Psychological consideration comes last itu tidak bermaksud faktor tersebut tidak diambil kira dalam menentukan jantina seseorang.
Mengambil contoh yang you berikan, jelas ketiga-tiga faktor biologi seiring mengatakan bahawa seseorang itu lelaki. Tiada langsung percanggahan antara chromosomal factors, gonadal factors and genital factors. Cuma naluri atau dari sudut psikologinya dia mahu menjadi seorang perempuan. Jadi secara psikologi, kita gelarkannya sebagai transsexual. Kalau di UK, mereka ada Gender Recognition Act 2004 untuk melindungi dan mengiktiraf golongan transsexual ini. Jadi, tiada masalah jika seseorang itu merupakan transsexual.
Unfortunately, kita berpijak di bumi Malaysia. Di Malaysia, golongan transsexual ini tidak diiktiraf statusnya. So, nak tak nak kena pilih satu jantinalah lelaki atau perempuan. Oleh sebab tiga faktor biologi mengatakan seseorang itu sememangnya lelaki justeru jadilah lelaki walaupun secara psikologinya dia mahu menjadi perempuan.
Tiga faktor biologi dah membuktikan bahawa dia seorang lelaki nak lawan dengan satu faktor iaitu keinginan naluri psikologinya hendak menjadi wanita, terang-teranglah tiga faktor menang lawan satu faktor. Even kalau psychological consideration dijadikan faktor pertama, tetap sahaja itu tidak dapat menafikan 3 faktor biologi yang mengatakan bahawa seseorang itu ialah lelaki. Nak tak nak kena pilih satulah sebab di Malaysia hanya iktiraf dua jantina lelaki atau perempuan. Malangnya, status golongan transsexual ini masih belum diiktiraf di Malaysia.
Di Malaysia tiada pihak yang betul-betul mengambil serius akan isu transsexual ni. Kalau you baca dua perenggan akhir from my previous posting, I ada bagi cadangan untuk gubal satu undang-undang baru, khas buat golongan transsexual ni supaya mereka dipandang serius berkenaan isu ini.
|