|
Boleh tak kita sama-sama bantu kawan-kawan kita ni?
Tempoh hari, sahabat saya minta bantuan untuk ajak orang ramai kenali sebuah pusat latihan dan tempat kerja warga orang kurang upaya di Johor, iaitu ???????????????????? ???????????????? ???????????????????????????????????????????????????????? ???????????????????????????????????????????????? (????????????????).
Ramai OKU sebenarnya bukan sepenuhnya tidak upaya. Mereka ada upaya. Maka seperti kita, mereka juga ada niat untuk nak bekerja, untuk ringankan beban penjaga yang menyara hidup mereka.
Cuma, kita semua tahu, tak mudah bagi seorang OKU untuk dapatkan kerja, terutamanya OKU yang ada kekangan fizikal dan daya belajar sejak kecil. Contohnya, OKU serebral palsi, sindrom Down, dsb.
Jika di Johor Bahru ni, JARO memberi latihan pada OKU ni untuk belajar kemahiran menganyam kraftangan, menjahit, serta menjilid buku. OKU juga diberi peluang pekerjaan (bergaji).
Kelmarin saya singgah sebentar di JARO untuk lihat sendiri sebahagian produk kraftangan yang dibuat oleh para OKU di JARO. Saya ada ambil beberapa gambar untuk dikongsi pada kalian.
Produk-produk ini dijual pada harga yang berpatutan. Hasil jualan ini nanti digunakan untuk melatih dan memberi pendapatan pada OKU yang terlibat. Lebih banyak yang terjual, lebih ramai kita dapat bantu.
Sebab itulah, saya nak mohon bantuan kalian. Kalau tak dapat membeli pun tak apa, boleh tunjukkan sokongan dengan sampaikan(share) usaha JARO ni pada lebih orang.
OK sekarang kita sambung tengok gambar dan baca kapsyen!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Warga Inklusif
JARO-Johor Area Rehabilitation Organisation.
No. 18 Jalan Sungai Chat, Sri Gelam, 80100 Johor Bahru, Johor.
Nombor telefon: 07-2275314
Email: [email protected]
#WargaInklusif |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|