaysia ketika menewaskan India 3-2 pada saingan terakhir Kumpulan A kelmarin.
Kata Rexy, untuk seorang pemain yang mentah di pentas antarabangsa dan hanya membuat penampilan sulung Piala Uber, semangat juang yang ditunjukkan Li Lian berjaya meningkatkan keyakinannya untuk berdepan situasi yang lebih getir selepas ini.
Kelmarin, Li Lian mencuri tumpuan kerana berjaya bangkit daripada ketinggalan di set pertama dan ditinggalkan 2-11 di set penentuan ketika mengalahkan Sayali Gokhale 11-21, 21-15, 22-20 untuk membawa Malaysia ke suku akhir.
"Kebanyakan pemain memerlukan 'detik pencetus' atau kemenangan besar untuk meningkatkan keyakinan mereka, pada saya, Li Lian berjaya mendapat keyakinan itu selepas mengalahkan pemain India dan mengutip mata kemenangan Malaysia. Ia adalah satu situasi yang sangat positif menuju ke suku akhir,'' akui Rexy.
Sementara itu Li Lian menegaskan, dia tidak mahu dianggap wira di atas kejayaan Malaysia mengalahkan India, sebaliknya menganggap kemenangan itu adalah usaha sepasukan.
"Tiada perkara seperti hero atau wira, ini adalah usaha satu pasukan dan saya gembira dapat membantu pasukan,'' akui Li Lian.
Semalam Thailand mengalahkan Indonesia 3-2 untuk muncul juara Kumpulan C.
CREDITS TO UTUSAN ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
siapa Yang Li Lian ni... baru 19 lak tu...
baca kat mana, katanya SPM dia 9A....
bagus ni, jadi macam Nicol David
polish lagi skills, mental memang dah kuat.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|