CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

   Close [Copy link]
Post time 8-6-2016 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung dammmm smbunggggg.....dah sakai jadinya mama ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2016 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung dammmm smbunggggg.....dah sakai jadinya mama ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 01:29 PM | Show all posts
Tq En. Damm sbb update.. berbaloi tunggu hari2
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 02:56 PM | Show all posts
thank god dh jumpa balik perkampungan!
x sabar nak tunggu sambungan seterusnya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 03:03 PM | Show all posts
Adoih...makin saspen la cerita Yurizawa ni.
Trimas Damm.
Tak sabar nak tunggu sambungan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Aura kisah mat  sentul tu  lain  macam jer..wpun penampakkan dia mcm  manusia  tp rasa  seram tu menusuk betul..btw,semua kisah best2.ty dam.plz update  lgi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-6-2016 03:45 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 8-6-2016 04:10 PM

Misteri Yurizawa (Bahagian VIII - Akhir)

Mereka menuju ke rumah tumpangan group Kentaro berdekatan entrance hutan. Tiba disana, mereka memanggil Kentaro dan Kitaura. Tiada balasan. Rika dan Gunma bergegas ke tempat simpanan bag dan mendapati hanya backpack mereka yang ada, punya Kentaro dan Kitaura dah hilang. Well at least that a sign yang mereka selamat sampai ke Yurizawa. Mungkin Kentaro dan Kitaura tengah kelam-kabut sekarang ni minta tolong orang kampong untuk menyelamatkan Gunma dan Rika, atau mencari group Yamazaki yang disangka masih di kampong.


Sekeping papan bertulis nota kepada Kentaro dan Kitaura diletakkan berhampiran entrance hutan. Gunma stand by di rumah menjaga Lily yang masih demam terketar-ketar sementara Rozman dan Rika pergi ke rumah Koyuda bersaudara.

Sebaik tiba, Rozman memanggil Uchiko-san dan Kanai-san tapi senyap tiada jawapan.

"Tadaiimaa" Kata Rozman sambil membuka pintu slide rumah Koyuda. Dalamnya kosong. Kosong as in macam dua beradik itu dah berpindah dan angkut barang-barang sekali. Backpack Rozman tersandar di tiang rumah. Dia selongkar satu rumah tapi cuma jumpa backpack kepunyaannya, Lily punya tak ada.

Rozman panik tapi dia tak nak tunjuk pada Rika. Dia ambil bag dan menuju ke rumah Himiko-sama bersama Rika.

Rumah Himiko-sama juga sama seperti rumah Koyuda. Kosong.

"What the hell is going on!" Tempik Rozman. Mata Rika dah berkaca-kaca dan ulang-ulang cakap nak balik rumah, nak balik rumah, nak balik rumah...

Rozman tenangkan Rika. This is not the time to have a break down. Mereka pergi ke rumah-rumah yang pernah di baiki oleh group Yamazaki sebelum ini dan setiap rumah adalah rumah tinggal. It's like all of the villagers just packed their things and left.

Rika broke down. Dia tak tahan lagi dengan semua ini. Rozman pun dah tak tahu nak buat apa. Di cadangkan supaya mereka pulang dulu ke tempat Gunma dan rancang next move di sana.

Rozman dan Rika berjalan longlai merentasi Yurizawa, berlatarbelakang rumah-rumah tinggal. Rika ketinggalan di belakang dan seakan tak diendahkan oleh Rozman, he have so many things inside his head takda masa nak fikir pasal Rika.

Hampir tiba di rumah tumpangan Gunma, Rozman rasa pelik. Kalau tadi boleh dengar tapak kaki Rika di belakang, kini hanya tapak kakinya yang kedengaran. Berapa jauh amoi tu ketinggalan?

"Rika..." Panggil Rozman.

"Rika?" Rozman dmenoleh ke belakang melihat pada jalan yang sepi.

"RIKA!!!" Jeritan Rozman bergema.

Rozman berlari sana sini cuba mencari Rika. Nothing. Dia semakin panik. Bergegas Rozman menuju ke Gunma dan Lily.

Dia sampai ke rumah tumpangan Gunma dan segera membuka pintu.

"Gunma! Lily!" Suara Rozman bergema ke seluruh rumah.

"Tolonglah jangan korang pun hilang jugak, please God, oh please" Air mata Rozman dah mengalir laju .

Dia terjah setiap ruangan dalam rumah tersebut dan hampa melihat kekosongan demi kekosongan.

Rozman break down. Dia meraung sekuat-kuat hati sambil menjerit nama rakan-rakannya.

Keheningan perkampongan di kaki gunung dipecahkan oleh laungan dan jeritan Rozman yang berlari sekeliling Yurizawa mencari rakan-rakannya. Setelah confirmed there is not a single soul there melainkan dirinya, Rozman berjalan menuju ke terowong untuk keluar dari kampong tersebut.

Dia melewati rumah tumpangan yang pernah dihuninya sebelah tangga tokong dan...

"Roshi...~" Suara Lily kedengaran sayup-sayup dari atas bukit dimana tokong terletak.

Sekali lagi namanya dipanggil, kali ini ada suara rakan-rakannya. Suara Ben pun ada juga. Rozman membalas semula dan suara-suara rakannya seolah girang dan menyuruh dia naik ke tokong.

"Roshi-chann kochi kochi" Panggil Lily dengan mesra.

Dengan gembira, Rozman berlari daki tangga. Naik punya naik tak sampai-sampai ke tokongnya. Tinggi betul tokong tu sampai termuntah-muntah Rozman di buatnya.

Akhirnya dia tiba di puncak. Rozman meluru ke arah sebuah rumah di tengah-tengah tanah lapang dan mendapati rumah itu kosong. Dia lihat sekeliling, jangan kata rakan-rakannya, loceng yang dia dengar setiap hari itu pun tak ada.

Di tebing menghadap Yurizawa, Rozman terduduk apabila mendapati hanya hutan rimba di bawah tokong. Rumah-rumah, ladang dan sawah padi semua takde.

Rozman meraung semahu-mahunya. Dia dah tak sanggup nak hadapi semua ni lagi, dia nak balik Malaysia, dia nak balik Kedah.

Tiba-tiba ada beberapa lelaki tak dikenali mengepungnya. Rozman meronta-ronta cuba melepaskan diri dari cengkaman. Seharian berlari sana sini, ditambah kejadian-kejadian pelik yang berlaku, Rozman terlalu penat untuk melawan. Dia beralah, lantak koranglah nak bawa pergi mana pun.

Semasa dipapah turun bukit, dia tengok tangga tadi dah takde. Bila sampai bawah, hanya ada hutan rimba dan denai-denai kecil bersimpang-siur. Orang-orang tak tahu dari mana datangnya, budak-budak pun ada hanya melihat Rozman di bawa keluar dari hutan.

Paling dia pelik, terowong yang menghubungkan Yurizawa dengan highway tu pun takde.

Rozman di bawa ke balai polis untuk memberi keterangan. Beberapa minggu kemudian, dia dropped out dari universiti dan pulang ke Kedah.

Begitulah ceritanya.

Tamatlah sesi aku bersama Rozman yang in total berjumlah 10 sesi dalam masa 2 setengah hari.

Rozman merupakan abang kepada kawan baik aku. Seminggu sebelum aku lepak kat rumahnya di Kedah, kawan aku menceritakan kes abangnya si Rozman ni.

Sebelum semester baru bermula, Rozman bagitahu kenalan-kenalan di universiti yang dia nak solo hiking kat taman-taman negara di Kyushu. 2 minggu kemudian, seorang pengunjung di Kirishima Yaku National Park melaporkan ternampak orang tak sedarkan diri semasa berada di salah satu menara tinjau yang dibina khas untuk melihat hidupan liar di taman negara tersebut.

Sebenarnya dah lama ranjer-ranjer hutan cuba menangkap Rozman yang dilihat orang ramai melilau tak tentu arah kat dalam hutan. Some parts of the forest are off limit kerana berbahaya dan juga banyak kes tersesat. Sewaktu ditemui, Rozman ni menggelupur kelaparan dan meracau-racau nama Yamazaki, Sonoko, Lily, Ben, Yumi, Gunma, Kitaura, Kentaro dan Rika.

Untuk pengetahuan semua, Yurizawa tak wujud. There is no such place in Japan called "Yurizawa".

Begitu juga dengan Yamazaki, Kentaro, Kitaura, Gunma, Ben, Sonoko, Yumi dan Rika. Mereka-mereka yang didakwa oleh Rozman diculik oleh Yumiko dan Orang Hutan tak wujud dalam daftar pelajar universiti tempat Rozman belajar.

Rozman dimasukkan ke hospital dan psychiatrist sahkan dia mempunyai Bipolar Disorder with strong tendency towards pathological lying.

Actually Rozman dah lama ada bipolar cuma undiagnosed. Orang kampong mana lah tahu pasal bipolar mental disorder semua ni. Aku sendiri pun bila dah ada internet baru tahu pasal bipolar. Kata kawan aku, abang dia ni memang pelik sikit, introvert dan ada time dramatik tak tentu pasal disebabkan mood swings. Takdela suspek sakit mental ke apa dan cuma anggap eccentricity Rozman sebagai 'dah memang perangai dia macam tu'

Yang peliknya, se'gila-gila' Rozman, dia tak pernah menipu. Keluarga dia sendiri pun kadang-kadang tak tahan dengan sikap terus-terang Rozman yang ada time memalukan mereka di khalayak ramai. Jadi bila doktor cakap Rozman ni kuat menipu (pathological liar), tak boleh terima juga lah keluarga kawan aku ni.

Keluarga kawan aku bersetuju dengan nasihat penaja dan juga universiti bahawa Rozman dah tak berupaya untuk melanjutkan pelajarannya. Dia dibawa pulang ke Malaysia dan  cuba rawatan kampong pula. Tapi lagi mengarut jadinya, dukun cakap Rozman ni ada orang turunkan saka. So bila dah buat upacara tu upacara ni, lagi gila pula Rozman ni jadinya.

End up pergi balik berubat hospital dan Rozman kena makan ubat seumur hidup untuk kawal bipolarnya.

The interesting part about kes Rozman ni, cerita pasal Yurizawa tu tak pernah berubah. Dari orang yang tangkap dia masa kat taman negara, ke psikiatri, ke keluarga dan siapa-siapa sajalah, it is always the exact same story. Biasanya orang menipu ni cerita tak consistent tapi Yurizawa si Rozman ni maintain je dan dia tak pernah gebang melainkan orang yang tanya atau minta dia ceritakan.

Disebabkan itu, aku sanggup travel jauh-jauh dari KL pergi Kedah tahun 6 tahun lalu untuk dapatkan cerita ni. Yes, cerita Rozman ni does sound fabricated tapi bagi aku pengalaman Rozman ni...for the lack of better word...awesome. Kalau korang sendiri pun tertunggu-tunggu update, apa lagi aku yang dengar sendiri, walaupun cerita dia lintang-pukang but the jizz of the story...macam korang cakaplah, boleh buat filem.

Itulah kali pertama dan terakhir aku jumpa Rozman. Few weeks ago aku dapat berita yang Rozman dah meninggal dunia kerana pneumonia. Aku takdelah sedih sebab tak rapat pun dengan arwah, just bersimpati je lah dengan kawan aku tu. It just that bila dapat berita tu aku teringat kat recording session dengan Rozman. Pada mulanya aku tak cadang nak jadikan entry tapi bila fikir balik, that guy spent 5 hours telling me this crazy story, at least what I can do is honor that session by uploading the story. Samada betul atau tak, you got to agree with me this is one hell of a story.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 04:00 PM | Show all posts
mmg boleh buat film
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2016 04:02 PM | Show all posts
Fuhhhh...tabik dam...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 04:04 PM | Show all posts
Fuhh...akhirnya...habis citer...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 04:04 PM | Show all posts
thanks dam..akhirnya tamat jugak kisah rozman ni..cun pulak tu kena dgn tarikh bezday iols..hope lepas ni ade lg cite2 best dr u utk kami semua
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik damm, al-fatehah for rozman.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 04:16 PM | Show all posts
fuhhhhh mmg terbaek!!! well done!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 04:22 PM | Show all posts
Ergghh...ending dia sgt sedih.. kesian rozman

memang terbaik kalo wat filem. tq en damm
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 04:31 PM | Show all posts
dammerung replied at 8-6-2016 03:45 PM
Misteri Yurizawa (Bahagian VIII - Akhir)

Mereka menuju ke rumah tumpangan group Kentaro berdekata ...

wowwww... ni kalau buat movie psychological thriller mmg best. tak sangka plak endingnya related to mental illness. although i have a feeling it's a little bit of both? bipolar and saka kot? who knows kan

anyway bang dam, terima kasih sebab sudi kongsi kisah2 seram thriller mystery cmni dgn kami. mmg puas hati sbb ada kelainan. cerita ni mcm a malay version of stories on reddit (nosleep).

selamat berpuasa!! jasamu dikenang!
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miss_petunia at 8-6-2016 04:34 PM

Ending yg tidak disangka, sedih pula, AlFatihah utk Rozman...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2016 04:38 PM | Show all posts
dah mcm citer m night shyamalan. camna eja?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 8-6-2016 03:45 PM
Misteri Yurizawa (Bahagian VIII - Akhir)

Mereka menuju ke rumah tumpangan group Kentaro berdekata ...

Patutla een google yurizawa mmg xdk. Terpikir jugak, xkn la horror sgt kampung tu smpi xjmp lgsg kat google.  
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 05:07 PM | Show all posts
Akhirnya habis jugak kisah Yurizawa ni.
Apa-apa pun terima kasih kongsi cerita ni Damm.
Tak sabar nak tunggu cerita baru pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Meremang baca ending yurizawa. Kesian roshi.. Takziah buat keluarga roshi. Innalillahiwainnailaihirajiun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.215033 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list