|
IKAN BERLADA HIJAU |
|
|
|
|
|
|
|
http://yatiememories.blogspot.co ... kan-lada-hijau.html
Bahan-Bahan
5 keping ikan
3 camca besar pati santan
1 biji bawang besar, dipotong bulat
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
5 biji cili hijau*
8 - 10 biji cili padi*
Segenggam ikan bilis, rendam 5 minit dan toskan*
1 cm belacan*(*kisar halus)
1 keping asam gelugor
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara-Caranya
Ikan dicuci bersih, lumur dengan sedikit kunyit dan garam, goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus hingga terbit minyak. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Masukkan asam gelugor (kalau guna). Masak hingga mendidih.
Masukkan ikan dan potongan bawang besar, gaul rata dan masak hingga pekat dan bawang lembut. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi (jika guna), gaul rata dan angkat. Hidangkan panas.. |
|
|
|
|
|
|
|
subhanallah semuanya sedap2 resipinye..... yummy... lapar jadinye.. terima kasih berkongsi resipi ye |
|
|
|
|
|
|
|
ikan kukus |
|
|
|
|
|
|
|
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap atau kerapu - bersihkan dan kelar2
Bahan2 hiris:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 batang serai
5 tangkai cili api
sedikit garam - jika perlu
1 sudu besar sos nampla (sos ikan)
Bahan2 hiasan:
daun ketumbar/daun sup - dipotong kecil
hirisan carrot
jus limau kasturi/lemon/limau nipis secukupnya
cara:
Sediakan bekas untuk mengukus
Bersihkan ikan dan letakkan ke atas manguk kaca (tahan panas)
Taburkan bahan2 yang telah dihiris ke atas ikan tadi
Taburkan sos nampla dan sedikit garam (jika perlu)
Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus
Masak/biarkan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit
Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan jus limau, perasakan
Hidangkan dengan nasi putih |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
2 ekor ikan bawa/talapia
kunit serbuk dan garam
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng
Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn kunyit serbuk dan garam dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.
Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang halus
3 ulas bawang merah ~ dicincang halus
5 bj cili padi hijau ~ diicincang halus
5 bj cili padi merah ~ dicincang haus
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
sedikit udang kering ,tumbuk halus
3 sudu besar lemon jus
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
minyak
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain .
Masak hingga mendidih , biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.
|
|
|
|
|
|
|
|
tq pada yg berkongsi resepi
saya mmg suka makan ikan |
|
|
|
|
|
|
|
bawal masam manishttp://periuktanah.blogspot.com/ ... al-masam-manis.html
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal ( 500 gm)- dibersihkan, kelar serong
200 gm nenas dipotong kecil
Bahan dikisar (A)
1/2 labu bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Dikisar berasingan(B):
3 biji cili merah
1 biji tomato
1 inci halia dihiris halus
200 gm timun dibuang empulur/biji, dihiris memanjang-jangan kupas kulit
1/2 labu bawang holland dihiris membujur
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar cili kisar/cili boh
Cara-cara:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng ikan separa garing. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk.(boleh guna minyak gorengan ikan tadi). Tumis bawang yang dikisar dan halia yang dihiris hingga wangi.
3. Masukkan cili kisar, tumis sebentar. Masukkan bahan kisar (B). Tambah 1/4 cawan air. Tumis hingga pekat dan cili masak.
4. Masukkan sos cili, nanas dan timun. Tambah 1/4 cawan air lagi. Masukkan garam dan sedikit gula. Masak seketika lagi hingga kuah pekat. Tutup api dan curahkan ke atas ikan. Hias ikut citarasa. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dimakn dengan nasi panas ~ sluuurrrppppppppp ~
|
|
|
|
|
|
|
|
penyulawa posted on 14-4-2010 04:51 PM
Post Last Edit by penyulawa at 14-4-2010 16:54
meleleh air liur ~ nanti mesti cuba ! thanks for sharing resepi !
|
|
|
|
|
|
|
|
ikan goreng berladahttp://aidahjune.blogspot.com/20 ... goreng-berlada.html
bahan:
1 ekor ikan merah digoreng
2 biji cili merah*
20 biji cili api merah*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sedikit belacan
garam & aji
air asam jawa
daun limau purut dihiris halus2
cara:
tumbuk bahan bertanda (*).. jangan tumbuk sampai lumat..
panaskan minyak.. tumiskan bahan yang ditumbuk hingga kekuningan
rasa garam dan aji.. masukkan air asam jawa..
masukkan daun limau purut..
akhirnya golekkan ikan kedalam sambal..
angkat dan sedia untuk dihidang.. |
|
|
|
|
|
|
|
ikan goreng berlada |
|
|
|
|
|
|
|
danmmm tetiba lapar lak bila tengok thread ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan goreng halia
ikan merah atau ikan bawal hitam
bawang besar dipotong bulat
bawang putih dihiris halus
halia dihiris halus
sos tiram
serbuk lada hitam
garam gula,
minyak
Gaul ikan dengan kunyit serbuk dan garam.Goreng sampai masak. Ketepikan.Letak dalam pinggan.
Dalam minyak yang sama .Masukan bawang besar , halia, bawang putih. Kacau sampai layu. Masukas sos tiram, serbuk lada hitam, sedikit air dan garam dan juga gula secukupnya. Biar pekat.
Tuang atas ikan. Hidang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ikan sambal hijau (myresepi.com)
Bahan-bahan ( 2 - 3 Orang )
2 - 3 keping ikan tenggiri-dibersihkan, dilumur kunyit dan garam, goreng
1 labu bawang besar *
2 ke 3 ulas bawang putih *
cili api - nak pedas letak la banyak *
sedikit garam dan serbuk perasa
minyak untuk menumis
1 labu bawang besar-dihiris halus
sedikit air asam jawa..
Cara-cara
ikan yang siap di goreng, diketepikan...
blend bahan-bahan yang betanda *
panaskan minyak, pakai je lebih minyak goreng ikan tadi....
tumis bahan blend sehingga garing atau naik minyak....
masukan air asam jawa..jangan banyak2 kang masam plak sambal nye..agak-agak la ye....
agak-agak sambal da mesre dengan air asam tadi...perasakan sambal dengan garam dan serbuk perasa...
masukan bawang yang dihiris tadi..agak-agak bawang da layu masukan ikan...gaul sebati.....siap untuk dihidang.. |
|
|
|
|
|
|
|
faraway posted on 5-3-2006 11:36 PM
me masak salmon letak cheese tabur atas ikan dan pudina. kemudian bakar, kira best jugaklah dan simp ...
fara,,,mama tau benda ni dah lama...hihihi mama tetap nak tanya fara...fara guna ikan apa? tak payah perap ka ikan tu dulu? bakar berapa lama tu....sedap ja bunyinyaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
ikan bakar portugis
Bahan
1/4 cawan minyak masak
Air perahan dari 1/2 biji limau nipis
1/2 sudu besar kicap pekat
Garam
Gula
1 ekor (600 gm) ikan bawal di bersihkan - sy guna ikan merah
Daun pisang - sy guna daun kunyit
Bahan Bahan Di Kisar Halus:
4/6 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah kecil
1 batang serai di hiris halus halus
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar cili serbuk
2 helai daun limau purut
Cara
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis
bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi.
2. Masukkan air limau nipis, kicap, garam dan gula.
3. Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang di masak tadi.
4. Bungkus ikan dengan daun pisang.
5. Bakar di dalam ketuhar yang sudah di panaskan pada suhu 180C
selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak. |
|
|
|
|
|
|
|
ikan bakar portugis |
|
|
|
|
|
|
| |
|