Susulan tersebarnya foto aksi berpelukan manja antara pelakon Intan Najuwa dan Zul Ariffin, akhirnya ada pihak bersuara memberikan teguran.
Kali ini, PU Syed tampil memberikan teguran terbuka kepada pasangan pelakon yang kini hangat mempromosikan drama Setelah Ku Dimiliki yang kini ditayangkan di stesen televisyen tempatan.
PU Syed telah memuat naik nota teguran tersebut di laman Instagram beliau dan menasihatkan supaya mereka mendirikan rumah tangga jika ingin terus berkelakuan seperti itu.
Netizen sebelum ini juga memberi reaksi kurang senang terhadap gambar yang tersebar itu kerana ternyata ianya tidak elok dipandang dan lebih-lebih lagi status Intan sebagai tunang orang.
Sebaiknya kalian bernikah sahaja...
PU Syed juga mencadangkan supaya Menteri Agama dan jabatan berkaitan tampil untuk membanteras gejala ini seperti membuat garis panduan atau menggubal undang-undang khas kepada artis serta pelakon yang sering menunjukkan budaya hidup negatif supaya kembali ke pangkal jalan.
Amalan takzir adalah sangat baik untuk diguna pakai terhadap mereka.
Industri semakin tenat..
PU Syed juga enggan memuat naik gambar intim berkenaan kerana ianya sangat tidak senonoh. Beliau juga menasihatkan kedua pelakon tersebut sebagai seorang muslim, ada hukum mengenai sesuatu perkara iaitu halal dan haram.
Netizen juga meluahkan rasa kesal dan menyokong tindakan PU Syed memberi nasihat kepada Zul dan Intan.
Setuju? - CARI
|