CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nazihamrun

NUR KASIH [PART VII]

 Close [Copy link]
Post time 24-3-2010 06:32 PM | Show all posts
hmmm....BH and metro alwiz highlight their name..the NK TRIO...

Pilihan SMS berbeza akhbar2010/03/24


KALAU diperincikan pola pengundian sama ada menerusi SMS atau borang di akhbar, ada beberapa kategori yang berbeza benar pilihan mereka. Misalnya, dalam undian melalui SMS nama Hafiz tidak langsung sangkut dalam senarai Top 10 Bintang Paling Popular. Tetapi melalui borang, nama anak jati Kuching, Sarawak ini tetap masuk senarai.

Bukan saja nama juara Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh itu tetapi nama juara Mentor, Black juga turut tersenarai. Senario ini bukanlah satu masalah bagi pihak penganjur kerana kita menerima saja pilihan pembaca dan peminat hiburan tanah air. Apabila Berita Harian menganjurkan Anugerah Bintang Popular Berita Harian, tujuannya adalah untuk memberi mandat kepada pembaca khususnya untuk menentukan siapakah bintang pilihan mereka.

Kategori lain yang wujud perbezaan pilihan artis adalah Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Baru Wanita Popular. Mengamati undian yang tarikh akhir penerimaan sama ada borang atau SMS adalah pada 25 Mac ini, pilihan melalui SMS adalah di antara Hafiz dan Akim sementara undian akhbar menunjukkan nama Black semakin mengukuhkan kedudukannya.

Artis Baru Wanita Popular, undian melalui SMS berpihak kepada bintang Nur Kasih Tiz Zaqyah sedangkan melalui borang akhbar, Yuna yang popular dengan lagu Yang Sebenarnya mengungguli kategori ini. Peminat Yuna jangan kecewa jika trofi itu tidak menjadi milik penyanyi kegemaran mereka kerana kalau dicampur undian SMS dan borang akhbar, ia boleh menjadi milik Tiz Zaqyah.

Begitu juga dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. Jika melalui undian SMS, undian ternyata menjadi milik Aaron Aziz dan diikuti dekat dengan undian terhadap Que Haidar. Tetapi melalui borang, Que jauh meninggalkan Aaron. Malah pelakon kacak tetapi sudah beristeri ini tidak langsung menjadi saingan Que yang juga suami orang.

Dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular, minggu ini saingan sengit adalah di antara Mawi yang pernah menggenggam trofi Bintang Paling Popular selama tiga tahun berturut-turut dan juga seorang lagi bintang kelahiran AF, Akim. Populariti Akim memang ketara kerana setiap lokasi jelajah promosi yang diikutinya, sorakan dan tumpuan terhadapnya memang nampak nyata.

Tetapi itu juga tidak boleh dijadikan kayu ukuran mutlak kerana akhirnya mereka yang dinobatkan sebagai ‘paling popular’ itu adalah mereka yang menerima undian sama ada melalui akhbar atau SMS dan bukan berdasarkan sorakan semata-mata.

Minggu ini juga, undian terhadap Yuna semakin bertambah dan mula menjadi saingan kepada Stacy. Entah mengapa dalam dua minggu ini, peminat Stacy bagaikan mula hilang fokus dan momentum. Tidak tahu pula sama ada mereka mula dipengaruhi dengan cerita negatif mengenai penyanyi itu yang kononnya mula besar kepala.

Namun dalam kategori Artis Kumpulan/Duo Popular pula, undian terhadap gandingan Adam & Stacy yang bakal memanaskan Arena Of Stars pada malam kemuncak 4 April nanti dengan lagu Menggegar Dunia, semakin meningkat. Malah mereka mula menyaingi Bunkface dan Meet Uncle Hussain.

INFO: Berikut adalah analisis kategori selanjutnya


Artis Nasyid Popular - saingan sengit untuk Raihan dan Hijjaz tetapi barangkali trofi boleh menjadi milik Rabbani.


Pelakon Filem Lelaki Popular - saingan masih sengit untuk kelima-lima calon ini iaitu Afdlin Shauki, Farid Kamil, Aaron Aziz, Que Haidar dan Zul Huzaimy. Jika minggu lalu, Zul tidak langsung menjadi saingan tetapi minggu ini peminatnya bagaikan bangkit daripada lena yang panjang.


Pelakon Filem Wanita Popular - saingan sengit untuk Lisa Surihani, Sharifah Amani yang hanya akan muncul dalam jelajah promosi di Klang Parade dan juga Diana Danielle. Tetapi undian terhadap Liyana Jasmay memang konsisten dan tidak mustahil ada peluang untuk cemerlang di malam kemuncak.


Pelakon TV Lelaki Popular - saingan kembali sengit untuk bekas kekasih Ummi Nazeera, Remy Ishak dan Fizz Fairuz. Kemunculan Fizz di setiap lokasi jelajah promosi membantu undian terhadapnya yang sebelum ini begitu popular melalui drama bersiri Nur Kasih.


Pelakon TV Wanita Popular - undian terhadap pelakon sama cantik, sama popular tetapi yang seorang anak dara dan yang seorang janda, Fasha Sanda dan Rozita Che Wan semakin sengit. Tetapi undian mereka tidak sehebat undian terhadap Scha Al Yahya dan Tiz Zaqyah yang ada peluang cerah untuk menang.


Pengacara TV Lelaki Popular - melalui undian borang, saingan sengit adalah di antara Faizal Ismail dan Nabil sedangkan melalui SMS, Aznil Nawawi dan Faizal.


Pengacara TV Wanita Popular - melalui undian borang, saingan adalah di antara Sarimah Ibrahim dan Cheryl Samad sedangkan melalui SMS, saingan adalah di antara Fara Fauzana dan Sarimah.


Penyampai Radio Lelaki Popular - tiada orang lain yang lebih popular lagi melainkan Aznil dan Faizal atau lebih dikenali dengan panggilan FBI.


Penyampai Radio Wanita Popular - saingan semakin sengit di antara Linda Onn dan Fara Fauzana.


Artis Komedi Lelaki Popular - populariti Nabil mungkin digugat Afdlin dan juga Zizan.


Artis Komedi Wanita Popular - saingan sengit di antara penyandang tahun lalu, Noorkhiriah dan Kenchana Dewi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2010 07:34 PM | Show all posts
a'ar kan metro n bharian....utamakan trio NK
cayelah....
retis len...sikit2 jek...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 08:33 PM | Show all posts
a'ar kan metro n bharian....utamakan trio NK
cayelah....
retis len...sikit2 jek...
adifrs Post at 24-3-2010 19:34


Fenomena la katakan...harus lah UP SIKIT !!!!!!...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 09:12 PM | Show all posts
nape remy jd cam ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 09:41 PM | Show all posts
nape remy jd cam ni?
orang_kampong Post at 24-3-2010 21:12



sabo beb....
'nur' nmpak cam suker jek tgk remy camtu
hepi jek kan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 10:05 PM | Show all posts
suke gambar ni........

apesal Remy pegang tizz ek..takut tizz jatuh atau remy takut fans dia tarik dari belakang....hahaha
cloudnine_mm Post at 24-3-2010 10:23 AM


hero mesti jaga heroin nye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2010 10:07 PM | Show all posts
Remy and Fizz  cover Tiz takut terlentang ke belakang...atas tangga tu....
csuraya Post at 24-3-2010 10:29 AM


abg n abg ipar kna jaga nur.. klu x nnt mak jah marah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 10:09 PM | Show all posts
Teka.. remy tgk fizz atau tgk tiz ????? hehe
aqua_1000 Post at 24-3-2010 01:12 PM


of coz ar 'isteri' tersyg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2010 10:11 PM | Show all posts
a'ar kan metro n bharian....utamakan trio NK
cayelah....
retis len...sikit2 jek...
adifrs Post at 24-3-2010 07:34 PM


yeahhh... up kan lg.. lg 1 ari je nk undi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2010 07:44 AM | Show all posts
ni gambar dari harian metro semalam...hee

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 10:00 AM | Show all posts
nur pegang tgn abg aidil tau nur pegang tgn peminat dier....?????
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 10:24 AM | Show all posts
nur pegang tgn abg aidil tau nur pegang tgn peminat dier....?????
adifrs Post at 25-3-2010 10:00



wah.....nur pgg tangan peminat......aidil pegang tangan nur.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 10:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by cloudnine_mm at 25-3-2010 10:27

971# adifrs


mcm tgn budak kecik je....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 10:37 AM | Show all posts
wah.....nur pgg tangan peminat......aidil pegang tangan nur.....
cloudnine_mm Post at 25-3-2010 10:24 AM


care btul abg ipar nie...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 10:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by cloudnine_mm at 25-3-2010 10:27

971# adifrs


mcm tgn budak kecik je....
cloudnine_mm Post at 25-3-2010 10:25



kannn....tgn dier org b'silang tuuu
kamera tipu ni....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 11:33 AM | Show all posts
971# adifrs

camera trick ni.. kan ada 2 tgn peminat tu.. 1 pegang tangan nur, 1 pegang tangan aidil..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2010 11:50 AM | Show all posts
971# adifrs  

camera trick ni.. kan ada 2 tgn peminat tu.. 1 pegang tangan nur, 1 pegang tangan aidil..
sudoku Post at 25-3-2010 11:33




korang tak tanya pulak....tangan kiri Remy kat mana masa nie.. .......meoww  nampak  jelasssssss!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2010 12:13 PM | Show all posts
977# csuraya

Yelerrrrr tu... Haha suka aku korang bedebat psl gambo ni. Tu pasal aku tepek
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 12:27 PM | Show all posts
Yelerrrrr tu... Haha suka aku korang bedebat psl gambo ni. Tu pasal aku tepek


tepek ler gambr lg my dear..  leh teruskan berdebat......
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 12:34 PM | Show all posts


korang tak tanya pulak....tangan kiri Remy kat mana masa nie.. .......meoww  nampak  jelasssssss!!!!
csuraya Post at 25-3-2010 11:50 AM


a'a ler.. aidil & nur pegang tng bdk2 len
tp btul ga.. confuse.. mana tgn kiri remy...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.481955 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list