CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

ATM akan bantu PDRM menangani bersih 2.0 9 Julai 2011?

  [Copy link]
Post time 25-6-2011 06:23 AM | Show all posts
masalah ekonomi negara sebab pembangkang? pakar ekonomi mana bagitau nih? ...kah kah kah....:lau ...
pyropura Post at 24-6-2011 22:44
Pemimpin2 malaysia jer yg cakap masalah ekonomi disebabkan pembangkang......  ada tak negara lain dalam dunia tak reti mentadbir ekonomi salahkan pembangkang......wakakakah

itulah GOBLOK nya pemimpin malaysia      
pemimpin2 malaysia tu bukan PM dari UMNO ker ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2011 08:06 AM | Show all posts
Post Last Edit by petola at 25-6-2011 08:11
Pemimpin2 malaysia jer yg cakap masalah ekonomi disebabkan pembangkang......  ada tak negar ...
kekbelacan Post at 25-6-2011 06:23


itulah mentaliti umno... pembangkang ni diwar2 dan digambar sebagai setan
sebab tu dulu ada satu MB asal sawah tanjong karang selangor nak hapus kasi sifar pembangkang
apa... dia ingat dunia ni tuhan bagi khas kat dia dan umnonya saja ke?
tapi itulah tuhan maha kuasa... akhirnya dia sendri yg terbongkang..

herannya mentaliti kuno dan tak bertamadun ni tetap bersarang pada balaci umno..
kalau kita terbalikkan meja kata yg pembangkang macam umno misal kat selangor ka penang ka kedah ka ni taraf sampah* saja dan patut kasik hapus apa diorg akan kata... kan


*tapi tak dinafikan kerja dan fungsi diorg takat ni kat negeri2 tu memang cam sampah..

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 11:48 AM | Show all posts
Reply 902# petola


100% agreed with you.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 01:36 PM | Show all posts
Reply 902# petola


  
tapi tak dinafikan kerja dan fungsi diorg takat ni kat negeri2 tu memang cam sampah..


Posting ko macam sampah la, atau pun empunya diri macam sampah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 02:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 01:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by razhar at 26-6-2011 13:53
komando pondan ade turun tak nanti?
ifanonline Post at 24/6/2011 16:24


'komando' wannabe kros pondan tak pi kata nya..pasai dia nak berjuang dgn joran dia kat sungai...ops jorang kata nya...'komando' sudip..x pi juga pasal berjuang siasat penifu2 yg buat claim karut dalam insurance.... ..semoga 'komando' wannabe kros pondan dapat tampal gambar passing out anugerah 'kekomandoan' buliau...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2011 02:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by ekmal_sorrow at 26-6-2011 14:27

apasal umno dan bn berdemo anti bersih x de plak polis n atm x turun aaa?adakah demo umno dan bn semuanya halal? ada logo jakim?



awat? atm dan pulis nak bunuh depa2 yg join bersih kan? ok...bunuh la!!
biaq marhaen lain bukak mata sapa kerajaan kita sebenaqnya?
kaki pembunuh~!!


hangpa dah bunuh adik aminurashid,
hangpa dah bunuh kuugan
hangpa dah bunuh ben hock,
hangpa dah bunuh altantuya,
hangpa dah bunuh along spoon
dan yg latest hang pa bunuh adik shamil, hairul nizam dan hanafi omar,
hangpa nak bunuh2 org lain lagi????
tak puas?!!!!!!!!!!!

BN ne...
lagi 1 time pru kalo nak fight...parti vs parti
bkn kerajaan persekutuan vs parti

sy cakap pasai equal fairness,

everything in dis should be supposed fair n square
apa hang ingat gomen x guna media alternative utk kempen?
umnohq, anwaribrahimdotcom, kpmu, pekida, blogger lidah maya umno,
puteri mic, ppp online, mca online supporters,
apa ? x cukup lagi ka ceq???

so apa kelebihan ada pada bn...tp x de pada pr,
media perdana la, dr tv sampai astro sampai la paper,
pr x leh publish to all these media utk berkempen,
tp bn leh tarik voter dr sini....

so kalo dr dulu pr leh kempen kt media perdana dan media alternative,
bersih x akan ada...............bersih ne ada pn atas kesilapan kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 02:33 PM | Show all posts
Senang cakap, elok perhimpunan BERSIH dibuat di PULAU PINANG.
Bukankah Kerajaan Lim Guan Eng sokong? Kenapa nak buat kat
tempat yang tidak mendapat sokongan. Atau buat kat KLANG.
Lebih selamat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2011 08:24 AM | Show all posts
Abdul Khalid beri bayangan tak sertai Bersih

SHAH ALAM 26 Jun - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) membayangkan tidak akan menyertai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai depan.

Ini kerana, kata Abdul Khalid, tidak adil sekiranya beliau perlu mengetepikan tugasan sebagai pemimpin negeri untuk menyertai perhimpunan Bersih.

"Saya akan menimbangkannya (untuk menyertai perhimpunan tersebut), tetapi tidak adil untuk saya mengetepikan tugasan lain (sebagai Menteri Besar).

"aling tidak (jika tidak sertai perhimpunan itu), saya akan menulis (surat) secara peribadi kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menjelaskan kepada Seri Paduka mengenai pendirian saya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi panel pada dialog bertajuk Merakyatkan Ilmu: Peranan Penulis dan Tanggungjawab Kerajaan yang dianjurkan sempena Hari Ilmu dan Pesta Buku Negeri Selangor 2011 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco kerajaan negeri, Halimah Ali dan Rodziah Ismail, Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan Pengerusi Persatuan Seniman Paksi Rakyat, Che Shamsudin Othman.

Abdul Khalid bagaimanapun berkata, beliau tetap menyokong penganjuran perhimpunan Bersih walaupun ada pihak yang menentangnya.

P/s:- Dah la MB ni gagap..takut plak tu..lepas tu memberitahu sesiapa yg ditangkap PR Selangor tidak akan memberikan peruntukan guaman...tapi raja pasir tu boleh plak kerajaan negeri keluarkan duit rakyat utk membayar duit guamannya..tarak telur rupanya MB PKR ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 08:30 AM | Show all posts
Kalau ada lobai2 bodo baling batu dalam perhimpunan 'aman' tu nanti, harap2 askar tu tembak je lah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2011 08:49 AM | Show all posts
30 ahli NGO bawa risalah Bersih ditahan

JOHOR BAHRU 26 Jun - Polis menahan 30 penumpang bas persiaran dan kenderaan pacuan empat roda kerana membawa risalah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang berbaur hasutan di Jalan Paya Mas, Tangkak, Ledang, semalam.

Antara yang ditahan, masing-masing seorang warga Filipina dan Korea Selatan, manakala selebihnya rakyat tempatan yang dipercayai anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor dalam satu kenyataan hari ini, risalah dibawa kumpulan itu dipercayai untuk menghasut orang ramai menyertai perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai ini walaupun tidak mendapat permit.

Kenyataan itu menyebut, hasil pemeriksaan di tempat letak barang bas itu, polis menjumpai 1,435 helai kertas warna kuning bercetak himpunan Bersih 2 yang mengandungi perkataan berunsur hasutan.

"Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 11(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Hasutan 1948," menurut kenyataan berkenaan.

Kenyataan itu menambah, kesemua yang ditahan dibebaskan pada pukul 4.05 petang ini dengan jaminan polis selepas polis mengambil keterangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2011 08:50 AM | Show all posts
30 ahli NGO bawa risalah Bersih ditahan

JOHOR BAHRU 26 Jun - Polis menahan 30 penumpang bas persiaran dan kenderaan pacuan empat roda kerana membawa risalah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang berbaur hasutan di Jalan Paya Mas, Tangkak, Ledang, semalam.

Antara yang ditahan, masing-masing seorang warga Filipina dan Korea Selatan, manakala selebihnya rakyat tempatan yang dipercayai anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor dalam satu kenyataan hari ini, risalah dibawa kumpulan itu dipercayai untuk menghasut orang ramai menyertai perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai ini walaupun tidak mendapat permit.

Kenyataan itu menyebut, hasil pemeriksaan di tempat letak barang bas itu, polis menjumpai 1,435 helai kertas warna kuning bercetak himpunan Bersih 2 yang mengandungi perkataan berunsur hasutan.

"Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 11(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Hasutan 1948," menurut kenyataan berkenaan.

Kenyataan itu menambah, kesemua yang ditahan dibebaskan pada pukul 4.05 petang ini dengan jaminan polis selepas polis mengambil keterangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2011 08:50 AM | Show all posts
13 ditahan raih sokongan sertai Bersih

KUALA LUMPUR 26 Jun - Polis menahan lapan individu yang dipercayai penyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) setelah berarak untuk meraih sokongan orang ramai supaya menyertai perhimpunan tersebut di Jalan Ampang dekat sini, hari ini.

Ketika ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari, mereka yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an itu memakai baju T berwarna kuning berlambangkan logo Bersih dan berarak menaiki motosikal sambil memegang bendera perhimpunan tersebut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia hari ini mengesahkan penahanan kesemua individu terbabit dan ia disiasat di bawah Akta polis 27(5) kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit

Di KLANG, polis menahan lima individu memakai baju T berwarna kuning dipercayai untuk meraih sokongan orang ramai menyertai perhimpunan haram Bersih di pusat beli-belah Klang Parade, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong berkata, lima individu berusia 20-an hingga 30-an ditahan pada pukul 4.30 petang itu telah dibawa ke balai untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan setelah dijamin.

Katanya, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 105 Kanun Keseksaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2011 08:51 AM | Show all posts
Cabar jadi ‘anak jantan’.

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

NAJIB Tun Razak merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas (kiri) melaungkan 1Malaysia sempena Perhimpunan Agung Ke-58 PPP di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur semalam. Turut sama, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. – BERNAMA

KUALA LUMPUR 26 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar pihak pembangkang supaya bertindak berani seperti ‘anak jantan’ dengan menghadapi proses pilihan raya bagi membuktikan penerimaan sokongan rakyat terhadap mereka.

Perdana Menteri menegaskan, tindakan pembangkang yang berada di belakang perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini adalah satu perbuatan pengecut dalam usaha mereka mendapatkan kuasa melalui keadaan huru-hara.

Justeru, Najib mengingatkan pembangkang supaya bertanggungjawab dan menghadapi akibat sewajarnya jika terjadi keadaan huru-hara pada demonstrasi jalanan yang dirancangkan oleh mereka itu.

Beliau memberitahu, jika Barisan Nasional (BN) benar-benar memanipulasi sistem pilihan raya secara kotor, parti itu tidak akan membiarkan pembangkang menguasai lima negeri seperti pada pilihan raya umum lalu.

“Kalau betul anak jantan, kita bertemu pada pilihan raya nanti kerana kuasa politik diperolehi melalui sokongan rakyat dan bukannya melalui demonstrasi jalanan,” katanya semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung ke-58 PPP di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN menegaskan, tindakan pembangkang yang menyokong atau berada di belakang perhimpunan haram Bersih adalah disebabkan mereka sedar momentum sokongan rakyat kini sudah kembali menyokong BN seperti dibuktikan dalam siri pilihan raya kecil lalu.

Menurut beliau, kejayaan BN meraih kembali sokongan rakyat sejak pilihan raya umum lalu adalah disebabkan hala tuju kerajaan yang jelas melalui usaha berterusan seperti diterjemahkan dalam Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Kejayaan BN itu juga, katanya, diperakui oleh pihak ketiga serta para penyelidik berkecuali dan keadaan tersebut kini menggusarkan pembangkang.

Justeru itu, jelas beliau, pembangkang kini hanya mempunyai satu pilihan iaitu mewujudkan keadaan huru-hara bagi meraih kembali sokongan rakyat secara tidak demokratik melalui perhimpunan haram Bersih nanti.

Katanya, perhimpunan haram itu juga diadakan demi membantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sudah tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri, walaupun bukan melalui proses demokrasi.

Menurutnya, keadaan itu terbukti dalam struktur PKR sendiri yang menyaksikan Anwar muncul sebagai ketua parti itu tanpa dilantik secara rasmi (de facto) seperti kebiasaan parti politik lain iaitu melalui pemilihan atau pertandingan.

“Tidak usahlah hendak betulkan pilihan raya kita, betulkan parti sendiri. Dalam pemilihan parti (PKR) tahun sudah, apa yang sudah terjadi? Reformasi, reformasi, akhirnya baling kerusi,’’ katanya lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2011 08:53 AM | Show all posts
Kerajaan tidak tolak kemungkinan guna ISA

HULU SELANGOR 26 Jun - Kerajaan tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram Bersih jika ia benar-benar didapati menggugat keselamatan awam dan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata, penggunaan akta tersebut buat masa ini masih belum diperlukan memandangkan pemantauan terhadap matlamat sebenar perhimpunan itu sedang dilakukan pihak berkuasa.

"Saya tidak kata kita tidak boleh guna ISA. Buat masa ini kita tidak memerlukannya. Kita sedang pantau Bersih dan hanya akan menggunakan akta ini (ISA) jika suatu perkara yang dilakukan menggugat keselamatan awam dan negara.

"Kita tidak pilih bulu, Pemuda UMNO dan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia} juga kita tidak beri permit untuk adakan perhimpunan menentang Bersih. Kita akan adil, tindakan sama jika didapati menyalahgunakan kuasa dan undang-undang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Selangor di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, pertimbangan serius perlu dibuat sebelum ISA digunakan dalam isu Bersih kerana bimbang ia dieksploitasi oleh pihak tertentu dalam keadaan di mana masih ada undang-undang lain yang boleh digunakan.

"Bagaimanapun, saya ingin ingatkan kepada mereka yang akan terlibat dalam Bersih supaya jangan bermain dengan emosi dan mencampuradukkan apa yang kononnya diperjuangkan, tetapi mungkin ada matlamat lain yang boleh menimbulkan kemarahan pihak tertentu," katanya.

Beliau menegaskan, isu sebenar yang seharusnya ditimbulkan kepada rakyat ialah mengenai adakah perhimpunan haram Bersih itu betul-betul bersih dalam perjuangannya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, pembangkang sebenarnya tiada kekuatan di akar umbi, sebaliknya gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP memperkudakan Pas bagi mendapatkan sokongan rakyat terutama orang Melayu.

"Apa kita (ahli UMNO) perlu lakukan sekarang adalah dedahkan kepada rakyat bahawa Pas sudah hilang identitinya, mereka hanya diperkudakan oleh PKR dan DAP bertujuan mendapatkan sokongan rakyat terhadap pembangkang," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2011 08:55 AM | Show all posts
Kan.....awal2 lagi AN dah cakap...persatuan persilatan akan sama2 turun pada 9hb Julai ini bersama2 dgn Pekida dan Perkasa...baru bertemu buku ngan ruas..best ni..harap2 adalah yg tergolek tengah jalan ka, minum air sg gombak ka..

Batalkan jika tidak mahu 'perang' - Omardin

KUALA LUMPUR 26 Jun - Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) memberi amaran kepada penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya membatalkan hasratnya itu jika tidak mahu 'berperang' dengan pengamal seni silat di negara ini.

Mahagurunya, Tan Sri Omardin Mauju berkata, adalah menjadi tanggungjawab pengamal seni silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan kerajaan Melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan serta huru-hara.

"SSLM yang mempunyai ratusan ribu ahli juga akan turun pada 9 Julai itu sekiranya Datuk S. Ambiga masih mahu meneruskan perhimpunan haram tersebut. Kami tidak akan biarkan perkara itu berlaku kerana jelas sekali ia perbuatan yang menghina negara.

"Kami sebagai golongan pengamal silat merupakan pelindung kepada negara dan sultan sejak beratus tahun dahulu tidak akan berdiam diri. Sekiranya kami tidak mengambil apa-apa tindakan, kami akan dianggap dayus.

"Saya sendiri akan mengetuai persatuan silat ini walaupun saya berkerusi roda, saya akan turun dan berada di barisan paling hadapan. Kami tidak sanggup lagi melihat keamanan negara dipermainkan untuk tujuan politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Omardin, PSSLM telah lama berdiam diri dan bersabar dengan tindak-tanduk segelintir golongan seperti Ambiga yang cuba menganggu gugat keamanan di negara ini.

Beliau menasihatkan Ambiga supaya membatalkan segera hasrat menganjurkan perhimpunan itu kerana khuatir tidak akan dapat mengawal emosi anak-anak didiknya jika mereka bertembung pada perhimpunan itu nanti.

"Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh beri jaminan bahawa kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut.

"Banyak lagi kaedah lain boleh dilakukan daripada berarak di jalan raya dan menyusahkan banyak pihak seperti polis, peniaga dan rakyat. Perkara ini boleh diselesaikan melalui cara meja bulat, jadi gunakanlah saluran yang betul," jelasnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2011 08:57 AM | Show all posts
eiiii takutnye takutnye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2011 09:37 AM | Show all posts
Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan Polis mohon waran tangkap jika penganjur perhimpunan 9 Julai enggan berkerjasama...
Polis mohon waran tangkap jika penganjur perhimpunan 9 Julai enggan berkerjasama...

    Ahad, 26 Jun 2011 12:45
    Administrator

  
POLIS akan memohon waran tangkap ke atas penganjur yang bercadang mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini jika mereka gagal hadir memberikan penjelasan berhubung perancangan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata pihak berkuasa sebelum ini sudah memanggil semua penganjur terbabit untuk direkodkan keterangan mengikut Seksyen 275 Kanun Keseksaan iaitu percubaan mengadakan perhimpunan haram, tanpa mengira fahaman politik atau kaum tetapi ada yang meminta penangguhan atas alasan sibuk.
“Kita akan gunakan kuasa diperuntukkan mengikut seksyen itu. Bukan saja Datuk Ambiga Sreenevasan (bekas Presiden Majlis Peguam), tetapi yang lain juga termasuk Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali dan Pemuda UMNO,” katanya.

Beliau berkata, jika penganjur perhimpunan enggan memberi kerjasama dan tidak hadir walaupun sudah dipanggil memberi keterangan berhubung kes itu, polis akan mengeluarkan notis mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah dan jika mereka masih berdegil, boleh memohon waran tangkap.

“Bagaimanapun kita masih memberi tempoh dan notis berkenaan belum dikeluarkan kerana mahu memberi peluang kepada mereka datang memberi keterangan dan bekerjasama dengan polis,” katanya sambil menambah setakat kelmarin, 1,248 laporan polis diterima dari seluruh negara bagi membantah perhimpunan haram berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengulangi peringatannya supaya orang ramai tidak menyertai perhimpunan haram terbabit yang hanya akan menimbulkan masalah kepada ketenteraman awam.

“Saya memantau keadaan ini, sudah beratus-ratus laporan kita terima yang tidak menyokong perhimpunan ini yang saya lihat boleh mengundang kepada ketegangan ketenteraman awam. Sebagai rakyat bertanggungjawab, janganlah kita membuat pilihan yang boleh menyebabkan ketegangan dalam negara kita,” katanya.-25/6/2011
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2011 09:40 AM | Show all posts
Pemuda UMNO lancar Perhimpunan PATRIOT 2011 - Malaysia Tanah Airku 9 Julai

    Ahad, 26 Jun 2011 13:25
    HELME HANAFI




KEMASKINI Perhimpunan Patriot anjuran Pemuda Umno dan Kelab Putra 1Malaysia dilancarkan Ahad bagi mewakili suara orang ramai dalam menentang perhimpunan haram yang akan dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai.
Pengerusi bersama perhimpunan itu, Datuk Abdul Azeez Rahim berkata pihak mereka akan bertindak sebagai badan bagi mewakili suara 'majoriti senyap' yang menurutnya pada perhimpunan haram yang sama pada tahun 2007, tiada medium untuk mereka menyampaikan tentangan.

"Oleh itu kami berasa terpanggil untuk bagi tahu pada (penganjur) perhimpunan haram ini supaya hentikan niat mereka kalau mereka tidak mahu berdepan dengan apa jua yang akan dilakukan generasi muda yang dikatakan tadi 'majority senyap of rakyat Malaysia'," katanya dalam sidang media di ibu kota.

Bernama melaporkan, beliau meminta agar penganjur perhimpunan haram itu supaya memilih cara yang lebih profesional bagi menyampaikan apa yang dihajat dalam memorandum mereka.

"Kami minta kalau betul mereka nak sampaikan memorandum itu, tak payah bawa sehingga 10,000 orang, saya minta mereka hantar empat ke lima orang pergi ke pejabat Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Istana serahkan memorandum itu, kerana pihak istana dan SPR sedia menerima," katanya.

Sementara itu, ketua penyelaras himpunan Patriot, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, penganjur perhimpunan haram itu sebenarnya mempunyai niat jahat di sebalik perkara-perkara yang dibawa mereka di dalam memorandum.-26/6/2011

--------------------------------

INI baru namanya kumpulan baju merah lawan baju kuning, itulah kisahnya apabila Pemuda UMNO melancarkan perhimpunan PATRIOT 2011 pada 9 Julai bagi menolak perhimpunan Bersih pada hari yang sama.

Menurut Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, ahli dan penyokong pergerakan tersebut akan tampil dengan memakai baju merah dengan matlamat mahu memberitahu rakyat bahawa mereka tampil menyokong sistem demokrasi dan perubahan yang dicadangkan oleh SPR.

Katanya, perhimpunan itu juga menunjukkan rasa sayangkan negara dan sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan kedaulatan, maruah, nama baik, keamanan dan kemakmuran negara.

"Selain itu, kita mengambil berat dan inginkan masa depan negara dan rakyat yang lebih baik, saling hormat menghormati dan mengutamakan permuafakatan dalam melaksanakan pembaharuan," jelas beliau.

patript2Katanya lagi, Patriot akan membantu negara dari segi memberi input yang baik bagi untuk memastikan kebajikan rakyat diutamakan dan usaha memaju dan memakmurkan negara dapat dilaksanakan oleh kerajaan, parti politik, NGO dan setiap rakyat Malaysia.

"Dan paling penting adalah himpunan PATRIOT 2011 secara rasmi akan terbatal jika perhimpunan BERSIH 2.0 dibatalkan," kata Khairy.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perhimpunan tersebut sila layari http://patriotmalaysia.blogspot.com/ serta facebook Patriot - Malaysia Tanahairku.

Sementara itu, seramai 20,000 ahli Pemuda UMNO Selangor dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menyertai perhimpunan Patriot pada 9 Julai ini.

Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, perhimpunan melibatkan ahli Pemuda UMNO di 22 bahagian seluruh negeri ini dan 30 NGO itu akan membawa suara ‘The Silent Majority’ yang menentang perhimpunan Bersih pada tarikh sama.

“Tindakan kami bukan menentang polis  tetapi berniat membantu kerana kita takut pada hari tersebut ‘puak’ itu tidak terkawal mereka jenis tidak reti bahasa dan merasakan undang-undang di tangan mereka sahaja.

“Kita tahu mereka didalangi Pakatan Rakyat yang ingin menunjukkan dan menggambarkan kepada rakyat bahawa Kerajaan BN, menyekat kebebasan bersuara dan sebagainya,” katanya.

Ungku Salleh berkata, PPNUS juga kesal kerana Bersih akan mempergunakan anak kecil, ibu mengandung dan sebagainya untuk menghindarkan pihak berkuasa dari mengambil tindakan terhadap mereka.

Beliau berkata, Pemuda UMNO Selangor sudah lama bersabar melihat, taktik kotor dan persepsi buruk Bersih terhadap Kerajaan Pusat, jadi sekiranya pertembungan pada hari tersebut beliau tidak dapat menghalangnya.

“Kami ingin beri amaran kepada Bersih, Pemuda UMNO tidak boleh halang kalau ahli hendak sama-sama berarak. Ini bukan amaran retorik tetapi saya yakin dan percaya, sekiranya mereka memulakan perarakan kita akan bertembung.

“Pemuda UMNO bersama NGO yang sayangkan keamanan tidak akan membiarkan perkara ini berulang sekali lagi (seperti berlaku sebelum Pilihan Raya Umum ke-12). Kami nekad akan menentang apa-apa perarakan yang akan menimbulkan kekacauan di ibu kota pada 9 Julai ini,” katanya.-26/6/2011 -OLEH HELME HANAFI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2011 01:19 PM | Show all posts
Ambiga, Anwar, Mad Sapu bini orang, Hadi, Kit Siang bila plak nak hadir beri keterangan?.

Demo 9 Julai: Ibrahim Ali hadir beri keterangan
27/06/2011 12:56pm

Oleh ASSIM HASSAN

KUALA LUMPUR 27 Jun – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pukul 11.50 pagi ini untuk memberi keterangan mengenai perhimpunan yang akan diadakan pada 9 Julai depan. – Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.738104 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list