CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Tular Nasi Lemak Hello Kitty

[Copy link]
Post time 13-7-2017 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik je tgk nasi pink tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2017 10:43 AM | Show all posts
BebeQ replied at 13-7-2017 10:01 AM
tu kita tak tahu lagi telur2 tu dibasuh ke tak sebelum di rebus. buatnya terus masuk periuk rebus  ...

kan..80% kaka positif telo tu tak dibasuh punya..pasal diorg sebok water colour helokitty kt nasi
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 10:46 AM | Show all posts
Pink_Purple replied at 13-7-2017 10:04 AM
pakar yang mengenalinya..

baru tau bila overcook gini jadinya

pakar telo
camtu lah kalau overcooked..ikut tips kaka dh bgi kt atas tu..boil to perfection
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 10:54 AM | Show all posts
nasi2 dlm plastik blkg bonet tu
dorg tk warnakan plak

ke ada 2 versi nasi?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 11:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 03:16 PM | Show all posts
RM3.50 harga nasi lemak
apa ada pada nasi lemak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2017 04:48 PM | Show all posts
pinknya nasik ko dik...pewarna lbh ke?nk mkn pn fikir byk kali
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 05:07 PM | Show all posts
apa pun ada sekarang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2017 05:49 PM | Show all posts
pewarna penyumbang kanser jugak dekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
BebeQ replied at 13-7-2017 10:00 AM
hahahaha..yang ni lawak gila! serious biru?

iye
aku masa tu saja gurau
nasik tu amemang biru gila.
pastu.malam tu member aku call cakap mmg berak kaler biru..
aku tergelak la sepanjang malam tu memikirkan kesan pewarna tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 08:01 PM | Show all posts
chinta89 replied at 12-7-2017 12:39 PM
nasi lemak pink dh lama makcik2 buat.

kwn iols org tganu penah bwk iols pegi mkn kat Kg Ladang.  ...

haah, btl tu. i penah beli nasi goreng USA kt kedai mkn org kelantan. bungkus bawak balik rumah. bukak je, tgk warna pink. mula2 cm pelik. tp rasa dia sedap. telan je la
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Byknya pewarna guna je daun pandan ke..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 08:54 PM | Show all posts
tak cantik..tak menyelerakan tgk...ikan bilis mcm terlebih goreng ja... iolss bg 1bintang ja...  #perasanmcmjurimasakanpulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2017 01:28 AM | Show all posts
Kenapa Nasi Lemak Ini Merah Jambu?


PETALING JAYA: Gara-gara nasi lemak berwarna merah jambu yang diusahakan dua sahabat baik di Tumpat, Kelantan sehingga tular di media sosial, pelbagai komen netizen mengkritik pemilihan warna berkenaan.

Seorang pengikut Facebook, 'Shaimaa Che Rahmat' berkata: “Hilang selera tengok nasi lemak warna ‘pink’ (merah jambu). Memanglah saya peminat tegar warna ‘pink’, tapi nasi lemak ni. Tak ada selera.”

'Linda Farrel Aman' pula berkata: “Saya masih gemarkan nasi lemak warna putih, baru ada ‘feel’ nasi lemak.”

Sementara itu, 'Wan Anis' berkata: “Buatlah warna apa pun, nasi tu kalau sambal ke laut (tak sedap) tak guna juga. Kalau nasi putih tak berapa menarik tapi sambal dia pehh (sedap), memang orang cari lagi.”

Kritikan tersebut merujuk kepada Nasi Lemak Hello Kitty yang diusahakan Nurul Aida Zulkifli, 29, dan Zaharina Mohd Tahar, 32, sejak lebih seminggu lalu.

image: http://www.mstar.com.my/berita/b ... e1f6534d.ashx?la=en
Ayue (tengah) dan Zaharina (kanan) bersama pelanggan di gerai Nasi Lemak Hello Kitty di Tumpat, Kelantan.

Menurut Nurul Aida atau lebih dikenali sebagai Ayue, pemilihan warna merah jambu pada nasi lemak itu kerana inspirasi dari watak kartun Hello Kitty.

“Ingin kami jelaskan bahawa kami menggunakan pewarna yang mendapat pensijilan halal, yang sama digunakan sebagai bahan untuk membuat kek di kedai-kedai.

“Cuma warna nasi kami sahaja merah jambu. Sama juga dengan nasi kerabu warna biru, nasi dagang warna merah, ada juga nasi warna kuning. Mungkin warna ‘pink’ masih baru, tapi itulah kelainannya,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Mengenai pemilihan merah jambu pada nasi lemak, Ayue berkata, idea tersebut timbul berikutan kedua-dua mereka menyukai warna itu termasuk Hello Kitty.

“Bukan sahaja nasi warna ‘pink’, tapi kereta dan kebanyakan peralatan yang digunakan untuk berniaga nasi lemak dipenuhi hiasan Hello Kitty dan warna ‘pink’.

“Ia juga merupakan tarikan orang ramai untuk datang membeli. Walaupun ada yang terkejut dengan nasi lemak ‘pink’ tetapi sambutan yang diterima amat menggalakkan,” katanya memulakan perniagaan dengan modal RM1,000.

Tambahnya, kereta yang dihiasi dan dilengkapi aksesori berinspirasikan Hello Kitty telah diubah suai terlebih dahulu membabitkan kos RM4,000 sebelum mereka merancang untuk berniaga nasi lemak.

image: http://www.mstar.com.my/berita/b ... 30245f40.ashx?la=en
Selain gerai, pelanggan juga boleh mendapatkan nasi lemak menerusi khidmat penghantaran menggunakan kereta 'Hello Kitty'.

Pada masa ini, Ayue dan Zaharina menjual nasi lemak secara separuh masa di Kampung Sedar, Tumpat setiap pagi kecuali Rabu dan di pasar malam dekat Tesco Kota Bharu setiap Jumaat malam, kerana kedua-duanya mempunyai pekerjaan tetap.

Setiap paket Nasi Lemak Hello Kitty yang menghimpunkan nasi, telur rebus, sambal, ikan bilis, timun dan kacang dijual pada harga RM3.50 atau tiga paket untuk RM10.

Menurut Ayue, pelanggan juga mempunyai pilihan untuk membeli nasi lemak warna putih sekiranya mereka tidak mahu nasi berwarna merah jambu.

“Alhamdulillah perniagaan kami secara kecil-kecil semakin berkembang. Dari 100 paket sehari pada hari pertama, kini meningkat kepada 200 paket sehari,” katanya.

Katanya, jumlah paket juga semakin bertambah bagi menampung keperluan stokis untuk dihantar ke beberapa kawasan menerusi ejen di sekitar Kota Bharu, dan tempahan bagi khidmat penghantaran menggunakan kereta ‘Hello Kitty’.

Ditanya mengenai rancangan akan datang, Ayue berkata: “Kami bercadang untuk mempelbagaikan lagi menu selain nasi lemak, seperti kuih lapis dan air sirap bandung, kedua-duanya juga berwarna merah jambu.”

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Pastu berak taik kaler pink
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2017 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
patutla mcm mcm sakit
seme nk di warnakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2017 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Brapa sudu lah coloring korg letak ni? Bg lite2 pink setitik 2 sudah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2017 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut nak mkn tgk color overdose itu
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa latest peniaga ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni nak tunggu Sanrio saman la ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.057277 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list