CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: COUNTDOWN TO NEW YEAR

 Close [Copy link]
Post time 30-12-2024 05:55 AM | Show all posts
Nahas pesawat di Muan: Pemangku Presiden Korea Selatan umum tempoh berkabung


Pemangku Presiden Korea Selatan Choi Sang-mok. - Foto REUTERS





SEOUL: Pemangku Presiden Korea Selatan Choi Sang-mok hari ini mengumumkan tempoh berkabung di seluruh negara berikutan nahas pesawat yang meragut sekurang-kurangnya 177 nyawa, dengan dua orang masih hilang, menurut pejabatnya.
Agensi Berita Yonhap melaporkan bahawa pengumuman itu dibuat semasa mesyuarat tergempar yang diadakan beberapa jam selepas pesawat penumpang yang membawa 181 individu terhempas dan meletup di sebuah lapangan terbang di Muan, daerah di barat daya Korea Selatan.
Dua kru terselamat dalam kejadian itu.
"Kami mengucapkan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi yang tidak dijangka ini," kata Choi.


Beliau mengisytiharkan tempoh berkabung nasional selama tujuh hari, bermula hari ini dan akan berakhir pada tengah malam Sabtu.
Choi juga telah menetapkan Muan sebagai zon bencana khas, menjadikannya layak untuk menerima sokongan kerajaan.
"Kami akan menyediakan semua bantuan yang diperlukan untuk usaha pemulihan, sokongan untuk keluarga yang berduka dan rawatan perubatan bagi yang cedera," katanya.
Pemangku Presiden itu seterusnya mengarahkan agensi berkaitan untuk menggerakkan semua sumber yang ada, termasuk peralatan, kakitangan dan infrastruktur.
Choi yang juga Timbalan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Ekonomi dan menteri kewangan mengambil alih peranan kepimpinan sementara pada Jumaat berikutan penggantungan tugas Pemangku Presidena Han Duck-soo oleh Parlimen.
Han telah didakwa tidak sampai dua minggu selepas beliau mengambil alih jawatan Presiden Yoon Suk Yeol pada 14 Disember, yang didakwa kerana salah mengendalikan undang-undang tentera.
- BERNAMA-YONHAP





https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2024/12/1342514/nahas-pesawat-di-muan-pemangku-presiden-korea-selatan-umum-tempoh


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2024 05:55 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 05:56 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 05:57 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 05:58 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 05:59 AM | Show all posts
Pesakit lewat dimasukkan ke wad HTJS: Kebakaran di bilik suis utama ganggu operasi - Pengarah Kesihatan N9


Gambar fail





SEREMBAN: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan serta Hospital Tuanku Ja'afar di sini (HTJS) mengaku berlaku kelewatan dalam kemasukan sebahagian pesakit ke wad hospital itu pada Khamis lalu.
Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr Harlina Abdul Rashid, berkata ia susulan berlaku kebakaran di bilik suis utama substesen HTJS pada hari berkenaan yang menyebabkan sedikit gangguan terhadap operasi ketika itu.
"Merujuk kepada laporan media pada Jumaat lalu berkenaan waktu menunggu yang lama untuk dimasukkan ke wad HTJS, pihak Jabatan Kesihatan negeri serta hospital mengaku terdapat kelewatan dalam kemasukan sebahagian pesakit ke wad dan situasi itu amat dikesali.
"Hasil semakan mendapati pemerhatian yang dilaporkan telah dibuat pada Khamis lalu.





"Untuk pengetahuan umum, berlaku kebakaran di bilik suis utama substesen hospital pada hari berkenaan yang telah menyebabkan sedikit gangguan operasi ketika itu.
"Selain jumlah kedatangan pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) yang agak tinggi ketika itu, ketiadaan katil kosong di wad juga menyumbang kepada kelewatan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Justeru bagi mengurangkan kesesakan yang berlaku, Dr Harlina berkata, sebuah 'discharge lounge' yang memuatkan enam katil dan 'holding bay' dengan kapasiti 12 katil sebagai wad transit sementara, telah disediakan untuk mengurangkan impak kelewatan itu.
Sebagai langkah penambahbaikan seterusnya, beliau berkata, tindakan dirangka sebelum ini akan terus diperkasa dan diaktifkan jika situasi sama berlaku supaya isu pesakit terpaksa menunggu lama dapat diatasi pada masa akan datang.
"Antaranya, situasi setiap syif di ETD sentiasa dipantau supaya pesakit dapat diberikan keutamaan yang bersesuaian.
"Seterusnya, melaksanakan aktiviti 'step-down' pesakit, iaitu langkah memindahkan kes bersesuaian ke hospital lain di Negeri Sembilan akan dibuat jika perlu.
"Selain itu, mobilisasi segera kakitangan tambahan ke ETD jika diperlukan," katanya.
Di samping itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai gejala ringan turut dinasihat mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan (KK) terdekat.
"Ini bagi membolehkan ETD di hospital memberi tumpuan kepada kes-kes kecemasan dan mengurangkan kesesakan di hospital," katanya.
Dr Harlina berkata, HTJS serta Kementerian Kesihatan (KKM) kekal komited dan akan sentiasa memastikan tiada kompromi dalam kualiti perawatan pesakit.
"Pesakit yang tiba di ETD akan diuruskan serta ditriaj dengan tepat, dan kes-kes tidak kritikal juga akan diberikan perhatian sewajarnya," katanya.





https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1342351/pesakit-lewat-dimasukkan-ke-wad-htjs-kebakaran-di-bilik-suis-utama









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2024 06:00 AM | Show all posts
Bazar Aidilfitri Mega Banda Hilir tampil 230 gerai jualan




Ab Rauf merasmikan Festival Masakan Warisan Melaka 2024, hari ini. - FOTO BERNAMA




MELAKA: Bazar Aidilfitri Mega Banda Hilir akan dibuka sepanjang Ramadan tahun depan, di sini, dengan menempatkan sebanyak 230 gerai jualan.
Ia menggantikan Bazar Aidilfitri Jalan Hang Tuah yang sebelum ini merupakan destinasi ikonik umat Islam membeli-belah untuk persiapan menyambut Hari Raya.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata bazar Aidilfitri itu bakal menempatkan 230 gerai jualan di sepanjang Jalan Kota yang mana kira-kira 90 peratus permohonan telah diisi, setakat ini.
"Kawasan di hadapan A Famosa hingga ke Bangunan Merah (Stadthuys) akan dijadikan sebagai lokasi bazar Aidilfitri buat kali pertama, bagi menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong membeli-belah untuk persiapan menyambut Hari Raya.

"Kawasan ini strategik kerana ia bukan saja akan menempatkan Bazar Aidilfitri Mega Banda Hilir tetapi juga kompleks beli-belah, sekali gus memberi suntikan ekonomi kepada semua peniaga di sekitar kawasan terbabit," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Festival Masakan Warisan Melaka 2024 yang turut dihadiri EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Datuk Shadan Othman.
Ab Rauf berkata, sepanjang pengoperasian bazar itu nanti, destinasi pelancongan lain yang berada di sekitarnya seperti muzium bawah Perbadanan Muzium Melaka, akan turut dibuka pada hujung minggu sebagai daya tarikan tambahan baharu bagi menarik kedatangan pengunjung dan pelancong ketika Ramadan.
Beliau berkata, tiada isu parkir bagi pengunjung atau pelancong ke bazar berkenaan kerana ada kira-kira 4,000 tapak meletak kenderaan di sekitar kawasan Banda Hilir dan Melaka Raya.
Dalam perkembangan lain, Ab Rauf berkata, Festival Masakan Warisan Melaka perlu diperluaskan ke peringkat sekolah sebagai antara langkah memastikan generasi muda dapat terus mewarisi masakan tradisi tempatan pelbagai kaum di negeri ini.
"Festival ini boleh dianjurkan secara berjadual setiap tahun pada peringkat sekolah sebagai pendedahan kepada golongan muda mengenai masakan warisan atau tradisi masyarakat tempatan yang ada di Melaka," katanya. – BERNAMA





https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1342395/bazar-aidilfitri-mega-banda-hilir-tampil-230-gerai-jualan


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 06:01 AM | Show all posts

masak apa?

untuk nuki sekali ke bekal

ke ank2 je?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2024 06:01 AM | Show all posts
merayap dekat benang gv
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 06:02 AM | Show all posts
reshmonu keluar
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 06:02 AM | Show all posts
illa keluar
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 06:02 AM | Show all posts
rora tak keluar keluar
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 06:02 AM | Show all posts
padahal nyanyi hauk lagi dari reshmonu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 06:02 AM | Show all posts
sayang betul astro dekat rora
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 06:03 AM | Show all posts
slow pulak forum ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 06:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2024 06:03 AM | Show all posts
salam subuh semua
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 06:05 AM | Show all posts
nona84 replied at 30-12-2024 06:01 AM
masak apa?

untuk nuki sekali ke bekal

nasi goreng je

dgn nuggets


tak masuk sekali

nuki mmg breakfast lambat so utk ank2 je

nak bawak bekal gi sekolah



Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 06:06 AM | Show all posts

salam subuh

bye nona

keluar dulu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 06:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.591215 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list